IPOHMALAY |
- Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak V
- Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak IV
- Melayu Penjaja Fitnah Cincin Berlian Rosmah Mana Tau Malu?
- Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak III
- Maimun Yusof, 94, Sah Bertanding Lagi
- Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak II
Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak V Posted: 04 Apr 2013 07:18 AM PDT KHAMIS, JANUARI 01, 200910 Sebab Kerajaan Perak Perlu DiruntuhkanSelamat menempuh hari-hari dalam kalendar baru tahun 2009 Masehi. 2008 telah berlalu membawa satu kegemparan bukan sahaja ke atas iklim politik negara, tetapi ke atas perubahan tatacara pengendalian manifestasi sesetengah pihak demi memperoleh sokongan walaupun terpaksa menipu penyokong-penyokong sendiri demi sokongan dari penyokong-penyokong pihak yang bersepakat dengan mereka. Resolusi politik 2009 untuk rakyat Melayu Islam Perak haruslah bersandarkan sebab-sebab berikut: Sebab 1 Lim Guan Eng membayangkan bahawa kerjasamanya dengan PKR adalah tidak ada kena mengena dengan PAS kerana perumpamaan yang diberi ialah : DAP adalah Malaysia. PKR adalah USA dan hubungan Malaysia dan USA tidak mungkin dapat dilihat sebagai Malaysia mempunyai hubungan istiewa dengan Israel semata-mata USA adalah rakan akrab Israel. Hari ini, DAP terpaksa 'fake the whole relationship' dengan PAS demi memerintah Perak. Sebab 2 Pilihanraya Umum 2008 merubah segala-galanya. PAS bergembira kerana dilantik sebagai MB Perak walaupun on 'puppet basis' kerana DAP tiada pilihan lain. DAP pula memasang strategi bagi memastikan negeri Perak Darul Ridzuan dapat dikawal dari belakang tabir bagi melampiaskan nafsu terhadap dendam mereka kepada Undang-Undang Tubuh Negeri yang tidak membenarkan mereka memegang jawatan MB. Sebab 3PAS menempelak Mufti Perak dengan menyatakan bahawa beliau telah diracun oleh UMNO Perak untuk menyeru penyatuan UMNO-PAS sedangkan mereka tahu, selama UMNO memerintah Perak, Mufti Perak lantang menyatakan pendirian yang cenderung ke arah sokongan terhadap PAS. Selang beberapa ketika, dek keberanian PAS, Ngeh Koo Ham ( Menteri Besar Perak sebenar ) telah turut menempelak Harussani dan PAS merestui seorang Mufti di tempelak oleh seorang Kristian Methodist. Sebab 4PAS tidak mempunyai kuasa di dalam Kerajaan Negeri Perak dan terpaksa menjadi'rubber stamp' dalam pemerintahan negeri walaupun dengan jelas, puak DAP mula membolot peluang-peluang sebagai agen pemerolehan kerajaan negeri. Sebab 5PAS membisu dan tidak ambil pusing soal akhlak Exco dari PKR yang dengan bangga menyebut sogokan perempuan PRC untuk kepuasan nafsunya adalah ibarat sedekah. Malah dia diberi jawatan dalam Persatuan Bolasepak Amatur Negeri Perak bagi menaikkan semula martabat seseorang yang buruk moralitinya itu. Sebab 6PAS Perak tidak bersikap selari dengan PAS Pusat dalam menyebut tentang isu agama. Contohnya ADUN PAS dari Taiping dengan bangga, merasmikan majlis pecah tanah kuil Hindu sedangkan ianya terang-terang merupakan langkah tidak Islamik yang semata-mata bertujuan memancing undi. Sebab 7Pecahan undi Melayu Perak terhadap Pakatan Rakyat membawa mesej buruk kepada masa depan Negeri Melayu Perak sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang pihak istana. Sebab 8 Kerajaan Negeri Perak terlalu menumpukan kebajikan kaum Cina hingga kaum Melayu Islam semakin terpinggir. Pembinaan masjid-masjid baru dan sekolah-sekolah agama diperlahankan manakala sekolah-sekolah cina diberikan tanah dan kampung-kampung baru yang bersifat sementara dikekalkan. Sebab 9 Pemberian kelulusan pendudukan tanah secara besar-besarkan kepada pekebun Cina dan pengusaha penternakan di bekas lombong telah mengakibatkan timbulnya sikap menghakmilikkan tanah kerajaan negeri yang telah mencabul peruntukan dalam Kanun Tanah Negara dan semestinya mencabul hak Raja dalam penganugerahan tanah dalam jajahannya. Sebab 10 Penyatuan Melayu Islam di Perak dalam memberi kemenangan ke atas parti Melayu Islam yang bebas pengaruh penentang Islam dapat memberi satu impak maksimum ke atas pentadbiran kerajaan negeri yang mampu dibina dengan 100% ADUN Melayu Islam. Fikirkanlah mana yang baik dan mana yang buruk untuk masa depan anak-anak cucu anda. | ||||
Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak IV Posted: 04 Apr 2013 02:02 AM PDT KHAMIS, NOVEMBER 13, 2008Nizar & Kebebasan Akhbar![]() Oh! Itu dulu. Sekarang, hidungnya lebih tinggi dari Piramid Giza. Pemikirannya lebih senget dari Menara Pisa. Emosinya lebih tak stabil dari plat tektonik di Parit Sunda. Begitulah sifat seorang Menteri Besar yang mana akhlaknya dibunuh oleh golongan yang merayakan sesuatu dengan 'beer-tossing'. Berdiam pada isu yang mungkar, dan mempertikaikan isu rakyat yang lebih makruf. Berskandal dengan isu dan polemik yang memalukan diri. Juga berisi dendam kesumat yang membarah serta cuba mencedok fahaman Barat mengenai demokrasi sementara isi hati bercampur baur dalam memberi erti sebuah percaturan politik yang beliau sendiri bingung menangani. Tindakan meminta memory card dari jurugambar Utusan Malaysia kelmarin merupakan satu lagi pertunjukkan emosi beliau. Mengapa Pakatan Rakyat takutkan Utusan Malaysia sehingga terpaksa menyalahkan Utusan Malaysia dalam banyak perkara? Kerana seruan DAP? Kerana seruan Anwar Ibrahim? TIDAK! Ini kerana mereka sedar, hanya pengikut totok mereka yang menyahut seruan mereka memboikot akhbar Utusan Malaysia! Utusan Malaysia kekal menjadi bahan bacaan sebahagian besar rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang mahukan kupasan dari pemerintahan Pakatan Rakyat di satu sudut yang tidak terlihat. Memboikot Utusan Malaysia bererti menutup mata rakyat pada buruk laku mereka. Sedangkan akhbar mereka seperti Suara Keadilan dan Harakah tidak pernah diboikot walaupun bersikap bias, penuh tohmahan keji dan langsung tiada berita masyarakat melainkan politik semata-mata. Sebenarnya, akhbar mana yang bertaraf sampah sarap? Dan pada sudut lain, mengapa paranoid sangat? | ||||
Melayu Penjaja Fitnah Cincin Berlian Rosmah Mana Tau Malu? Posted: 04 Apr 2013 01:10 AM PDT Saya telah membaca apa yang dinyatakan oleh isteri PM dalam buku yang diterbitkan. Isteri PM menafikan dia membeli cincin berkenaan. Bukan setakat menafi malah turut sama bersumpah. Datin Seri Rosmah akui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya (Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New York. Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd.
| ||||
Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak III Posted: 03 Apr 2013 10:40 PM PDT AHAD, JULAI 20, 2008Terjajahnya Melayu PerakLihatlah peta taburan penduduk di Perak ini. Betapa kaum Melayu yang melata menjadi majoriti di pelusuk kawasan aktiviti manusia yang bermula sejak beratus tahun di Perak, telah jatuh di perintah di bawah rejim DAP dengan hanya meletakkan Menteri Besar boneka dari PAS untuk menggula-gulakan orang Melayu di Perak. Alangkah hinanya apabila lebih banyak tanah yang dirampas dari orang Melayu pada satu ketika dahulu di zaman British untuk tujuan melombong timah, telah diserahkan kepada kaum-kaum Cina yang bermestautin secara haram di tanah tersebut sejak puluhan tahun lalu seandainya kelak, kegiatan pertanian mereka dikawasan tersebut diiktiraf. Melihatkan kepada senario ini, apakah rakyat Perak berketurunan Melayu telah tersumpah oleh satu hakikat bahawa di negeri inilah bermulanya detik kejatuha orang Melayu apabila Perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani? Lebih malang sekali ialah apabila fanatik penyokong PAS telah menjilat semua ludahan mereka dilantai-lantai demi menegakkan matlamat mereka memerintah walhal tiada persefahaman yang utuh dicapai dalam pimpinan kerjasama mereka dengan kafir sosialis, DAP. Seterusnya, nasib orang Melayu di Perak hanya dikhabarkan baik-baik sahaja di kawasan 6 orang ADUN Pas ini sedangkan nasib orang Melayu Perak di 53 DUN lain seluruh negeri, tidak diketahui. Semoga datanglah hari kesedaran kepada "Pemimpin Islam" ala PAS ini supaya mereka dapat melihat yang perbuatan mereka mengkhianati bangsa adalah sangat tidak beretika dan cukup menjijikkan. | ||||
Maimun Yusof, 94, Sah Bertanding Lagi Posted: 03 Apr 2013 08:27 PM PDT "Parti Tok parti bulan bintang yang telah lama ditubuhkan sebelum negara belum merdeka lagi, Tok meneruskan perjuangan mereka yang terdahulu. Parti sekarang parti baru," PRU-13: Tok Mun sah bertanding lagi Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA KUALA TERENGGANU 4 April - Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi. Ini merupakan PRU kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada PRU yang lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi. Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi. Dijangkakan, Tok Mun sekali lagi akan menjadi calon tertua pada PRU kali ini. - UTUSAN ONLINE | ||||
Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak II Posted: 03 Apr 2013 05:30 PM PDT KHAMIS, JULAI 31, 2008Tolak Seruan UMNO-PAS Bersatu, PAS Lapor Polis Utusan Malaysia, Khamis, 31 Julai 2008 Pas buat laporan polis terhadap Tajol Rosli IPOH 30 Julai – Pas Perak hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini berhubung tawaran UMNO untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk kerajaan baru di negeri ini. Laporan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Norazli Musa pada pukul 3.15 petang. Beliau mendakwa tawaran oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali pada Isnin lalu supaya UMNO dan Pas bergabung boleh disifatkan sebagai satu bentuk rasuah. ''Saya minta polis membuat siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan pihak yang menyiarkan laporan itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Ipoh di sini hari ini. Analisis Takut? Vurnarable? Bimbang Hilang Kuasa? Itulah teka-teki yang bermain di fikiran rakyat Perak apabila melihat keletah golongan muda-mudi PAS yang lekas-lekas mendakwa jemputan UMNO yang memenangi majoriti kerusi kawasan Melayu yang ditandingi di negeri ini mengajak PAS menubuhkan kerajaan BN Campuran di Jajahan Kesultanan Perak, sebagai bentuk rasuah. Mereka rela mendampingi DAP yang membenci pertumbuhan masjid-masjid, menentang tulisan-tulisan jawi dan memberi tanah-tanah kerajaan kepada penceroboh bekas komunis yang di tangan mereka ada darah alim ulamak Islam yang mereka bunuh di zaman darurat. Mereka rela meninggalkan golongan yang percaya keesaan Allah dan mengucap dua kalimah syahadah lalu mendampingi golongan yang tidak pernah menghormati agama Islam malahan mempunyai tekad yang besar untuk menjadikan negara ini sekular sepenuhnya. UMNO sekular? Jika UMNO sekular, tidak adalah doa-doa puji-pujian ke atas Allah SWT dan junjungan besar Rasulullah tatkala dipanggil ahlinya berhimpun. Tetapi PAS tetap utuh dengan pendiriannya bahawa UMNO itu sekular dan DAP itu Islamik. Inilah PAS hari ini. Tidak layak baginya menggunakan Islam sebagai mainan duniawi. Tidak hairanlah seandainya PAS berterus-terusan bermuka-muka dan melanggar tatacara sahsiah Islam dalam penganjuran permuafakatan sesama saudara Islam, kemurkaan Allah akan tiba jua ke atas mereka-mereka yang menggunakan agama Allah untuk memanipulasi rakyat-rakyat demi sebuah tampuk kuasa ihsan yang menjatuhkan martabat Islam itu sendiri. Ketahuilah kita semua hari ini bahawa PAS merupakan sebuah parti Islam yang dahulunya bersih dan suci, kini telah dicemari oleh agen-agen dajjal yang keras hati, gelap mata dan membenci perpaduan ummah. |
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |