AL-Kesah AloQStaQ |
BUBAR-BUBAR-DAHHH ! ... AWAS !!! ... Politik Pembunuhan Karakter TAKTIK Jahat Musuh !!! Posted: 02 Apr 2013 09:12 PM PDT Ini adalah satu cara bagaimana karier politik seseorang pemimpin ditamatkan. Tetapi kita perlu ingat yang sebaik mana perancangan kita, perancangan Allah mengatasi segalanya. Pembunuhan karektor adalah satu cara terdesak dalam menghalang seseorang pemimpin itu melangkah kepada tangga yang lebih tinggi lagi. Semua hal peribadi dijadikan isu supaya pembaca atau pendengar membenci kepada pemimpin yang diserang tersebut. Benar atau tidak maklumat yang dihamburkan adalah perkara terakhir. Yang penting kredibiliti pemimpin tersebut dapat dijatuhkan. Ini semua mungkin dilakukan oleh pembangkang atau kemungkinan juga musuh politik dalam parti yang sama. Tetapi pihak pembangkanglah yang amat gemar melakukan kerja-kerja seperti ini. ![]() Perbuatan membunuh karektor ini menjadi pilihan mereka yang tidak berhati perut dan iman yang lemah kerana tuduhan mereka tidak pernah berdasarkan fakta. Hanya dengan 'hearsay' atau gambar-gambar yang dimanipulasi supaya nampak seperti ianya benar. Menjelang PRU13, senjata ini mungkin digunakan terhadap individu yang boleh membawa kemenangan UMNO serta menjadi pilihan rakyat. DS Najib diserang dari pelbagai sudut melalui tatktik ini. Kedah Times tidak heran jika anak kepada mantan PM iaitu Dato' Paduka Mukhriz juga bakal menjadi mangsa kepada perbuatan seperti ini. Musuh yang sentiasa berselindung disebalik jamban atau bangkai busuk sentiasa mencari peluang dan masa yang sesuai untuk membebaskan niat buruk mereka untuk kepentingan politik, peribadi atau wang ringgit. Strategi disusun bagi menghancurkan beliau melalui taktik ini dan jika berjaya Kedah bakal kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa. ![]() Bagi pembangkang, ianya bakal meraih serba sedikit keuntungan politik. Bagi Musuh politik se parti, mungkin mendapat kepuasan kerana berjaya menjatuhkan musuhnya walaupun secara tidak bermoral. Bagi penulis pula, keuntungan ringgit didambakan. Aura DMM di Kedah meresahkan pihak pemerintah sekarang. Rakyat Kedah amat senang dengan DMM yang dilihat dapat membawa Kedah ke satu era kegemilangan jika dipilih menjadi ketua di Kedah. Ini yang digusarkan oleh PAS Kedah. Mereka takut kehilangan kuasa dan kerusi empuk yang dinikmati sekarang. Nafsu kekayaan hasil rampokan hutan rimba belum puas dinikmati. Dan masih ramai lagi kroni-kroni yang belum memperolehi lambakan harta perang. Jadi kuasa mesti dikekalkan dengan apa jua cara sekalipun. Maka mungkin kelak kita akan lihat taktik pembunuhan karektor dilakukan demi menjatuhkan beliau. Jika DMM kentutpun, mereka akan mereka cipta kentutan beliau kuat, busuk dan sebagainya. Walhal kentut mereka lebih busuk dan buruk dari bangkai biawak tepi jalan. Inilah taktik yang telah disebut dalam ajaran Islam yang 'menyebut orang Islam yang suka memakan daging saudara islam yang lain'. ![]() Tidak juga boleh diketepikan ada musuh politik dalaman dan seangkatan yang sanggup melakukan taktik ini demi menaikkan nama mereka. Mungkin kerana dendam, mungkin kerana ada arahan pihak-pihak tertentu atau mungkin kerana menginginkan jawatan tinggi dalam parti. Kita tidak menolak perkara ini kerana pernah terjadi dimana wang ditabur supaya DMM tidak memperolehi kemenangan dalam apa-apa pertandingan. Mungkin juga ada dendam lama yang masih disimpan kerana terdapat kritikan atau komen DMM yang tidak boleh diterima mereka sehingga kini. Jadi inilah masanya untuk menjatuhkan beliau dengan menggunakan taktik kotor Zionist ini. KedahTimes berharap kepada semua supaya berhati-hati dengan taktik sebegini. Ianya sentiasa menjadi pilihan musuh untuk menjatuhkan seseorang. Kebenaran fakta diketepikan, pembohongan dan manipulasi ditonjolkan demi mendapat kepercayaan orangramai. Dan kita perlu berhati-hati dalam memilih maklumat yang disalurkan atau dibentangkan kerana jika kita tidak berhati-hati maka kita akan terperangkap dalam mainan mereka yang senantiasa ingin menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan bekerja dengan ikhlas. Yang ruginya adalah rakyat kerana pemimpin yang berwibawa, ikhlas dan baik jatuh akibat pembunuhan karektor. Artikel ini dicedok bulat-bulat daripada Blog Sahabat : KedahTimes Di SINI AloQStaQ RABU 03-April-2013 12:12 Tghari Sejurus Parlimen Dibubarkan Untuk PRU13 ... |
You are subscribed to email updates from AL-Kesah AloQStaQ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |