AZLI SHUKRI |
- Ramalan Terakhir Sayuti Omar (msomelayu) Menakutkan...
- Parlimen Bubar!
- Keluhan Isteri Komando VAT 69 - Ada Pemimpin Pakatan Rakyat Peduli?
- Jeneral Vs Jeneral
- Jawapan Dr. Hassan Ali
Ramalan Terakhir Sayuti Omar (msomelayu) Menakutkan... Posted: 02 Apr 2013 09:41 PM PDT Malam tadi semasa keluar minum dengan seorang teman (yang insya-Allah akan bertanding dalam pilihan raya akan datang) saya terserempak dengan salah seorang Jeneral (B) askar yang baru menyertai PKR. Bersamanya anggota tiga Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menjadi penggerak acara Sumpah Pemuda yang digerakkan oleh bekas ketua AMK yang kini sudah menjadi usang dan sedang memakan hati berulam jantung dalam Umno. Pemuda berkenaan bertanya saya secara terus terang mengenai situasi negara hari ini dan iklim politik kontemporari. Dia mahu saya menjawab secara jujur sebagai seorang pencerat dan penulis politik kerdil. "Abang bagaimana pandangan abang mengenai situasi keseluruhannya?" Soal beliau. "Maksudnya dalam PKR atau pun keseluruhan negara?" tanya saya inginkan kepasti dari sisi mana yang diingini. "Seluruh negara, kedudukan terkini?" katanya menjelaskan isi maksud persoalannya. Saya melihat kepada Jeneral yang baru berkubang dalam politik itu. Saya tidak mahu dia terkejut dengan jawaban saya yang boleh mengjungkitkan punggungnya. Semangatnya untuk menumbangkan UBN jangan pula terjejas dengan jawaban saya. Saya pula suka berterus terang walaupun cara itu tidak disenangi. Bagi saya berterus terang lebih baik dari segala-galanya. "Saya masih meletakkan kerusi yang akan diperolehi Pakatan Rakyat sekitar 90 hingga 100 kerusi sahaja. Maksudnya dapat mengekalkan kerusi yang diperolehi dalam pilihan raya dengan penambahan dua tioga kerusi. Situasi ini bermakna Pakatan Rakyat memerlukan 25 atau 35 kerusi tambahan untuk menjadi pemerintah. Kalau 83 dicampur 25 ini bermaka 108 kerusi. Jadi sebanyak 20 kerusi lagi diperlukan untuk jadi 128, kerusi itu datangnya dari Sabah dan Sarawak," jelas dan hurai saya agak panjang lebar. Matematik itu sangat mudah untuk difahami. "Macam mana di Sabah dan Sarawak, boleh ke?" Tanya pemuda itu. Dua lagi anak muda yang bersama di meja hanya mendengar dengan teliti dan begitu juga dengan rakan saya. Banyak mengunyah apa yang saya cerakinkan. "Kondisi di Sabah kini agar berubah sedikit ekoran meletusnya tragedi pencerobohan Laha Datu. Kalau dulu saya meletakkan 10 kerusi akan diperolehi, tetapi kini untuk mendapat angka itu sakit sedikit. Apabila UBN telah mengistyharkan 10 kawasan sebagai kawasan keselamatan khas semua kerusi parlimen yang terdapat di situ (7) akan mnjadi milik mereka secara automatik. Begitu juga 15 kerusi state..." "Apabila ia dijadikan kawasan leselamatan khas, maka Pakatan Rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan kempen secara terbuka dan luas. Ia akan disekat dengan peraturan yang ketat. Sementara UBN boleh bergerak bebas atas nama aktiviti kerajaan dan sebagainya," jelas saya lagi. "Begitu juga dengan rakyat Filipina yang mempunyai kad pengenalan Malaysia yang sudah kecewa dengan UBN dijangka akan mengundi Pakatan Rakyat. Tetapi setelah diadakan sekatan itu, mereka tidak akan dapat mengundi lagi. Kebanyakan mereka sudah dihalau pulang ke negeri asal mereka secara berperingkat", sambung saya lagi berhujah. Jadi, sambung saya.. kerusi yang mulanya diperkirakan akan diperolehi dari Sabah akan hilang satu demi satu. Perkembangan hari ini saya berani mengatakan Pakatan mungkin memperolehi hanya lima atau paling tinggi tujuh kerusi saja di Sabah. Pemuda itu terdiam sejenak termasuk jeneral askar itu yang banyak mendengar. Jawaban dan penjelsan saya itu menganggui emosinya. Keyakinannya juga mungkin berubah. Selepas itu dia bertanya saya mengenai Sarawak pula. Saya menjelaskan di Sarawak keadaan tidak banyak berubah. Sejak awal lagi saya meletakkan sasaran Pakatan Rakyat akan menang antara lima hingga tujuh kerusi sahaja. Yang menyumbang kerusi itu hanya dari DAP. Sedangkan Pakatan memerlukan sekurang-kurang 10 kerusi di Sarawak. Alasan saya muda, situasi dan gelora politik di Sarawak tidak seperti di Sabah. Angin perubahan dan arus hendak tukar pemerintah politik di Sabah belum merebak ke seluruh Sarawak. Faktor pentingnya ialah kerana di Sabah tiada pemberani yang cuba mengolahkan kebangkitan rakyat. Tokoh-tokoh Melayu Islam Sabah masih lagi bersetia khurafat dengan Taib Mahmud sambil mengharap mereka akan diberikan jawatan Ketua Menteri Sarawak. Mereka sanggup menunggu peralihan kerusi dari Taib kepada mereka sampai punggung berakar seperti pohon jejawi. Wajah anak muda itu sekali lagi menjadi keruh dengan jawaban telus dari saya itu. Jenderal berkenaan juga menjadi lebih diam. Beberapa saat dia seakan merenung ke dalam dirinya. "Macam mana pula dengan sokongan orang Melayu ke seluruhnya, bang?" dia mengalih topik untuk melihat kepada politik orang Melayu. Pertanyaan ini menarik dan memberikan saya peluang membuat konklusi kepada persoalan berhubung jaya atau gagal Pakatan Rakyat untuk rampas Malaysia. "Dalam perhatian saya orang Melayu keseluruhnya masih menyokong BN, khasnya Umno. Kedudukan atau prestaj kalau boleh saya sebut kira-kira 62 hingga 65 peratuas orang Melayu masih setia dengan Umno. Ini bermakna sekitar 38 atau 35 peratus menyokong Pakatan Rakyat. Jadi dengan angka ini ertinya Pakatan Rakyat hanya boleh merampas paling tinggi 40 kerusi Melayu daripada jumlah semuaaya 150 kerusi. "Kita andailah dari 42 kerusi Cina berjaya dirampas oleh DAP secara mutlak 42 kerusi manakala kerusi campuran sebanyak 30 disecara mutlak dirampas oleh Pakatan Rakyat dan kerusi Melayu diperolehi 40 kerusi, ia akan menjadi 40 + 42 + 30 = 112. Jumlah ini belum cukup untuk PR menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah 113 kerusi," ujar saya. Afdalnya kata saya dengan situsi dan kondisi itu Pakatan Rakyat perlu menambahkan antara 3 hingga 5 peratus lagi undi Melayu bagi memperolehi sekurang-kurangnya lima kerusi lagi bagi mengenapkan 112 atau lebih untuk membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan secara mudah. Anak muda berkenaan terdiam sejenak kemudian mengangguk-angguk seolah-olah faham dengan apa yang saya jelaskan. Lantas beliau bertanya, bagai mana strategi untuk menambah peratus berkenaan. "Apa caranya yang abang fikir?" Tekan beliau serius matanya dicerlung ke wajah saya. Persoalan itu mencabar minda saya. Dalam pada itu anak muda berkenaan mengemukakan cadangan dan bertanya siapakah tokoh yang boleh dibawa ke tengah masyarakat untuk meraih undi Melayu sebagai tambahan. Cadangan itu baik tetapi saya sendiri tidak nampak siapakah mereka buat masa ini. Bekas pegawai kerajaan yang sudah bersara tidak mudah untuk dijadikan alat politik kepada mana-mana pihak apa lagi Pakatan Rakyat. Mereka lebih senang dengan kedudukan mereka hari ini bersama anak dan keluarga di samping memakan wang persaraan. Bagi mereka soal bangsa dan negara boleh diurus oleh orang lain. Perkhidmatan mereka beberapa tahun sebelum ini sudah cukup sebagai sumbangan mereka kepada negara, walaupun kemudahan pencen dan sebagainya mereka mahu diberikan sampai mati dan diwarisi anak cucu tujuh keturunan. Agak sukar untuk mencari ikhtiar bagaiaman untuk tambahkan peratus Melayu itu. Pemikiran dan sikap orang Melayu kini seakan sudah dikunci oleh Umno menerusi berbagai isu berkaitan bangsa dan agama yang dimainkan. Isu-isu kalimah Allah, kedudukan agama Islam, ancaman Kristian, soal patrotisme atau tidak serta isu-isu berbentuk provokasi sekiranya Pakatan Rakyat menang negara akan jadi huruhara, pemerintah akan bertukar tangan kepada orang kafir dan sebagainya, dimakan oleh Melayu yang akalnya takah tujuh dan mereka (Melayu) yang tidak mendapat akses maklumat dari media bebas. Saya menyebut salah satu cara bagi mengatasi kekurangan ini Pakatan Rakyat kena tumpukan kepada pengundi muda yang pertama kali akan mengundi. Bilangan mereka lumayan juga kira-kira 3 juta. Andainya 2 juta pengundi muda mengambil bahagian ia boleh mengubah suasana. Mereka ini harus didekati, diberi kefahaman sebaik mungkin. Sementara pemikiran mereka masih belum tepu dengan pemberian wang poket pilihan raya, mereka boleh diajak membantu ke arah menukar kerajaan secara rasional dan bertanggungjawab. Selain entiti itu yang boleh membantu memberi undi cukup kepada Pakatan Rakyat, ialah seorang tokoh atau ahli politik bernama Tengku Razaleigh Hamzah. Kehebatan dan pengaruh Tengku Razaleigh tidak boleh dikesampingan. Beliau mempunyai kekuatan dan penyokong tersendiri. Pengaruhnya ada di seluruh negara. Kalau pun beliau tidak dapat memberi sumbangan langsung dalam bentuk kerusi tetapi penyokonganya boleh memenangkan kerusi-kerusi yang margin Melayu. Ahli Umno yang ikhlas dalam perjuangan bersama Tengku Razaleigh kerana mereka merasakan beliau orang yang ikhlas dalam perjuangan. Mereka ini setia dan sedia menuruti apa yang Tengku arahkan. Jadi Tengku Razaleigh boleh dijadikan pemanggil untuk meraih sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat. Jumlah yang dikehendaki itu sebanyak 5 persen boleh diperolehi daripadanya. Persoalannya macam mana hendak pastikan Tengku Razaleigh akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat? Apakah beliau bersetuju begitu saja tanpa dikenakan apa-apa bayaran ufti? Tengku juga ada agendanya tersendiri dan seorang yang berprinsip. Nah, sekarang ini terpulang maklumkan kepada Pakatan Rakyat, bagaimana untuk mendapat sokongan dan undi Melayu yang berada di tangan Tengku Razaleigh Hamzah itu? Perundingan boleh dijalankan dan kalau kena gaya, dan lagu rasanya Tengku Razaleigh tidak akan "kupik" untuk menghulurkan bantuan dan sokongan. Makenismenya macam mana? Ini yang perlu diwacanakan. Bagi saya, saya cukup yakin Tengku Razaleigh ada kekuatan tersendiri untuk memenangkan Pakatan Rakyat dan begitu juga sebaliknya mengalahkan Barisan Nasional. Jadi Tengku Razaleigh adalah pengadil yangh boleh diajak berunding. — msomelayu.blogspot.com |
Posted: 02 Apr 2013 08:43 PM PDT |
Keluhan Isteri Komando VAT 69 - Ada Pemimpin Pakatan Rakyat Peduli? Posted: 02 Apr 2013 05:48 PM PDT Sejak tersiar berita tentang kematian wira-wira negara kita, saya tidak pernah lepas mengikuti berita di TV. Saya menangis sedih melihat perwira-perwira kita mati di medan perjuangan perang. Rasa sedih ini lahir ibarat kata orang cubit paha kiri, paha kanan terasa, kerana saya juga adalah dari keluarga pasukan keselamatan. Apa yang keluarga mereka rasa hanyalah orang seperti kami keluarga anggota yang tahu perasaan sesama kami. Menjadi isteri kepada anggota pasukan keselamatan secara tak langsung bukan saja suami berkorban kepada negara malah isteri dan anak-anak pun berkorban untuk negara. Isteri menghadapi tekanan perasaan menghadapi kerenah anak- anak sakit demam, persekolahan dan segala masalah yang lain sendirian kerana suami selalu tiada. Terpanggil rasa ingin meluahkan perasaan ini apabila membaca luahan hati isteri polis di Utusan Malaysia (polis Mega) bertarikh 12.3.2013. Apa yang diluahkan isteri polis berkenaan sama seperti isteri anggota lain rasakan. Dulu VAT69 orang tidak mengenalinya sangat. Setelah peristiwa berdarah di Lahad Datu barulah orang tahu VAT69 itu adalah anggota komando polis dan yang terbunuh itu adalah antara sahabat kami semasa di Ulu Kinta dulu. Suami saya berkhidmat di dalam VAT69 selama 20 tahu lebih dan sekarang setelah usia menghampiri pencen suami bertugas sebagai polis biasa. Pada awal tahun 80-an, semasa saya baru berkahwin pasukan VAT69 ini sering masuk hutan kerana komunis begitu banyak di negara kita. Setiap kali nak menyambut perayaan sama ada Krismas, Tahun Baru Cina atau Raya Aidilfitri, suami-suami kami pasti ditugaskan masuk hutan kerana masa ini pihak komunis difahamkan bergerak aktif di musim perayaan. Jadi untuk keselamatan rakyat dan negara anggota keselamatan seperti VAT69 pasti bertugas masuk hutan. Bayangkanlah ketika orang lain bergembira nak menyambut Hari Raya, kami isteri dan anak-anak muram kerana tak bersama dengan orang yang kami sayang, malah hati sentiasa cemas dan berdebar takut mendapat berita tak baik. Disaat orang lain menimang cahaya mata bersama suami tercinta, kami ada kalanya menahan kesakitan dan kepayahan tanpa suami di sisi demi tugas untuk negara. Tidakkah ini satu pengorbanan juga namanya bagi kami pihak isteri dan anak-anak? Dulu semasa suami saya bertugas di VAT69 amatlah susah dan perit. Gaji tidak setimpal dengan tugas yang dipikul. Elaun komando pada masa itu baru RM150. Bayangkanlah suami bertugas sebagai anggota Wireless (WT) bukan seperti sekarang segala alat hubungan serba canggih seperti internet dan sebagainya. Suami saya pikul alat komunikasi (wireless) dengan berat rasa-rasanya lebih 5 kg di belakang, peluru dan bom dikeliling pinggang. Di masa itu saya amat sedih bila suami menyuruh saya memasak sambal ikan bilis buat bekalan di dalam hutan untuk sekian hari yang dijangkakan. Kalau orang lain boleh bawa ration untuk bekalan seperti makanan dalam tin tetapi suami saya tidak kerana alat wireless pun sudah hampir satu beg pack belakang. Untuk jimatkan ruang dan keberatan, suami terpaksa bekalkan sambal ikan bilis selama di dalam hutan. Itulah lauk yang dimakan setiap hari sampai pulang. Kesedihan tidak lagi dapat digambarkan di dalam hati. Di dalam hutan pukul 6 petang sudah gelap gelita, pernah suami bercerita dia dan kawan (sudah arwah) memasuki hutan ''bamboo'' iaitu hutan berpaya, tidur berbantalkan ular sawa yang disangkakan akar kayu kerana terlalu gelap. Ketika terlelap tiba-tiba terasa benda bergerak dan suami memberi syarat pada kawannya senyap dan angkat kepala dan barulah mereka sedar itu adalah ular sawa yang sangat besar. Pernah juga suami nyaris maut ketika mengambil air di sungai, bila mendongak ke atas bukit ada dua orang komunis sedang memandang serta menghunus senjata nak menembak tetapi dengan kuasa Allah, pengganas itu tidak jadi menembak mungkin berfikir anggota keselamatan lebih ramai atau lebih baik melarikan diri saja. Berbagai lagi pengalaman ngeri yang tak dapat dituliskan di sini. Apabila Tian Chua menyatakan ini sandiwara, saya berasa sangat marah kerana kami isteri-isteri anggota keselamatan saja yang tahu betapa susah dan berat tugas suami kami, jika diikutkan hati, rasa tak lalu nak makan duit gaji dari mereka sedih dengan tugas yang bergadai nyawa tambahan pula gaji pada masa itu tidak seberapa. Tapi apakan daya kami keluarga juga terpaksa berkorban. Sekarang apabila suami bertugas sebagai polis biasa, suami menyatakan Tan Chua ini memang biadab orangnya, suka hasut bagi polis marah. Untuk pengetahuan, semua kami isteri-isteri VAT69 sangat rapat dan akrab antara satu sama lain sebab pada tahun awal 80-an tiada alat hubungan komunikasi canggih seperti hari ini. Apabila suami kami bertugas di dalam hutan, kami isteri-isteri bersepakat menjaga kebajikan keluarga kami iaitu susah senang bersama. Sebagai contoh, jika ada antara kami yang sakit, jiranlah yang menjaga anak kami sementara kami berada di hospital. Atau kalau ada yang nak ke pasar, kami akan bertanya pada jiran apa-apa keperluan dikirim kerana sesama kami faham masing-masing ada anak kecil dan bersekolah, susah untuk bergerak ke mana-mana kerana suami bertugas. Begitulah sedikit contoh betapa akrabnya kami sebagaimana akrabnya suami-suami kami di dalam hutan di mana pikul kawan kalau ada yang sakit atau tercedera, sampailah sekarang hubungan kami seperti saudara tidak putus. Apabila terpandang di TV anggota VAT69 terkorban, saya dan suami berasa sedih dan sangat marah dengan Tian Chua yang menyatakan ini sandiwara. Saya yakin Tian Chua tiada saudara maranya yang bertugas sebagai pasukan keselamatan sebab itu dia tergamak berkata demikian. Hanya kami keluarga anggota keselamatan yang tahu perasaan sesama kami kerana kami isteri dan anak-anak yang merasakan segala kesukaran, kesedihan, risau, berdebar tatkala suami kami bertugas. Memang benar setiap kali ada yang beruniform polis mengetuk pintu rumah, jiwa lagi kuat berdebar, takut mendapat berita tak baik. Begitulah perasaan kami selalu bila suami pergi menjalankan tugas di perbatasan. Wahai Tian Chua kamu tidak rasa apa yang kami rasai. Tian Chua dan Anwar Ibrahim adalah iblis yang bertopengkan manusia. Saya rasa tidak sabar menunggu untuk mengundi pada pilihan raya kali ini. Keluhan Isteri Polis Juragan Malawati.. |
Posted: 02 Apr 2013 05:27 PM PDT KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Md. Hashim Hussein tidak layak membicarakan tentang insiden kumpulan militan di Sauk, Perak, 13 tahun lalu kerana pemerintah tertinggi ketumbukan tersebut berada di luar negara ketika kejadian itu berlaku pada 2 Julai 2000. Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said ketika mendedahkan perkara itu berkata, Md. Hashim hanya kembali ke Malaysia sehari selepas insiden itu bermula. "Saya yang menjemput Md. Hashim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kedua kejadian dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada saya untuk menyelesaikan perkara itu. "Beliau langsung tidak membantu, sebaliknya saya berurusan terus dengan Ketua Polis Negara (ketika itu), Tan Sri Norian Mai tentang usaha bersama Tentera Darat dan polis untuk melakukan tindakan susulan. "Md. Hashim hanya muncul di belakang saya pada 6 Julai setelah semuanya selesai," katanya ketika menjadi ahli panel 'Forum Keselamatan dan Ketahanan Negara' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Taman Melawati dekat sini semalam. Forum itu menampilkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said dan bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail sebagai ahli panel. Bekas Ketua Staf Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah yang juga Ahli Dewan Tertinggi Perkasa pula bertindak sebagai moderator. Beliau mengulas perbandingan yang dilakukan oleh Md. Hashim antara insiden di Sauk pada 2000 dengan peristiwa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sekarang. Md. Hashim yang kini giat berceramah di pentas pembangkang terutama dalam membincangkan isu keselamatan, antaranya mendakwa pencerobohan Lahad Datu sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa singkat dengan mengambil peristiwa serangan militan di Sauk sebagai perbandingan. Beliau juga mendakwa seolah-olah wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan bagi menangani pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu. Zaini menambah, beliau kecewa dengan dakwaan Md. Hashim yang membayangkan seolah-olah pasukan keselamatan terikat dengan arahan politik sedangkan beliau sedia maklum selok-belok operasi pasukan keselamatan. Katanya, setiap anggota dan pegawai pasukan keselamatan negara memiliki tahap integriti serta profesionalisme tinggi dan tidak akan sama sekali membenarkan ahli politik mencampuri urusan mereka. "Contoh sewaktu peristiwa di Sauk, Perak, Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang ketika itu Menteri Pertahanan ada berjumpa dengan saya dan memberitahu bahawa beliau mahu insiden itu diselesaikan secara baik tanpa pertumpahan darah. "Itu sahaja arahan dan ingatan yang diberi dan saya yakin dalam kes pencerobohan di Lahad Datu juga, perkara yang sama dilakukan pihak pemerintah kerana pasukan keselamatan masing-masing ada kepimpinan tertinggi yang arif bagaimana tindakan yang perlu dibuat di peringkat operasi," katanya. |
Posted: 02 Apr 2013 12:49 AM PDT Hampir setiap hari saya dihujani dengan pertanyaan samada saya bertanding dalam PRU ke 13 dan kalau bertanding di mana dan atas tiket apa.Pertanyaan sedemikian bukan sahaja datangnya daripada pengamal media tetapi juga dari kalangan ahli-ahli politik BN dan Pakatan Rakyat serta sahabat-sahabat dan orang ramai yang ingin mengetahui arahtuju kerjaya politik saya. Saya tersentuh dengan darjah kepedulian mereka yang terlibat. Barulah saya memahami sebenarnya nilai politik seseorang daripada kacamata mereka yang sering mengikuti perkembangan politik tanahair. Sebenarnya banyak cadangan dikemukakan kepada saya khususnya mereka yang ingin melihat apa yang boleh saya sumbangkan kepada Negeri dan Negara yang selama ini dilihat bahawa saya berkecenderungan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja. Sebahagiannya mencadangkan saya bertanding diperingkat Negeri dan tidak kurang pula yang ingin melihat saya berada diperingkat Parlimen seperti yang pernah saya lakukan dalam PRU ke 10. Bahkan terdapat gesaan supaya saya mengekalkan kerusi DUN Gombak Setia. Ada juga dikalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama PAS sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun ke kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu. Sehingga ini saya belum membuat keputusan akhir mengenai cadangan-cadangan yang diterima termasuk perancangan pilihan saya sendiri. Saya sedang meneliti situasi dan persekitaran politik samada Negeri atau Nasional. Di samping itu saya lebih selesa memilih pendekatan untuk terus mengalu-alukan input daripada berbagai pihak untuk membolehkan saya menjuruskan langkah akhir yang sepatutnya saya ambil dalam karier politik saya. Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuangan IMR – Islam Melayu dan Raja melalui JATI yang saya diminta menerajuinya. Apapun yang penting bagi saya bukan Negeri atau Parlimen atau samada bertanding ataupun tidak. Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat negeri ini untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja. Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang. Mengenai parti atau lambang apa saya harus gunakan , perkara inipun saya menerima banyak cadangan. Saya masih meneliti kebaikan keburukan bukan sahaja mengenai diri saya yang terlibat secara langsung malah berkait rapat dengan anggota keluarga, sahabat handai, rakan seperjuangan dan seluruh anggota masyarakat. Diharap penjelasan ini dapat meredakan sedikit keinginan yang melonjak dikalangan mereka yang begitu perihatin untuk bersama-sama melihat kejayaan politik saya dan mesej IMR yang saya perjuangkan. Seperti biasa sebagai insan yang kerdil mungkin saya hanya dapat merangka, merancang dan melaksanakan apa juga bakal keputusan yang dibuat tetapi seperti kelaziman seorang Muslim saya menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Allah SWT. DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia Tmn Tun Dr Ismail, KL 27 MAC 2013 |
You are subscribed to email updates from AZLI SHUKRI TODAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |