Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

DARUL EHSAN TODAY

$
0
0

DARUL EHSAN TODAY


Tun Mahathir Di Shah Alam Sabtu Ini...

Posted: 02 Apr 2013 07:00 PM PDT

Tun mahathir akan turun di shah alam sabtu ini...



Tarikh : 6hb April 2013 ( Sabtu )
Masa : 2:30 ptg
Tempat : Padang Sek. Men. Keb. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.
Ucaptama oleh : Y.A.BHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD 

Ceramah Hari Ini....


SEMUA RAKYAT DI JEMPUT HADIR & SEBARKAN...

Anwar Lost Control...

Posted: 02 Apr 2013 05:00 PM PDT


Baru sahaja kita menyaksikan bagaimana Anwar telah tidak dihormati di Kuantan di mana calon pilihannya yang diumumkannya sendiri telah diejek ahli PKR, kini kita melihat pula bagaimana Anwar hilang kawalan dan tidak mampu membuat keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak di dalam Pakatan Rakyat.  

Ini dapat disaksikan dari perbalahan yang berlaku di beberapa tempat berkenaan kerusi pilihanraya.  Antara insiden terbaru ialah di Kedah apabila DAP mengugut untuk bertanding secara 'solo' yang mungkin membawa kepada pertandingan tiga penjuru akibat kepimpinan negeri telah membelakangkan terus parti itu.  

Lebih menyakitkan hati DAP Kedah ialah apabila Anwar sendiri, tanpa berunding dengan sesiapa telah dengan tidak semena-mena mengumumkan dalam satu ceramah di Kedah bahawa calon dari PKR, iaitu Gooi Hsiao Leung untuk bertanding di kerusi parlimen Alor Setar.  PKR juga telah menamakan N.Surendran untuk bertanding di Padang Serai.

Ketidakpuasan hati DAP Kedah disuarakan oleh Ketuanya, Lee Guan Aik yang turut menegaskan yang beliau akan mempertahankan kerusi Kota Darulaman.  Lee nyata kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan tertinggi parti.  

Tindakan kepimpinan PR yang membelakangkan DAP dan mengambil keputusan tanpa berbincang, menyerlahkan sikap Anwar yang kuku besi serta tidak berkeupayaan mengurus atau mentadbir parti.  Malah, Anwar juga angkuh kerana enggan memberi sebarang komen mengenai isu ini tetapi hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.  

Anwar, sepatutnya menjadi tonggak perpaduan kepada PR.  Perlantikan beliau sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kononnya adalah kerana hanya beliau yang mampu menyatupadukan PAS dengan DAP.  Namun, sebagai Ketua, Pemimpin Tertinggi dan bakal PM, pelik sekali apabila beliau tiada hak untuk memberi kata putus kepada PAS, DAP mahupun PR secara keseluruhan.   

Kita lihat bagaimana Anwar langsung tidak mengambil peduli akan perbalahan dalam DAP sebelum ini, termasuk isu pemilihan CEC yang nyata menimbulkan kontroversi.  Begitu juga dengan isu-isu yang melibatkan ekonomi negeri seperti pembalakan tidak terkawal di Kedah, terowong mega di Pulau Pinang dan berbagai-bagai lagi.  

Anwar juga tidak berupaya untuk menyelesaikan perbalahan antara Kedah dan Pulau Pinang berkenaan isu jual beli bekalan air mentah.  Malah, tidak mampu memberi sebaran komen pun walaupun isu tersebut berlarutan tanpa kata putus. 

Apa yang jelas, daripada sebesar-besar isu yang melibatkan ekonomi negeri-negeri jajahan PR, kepada isu-isu yang melibatkan imej dan integriti parti mahupun isu kerusi dalam pilihanraya, sehinggalah sekecil-kecil isu seperti isu setempat dan skandal dalaman yang melanda parti, semuanya bagai berada di luar kuasa Anwar Ibrahim.  

Oleh kerana pilihanraya akan berlangsung beberapa hari sahaja dari sekarang, kedudukan Anwar yang tampak lemah dan kabur ini membuatkan rakyat semakin cuak untuk memberi mandat kepada PR.  Sekali gus bayang-bayang bakal Perdana Menteri PR yang sedia kabur bagaikan terpadam terus.

Ketiga-tiga parti di dalam PR nampaknya berjuang secara syok sendiri dan Anwar juga menjadi bakal PM yang syok sendiri.  Masing-masing dibuai angan-angan berasingan serta berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa berpijak di bumi nyata.  

Hari ini, DAP Kedah telah benar-benar tersinggung dan jika benar parti itu bertanding secara solo, maka tidak mustahil langkah tersebut akan menjadi trend bagi negeri-negeri lain yang turut memperlihatkan bagaimana ada saja perbalahan dan ketidakpuasan hati antara PAS, DAP dan PKR.  

Hakikatnya, masalah ini berlaku kerana PR tidak mempunyai pemimpin tertinggi yang benar-benar berkuasa memberi kata putus dan kata putusnya dihormati.  

Bayangkan, bagaimana kita mengharapkan parti ini memerintah negara tanpa pemimpin yang pasti?     

Roboh Surau Kerana Nak Upgrade Rumah Pangsa....

Posted: 02 Apr 2013 03:00 AM PDT


Penduduk rumah pangsa kos rendah Indah Court di Jalan PJS 11/7a di sini, membantah cadangan pemaju merobohkan surau yang dibina mereka berhampiran rumah pangsa berkenaan sejak lebih sedekad lalu.

Bantahan itu dibuat kerana mereka tidak bersetuju dengan tindakan pemaju membina surau ganti di tingkat empat, bangunan tempat letak kereta yang akan dibina di bekas tapak surau terbabit.

Surau yang dibina penduduk dengan kos RM93,000 itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan tiga blok kondominium 30 tingkat dan 10 unit rumah kedai serta pejabat di kawasan berhampiran.

Penaung surau, Datuk Shaiful Nizam Abdullah, berkata tindakan itu tidak wajar kerana ia dibina hasil wang yang dikeluarkan oleh penduduk sendiri selain sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekitar 1997.

"Saya tidak faham mengapa pemaju dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) begitu mudah hendak merobohkan surau yang kami bina dengan duit sendiri.

"Lebih menghairankan, jika hendak menaik taraf Indah Court, mengapa pula surau ini dirobohkan?
"Kami bina surau ini bukan secara haram tetapi selepas kelulusan MPPJ. Lagipun, tidak sesuai jika surau dibina di atas lot parkir kerana ia menyusahkan penduduk untuk beribadah dan membuat kenduri.

Confirm Mahfuz Bakal Menteri Kewangan Malaysia...

Posted: 02 Apr 2013 12:00 AM PDT


Mahfuz Omar mengkritik Datuk Mukhriz Mahathir sebagai seorang yang tidak memahami ekonomi apabila berjanji dengan mengatakan berbilion ringgit akan dibawa masuk jika Barisan Nasional (BN) memerintah semula negeri Kedah.

naib presiden PAS itu berkata negeri Kedah antara negeri yang paling banyak menarik pelabur berbanding negeri lain dan sepanjang pemerintahan kerajaan PAS berbilion pelaburan masuk dan ribuan peluang pekerjaan disediakan.

"Otak orang kampung pun lebih baik daripada otak Mukhriz ini.

"Saya rasa orang kampung di Lana Bulu dan Ceruk Ketiak pun lagi pandai daripada Mukhriz ini," kata Mahfuz, merujuk kepada penduduk pendalaman di Jerlun, kawasan Parlimen Mukhriz.

Menurut Mahfuz lagi, pelaburan di Kedah sejak kerajaan PAS memerintah pada 2008 sentiasa mencecah berbilion ringgit malahan pada tahun 2011 sahaja pelaburan yang dicatat mencecah RM6.14 bilion dan muncul negeri kelima terbaik seluruh Malaysia.

komen aku: lihat bertapa hebatnya mahfuz bagi komen pasal ekonomi negeri kedah, komen dia mengalahkan gabenor bank negara atau menteri kewangan, weii bahalul kalau kerajaan kedah hebat mentadbir ekonomi tak de la hutan di tasik pedu tu gondol, lagi satu, kalau betul banyak pelabur masuk di kedah, kenapa kerajaan negeri tak mampu nak bayar gaji kakitangan awam (KCS)....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>