PEJUANG BANGSA |
- Tweet saya untuk hina Umno bukan Nabi
- Terkini ! Datuk Seri Muhammad Ridzwan ditahan bawah akta SOSMA #LahaDatu
- Hot ! Pemimpin PKR buat aksi lucah dakwa itu cerita lama
- Saya tak kenal Jamalul Kiram - Ridzwan Sulaiman #LahaDatu
- PANAS ! Aksi skandal terlampau pemimpin wanita PKR !!
- Hot ! Guan Eng malu besar billboard penipu Dap dijawab fakta #tolakPR @tunfaisal
- Hot ! Senarai calon Pakatan bertanding di PRU13 dibongkarkan !! #tolakPR ,
Tweet saya untuk hina Umno bukan Nabi Posted: 01 Apr 2013 08:24 AM PDT Bila laporan polis dibuat dan kecaman oleh para Mufti , pemimpin Pemuda Pas ini bukannya nak tarik balik atau memohon maaf tapi sebaliknya menuduh Utusan Malaysia salah tafsir dan beliau hanya maki Umno sahaja. Tangkap saja mangkok bangang ni..nak maki dan fitnah Umno tapi guna jual nama Nabi Muhammad SAW . Kenyataan Media Budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik. Perkara ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Isteri Baginda yang suci pernah difitnah berzina menyebabkan Baginda sekeluarga telah menanggung kesusahan dan aib sehingga Allah membersihkannya semula. Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri hatta terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik porno adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik. Tiada bezanya perangai munafik dahulu dan kini. Senjata mereka adalah sama. Fitnah yang MELAMPAU. Saya menegaskan bahawa saya tidak menghina Junjungan Nabi SAW. Tweet saya telah ditafsirkan secara salah terutamanya oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA. Apa yang menjadi fokus sebenarnya dalam tweet saya adalah UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Tekanan yang mereka hadapi bilamana ramai rakyat telah benci dan menolak mereka. Mereka merasakan kesukaran untuk mengekalkan kuasa yang sedang mereka punyai sekarang ini. PRU ke 13 sesuatu yang menakutkan mereka. Justeru mereka akan sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada. UMNO dan Barisan Nasional telah banyak melakukan perkara yang hina demi kelangsungan politik mereka. Hina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan. Pelbagai pihak termasuk kawan apatah lagi musuh politik mereka telah menjadi mangsa. Saya ingin menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita. Video seks dan cerita skandal pimpinan pakatan rakyat merupakan modal terkini yang mereka usahakan. Ini satu tindakan yang HINA dan JIJIK. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai ISLAM dan moral yang murni. Maka dengan ini saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menghina Nabi SAW, tetapi yang hina sebenarnya adalah UMNO dan Barisan Nasional. Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan agar rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah porno yang menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional membunuh musuh politik mereka. Saya amat jelas menginsafi kesucian Nabi dan jemgkel terhadap terhadap perangai golongan MUNAFIK yang hidup bersama Baginda. Ancaman dan azab keras daripada Allah (hukum HUDUD) jelas tidak menghalang mereka untuk terus MEMFITNAH.. Khairulfahmi Matsom 1 April 2013 |
Terkini ! Datuk Seri Muhammad Ridzwan ditahan bawah akta SOSMA #LahaDatu Posted: 01 Apr 2013 06:20 AM PDT Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman ditahan di IPD Ampang Jaya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), di sini hari ini. Bagaimanapun Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah itu menafikan penglibatannya dalam tragedi pencerobohan pengganas Kiram di Sabah. Katanya, dia tidak pernah mengenali Jamalul Kiram yang didakwa Sultan Sulu sebaliknya hanya berkenalan rapat dengan pewaris asal kesultanan yang dikenali sebagai Sultan Muedzul-Lail Kiram |
Hot ! Pemimpin PKR buat aksi lucah dakwa itu cerita lama Posted: 01 Apr 2013 05:31 AM PDT "Itu cerita lama..." Itulah kenyataan ringkas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Merbok, Saharudin Hamid yang dikaitkan dengan klip video lucah baru-baru ini. Walaupun tidak mengesahkan bahawa dialah invididu dalam klip tersebut tetapi Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) itu mengaku bersedia menerima keputusan pucuk pimpinan parti mahupun pihak MPSP berhubung kedudukannya. Katanya, setakat ini, beliau masih belum dipanggil oleh pucuk pimpinan PKR sama ada di peringkat negeri atau pusat untuk berbincang mengenai perkara terbabit. "Belum ada apa-apa. Malah, saya belum terima sebarang surat daripada parti dan pihak majlis (perbandaran)," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. Khamis lalu, Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah mendedahkan satu klip video rakaman gambar aksi perlakuan lucah yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang peringkat negeri. Sedutan gambar itu menampilkan seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju dan kemudian membuka seluar sambil menunjukkan kemaluannya. Klip video yang panjang 1 minit 36 saat tersebut dimuat naik ke dalam blog 1cilipadi.blogspot.com. Pengerusi badan terbabit, Khairul Anuar Ramli berkata, klip video tersebut dipercayai dirakam melalui satu perbualan maya antara pemimpin terbabit dengan seorang wanita melalui laman sosial Facebook. - UTUSAN ONLINE |
Saya tak kenal Jamalul Kiram - Ridzwan Sulaiman #LahaDatu Posted: 01 Apr 2013 02:30 AM PDT Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah. Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada pukul 11.05 pagi tadi. Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu. Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu. "Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya. Muhammad Ridzwan menyerah diri berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran. Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas. |
PANAS ! Aksi skandal terlampau pemimpin wanita PKR !! Posted: 01 Apr 2013 01:48 AM PDT Kalau pemimpin mereka borek, pengikutnya rintik ... itu lah yang terjadi di dalam parti yang bermasalah MORAL iaitu PKR . Blog pena berdarahdalam entry terbaru artikelnya mendedahkan Naib Pengerusi Wanita PKR Penang sedang melakukan aksi seks dengan seorang Ahli Majlis . Selepas didedahkan aksi melancap di webcam kini lagi panas skandal aksi doggie pulak . Kita tunggu apa reaksi pemimpin tertinggi PKR samada nak amik tindakan atau terus cakap ini gambar superimpose fitnah . Kalau benar gambar ini , memang malu besar PKR !!! Dari pemimpin agong sampai yang cikai pun semua sangap ..haha |
Hot ! Guan Eng malu besar billboard penipu Dap dijawab fakta #tolakPR @tunfaisal Posted: 31 Mar 2013 09:08 PM PDT Tahniah kepada UMNO Kepala Batas yang menjawab segala penipuan kerajaan Dap yang giat menyebarkan propaganda mereka di Dun Pinang Tunggal . Ia diketuai sendiri oleh ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin yang turun mejawab kempen kerajaan Dap untuk masuk ke kubu kuat Barisan Nasional (BN) dengan menyebarkan tuduhan dan maklumat yang salah bagi mengelirukan penduduk kawasan berkenaan. Modus operandi Kerajaan Dap sekarang dilihat menyebarkan maklumat tidak tepat dengan memasang 'billboard' menyatakan mereka telah laksanakan pelbagai pembangunan termasuk meningkatkan peruntukan bagi perbelanjaan untuk orang Islam di negeri ini, sedangkan semua itu dilaksanakan oleh BN, mereka cuba mengelirukan pengundi di Dun berkenaan. Tindakan penduduk di Dun berkenaan membantah secara aman taktik kotor Dap seperti ini wajar dilakukan di tempat-tempat lain kerana jelas Pakatan menipu rakyat dengan fakta mengelirukan ini . Untuk menjawab fakta mengelirukan ini , beberapa sepanduk turut diapasang di tempat strategik di Pinang Tunggal bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu. |
Hot ! Senarai calon Pakatan bertanding di PRU13 dibongkarkan !! #tolakPR , Posted: 31 Mar 2013 06:13 PM PDT Seperti dijangka , 2 Jeneral Pencen telah mendapat habuan mereka dengan terus diangkat sebagai calon ekspress PKR di Johor Bharu & Pasir Gudang walaupun baru beberapa bulan sahaja masuk parti itu . Ternyata jeneral2 pencen ini lebih disayangi Anwar berbanding yang telah bejuang bermatian-matian dengannya tidak mendapat tempat . ** senarai ini ada yang masih berstatus tak rasmi , ia akan berubah mengikut keadaan semasa & keperluan . Senarai calon PKR (dikemas kini setakat 31 Mac 2013) 1. Gombak - Azmin Ali (penyandang) Senarai calon DAP - (Blog Dr MiM kemas kini setakat 31 Mac 2013) 1. Gelang Patah - Lim Kit Siang Senarai calon PAS - (Blog Dr MiM kemas kini setakat 31 Mac 2013) 1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang) |
You are subscribed to email updates from Generasi Pejuang Bangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |