Panglima Perang Cyber |
- Berita Harian | Persiapan Sambut Hj Hadi 'Live' Di TV Sudah Berjalan Kata @DrRaisYatim Dan Pandangan @AhmadMaslan
- JEMPUTAN MENYERTAI LARIAN TAHUN BARU 1MALAYSIA 2013 TAWAR BANYAK HADIAH
- MSO Mohd Sayuti Omar - Sindir SU Akhbar MB Kelate Hingga Tiga Generasi
- Cabaran Debat Isu Amanat Hj Hadi Antara Bekas AJK Dewan Ulama PAS PROF MADYA NOOR DERIS vs NIK AZIZ DAN HJ HADI
- Gambar-Gambar Sekitar Runtuhan Bukit Setiawangsa Kuala Lumpur
- Selepas TPM @MuhyiddinYassin, Kini Naib Presiden UMNO @Zahid_Hamidi Pula Lawat Mangsa Banjir Negeri Kelantan
- Pemimpin Pas Mazlan Aliman Menipu 30 Ribu Hadir Himpunan Oren Hakikatnya Kurang Seribu
- Mogok Lapar #Anti Lynas - Agenda Halus Cina #DAP Jatuhkan Peniaga #Melayu #Islam ???
Posted: 30 Dec 2012 10:37 PM PST KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang memecah-belahkan umat Islam di Malaysia. Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita". "RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Presiden PAS itu, katanya, harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai. Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad. Menurut Rais, Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik. Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh agama lain yang akan turut serta. "Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya. Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu. Dalam pada itu, Rais meminta parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia. Katanya, Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa. "Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya. "Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang UMNO pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya. Di PUTRAJAYA, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata Hadi disyor mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai "Amanat Haji Hadi" tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan. Menurut Ahmad, tindakan Presiden PAS itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri. "Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di sini, hari ini. Ahmad berkata, pada sidang media, Sabtu lalu selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan. "Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. "Walaupun tak nampak apa salah perdana menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya umum 2008," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - BERNAMA Sent from my iPad | ||
JEMPUTAN MENYERTAI LARIAN TAHUN BARU 1MALAYSIA 2013 TAWAR BANYAK HADIAH Posted: 30 Dec 2012 10:27 PM PST
Sent from Samsung Galaxy Note | ||
MSO Mohd Sayuti Omar - Sindir SU Akhbar MB Kelate Hingga Tiga Generasi Posted: 30 Dec 2012 06:46 PM PST Panglima : tulisan Sayuti Omar ini memang menggelikan hati saya. Sinis dan memang telah memanaskan punggung anak muda yang menjawab tulisan di FB beliau. Kepada Ahmad Fadhli Shaari, anda jangan segan akui kesalahan. Ketahuilah bahawa ego itu boleh membunuh dan melawan bukan pilihan. Anda masih muda dan lebihkanlah akal fikiran dari ikut perasaan... Tulis Sayuti Omar : Dari semalam lagi saya nak buat teguran sedikit kepada setiausaha akhbar MB Kelantan Fadli Shaari yang pada saya ada ketikanya beliau tidak relevan untuk menjawab segala permasalahan berkaitan kerajaan dan parti yang diluruhkan di kaki bosnya, Tokguru Nik Aziz.
Jawaban yang hendak disampaikan menerusi media massa perlulah kemas, bukan saja dari segi bahasa tetapi susunan ayat-ayat yang digunakan, dan lebih-lebih fakta dan hujah perlu dipastikan ia akan mematikan isu bukan menjadikan ia bertele-tele. Dalam politik jika kita ingin memukul sesuatu kena pastikan apa yang dipukul itu terus mati dan kayu pula tidak patah. Saya timbulkan ini kerana ada sesetengah penjelasan dibuat oleh Fadli tidak padan dengan diri dan 'kederat'nya. Maksudnya beban yang cuba dipikul bagi meringankan diri Tokguru tidak layak ditanggungjawab olehnya. Disebabkan keadaan itu menyebabkan isu yang cuba dijawab itu bukan saja selesai tetapi mendedah kelemahan lain dan menambahkan masalah lain pulak. Saya terus mengambil contoh berhubung isu dibangkitkan oleh blog kemudian dipetik oleh media PB(Utusan Melayu), dalam isu ini bukan saja Fadli tetapi orang lain juga simpati kepada Tokguru kerana dipermainkan begitu sekali. Maka Fadli cuba menjawabnya untuk menghentikan isu berkenaan. Niat dan usaha itu terpuji. Dalam menjelas dan menjawab isu itu, dua perkara atau pendekatan diambil, pertama dengan mengancam untuk saman media berkenaan dan mana-mana individu yang 'mabuk todi' dengan isu tersebut. Fadli boleh menjawab atau memberi tahu hal pertama itu. Tetapi langkah kedua cuba memberi penjelasan secara terperinci mengenai kronologi bagaimana tanah seluas 10,526 hektar kepada pemimpin DAP itu nampak kekok dan "berat" sedikit. Dengan memberi kronologi itu Fadil mengira dapat difahami mengenai status tanah berkenaan. Tetapi apabila ia mendedah perkara yang tidak perlu seperti mana surat kelulusan / persetujuan Awang Adek Hussein tentang apa dipohonkan oleh YIK itu ia memberi kesan lain. Rasanya tidak perlu surat Awang Adek itu. Isu di sini ialah sedikit saja, tuduhan yang pemberian tanah itu untuk mendapatkan jawatan MB Perak menerusi Nizar Jamaluddin. Itu isunya. Dengan cuba mengaitkan Awang Adek alias UMNO terlibat dalam kelulusan tanah itu ia tidak tepat dan sedikit 'ngor'. Fadli sepatutnya berputar di sekitar itu di mana ia telah turut terjelas dalam kronologi itu. Pendedahan Awang Adek itu tidak perlu sebab orang tahu siapa yang berhak dan berkuasa memberi tanah berkenaan. Apakah surat atau dokumen itu ingin melawan dokumen pemilikan syarikat dan kertas bukti pembelian tanah oleh pemimpin DAP itu seperti mana didedah? Tidak semuanya dokumen dilawan dengan dokumen, apa lagi dokumen yang dibalas itu akan diambil musuh untuk melayak kita balik. Bagi saya fitnah itu perkara remeh walaupun kesan tindakan besar, menyaman balik di penuduh. Fitnah sebegitu terlalu banyak berlaku dan akan berlaku. Menjelang pilihan raya makin banyak buah-buah fitnah digugurkan di kaki Tokguru. Tokguru Nik Aziz boleh selesai segala tuduhan itu dengan menjawab secara mantik saja, katakan bahawa apa didedahkan Utusan itu fitnah belaka dan ini tidak perlu di'kulasah'kan kerana semua orang mengetahui bahawa akhbar berkenaan adalah fitnah. Kita sudah menolak Utusan sebagai Abu Lahab atau pun Abdullah Bin Ubai, tetapi kenapa dalam keadaan tertentu kita masih menganggap ianya Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali? Kadang-kadang saya tengok baik Tokguru atau pun pemimpin Pas lain tidak dapat membuang Utusanseperti mana ibu tua yang serba salah untuk membuang kucing yang sudah lama tidur dalam selimutnya. Dalam fanction tertentu Utusan masih dipanggil dan dilayan seperti tetamu. Dalam hal ini Keadilan lebih konsisten dalam bermusuh dengan kertas penyebar fitnah nombor 1 ++ itu. Berbalik kepada isu tanah tadi, melihat cara Fadli menjawab isu itu bukan menyelesaikan tetapi merusutkan keadaan atau memakan diri sendiri. Lagipun saya rasa isu-isu seperti itu dianggap besar dan menyentuh dasar dan polisi kerajaan tidak elok dijawab oleh setiausaha akhbar. Bukan orang berjatawan setiausaha akhbar layak menjawabnya. Sepatutnya MB mengarahkan setiausaha politik, setidak-tidaknya ataupun pengerusi tanah Kelantan atau mana-mana exco bagi menjelaskan perkara itu ataupun Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) sendiri kerana ia menyentuh soal YIK. Jawaban dan penjelasan dari pengerusi tanah yang kini dipegang oleh TMB Ahmad Yaacob atau Pengarah YIK lebih kemas dan menyakinkan. Ia juga nampak serius. Lainlah kalau MB mahu dilihat isu itu kecil maka orang kecil dan kurang berkelayakan seperti Fadli menjawabnya. Tetapi kalau itu maksdunya ia tidak sampai kerana orang kecil kurang hemah dan politikingnya. Keadaan sama pernah berlaku sebelum ini di zaman Wan Ismail Wan Jusoh menjadi setiausaha akhbar dan Husam Musa menjadi setiausaha politik MB. Banyak isu-isu yang timbul disekeliling Tokguru di mana ia memerlukan jawaban Togkuru tetapi digalang ganti menjawabnya oleh mereka berdua. Kerana kerajinan dan 'kelacatan' mereka menyebabkan seolah-olah mereka menjadi MB dan ada kalanya mulut mereka lebih panjang dari MB. Nak baca lagi : Sent from my iPad | ||
Posted: 30 Dec 2012 06:28 PM PST KOTA BHARU - Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan amanat Haji Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno. Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama. Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu. "Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan," katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat. Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa. "Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya," katanya. Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Haji Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri. Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah. Sent from my iPad | ||
Gambar-Gambar Sekitar Runtuhan Bukit Setiawangsa Kuala Lumpur Posted: 30 Dec 2012 09:21 AM PST Kejadian yang berlaku ini tentu ada hikmahnya. Kuasa Allah akan timpakan apa dikehendakiNya kepada sesiapa sahaja yang disuka atau dibenciNya. Mari kita lihat gambar ambil iktibar kehebatan Allah Maha Kuasa dan sentiasa mendekatiNya agar tidak lalai dalam maksiat... DBKL: Pemaju diarah roboh banglo jejas teruk 31 Disember 2012 Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() Kediaman yang disewa seorang warga Iraq yang dikenali sebagai Maulana hampir roboh sepenuhnya. KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka mengeluarkan pada Jun depan peta bencana yang mengenal pasti kawasan tanah tinggi di Lembah Klang yang berisiko untuk didiami. Menyatakan demikian, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya telah meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) menjalankan kajian mengenainya mulai Januari depan. "Kita akan jalankan kajian dengan segera sebagai langkah keselamatan bagi kediaman yang sudah didiami mahupun yang bakal dibina (di kawasan tanah tinggi)," katanya kepada pemberita dekat lokasi kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini hari ini. Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tinjauan ke kawasan kejadian yang berlaku pada 10 malam, Jumaat lepas. Mengulas lanjut, Ahmad Phesal berkata, peta bencana itu dapat menjadi panduan kepada pemaju perumahan dan penduduk bagi membolehkan mereka mengambil langkah keselamatan tertentu. Ahmad Phesal menafikan dakwaan kononnya pemaju di sekitar Bukit Setiawangsa dan Puncak Setiawangsa membina kediaman tidak mengikut spesifikasi. Beliau berkata, syarikat berkenaan telah mengikuti segala piawaian pembinaan dan keselamatan ketika membangunkan kawasan perumahan itu lebih 20 tahun lalu. "Spesifikasi ini berubah dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kejadian bencana alam seperti ini, kita tidak boleh menunding jari kepada satu pihak kerana insiden seperti ini tidak dapat dijangka. "Namun Bahagian Siasatan Cerun, Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca utama kejadian berdasarkan keadaan tanah dan struktur pembinaan oleh pemaju," katanya. Beliau juga menyatakan bahawa pemaju diarah merobohkan segera sebuah banglo lereng bukit yang terjejas teruk dalam kejadian tanah runtuh itu. - Bernama | ||
Posted: 30 Dec 2012 04:01 AM PST Gambar lawatan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Negeri ambo hari ini dua lokasi Pasir Mas dan Tumpat seperti info dari blog beliau di sini http://ahmadzahidhamidi.wordpress.com/2012/12/30/menyampaikan-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-kelantan/ Kunjungan ini susulan lawatan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini...Terbaru petang tadi TPM juga telah melawat mangsa tanah runtuh di Setiawangsa seperti laporan di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121230/dn_24/Jawatankuasa-khas-pantau-Puncak-Setiawangsa Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() Lihat wajah orang tua di kampung cukup gembira mendapat kunjungan Menteri Pertahanan, iaitu Menteri Kanan Kerajaan Malaysia ke teratak mereka bertanya khabar dan menyampaikan bantuan. Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() Pada lawatan petang tadi DS Ahmad Zahid Hamidi juga turut bertemu dengan Jentera parti di Pasir Mas. Jam 6 petang mengikut twitter beliau telah diwawancara oleh Kelantan FM. Kesungguhan pemimpin kita mendekati rakyat ketika banjir wajar difikirkan bersama. Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() Ketika ini hangat isu amanat Hj Hadi seluruh negara. Tetapi ramai lupa orang UMNO juga Islam macam mereka. Adakah ini bukan ajaran Islam wahai kawan ??? DS Zahid juga sempat makan tengah hari bersama rakyat Cik Siti Wan Kembang. Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() Semoga pemimpin ikhlas dekati rakyat akan makin berkat dan kekal disukai semua pihak hingga berjaya di dunia dan akhirat. | ||
Pemimpin Pas Mazlan Aliman Menipu 30 Ribu Hadir Himpunan Oren Hakikatnya Kurang Seribu Posted: 30 Dec 2012 03:21 AM PST Pemimpin Kanan Pakatan Rakyat Takut Sertai Himpunan Oren Tika ini kemarahan sebahagian rakyat Kelantan terhadap PAS sedang meluap-luap berikutan skandal tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang yang kini telah menjadi hak milik pemimpin DAP dari Perak. Rupanya tak terdetik walau sezarah pun rasa bersalah dalam hati nurani pemimpin PAS sebaliknya dicubanya pula untuk mengalih perhatian ramai dengan mengadakan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kononnya usaha mengadakan himpunan ini salah satu tujuannya untuk menyelamatkan tanah peneroka FELDA yang didakwa akan tergadai berikutan penyenaraian FGVH di BSKL disamping menuntut pemecatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA. Sibuk betul PAS dengan untung nasib peneroka FELDA walhal nasib peneroka Ladang Rakyat di Selatan Kelantan yang terumbang ambing dengan hanya mendapat dividen RM200 sebulan sahaja sampai sekarang tak terbela. Tanah berpuluh ribu ekar tergadai ke tangan pemimpin Cina DAP tak pula PAS sibuk ambil tahu untuk memperbetulkan kesilapan, sebaliknya lebih sibuk usung cerita lain untuk alih pandangan ramai. Maka beriya-iya PAS dan NGO ANAK yang diketuai AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mempropagandakan himpunan anti FELDA itu kononnya akan dihadiri oleh lebih 30,000 orang peneroka FELDA dari seluruh negara. "Kita akan menghimpunkan 30 ribu orang, bukan sahaja warga Felda tapi gabungan NGO lain kerana isu Felda sudah menjadi isu nasional seperti juga skandal Scorpene dan projek Lynas," demikian kata Mazlan pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut minggu lepas. Tinggi melangit angan-angan yang dihajatinya. Itu standardlah, dalam bab bermain propaganda angka dan nombor sudah menjadi budaya PAS sejak azali lagi. Memanjang gebangnya besar mengalahkan bas. Namun bila tiba sahaja hari perhimpunan berlangsung, akhirnya hanya kurang dari 1,000 orang sahaja yang hadir di mana rata-ratanya adalah ahli dan penyokong PAS yang telah menerima arahan rasmi dari Setiausaha AGung PAS, Mustafa Ali supaya meramaikan program himpunan itu yang diadakan selepas Solat Jumaat. Mana peneroka FELDA yang dikatakan 30 ribu akan hadir sama? Tak wujud pun 30 ribu orang peneroka di himpunan tersebut, hanya beberapa puluh orang sahaja yang benar-benar berstatus peneroka, baki lebih 95% lagi adalah ahli dan penyokong PAS yang walau sesaat pun tidak pernah melalui kehidupan sebagai peneroka FELDA. Mana pula pemimpin-pemimpin kanan PR khususnya dari PAS dan PKR, misalnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang? Langsung tak nampak muka, sebab mereka tahu dengan menyertai himpunan yang tidak popular seperti ini hanya akan menjatuhkan air muka sahaja. Itu yang masing-masing takut menyertainya. Takut malu beb!. Kiriman Email | ||
Mogok Lapar #Anti Lynas - Agenda Halus Cina #DAP Jatuhkan Peniaga #Melayu #Islam ??? Posted: 30 Dec 2012 12:12 AM PST Mogok Lapar Lynas: Bukti PR Makin Hancur Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013. Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di 'tempat kejadian'. Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam 'perjuangan' ini. Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas PAS Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng. Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut. Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah 'membanjiri' Dataran Merdeka setakat ini. Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains. Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli. Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal PAS. Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja. Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu 'setback' atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja. Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur. Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka. Namun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati. Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar. Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka. Mereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif. Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi. Kerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang. Jelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik. Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang. Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup. Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai 'regime change'? Dari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan. Oleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas. Apapun, permulaan protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga. Ini kerana pemimpin yang bijak tidak akan 'menyiksa' rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya. Sebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat mengundi mereka. Nampaknya, dalam usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah pun hancur terlebih dahulu. Kiriman Email |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |