Cucu Tok Selampit |
Program Rapat Mesra Kinabalu Mengundang Ratusan Ribu Rakyat - PKNS Sesak Semalam #BN4Selangor Posted: 30 Mar 2013 11:13 PM PDT Tidak dapat dipastikan mengapa Kerajaan Pakatan Haram Selangor mengadakan Majlis "Rapat Mesra Kinabalu" di Kompleks PKNS, jam 3.00 petang semalam. Walaupun majlis berkenaan dihadiri oleh Menteri Besar Selangor sendiri, kehadiran Rakyat terutama sasaran masyarakat Sabah yang bermastautin di Lembah Kelang amat mengecewakan. Kehadiran Lajim Ukin dari Sabah juga tidak mampu menarik kehadiran Rakyat. Melihat kepada momentum yang ditunjukkan oleh Rakyat Selangor, tidak mustahil Shah Alam khasnya dan Selangor khasnya mampu dirampas kembali daripada Pakatan Haram. Slogan "Ini Kalilah" yang diutarakan untuk Pakatan Haram merampas Sabah nampak seperti tiada impak. Mungkin Masyarakat Sabah tidak mahu menjadi seperti Rakyat Selangor yang tertipu selama 5 tahun di bawah pemerintahan Pakatan Haram Selangor. Mungkin ini juga sebabnya Presiden PGayR, Wan Azizah diwar-warkan akan bertanding di salah satu DUN di Selangor. Perancangan besar Anwar Ibrahim adalah untuk meletak isterinya sebagai bakal Menteri Besar Selangor yang baru disebabkan pengaruh dan cengkaman Khalid Ibrahim di Selangor semakin lemah dan longgar. |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |