Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

r b f

$
0
0

r b f


Wan Azizah Bakal MB Selangor ???

Posted: 30 Mar 2013 05:19 AM PDT

SHAH ALAM: Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpeluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang tidak melarang wanita untuk menjawat jawatan tersebut, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun menurut beliau, antara syarat kelayakan untuk menjadi menteri besar adalah calon berkenaan perlu bermastautin di negeri ini selain mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menang pilihan raya umum.

Beliau menjelaskan isu berkenaan masih diperingkat perbincangan dan akan diumumkan kelak. Justeru beliau enggan membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu kerana tidak mahu dikaitkan dengan istana.

"Kelayakan memang boleh, lelaki dan wanita boleh jadi MB (tidak menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor) memang boleh dari segi enakmen, tetapi ini belum lagi sebab ini spekulasi akan timbul, ia akan dibincangkan.

"Walau bagaimanapun, Datin Seri Wan Azizah layak menjadi calon. Tapi untuk jadi calon negeri Selangor, antara perkara yang perlu beliau ada adalah kad pengenalan beliau mestilah bermastautin di negeri Selangor," kata beliau kepada wartawan selepas hadir ke majlis Rapat Mesra Kinabalu Warga Sabah Lembah Klang hari ini.

Wan Azizah dikaitkan dengan jawatan menteri besar selepas beliau pada Khamis mengumumkan untuk bertanding di DUN Selangor ekoran dilarang bertanding di kerusi parlimen selepas melepaskan jawatan itu pada Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Antarapos sebelum ini melaporkan bahawa Wan Azizah bersedia untuk mencabar kedudukan Khalid sebagai menteri besar berdasarkan rekod sepenggal ketua negeri Selangor itu yang tidak memuaskan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sekiranya Wan Azizah menang di Selangor pada pilihan raya umum nanti dengan mengambil kira status beliau sebagai pemimpin tertinggi dalam PKR, tidak mustahil sekiranya Khalid disingkirkan.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan pembangkang cuba untuk menampilkan wanita pertama menjadi menteri besar untuk menambah hati rakyat negeri itu.

"Buat apa letak Wan Azizah di DUN saja, kalau tidak dinaikkan jadi Menteri Besar lebih baik dia tidak bertanding di DUN," kata Dr Atory.

Wan Azizah mula menyertai politik pada tahun 1999 selepas suaminya Anwar dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan rasuah dan liwat.

Beliau mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal sebelum mengosongkan kerusi tersebut untuk Anwar.

 Sumber: Antara Pos


Dok tuduh Rosmah gila kuasa, gila jawatan, kawal Najib dan macam-macam lagi...tup...tup....mereka yang gila sebenarnya....

Habislah Malaysia....

Laki calon PM....

Bini calon MB....

Anak calon menteri.....

Berebut Kerusi: Pergaduhan Kelima Dalam Tempoh Dua Minggu

Posted: 29 Mar 2013 09:36 PM PDT


Dalam masa dua minggu ini sudah lima pergaduhan yang berlaku di antara mereka gara-gara berebut kerusi....




Kelima, baru berlaku hari ini di Johor pula....



SENAI - Pas Johor menasihatkan PKR dan DAP supaya membuat rundingan bagi mewujudkan 'situasi menang-menang' melibatkan perebutan kerusi Dun Johor Jaya.

Ia susulan desas-desus bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang ingin bertanding kerusi itu selain Parlimen Gelang Patah walaupun Dun Johor Jaya merupakan milik PKR selepas Parti Rakyat Malaysia (PRM) memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kerjasama dan tolak ansur penting memandangkan dasar dan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat (PR) adalah sama bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

"Saya harap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini melalui perbincangan. Kalau sebelum ini kerusi Parlimen Gelang Patah sudah dapat diselesaikan dan pucuk pimpinan telah menyerahkan kerusi tersebut diberikan kepada DAP.

"Jadi tidak salah kalau kerusi Dun Johor Jaya ditandingi oleh calon daripada PKR pula. Ini bermaksud perkara tersebut diambil kira secara 'win-win situation'. Lagipun pilihan raya sudah semakin dekat ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mahfodz berkata, Pas percaya isu itu juga berkemungkinan sengaja dimainkan dan diperbesarkan oleh sesetengah pihak demi kepentingan tertentu.

"Saya yakin ia dapat diselesaikan dengan secepat mungkin tanpa berlaku pergaduhan. Pas tidak masuk campur. Mungkin isu ini kecil sahaja, tetapi sengaja ditambah-tambah oleh pihak tertentu.

"Lihat sahaja ceramah pihak pembangkang di Pasir Gudang sengaja disabotaj oleh pihak tertentu. Saya percaya kedua-dua parti sudah matang dan saya minta mereka duduk semeja serta bincang elok-elok.

"Jangan gaduh-gaduh kerana misi kita adalah menumpaskan BN. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian.
Sinar Harian Online

Kah....kah....kah....kah.....berjuang untuk rakyat kononnya.....ptuih ! ptuih ! ptuih !


Datuk Najib Yakin BN Menang 2/3

Posted: 29 Mar 2013 07:43 PM PDT


Dug...dag...dug....dag....debaran dada kita menanti siapakah yang bakal memerintah negara selepas keputusan PRU 13 diumumkan nanti. Ada yang berkata kita akan bertukar pemerintah. Ada juga yang kata tidak. Ada yang kata BN akan menang tipis. Dan macam-macam ramalan lagi. Namun begitu bagi tuan punya badan yang mengetuai BN, Datuk Najib yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3. Lihat sini

Apabila PM berkata beliau yakin BN akan menang 2/3 , maka puak-puak sebelah sana pun akan berkatalah, Najib menggunakan SPR untuk memastikan BN menang 2/3. 

Itu sahajalah alasan terbaik mereka untuk menutup kegagalan. Waktu mereka menang 5 negeri tiada pula mereka memberi alasan begitu. Itulah jenis manusia yang tidak boleh menerima kententuan Qada dan Qadar.

Rakyat telah memberi peluang kepada mereka mentadbir 5 negeri selepas PRU 12. Bukan setakat 5 negeri malah menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat. Tetapi apa yang mereka buat sepanjang 5 tahun? Tidak lain dan tidak bukan 365 hari setahun kali 5 tahun , itulah hari yang mereka habiskan untuk kerja-kerja bodoh mereka yang membuatkan orang ramai meluat. 

Anjur demo jalan raya, terbalikkan kereta polis, gadai kalimah Allah, sokong LGBT, meliwat, beretorik,  buat kenyataan-kenyataan bodoh dan macam-macam lagi. Manakala PM terus dengan kerja-kerjanya untuk membangunan ekonomi negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Rakyat dah bagi peluang kepada mereka 5 tahun , sepatutnya mereka gunakan peluang itu untuk membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada BN. Tetapi sayangnya peluang itu gagal mereka gunakan. Apabila kalah jalan paling mudah adalah salahkan SPR.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>