Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Santai Sabtu: Adakah bantuan yang anda terima HALAL? Jom semak di sini

Posted: 29 Mar 2013 09:00 PM PDT



Tanyalah kepada sesiapa sekali pun, pastinya akan ada setidak-tidaknya seorang yang pernah terima bantuan BN seperti senarai di bahagian bawah. Kalau yang bahagian Janji dan Bantuan Pakatan Haram Pembangkang ini, boleh kita perumpamakan sebagai LIMITED EDITION. Memang fitnahlah kalau kami kata mereka tidak beri, tetapi sangat terhad dan sukar ditemui. Tidak percaya? Cuba tanya sesiapa pun, terutamanya rakyat Selangor, bagaimana sulitnya prosidur untuk dapatkan mana-mana bantuan di atas.
Sebagai perkongsian pengalaman, penulis pernah melihat seorang tua yang mahu menuntut janji bantuan RM1000 untuk anaknya yang berjaya masuk ke Universiti. Anaknya memang lahir di Selangor dan beliau bersama isteri sendiri sudah bermastautin di negeri tersebut selama lebih 30 tahun. Namun, Kerajaan Negeri mengenakan pula syarat tersembunyi yang kedua ibu bapa pelajar itu juga mesti lahir di Selangor baru layak memohon dan menyebabkan orang tua tersebut GAGAL mendapatkan bantuan seperti yang dijanjikan. Dahulu ketika berkempen sebelum menang, tiada pula disebut syarat-syarat tersembunyi ini!
Apa yang kami ingin sampaikan sebenarnya adalah nilaikanlah sendiri hipokrasi dan bagaimana DOUBLE-STANDARD nya gerombolan pakatan haram pembangkang ini dalam bab-bab janji pilihanraya mereka. Masa berjanji memang seronok mendengar. Tetapi apabila sudah menang, pelbagai alasan dan syarat pula diberikan untuk menunaikannya. Pernah dengar MB Selangor paksa rakyat yang tuntut tunaikan manifesto untuk buktikan yang mereka mengundi pembangkang pada PRU yang lalu? Itu pun sebelum dia sendiri mengaku yang menifesto mereka bukan janji!
Kadang-kala lucu juga apabila melihatkain-kainrentang milik pembangkang yang mempromosi bantuan mereka, bantuan servis motorlah, bantuan kelas tuisyenlah dan pelbagai lagi. Bukan apa, kalau diperhatikan betul-betul mesti akan ada klausa kecil di bawah seperti ini: "TERHAD KEPADA 100 orang yang pertama sahaja!" Bayangkanlah, kroni mereka sahaja sudah sapu 3/4 sebelum ianya benar-benar dibuka untuk orang awam!

#Fakta Yang Anda Perlu Tahu Menjelang #GE13

Posted: 29 Mar 2013 06:00 PM PDT

Macam-macam Kerajaan dah buat. Antaranya pengurangan cukai pendapat. Sebagai seorang pembayar cukai, MyMassa dah menikmati kemudahaan tersebut walaupun MyMassa tak dapat BR1M.

Jadi kalau ada yang nak tuduh BR1M untuk raih undi dan hanya untuk golongan tertentu, memang tak patut. Sebab BR1M ni bukan umpan pilihan raya. Kalau BR1M umpan pilihan raya, kenapa tahun lepas pun ada BR1M sedangan tahun lepas bukan tahun pilihan raya? Dan bukan golongan tertentu je dapat? Faktanya, yang kurang berkemampuan dapat BR1M, yang berpendapatan sederhana dapat pengurangan cukai. Tapi yang kaya macam Nik Aziz naik Vellfire, memang la tak dapat apa-apa.


Pagi-pagi macam ni malas nak taip panjang-panjang, pembaca layan infografik ini.
















 










































Sumber : http://dkmsabah.blogspot.com/2013/03/nota-ringkas-senarai-bantuan-kerajaan.html

*Sebar-sebarkan fakta ini.

Video The Truth Cannot Be Covered Versi Memali #GE13

Posted: 29 Mar 2013 08:30 AM PDT

Selama ini ceramah-ceramah PAS menuduh Kerajaan dan Polis tanpa bukti mengenai kes Memali.

Sekarang ni bukti dah keluar, apa pulak yang cuba di'spin' lagi? Jom sama-sama kita ikuti bahagian kedua.




Kepada yang terlepas bahagian pertama, anda boleh menontonnya di sini.

 

*Jangan lupa untuk kembalikan TABUNG MEMALI kepada yang berhak.


Terowong Yang DAP Bina Di Penang Adalah Paling Ajaib Di Dunia? #GE13

Posted: 29 Mar 2013 06:30 AM PDT

Syarikat Hanya Wujud Selepas Tender Ditutup, Pengerusi Adalah Penjenayah




Projek mega DAP Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 billion mendapat kritikan hebat dari berbagai pihak. Projek-projek tersebut, termasuklah Lebuhraya Gurney Drive–Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2km., Lebuhraya 4 lorong dari Tun Dr. Lim Chong Eu–Bandar Baru Air Itam sepanjang 4.6km., Terowong bawah laut antara Pulau Pinang–Butterworth sepanjang 6.5km dan Jalan 4 lorong dari Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 12km.
Secara umumnya, projek-projek ini dilihat sebagai kenyataan keangkuhan Lim Guan Eng dalam mempamerkan kuasanya dan langsung tidak mempunyai objektif untuk kesejahteraan rakyat. Terutamanya apabila merujuk kepada projek terowong bawah laut yang dilihat sebagai 'redundant' atau berulang, kerana ia membawa objektif yang sama dengan projek jambatan kedua yang belum lagi siap.
Sumber dalaman DAP mendedahkan pihak-pihak yang terlibat dengan projek-projek ini seperti berikut:
1. CZB: Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
·BUCG: Beijing Urban Construction Group – 10%
·ST: Sri Tinggi Sdn Bhd – 10%
§ Davy – 5%
§ Leslie&Co – 5%
·JU: Juteras Sdn Bhd (Annie & Party) – 10%
·ZC-CRC: Zenith Construction Sdn Bhd JV with China Railway Construction Ltd (CRCL) – 70%
§ Pinny – 5%
§ Jimmy & Party – 10%
§ Terry – 3%
§ TBD – 2%


Blog DAP Insider membayangkan nama-nama ringkas yang digunakan merupakan 'kod panggilan' bagi menyembunyikan identiti sebenar mereka. Namun, ramai yang dapat mengagak bahawa 'Annie & Party' bermaksud Anwar dan PKR, manakala 'Davy' ialah 'Daddy' atau Lim Kit Siang sendiri.


Tindakan Lim Guan Eng memberi 'habuan' kepada kroni melalui projek ini tidaklah mengejutkan kerana semua orang tahu bahawa slogan 'Cekap, Amanah dan Telus' DAP hanyalah alat pemasaran yang tidak membawa makna apa-apa kepada DAP, tetapi sekadar untuk memperbodohkan penyokong mereka.


Namun, apa yang mengejutkan ialah 'tahap' korupsi yang dilakukan nampaknya hampir menyaingi rekod kebodohan PAS Kedah kerana ia terlalu jelas dan terang-terangan.


Mana tidaknya, jika syarikat yang mendapat kontrak bagi projek mega berbilion ringgit ini, iaitu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZB), merupakan syarikat RM2 yang baru sahaja ditubuhkan pada 5 Julai 2012, iaitu sebulan selepas tarikh tutup penyerahan tender bagi projek tersebut pada Jun 2012.


Perkara ini didedahkan oleh blog Stop The Lies pada 16 Mac lalu.


Jika pendedahan ini benar, kita agak 'kagum' memikirkan bagaimana Lim Guan Eng boleh mempunyai kuasa ajaib untuk menganugerahkan projek kepada syarikat yang belum lagi ditubuhkan? Bagaimana dan dari segi apa syarikat tersebut dinilai?


Jika CZB hanya bertindak sebagai orang tengah sekalipun dan tidak perlu menyediakan kepakaran, kita tidak faham bagaimana ia boleh terpilih sedangkan ia belum wujud sewaktu tender ditutup?


Apa yang lebih 'menakutkan' ialah Pengerusi CZB, Zarul Ahmad Mohamad Zulkifli didapati pernah disabitkan di bawah kesalahan jenayah di mana beliau terlibat dalam skandal pinjaman bersama dengan tiga lagi bekas pekerja Rakyat Merchant Bankers Berhad (RMB), dan telah dikenakan penjara sehari serta denda berjumlah RM10,000-RM50,000 pada tahun 1994.


Kesalahan mereka melibatkan Akta Bank dan Institusi Kewangan, di mana mereka telah meluluskan pinjaman melebihi had berjumlah RM127 juta. Zarul secara peribadi telah didapati bersalah memberi pinjaman RM10.6 juta dan telah mengaku bersalah memindahkan RM67.5 juta lagi kepada pelanggan RMB.

Sumber : http://rakyatmerahkuning.blogspot.com/2013/03/keajaiban-projek-terowong-bawah-laut.html

*Ajaib sebab dah tutup tender baru wujud syarikat.

Terlalu Banyak Spin Sampai Terkantoi. #GE13

Posted: 29 Mar 2013 04:30 AM PDT

Tahniah FB Saya Sayang Tun Mahathir (www.facebook.com/ILOVETUNM) kerana mengkantoikan Rafizi.



Teruskan mencuba untuk spin dan tipu penyokong anda yang buta ekonomi.

 *Jangan lupa LIKE FB Sayang Tun Mahathir. Bahagian seterusnya akan menyusul.

Santai Petang : Tok Guru Kena 'Sound' Dengan DAP.

Posted: 29 Mar 2013 02:30 AM PDT

Akibat terlalu gila kuasa.

 DULU NAK GADAI PUTRAJAYA DEMI 'AGAMA'
SIKALANG GADAI 'AGAMA' DEMI KE PUTRAJAYA

*MACAI jangan sakit punggung (butthurt).

Video : Akibat Taksub Politik #GE13

Posted: 29 Mar 2013 12:30 AM PDT

Akibat taksub politik, sesetengah dari kita sanggup mengagung-agungkan pemimpin politik sampai ke tahap ini.


Apa yang berlaku dalam gambar di atas juga berlaku semasa peristiwa berdarah Memali.


Jom sama-sama kita saksikan video Memali yang cuba disembunyikan oleh PAS.



*Kepada MACAI, terimalah KEBENARAN walaupun ianya PAHIT.

Akibat Sokong Parti Lawan, Seorang Ustaz Telah Dipecat. #GE13

Posted: 28 Mar 2013 11:15 PM PDT

Realiti yang berlaku kepada ustaz-ustaz yang tidak menyokong PAS di Kelantan.


Kepada penjawat awam, jangan lupa satu PROJEK KHAS UNTUK ANDA MENANTI JIKA DAP MENAWAN PUTRAJAYA.

Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)


Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan  Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

'Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.'

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

"Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja.  Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk "ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,  sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara  majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.


http://mymassa.blogspot.com/2011/11/terjemahan-akhbar-cina-dap-akan-buang.html


*Buatlah pilihan yang tepat untuk masa depan keluarga anda.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>