Apa Yang Tersirat |
Kg Tanjung Batu Selepas Ops Daulat Posted: 29 Mar 2013 03:33 AM PDT Selepas Ops Daulat yang bermula pada 5 Mac, keadaan kg Tanjung Batu macam padang jarak padang tekokor. Keadaan kampung bukan sahaja akibat terkena serangan bom, malah tindakan pengganas sulu yang membakar rumah-rumah penduduk untuk menimbulkan asap agar pesawat pengintai atau jet angkatan udara tidak dapat mengesan lokasi pengganas. Sejak pencerobohan pengganas sulu yang bermula pada 12 Februari lalu dan bermula di Kg Tanduo yang terpencil, kawasan operasi menyebar ke kawasan-kawasan lain seperti Kg Labian, Tanjung Batu, kawasan Sungai Nyamuk dan Sungai Bilis. Kini selepas lebih sebulan, pencerobohan Lahad Datu, Kg Tanduo telah ditutup sepenuhnya kerana tidak sesuai lagi didiami. Manakala kawasan-kawasan lain penduduk dibenarkan kembali ke kampung halaman masing-masing. Semenjak Ops Daulat, seramai 68 pengganas sulu terbunuh, manakala 8 anggota polis dan 2 angkatan tentera terkorban. Berikutan Ops Daulat, lebih 100 pengganas sulu ditangkap dan lebih 200 yang lain ditangkap dengan berbagai kesalahan berkaitan dengan keganasan itu. Setakat ini 8 pengganas sulu dihadapkan ke mahkamah dan mereka berdepan hukuman penjara malah dua daripadanya berdepan dengan hukuman mati kerana mengistiharkan perang terhadap SPB Agong. Keganasan sulu sebenarnya dirancang untuk menimbulkan huru hara di Sabah menjelang Pilihanraya Umum ke-13, agar PRU di negeri di bawah bayu ditangguhkan. Banyak laporan terutama daripada media Filipina dan antarabangsa, menyebut bahawa pemimpin pembangkang terlibat sebagai dalang kepada pencerobohan itu. Kerana tersilap haribulan, maka pihak keselamatan negara mengesan lebih awal perancangan itu, sehingga tujuan daripada dalang tersebut gagal dan terbantut. Maklumat yang tidak tepat berkaitan dengan pembubaran Dewan Rakyat dan negeri di mana menurut maklumat yang disalurkan kepada pengganas Kiram adalah 28 Februari, atas sebab itu, pengganas Kiram memunculkan diri pada 12 Februari. Sebenarnya kehadiran pengganas Sulu telah bermula sejak Ogos 2012, di mana rancangan awal menyerang Sabah, kerana pada masa itu dispekulasikan bahawa dewan rakyat akan dibubarkan; namun rancangan itu tidak menjadi, kerana dewan rakyat tidak juga dibubarkan. Perancangan menyerang Sabah disusun dengan rapi, sehingga pengganas menjadikan Semporna sebagai Ibu Pejabat mereka dengan membeli beberapa rumah sebagai sarang sebelum serangan dilancarkan. Kg Sri Jaya Semporna salah satu kampung di Pulau Simunul Semporna dijadikan tempat persinggahan, selain membina pondok-pondok berhampiran hutan di Kg Tanduo. Pengganas sulu selain mendapat kerjasama dengan penduduk asal Filipina yang telah menjadi warganegara, mereka juga mendapat bantuan daripada beberapa pemimpin tertentu tempatan dengan menyalurkan bantuan kewangan. Jamalul Kiram III yang menjadi fokus kepada pencerbohan Lahad Datu, sebenarnya tidak mempunyai kemampuan melakukan misi di Lahad Datu. Menurut Pengerusi MNLF Muslimin Sema, Jamalul Kiram III tiada kapasiti langsung menjalankan misi pencerobohan, apa lagi dilengkapi berbagai senjata moden. Di pihak MNLF sendiri, belum pernah mendengar Royal Sulu Force (RSF) sebelum ini. Nama RSF hanya mereka ketahui selepas pencerobohan Lahad Datu. Bukan sahaja Musliman Sema yang meragui kemampuan Jamlul Kiram III melakukan misi pencerobohan, malah Presiden Filipina juga tidak percaya dengan keupayaan Jamalul. Atas sebab itu, banyak yang menuding jari, bahawa Jamalul Kiram III mendapat bantuan pihak ketiga untuk menjalankan misi pencerobohan. Di Malaysia, nama-nama pemimpin Pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan Dr Jeffery Kitingan serta Tian Chua, S Sivarasa disebut-sebut sebagai perantara kepada Jamalul Kiram III melalui Nur Misuari bekas pengerusi MNLF untuk melaksanakan pencerbohan Lahad Datu. Sejauh mana kebenaran kepada dakwaan-dakwaan ini, akan tergantung kepada penyiasatan pihak Filipina dan Malaysia untuk mengetahui dalang sebenar pencerbohan itu. |
Pemilik Putrajaya- Bergantung Sabah dan Sarawak Posted: 28 Mar 2013 10:31 PM PDT 12 kali Pilihanraya di negara ini, kesemuanya dimenangi perikatan/barisan nasional. Dalam 12 kali pilihanraya itu hanya dua kali kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai kuasa 2/3; pertama pada tahun 1969 dan kedua tahun 2008. Sebenarnya pada tahun 2008, tiada isu-isu yang begitu berat yang boleh mendorong kepada berlakunya berkurangnya sokongan terhadap Bn. Apa yang berlaku sepanjang tahun 2004 sehingga tahun 2008 adalah kritikan hebat daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi, kerana kerajaan yang dipimpin Abdullah mengambil tindakan yang tidak popular dengan mengabaikan berbagai perancangann yang telah diputuskan sebelum beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Keputusan Kerajaan Tun Abdullah yang paling mendapat kritikan Tun Dr Mahathir apabila Perdana Menteri ke-5 negara itu tunduk kepada permintaan Singapura apabila membatalkan jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan negera republik itu. Keputusan media arus perdana yang dikuasai oleh Kalimullah Hassan, yang melakukan "black out" terhadap Tun Dr Mahathir, merupakan salah satu faktor yang hampir membawa kejatuhan kerajaan Bn. Kerajaan Abdullah Badawi yang cuba menidakan sumbangan Tun Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri terlama negara, menyebabkan ramai pengundi yang berpaling tandah terhadap kerajaan Bn, dan tidak ketinggalan para penyokong tegar Umno. Selain itu, krisis yang melanda parti komponen Bn terutama MCA, Gerakan dan MIC, melemahkan lagi keupayaan Bn pada PRU-12 lalu. Pada PRU-12, keputusan dapat dilihat bahawa sokongan pengundi india dan cina biasanya akan swing kepada Bn, apabila berlaku perpecahaan dalam Umno, seperti mana belaku pada tahun 1990 dan 1999, namun tidak berlaku pada tahun 2008. Pada tahun 2008, kaum india, cina bergerak bersama-sama penyokong Bn daripada kaum melayu menyokong DAP-PKR-PAS, atas sebab itu, lima negeri ditawan mereka, disamping mempertahankan Kelantan. Pada tahun 2008, daripada 222 kerusi dewan rakyat yang dipertandingkan, Bn mendapat 139+1, manakala pakatan tiga parti pembangkang mendapat 82. Di Semenanjung daripada 165 kerusi parlimen, Bn mendapat 84+1, manakala DAP-PKR-PAS mendapat 80 kerusi parlimen. Parti yang paling meningkat prestasinya dalam perolehian jumlah kerusi pada PRU itu adalah PKR daripada satu kepada 31. Melihat kepada prestasi Pembangkang itu, maka para pemimpin mereka gahirah lalu mencangkan, MENAWAN PUTRAJAYA pada PRU-13 yang hanya menghitung hari untuk diadakan. Anwar sebagai Defacto Leader Pakatan, yakin Pakatan mampu mempertahankan 80 kerusi dewan rakyat yang dimenangi pada tahun 2008 di Semenanjung, malah cukup yakin akan menambah antara 4-5 kerusi lagi yang datang daripada Johor, Negeri Sembilan, Perak, dan Terengganu. Atas sebab itu, Anwar memberi perhatian penuh bagi kerusi-kerusi di Sarawak dan Sabah. Anwar memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 57 kerusi yang dipertandingkan di dua negeri Malaysia Timur itu. Tanpa menedapat kerusi yang mencukupi di Sabah dan Sarawak, hasrat untuk merampas Putrajaya perlu dilupakan baik oleh Pakatan mahupun Bn. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |