Taipingmali (tm) |
- DAP DAH MULA TUNJUK BELANG
- Laporan Polis Terhadap Pas Perak
- Apa jadi dokumen negara Islam?
- Hanya ini yang mampu ada dalam PARTI PAK KETAM
- AGENDA JAHAT DAP SIRI 2
- DEMI ANAK ?
- Pasar raya NSK Selayang Selangor, Apa kata Exco Agama Islam ?
- SUDAHKAH AZMIN BERJAYA MEMBERSIHKAN NAMA BELIAU?
- RAKYAT SELANGOR MEREKA DITIPU HIDUP-HIDUP OLEH DAP
- MENYINGKAP PERISTIWA MEMALI (1)
- Pecacai Pas terdesak cuba aibkan Rasullullah
- ASTRO OH ASTRO
Posted: 28 Mar 2013 11:44 PM PDT Kenapa keldai DAP ni buat begitu?Inikah yang dinamakan rakyat Malaysia? Macam mana kalu mereka yang memerintah? | ||||||
Laporan Polis Terhadap Pas Perak Posted: 28 Mar 2013 08:11 PM PDT Pagi ini di IPD Taiping, satu laporan polis telah dibuat oleh Pertubuhan Perkasa Taiping dan Bukit Gantang ke atas Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berikutan kenyataan beliau dalam Perakite Daily kelmarin. Dalam kenyataan itu Raja Ahmad Al-Hiss telah menghina, menfitnah dan memburukkan nama polis. Kenyataan beliau terhadap polis amat serius dan menyedari betapa seriusnya tuduhan tersebut, maka satu laporan polis dibuat hari ini. Kami berharap pihak polis dapat menyiasat kenyataan Raja Ahmad yang berunsur fitnah dan hasutan jahat terhadap polis. Sekian Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||||
Apa jadi dokumen negara Islam? Posted: 28 Mar 2013 04:47 PM PDT
Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai "kafir berikat" kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.
Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat. Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa. Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi. Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam. Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan. Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan. Sebaik sahaja diterbitkan, dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata, "langkah mayat dia dulu" jika Pas mahu wujudkan negara Islam. Lim Kit Siang berkata, dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi, pluralisme, hak wanita dan modenisme. Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap 'lidah bercabang". Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003. Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris – satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam. Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya. Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas. Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa "sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat." Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya. Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip, cara dan asas perjuangan politiknya. Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata. Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam? | ||||||
Hanya ini yang mampu ada dalam PARTI PAK KETAM Posted: 28 Mar 2013 04:23 PM PDT | ||||||
Posted: 28 Mar 2013 10:46 AM PDT | ||||||
Posted: 28 Mar 2013 09:55 AM PDT | ||||||
Pasar raya NSK Selayang Selangor, Apa kata Exco Agama Islam ? Posted: 28 Mar 2013 04:30 AM PDT | ||||||
SUDAHKAH AZMIN BERJAYA MEMBERSIHKAN NAMA BELIAU? Posted: 28 Mar 2013 04:06 AM PDT | ||||||
RAKYAT SELANGOR MEREKA DITIPU HIDUP-HIDUP OLEH DAP Posted: 28 Mar 2013 04:03 AM PDT | ||||||
MENYINGKAP PERISTIWA MEMALI (1) Posted: 28 Mar 2013 03:13 AM PDT | ||||||
Pecacai Pas terdesak cuba aibkan Rasullullah Posted: 28 Mar 2013 02:04 AM PDT | ||||||
Posted: 28 Mar 2013 01:58 AM PDT PR berkata Astro untung 4.3 Billion dan memonopoli penyiaran di Malaysia.PR juga berkata,syarikat Astro dimiliki oleh kroni Umno dan sebab itulah Astro untung berbillion ringgit setiap tahun. Mereka berkat pihak Astro menindas pengguna dan pengguna terpksa membayar bil langganan pada setiap bulan. Itu kata PR,tetapi apa yang dapat kita lihatsemua rumah ahli PR,Pas majoritinyamemasang Astro di rumah. Jika tidak mahu membayar bil,tak perlulah menggunakan Astro.Guna lah siaran apa sahaja yang tidak memerlukan bayaran... |
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |