BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Abang 'ratah' adik perempuan hingga lahirkan anak
- Taksub fitnah UMNO, haramjadah ini sanggup gadaikan maruah Baginda Rasulullah
- Khoo: 'FAM terus berdosa kepada rakyat Malaysia'
- Bomoh pengganas Sulu ditembak ketika menetak seorang anggota keselamatan
- Gadis jelita jadi mangsa baham lima 'binatang'
- Pengacara dan pelakon terkenal, Awal Ashaari meninggal dunia?
- (Video) Katy Perry pamer belahan dada di Kids' Choice Award...tak sesuai betul!
- PRU13: Pemimpin PAS & PKR Bertelagah Pembahagian Kerusi di Kelantan
- (Video) Eksklusif Peristiwa Memali, wanita jadi perisai dan pendedahan bapa Ibrahim Libya
- (Gambar) Pencuri pakaian dalam dirakam CCTV hidu hasil curian
- Insiden kurung Pharolrazi, Azizan dakwa tiada kaitan
- (Video) Pelanggan dimandikan sebelum berjimak dengan tukang urut
- Cubaan bunuh Tun M, SU Agung PAS dakwa ianya mengarut
- Dun Negeri N9 terbubar, lembaran baru sejarah
Abang 'ratah' adik perempuan hingga lahirkan anak Posted: 28 Mar 2013 03:31 PM PDT PETALING JAYA - Seorang abang dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 15 tahun ketika itu, tujuh tahun lepas. Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 24 tahun itu, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Mac lepas. Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, antara Oktober 2006 hingga November tahun sama, dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Mengikut fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa telah dirogol oleh tertuduh dan hasil hubungan sumbang mahram tersebut, adiknya telah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki. Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Kimia mendapati tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa. Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia menanggung keluarga. Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh sebagai abang sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga darah dagingnya sendiri tetapi telah mengambil kesempatan. Zhafran berkata ini bukan kesalahan pertama tertuduh kerana sebelum ini pernah melakukan kesalahan sama pada mangsa sehingga melahirkan anak tetapi telah meninggal dunia dan ini menunjukkan tertuduh tidak insaf. - Bernama | ||
Taksub fitnah UMNO, haramjadah ini sanggup gadaikan maruah Baginda Rasulullah Posted: 28 Mar 2013 08:01 AM PDT Astaghfirullah... Itu sahaja ungkapan yang kami mampu keluarkan ketika melihat status lelaki yang bernama Khairolfami Matsom ini. Didikan dari siapa, kami kurang pasti, tapi kami yakin kebencian politiknya pasti bersandarkan parti lawannya itu. Kami sempat menjenguk beberapa status yang mempromosikan 'video skandal Nik Aziz di Mekah' yang direka cipta oleh golongan mereka sendiri dan kemudiannya menggunakan nama samaran seolah-olah ianya ciptaan UMNO. Strategi politik sebegini sudah kita sedia maklum. Buat masa ini, penyebaran pelbagai klip video seks yang menyerupai orang itu dan ini yang sering dikaitkan dengan UMNO sering keluar dengan bukti kukuh (walaupun tidak boleh dijadikan bahan dalam mahkamah). Namun, sejak akhir-akhir ini, hanya khabar angin sering bertiup di laman-laman sosial, menyemarakkan lagi kegiatan tidak bermoral ini untuk meletakkan beban tersebut pada UMNO. Bukti jelasnya tiada...hanya gambar-gambar rekaan semata-mata. Perbuatan ini tidak lain tidak bukan cuba menimbulkan persepsi buruk ke atas UMNO menjelang PRU13 ini. Tuduhan UMNO buat video itu dan ini, sedangkan videonya tiada, hanya gambar yang mereka sunting dan sebarkan antara mereka sahaja dengan harapan ia akan dikongsikan termasuklah blogger pro BN. Paling dasyat, pemimpin kanan PKR sendiri memulakan idea ini dengan menyebarkan gambar suntingan mereka sendiri yang kemudiannya mereka tuduh UMNO lakukan. Kemudian muncul pelbagai lagi hinggakan Nik Aziz juga mereka tergamak lakukan demi politik. Agak-agak la nak fitnah pun...cari la model yang lebih berkemampuan... | ||
Khoo: 'FAM terus berdosa kepada rakyat Malaysia' Posted: 28 Mar 2013 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR - Keghairahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus menghukum individu yang melanggar peraturan Artikel 88 menyebabkan FAM lupa fungsi sebenarnya sebagai badan induk bola sepak negara, kata pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Justeru, beliau menasihati pengurusan dan pentadbiran FAM agar berhenti berlagak seperti 'polis dengan menangkap dan menghukum pesalah', sebaliknya perlu segera kembali kepada objektif asal penubuhannya untuk mentadbir dan membangunkan bola sepak Malaysia. "FAM dianggap berdosa kepada seluruh rakyat Malaysia selagi mereka gagal melaksana tanggungjawab mengembalikan semula era kegemilangan skuad Harimau Malaya seperti pada awal 50-an dan 60-an. "Jika tidak mampu membawa pasukan kebangsaan mara ke Piala Dunia, setidak-tidaknya FAM perlu berusaha membawa pasukan negara layak ke Sukan Olimpik dan bukannya undur belakang," katanya kepada Bernama hari ini. Khoo turut mempersoal prestasi skuad Harimau Malaya kini, yang gagal layak ke Sukan Olimpik seperti yang dilakukan ketika edisi 1972 di Munich, Jerman dan Moscow, Russia pada 1980 sedangkan Malaysia mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik berbanding dahulu. Beliau berkata tindakan FAM yang terlalu banyak membuang masa kepada perkara tidak penting serta tersasar daripada matlamat asalnya sewaktu ditubuhkan pada 1933, hanya merugikan pembangunan bola sepak negara. "Saya bimbang melihat prestasi tidak menentu pasukan kebangsaan sejak kebelakangan ini. FAM perlu melakukan perubahan sebelum terlambat. Saya khuatir peminat akan beralih kepada sukan lain seperti hoki dan bola sepak bukan lagi sukan nombor satu rakyat Malaysia," katanya. Mengenai tindakan yang mungkin dikenakan terhadap ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagobal, di bawah Artikel 88 FAM, Khoo berkata jika FAM tidak suka dengan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu, adalah lebih baik beliau tidak ditawarkan jawatan tersebut sejak dari awal. "Daripada menjatuhkan hukuman lebih baik sekiranya FAM mencari jurulatih lain yang tidak akan mengkritiknya (FAM)," kata Khoo. Rajagobal bakal berdepan hukuman berat apabila mengkritik tindakan FAM yang membenarkan pemain import beraksi di Liga Malaysia menyebabkan skuad bimbingannya ketandusan penyerang sejati. Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat semalam, memutuskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan ketua jurulatih itu menyalahi perlembagaan FAM dan beliau akan didakwa dalam tempoh terdekat. Antara individu yang pernah menjadi 'mangsa' Artikel 88 ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang digantung enam bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak dan didenda sebanyak RM18,000 apabila baginda mengkritik mutu pengadilan yang disifatkan masih lemah dan bertaraf amatur. Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula digantung dua tahun enam bulan serta denda RM39,000 apabila membuat kritikan secara terbuka terhadap FAM. Manakala Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua tahun setengah pada tahun lepas, kerana kesalahan mengkritik skuad negara. Berdasarkan Artikel 88 peraturan 2010-2014 FAM, menyebut bahawa hanya presiden dan setiausaha agung yang boleh membuat kenyataan. Sekiranya ada dalam kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, perlu mendapatkan izin kongres FAM terlebih dahulu. - Bernama | ||
Bomoh pengganas Sulu ditembak ketika menetak seorang anggota keselamatan Posted: 28 Mar 2013 06:02 AM PDT Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengawal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi pemeriksaan di sebuah rumah di Lorong 4, Kampung Simunul, Semporna, Sabah hari ini. Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, anggota keselamatan yang ditetak menggunakan parang bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan kerana dilindungi oleh vest dan perisai keselamatan. Sumber memberitahu, pengganas lelaki berusia 60-an itu bertindak menyerang pasukan keselamatan semasa memeriksa rumah yang didiaminya bersama dua wanita termasuk seorang dipercayai isterinya. Beliau berkata, kedua-dua wanita berusia 30-an dan 50 tahun termasuk seorang cacat ditangan turut diberkas. "Ketika pemeriksaan dijalankan oleh pasukan keselamatan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di rumah berkenaan, panglima itu tiba-tiba keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari luar. "Suspek terus meluru ke arah seorang anggota pasukan keselamatan dan menetak mangsa dengan parang barong secara bertubi-tubi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Sumber berkata, tindakan ganas lelaki itu memaksa anggota keselamatan melepaskan tembakan ke arahnya menyebabkan suspek mati di tempat kejadian. Menurutnya, seorang daripada dua wanita yang berada di rumah tersebut cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam air tetapi dapat ditangkap oleh pasukan keselamatan. Dalam masa yang sama, katanya, anggota keselamatan memberkas empat lagi lelaki berusia 20 hingga 30 tahun disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram di sebuah kawasan di Lorong 5 iaitu tidak jauh dari rumah panglima yang ditembak itu. "Berdasarkan maklumat awam dan risikan, lelaki yang ditembak dan beberapa suspek yang ditahan terlibat dalam aktiviti pengganas Kiram. "Suspek merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan," ujarnya. Sumber berkata, walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor. Katanya, kesemua yang ditangkap termasuk dua wanita terbabit kini disiasat lanjut mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012 (SOSMA). -UTUSAN | ||
Gadis jelita jadi mangsa baham lima 'binatang' Posted: 28 Mar 2013 05:01 AM PDT Manchester – Seorang pelajar Jade Lomas-Anderson dibaham lima anjing hingga mati semalam selepas dia berjalan masuk ke dalam bilik sambil memakan pai daging. Seekor haiwan berkenaan menerkam makanan itu dan ketika Jade, 14, cuba merampasnya semula anjing berkenaan menerkam lehernya hingga dia jatuh ke lantai. Empat lagi haiwan berkenaan kemudian datang dan menyerang remaja itu. Polis yang bergegas ke kediaman itu terpaksa menembak mati empat anjing itu yang dikatakan daripada spesies kacukan anjing pit bull Staffordshire kerana terlalu ganas. Haiwan kelima dipercayai juga jenis pit bull berjaya ditenteramkan. Rakan Jade yang terkejut memberitahu dia dibaham di kediaman temannya, Kimberley Concannon di Atherton, Manchester tengah hari semalam selepas bermalam di rumah itu. Seorang rakan berkata: "Jade pergi ke kedai untuk membeli pai daging dan membawanya ke kediaman Kimberley. Kami dengar anjing itu menyerangnya ketika dia makan pai itu. Dia cuba mengelak tetapi anjing berkenaan berang dan menerkam lehernya. "Dia tewas diserang haiwan itu di dalam rumah Kimberley. "Ketika polis tiba, empat anjing berkenaan berada di luar rumah. "Jade berada di dapur. Kami dengar bunyi tembakan. Kami percaya anjing terbesar ditembak sembilan das sebelum ia mati." Thomas Jefferies, 18, berkata: "Sepupu saya kata, dia dengar bunyi tembakan dan jeritan." Seorang lagi rakan berkata: "Anjing itu memang menakutkan. Tetapi Jade kenal dengan haiwan itu. Saya tidak faham mengapa haiwan itu menyerangnya. "Mungkin ia terbau darah selepas anjing pertama menyerang Jade. Ia satu tragedi. Jade benar-benar gadis yang baik." Seorang penduduk berkata: "Anjing itu selalu menyalak dalam rumah kecil itu. Semua kanak-kanak di sini takut dengan anjing itu." Oliver Carrick, 15, berkata: "Ia betul-betul anjing yang jahat – ia tidak pernah dibiarkan di taman dan tiada siapa pun masuk ke situ." Anjing berkenaan milik ibu Kimberley, Beverley. Kedua-dua beranak itu berada dalam kediaman terbabit ketika kejadian. – Agensi | ||
Pengacara dan pelakon terkenal, Awal Ashaari meninggal dunia? Posted: 28 Mar 2013 01:01 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Mac - "Saya terkedu!" Itulah jawapan yang diberikan pengacara dan pelakon terkenal, Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita "kematiannya" yang tersebar menerusi laman sosial pagi ini. Menurut Awal, penyebaran berita palsu itu diketahuinya melalui seorang wartawan. "Isteri saya, Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya) menerima panggilan telefon daripada wartawan itu yang bertanyakan keadaan saya. "Memandangkan saya dan Scha berada dirumah ketika itu, dia langsung memberikan telefon itu kepada saya, selepas diberitahu baru saya sedar mengenai berita palsu itu di Twitter," katanya yang dihubungi di sini hari ini. Awal yang kesal dengan tindakan pemegang akaun Twitter itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan undang-undang keatas individu terbabit. "Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya," ujarnya. Menurut awal berita palsu yang disiarkan di Twitter itu mengatakan dia yang juga merupakan pengacara rancangan hiburan Melodi meninggal akibat kemalangan jalan raya. Ditanya sama ada dia mengenali penyebar fitnah itu, menurut Awal secara jujurnya dia percaya pemegang akaun Twitter tersebut mungkin tidak menyukainya. "Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama," katanya tegas. - UTUSAN | ||
(Video) Katy Perry pamer belahan dada di Kids' Choice Award...tak sesuai betul! Posted: 28 Mar 2013 12:01 AM PDT Walaupun digossipkan penceraiannya dengan John Mayer, Katy Perry tidak pernah menunjukkan rasa sedihnya. Ketika tampil dalam Kids' Choice Award 2013 yang lalu, beliau tampil dengan begitu ceria sesuai dengan pakaian yang dikenakan pada hari tersebut. Ketika anugerah tersebut berlangsung, Katy memilih untuk memakai sleek bra dan skirt pendek atas lutut Herve Leger dari Max Azria dengan corak biru dan kuning. Walaupun tanpa aksesori, Katy kelihatan menawan pada malam itu. Ketika diumumkan sebagai pemenang Penyanyi Wanita Popular, belahan dadanya yang cukup luas membuatkan Katy Perry kelihatan begi seksi. Tak sempat menonton Katy Perry di Kids' Choice Awards? Tontonnya dalam video di bawah: | ||
PRU13: Pemimpin PAS & PKR Bertelagah Pembahagian Kerusi di Kelantan Posted: 27 Mar 2013 11:15 PM PDT KOTA BARU: Persaingan antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Kelantan telah menyebabkan pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini bertelagah dalam merebut kerusi yang telah diputuskan oleh pemimpin parti masing-masing. Ketua PAS cawangan Guchil Hulu, Muhamad Bustamam Yaacob akan bertanding sebagai calon Bebas menentang penyandang kerusi DUN Guchil yang juga wakil rakyat PKR, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria. Muhamad Bustamam berkata dia akan tetap bertanding melawan Tuan Zamri Ariff walaupun ia bertentangan kerjasama yang dipersetujui dalam PR. Sinar Online memetik Bernama, melaporkan Muhamad Bustamam dipetik sebagai perkata ahli diperingkat akar umbi telah menggesa dia bertanding menentang Tuan Zamri Ariff. Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz mengkritik tindakan berkenaan dengan berkata perkara tersebut akan hanya menimbulkan perpecahan dalam pakatan pembangkang. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan yang diambil oleh ahli PAS telah mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dalam pembahagian kerusi. Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff menewaskan calon Barisan Nasional, Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi. Guchil merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Tanah Merah, dan ia merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh PKR daripada lima yang mereka bertanding pada 2008. Sementara itu di Bachok, penyandang kerusi berkenaan Nasharuddin Mat Isa tidak akan mempertahankan kerusi tersebut dan PAS bahagian mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai. Mereka perlu calon yang kuat untuk berhadapan dengan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Awang Adek Hussain yang mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Walaupun Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohammed,70, dilihat sebagai calon yang sesuai, bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh yang juga ahli PKR pada ketika ini dilihat turut melobi untuk mendapatkan kerusi berkenaan. Tindakan tersebut turut menimbulkan pertelagahan dengan Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzukh. Sumber dalam parti berkata kira-kira 70 peratus akar umbi menyokong Omar, yang pernah menjadi wakil rakyat selama lima penggal bagi kerusi berkenaan. Sumber berkenaan turut mengesahkan ahli diperingkat akar umbi tidak selesa dengan Zaiyadi kerana ramai ahli keluarganya masih dalam Umno. | ||
(Video) Eksklusif Peristiwa Memali, wanita jadi perisai dan pendedahan bapa Ibrahim Libya Posted: 27 Mar 2013 10:01 PM PDT Video eksklusif yang belum pernah tersiar... Menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan. Dengan penyiaran video ini, golongan muda masa kini diharap lebih terbuka untuk memahami sejarah. Penulisan Amanat Haji Hadi juga bukanlah dibuat UMNO malah ianya sudah dicetak sendiri oleh PAS dan disebarkan pada ketika itu untuk jadi pegangan kepada penduduk Memali... Tonton dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan | ||
(Gambar) Pencuri pakaian dalam dirakam CCTV hidu hasil curian Posted: 27 Mar 2013 09:01 PM PDT MENTAKAB – Misteri kehilangan pakaian dalam wanita di Taman Rimba, di sini, terjawab apabila seorang penduduk berjaya merakam aksi seorang lelaki melakukan kecurian ketika penghuni lain nyenyak tidur. Kejadian pada 24 Mac lalu itu dirakam kira-kira jam 4.30 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang seorang penduduk di jalan 2/4 taman tersebut. Penduduk dikenali sebagai Chin berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi motosikal berlegar di halaman, namun tiada sebarang kegiatan mencurigakan apabila meninjau keadaan luar rumahnya. "Saya kemudian periksa CCTV dan terkejut melihat aksi seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah saya serta jiran," katanya. Chin berkata, keesokan harinya dia mendapat tahu jirannya seorang Melayu dan Cina kehilangan tudung serta seluar dalam, lalu memaklumkan perkara tersebut kepada mereka. Menurutnya, penduduk pernah beberapa kali kehilangan pakaian dalam, namun tidak menyangka ia dilarikan pencuri. Chin kemudiannya membuat laporan dan menyerahkan cakera padat berhubung kejadian tersebut kepada polis untuk membantu siasatan. "Berdasarkan rakaman tersebut, suspek dipercayai lelaki tempatan memakai kain sarung memanjat tembok atau pagar setiap rumah untuk mengambil pakaian dalam dijemur di ampaian. "Walaupun tiada barangan berharga yang hilang, tetapi kejadian tersebut sedikit mengganggu ketenteraman penduduk," katanya. Sinar | ||
Insiden kurung Pharolrazi, Azizan dakwa tiada kaitan Posted: 27 Mar 2013 08:31 PM PDT ALOR SETAR - "Saya tiada kaitan isu Phahrolrazi dikurung," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan insiden terbabit. Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau tidak tahu menahu pembabitan mana-mana pihak dalam isu terbabit, walaupun timbul dakwaan mengatakan exco kerajaan negeri itu, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dihalang mengadakan ceramah oleh penyokong pro-Azizan. "Ketika kejadian, saya tiada di tempat itu, saya ada di tempat lain. Kenapa pula kaitkan saya terlibat? Saya banyak kerja lain untuk dibuat," katanya. Azizan turut menafikan dakwaan yang mengatakan penyokong beliau di kawasan Dun Sungai Limau diarahkan untuk menghalang Phahrolrazi mengadakan ceramah di kubu kuatnya. "Di Kedah, semua penyokong saya sebab saya ketua parti di sini. Tidak timbul isu penyokong saya atau pemimpin lain," katanya. Pada 16 Mac lalu, Phahrolrazi dipercayai dikurung pihak tertentu bagi menghalang beliau mengadakan ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau. Phahrolrazi didakwa 'dikunci' selama dua jam di Sekolah Agama Nahdzah Bukit Besar, dalam perjalanan ke lokasi ceramah, yang merupakan kubu kuat Azizan. Ekoran itu, Pemuda Gerakan Kedah membuat laporan polis berhubung kejadian, 20 Mac lalu, susulan beberapa ahli Pas kawasan Sungai Limau membuat laporan polis, 17 Mac lalu. Bagaimanapun, bekas pengetua sekolah itu, Nasir Othman menafikan dakwaan, sebaliknya menegaskan beliau hanya menasihati supaya Phahrolrazi tidak hadir ke lokasi ceramah anjuran persendirian itu kerana bimbang berlaku kekecohan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab pada 25 Mac lalu, mengesahkan polis sudah mengambil keterangan beberapa individu yang dipercayai terlibat dengan insiden itu. Pergeseran antara Azizan dan Phahrolrazi sering dibangkitkan, terutama selepas berlaku krisis exco awal tahun lalu, di mana Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh enggan angkat sumpah jawatan exco kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Azizan dalam isu pentadbiran. Sejak itu, wujud persepsi kononnya Azizan-Phahrolrazi berseteru dan wujud puak dalam Pas Kedah. | ||
(Video) Pelanggan dimandikan sebelum berjimak dengan tukang urut Posted: 27 Mar 2013 07:01 PM PDT
Kegiatan ini terbongkar setelah orang ramai hairan melihat premis yang tidak berpapan tanda ini dikunjungi ramai lelaki dan mereka membuat aduan kepada polis. Polis dari unit risikan dan operasi NKRA Ibupejabat Polis Kontijen Selangor membuat serbuan malam tadi selepas menerima aduan. Operasi bermula 9.30 malam diketuai ASP Aini Shah Fadhil bersama beberapa anggota dan berjaya menahan sembilan pelacur membabitkan 3 warga China dan 6 Vietnam yang berusia 21 hingga 35 tahun. Polis menemui seorang pelacur tanpa seurat benang dan pelanggan yang bersama dalam keadaan separuh bogel ketika diserbu polis. Pemeriksaan lanjut polis menemui journal kerja yang menunjukkan bayaran antara RM80 hingga RM110 bagi urutan bogel manakala khidmat seks RM180 Pelbagai taktik diguna bagi menghalang pihak berkuasa bertindak, seperti menyediakan CCTV serta butang amaran yang di sambung ke dalam bilik pelacur namun penyamaran anggota polis, berjaya membongkar kegiatan ini. Kesemua yang ditahan di bawa ke ibu pejabat polis daerah, klang selatan untuk membuat siasatan, kes ini di siasat mengikut seksyen 372 dan 373 kanun keseksaan. MKL-Crimedesk-D7BA | ||
Cubaan bunuh Tun M, SU Agung PAS dakwa ianya mengarut Posted: 27 Mar 2013 06:31 PM PDT Dia punya bekas taik, tuduh UMNO jugak...samdol betul la, patut pergi la buat laporan polis terhadap yang buat pengakuan tu, ini asyik tuduh UMNO jugak...boring la.. Ce baca baca berita di bawah ni... SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main. "Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini. Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988. Menurut Rahman, laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri. "Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya. Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini. Zainon yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku?' pada Isnin lalu, dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu. "Sudah jadi alat Umno boleh kata apa sahajalah. Bila Umno suruh kata apa pun, mereka (Abdul Rahman dan Zainon) ini akan kata," bidas Mustafa lagi. Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. | ||
Dun Negeri N9 terbubar, lembaran baru sejarah Posted: 27 Mar 2013 06:01 PM PDT Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini. Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu. Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan. Ketika ditemui wartawan di Seremban semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Adun negeri itu perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran Dun secara automatik. Kata beliau, biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya Umum 2008 tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing. Beliau yang juga Adun Rantau berkata, semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN. Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi. Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bagi memaklumkan Dun akan terbubar secara sendiri dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri. Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam. Lazimnya, hampir kesemua Dun dan Parlimen telah dibubarkan serentak sepanjang 12 pilihan raya umum lalu. Malah ini juga kali pertama Dun negeri yang diperintah oleh BN terbubar dengan sendiri sementara mandat penggal ke-12 Parlimen berterusan. Kesemua negeri kecuali Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh perikatan bernama Pakatan Rakyat. Pada 8 Mac lalu, BN memenangi 21 kerusi manakala Pas (satu), DAP (10) dan PKR (empat). Pada Oktober 2009, BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi Dun Bagan Pinang. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |