Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Apa Yang Tersirat

$
0
0

Apa Yang Tersirat


Kemaskini Ops Daulat: Pengawal Imam Jamjam (Imam tua) mati ditembak

Posted: 28 Mar 2013 08:39 AM PDT

Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua',"  atau Jamjam Salih berumur 74 tahun. 

Imam Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Agbimuddin Kiram masih di Sabah: Dakwa Keluarga Kiram

Posted: 28 Mar 2013 03:26 AM PDT

Jacel Kiram anak kepada Jamalul Kiram III mendakwa bapa saudaranya yang diburu Agbimuddin Kiram masih berada di Sabah. 

Menurut anak Jamalul Kiram itu, bapa saudaranya sering berhubung dengan keluarga Kiram di Taguig City untuk memberikan gambaran keadaan di Sabah terutama di kawasan konflik.

Di pasukan keselamatan negara menyatakan bahawa Agbimuddin sudah berjaya menyusup semula ke Selatan Filipina pada 11 Mac dan kini "low profile" untuk mengelak daripada Bangsamoro dan pasukan keselamatan Filipina.

Ada juga laporan Agbimuddin dibunuh oleh pengawalnya sendiri antara 21-28 Februari sebelum kejadian tembak menembak antara komando 69 dengan pengganas pada pagi Jumaat 1 Mac 2013.

Mayat Agbimuddin dikubur di kawasaan rahsia di Kg Tanduo, dan hanya pengikut setianya sahaja yang mengetahuinya.

Sementara itu jurucakap Keluarga Kiram Abraham Idjirani mendakwa seorang sudara Kiram yang bernama Ustaz Jamjam Salih berumur lewat 70-an ditangkap dan dibunuh pada Ahad. Menurut Jurucakap itu, Jamjam ditangkap di Lahad Datu.

Namun pasukan keselamatan negara tiada membuat laporan tentang adanya penangkapan pada Ahad atau pembunuhan pengganas.

Pertemuan PM dan Presiden Parti Komponen sedang berkangsung

Posted: 28 Mar 2013 02:16 AM PDT

Ekoran berita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional menyebabkan ramai wartawan dan jurugambar berkampung di luar pejabat Perdana Menteri.

Difahamkan beberapa pemimpin negeri mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan mengenai senarai calon bagi pilihan raya.

Difahamkan pada pukul 2.30 petang Perdana Menteri bertemu dengan wakil daripada Sabah, Johor, Selangor dan Perak dalam sesi yang berasingan.

Kereta yang dinaiki pemimpin berkenaan dilihat tiba di Kompleks Jabatan Perdana Menteri seawal pukul 9 pagi.

Turut difahamkan mesyuarat bersama pemimpin parti komponen akan berlangsung sepanjang hari Jumaat.

Wartawan yang berkampung di sana hanya dilengkapi dengan peralatan kerja masing-masing bersama-sama air mineral mereka telah menunggu di bawah cuaca panas terik seawal pukul 10 pagi.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional, akan memuktamadkan senarai calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya umum kali ini.

Setuhan Akhir Najib sebelum PRU-13

Posted: 27 Mar 2013 08:02 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertemu dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Khamis dan ada pihak yang mengatakan ia merupakan perbincangan terakhir sebelum pembubaran Parlimen.

Pegawainya mengesahkan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi BN di pejabatnya di Putrajaya bagi memuktamadkan pembahagian kerusi pilihan raya.

Mereka juga akan berbincang mengenai senarai akhir calon yang akan bertanding menggunakan simbol BN.

"Beliau juga akan berbincang siapa yang akan mengambil kerusi apa dan semua perkara akan dimuktamadkan (hari ini)," kata salah seorang daripada mereka.

Sumber berkenaan turut mengesahkan Najib akan tiba di Kuala Lumpur selepas menghabiskan beberapa hari di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA2013) pada Selasa dan beliau akan terus menghadiri beberapa mesyuarat bersama beberapa pimpinan Umno.

Ada juga spekulasi mengatakan telah bertemu dengan pemimpin di peringkat bahagian yang 'bermasalah' di pejabatnya di Putrajaya selepas mesyuarat Kabinet.

Sumber berkenaan turut memberi bayangan bahawa ramai pemimpin veteran BN akan digugurkan.

"Akan ada ramai muka baru kali ini," katanya.

Parlimen terbubar secara automatik pada tengah malam 28 April bagi mengadakan pilihan raya umum diumumkan.

Dewan Undangan Negeri Sembilan sudah pun terbubar pada Rabu.

Selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu, semua urusan perniagaan berjalan seperti biasa.

Beberapa sumber daripada Kabinet memaklumkan bahawa tiada gambar kenangan beramai-ramai diambil, yang merupakan tradisi era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum Parlimen dibubarkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pembubaran Parlimen dan DUN Negeri Sembilan tidak dibincangkan.

Beliau berkata Kabinet menumpukan kepada perbincangan mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan dan keputusan Program Transformasi Kerajaan, dan Najib tidak menunjukkan tanda-tanda bila beliau mahu mengadakan pilihan raya.

"Mesyuarat Kabinet (semalam) berjalan seperti biasa dan topik yang dibincangkan tidak ada yang luar biasa. Kami tidak langsung membincangkan mengenai pembubaran," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>