Penasihat Undang-Undang UMNO |
Fitnah UMNO : Tian Chua dan KeadilanDaily Ke Mahkamah 11 April Posted: 25 Mar 2013 03:28 AM PDT KUALA LUMPUR – UMNO meneruskan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR, Chua Tian Chiang (Tian Chua) selepas tempoh yang diberikan terhadap beliau untuk memohon maaf dan menarik balik kata-kata fitnah yang dilapor dan diterbitkan oleh KeadilanDaily.com tamat. Tindakan undang-undang telah diambil melalui Penasihat Undang-undang UMNO, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013. Pengurusan kes tersebut telah ditetapkan pada 11 April 2013, jam 9.00 pagi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dengan Tian Chua dinamakan sebagai defenden pertama sementara Editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit adalah defenden kedua serta Aisha Geoffrey iaitu wartawan dan penulis di laman tersebut adalah defendan ketiga. DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) 1. CHUA TIAN CHANG 2. FAZALLAH PIT 3. AISHA GEOFFREY ...DEFENDAN-DEFENDAN PERNYATAAN TUNTUTAN A. PIHAK-PIHAK 1. Plaintif adalah seorang yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Awam bagi pihak Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organization (UMNO) dan menyaman selaras dengan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966. Plaintif mempunyai alamat penyampaiannya di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. 2. Defendan Pertama merupakan Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu dan juga menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempunyai alamat penyampaiannya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya dan/atau Pusat Khidmat Masyarakat, Parlimen Batu, 1090-1, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur. 3. Defendan Kedua merupakan Editor KeadilanDaily.com yang bertanggungjawab mengendalikan portal laman sesawang KeadilanDaily.com dan mempunyai alamat penyampaiannya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya dan/atau 62A-1, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, Off Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur. 4. Defendan Ketiga merupakan Wartawan dan Penulis artikel bertajuk Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian (selepas ini dirujuk sebagai "Artikel Tersebut") yang diterbitkan dalam portal laman sesawang KeadilanDaily.com pada 1 Mac 2013 dan mempunyai alamat penyampaian di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana 1, 47410 Petaling Jaya dan/atau 62A-1, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, Off Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur. B. FAKTA LATAR BELAKANG (i) TUNTUTAN TERHADAP DEFENDAN PERTAMA 5. Defendan Pertama telah dihubungi oleh Defendan Ketiga pada 1 Mac 2013 dimana Defendan Pertama telah memfitnah (slander) dan/atau libel dan menerbitkan perkara mengenai dan berkenaan dengan Plaintif dan mengenai Plaintif berhubung dengan kelakuannya dalam yang sama diterbitkan di KeadilanDaily.com (selepas ini dirujuk sebagai "Portal Tersebut"). Kata-kata fitnah berkenaan atau kata-kata yang seakan-akan sepertinya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "Kata-Kata Fitnah"):- BUTIR-BUTIR a) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat; b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno; c) Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; d) Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing. 6. Seperti yang tersedia maklum oleh Defendan Pertama, Kata-Kata Fitnah tersebut telah dibuat dan akan diterbitkan di Portal Tersebut ketika di temuramah oleh Defendan Ketiga dan Defendan Pertama juga sedia maklum bahawa laporan mengenai Kata-Kata Fitnah tersebut akan dikeluarkan dan berniat membenarkan laporan sebegitu untuk diterbitkan. 7. Di dalam Portal Tersebut bertarikh 1 Mac 2013, Defendan Pertama telah menyebabkan dan/atau mengizinkan untuk dicetak dan diterbitkan Kata-Kata Fitnah tersebut atau kata-kata yang seakan-akan sepertinya terhadap Plaintif, di dalam Artikel Tersebut yang dilaporkan oleh Defendan Ketiga. 8. Kata-Kata Fitnah tersebut yang diucapkan oleh Defendan Pertama, telah diterbitkan semula di dalam Artikel tersebut dengan cara berikut:- "KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno. "Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing. "Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya," kata Tian kepada Keadilan Daily. Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian. Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBN news, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini. Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini. Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. "Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya. 9. Plaintif akan menyatakan bahawa Defendan Pertama telah memfitnah dan/atau libel Plaintif. MAKSUD-MAKSUD FITNAH 10. Kata-Kata Fitnah tersebut, dalam erti kata lazim dan biasa (natural and ordinary meaning) telah membawa maksud dan/atau melalui kesimpulan atau secara sindiran, dibaca bersama dan/atau berasingan, dimaksudkan untuk merujuk kepada Plaintif dan telah difahami sebagai: a) Bahawa UMNO yang merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah; b) Bahawa UMNO berkonspirasi kononnya bersama pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah; c) Bahawa UMNO dengan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu, Sabah; d) Bahawa UMNO adalah pembelot Negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah; e) Bahawa UMNO dicurigai ketelusannya dalam menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab memerintah Kerajaan Malaysia; f) Bahawa UMNO merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional di negeri Sabah dalam pilihan raya akan datang; g) Bahawa UMNO tidak kredible; h) Bahawa setiap tindakan dan/atau perlakuan UMNO adalah dicurigai dan tidak boleh dipercayai ketelusannya; i) Bahawa UMNO sanggup memprejudiskan keamanan Malaysia dengan berkonspirasi bersama kononnya pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah; j) Bahawa UMNO sanggup menggadaikan tanah air sendiri untuk kepentingan politik mereka; k) Bahawa UMNO dengan sengaja mengaburi rakyat bagi menutup konspirasi-konspirasi jahat lain yang dibuat oleh UMNO Malaysia; l) Bahawa UMNO dengan sengaja kononnya mahu mengalih perhatian rakyat, daripada isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang juga diwar-warkan sebagai kononnya konspirasi jahat UMNO; m) Bahawa UMNO adalah parti yang tidak demokratik dan/atau parti yang sengaja mengada-adakan situasi cemas bagi menakut-nakutkan rakyat Malaysia; n) Bahawa UMNO tidak menghiraukan keselamatan Negara dan rakyat dengan kononnya membenarkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah; o) Bahawa UMNO dengan sengaja tidak menjaga persempadanan Negara sehingga berlaku pencerobohan di Lahad Datu, Sabah; dan p) Bahawa perjuangan pasukan keselamatan Negara kononnya diperlekehkan oleh UMNO bagi kepentingan politik mereka. 11. Akibat daripada penyiaran Kata-Kata Fitnah oleh Defendan Pertama yang mana Defendan Pertama adalah bertanggungjawab keatasnya, reputasi Plaintif telah dijejaskan dengan teruk. Pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah sangat serius di mana Plaintif akan dilibatkan dengan skandal awam, diaibkan dan dihina oleh khalayak ramai dan masyarakat awam serta masyarakat antarabangsa. Kerosakan pada reputasi Plaintif adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh penyiaran Artikel tersebut yang boleh diakses dengan meluas dimana sahaja kerana ianya diterbitkan di laman sesawang dan mempunyai pembaca virtual di serata dunia. 12. Tanpa prejudis kepada keluasan makna di atas, kerosakan reputasi Plaintif di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia adalah khususnya sangat serius dan meluas, melihat kepada kes pencerobohan ini melibatkan kedaulatan Negara yang juga merupakan isu sensitif kerana melibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap Negeri Sabah yang telah diisyitiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama. 13. Kerosakan reputasi Plaintif adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya selain kredibiliti Plaintif akan dipersoalkan oleh banyak pihak sama ada di dalam Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa kerana isu keselamatan sesebuah Negara adalah sangat penting apatah lagi apabila pencerobohan sempadan telah berlaku yang menyebabkan keselamatan rakyat Malaysia juga terancam. KELAYAKAN TERHADAP GANTIRUGI 14. Plaintif akan menyatakan bahawa gantirugi keterlaluan dan/atau gantirugi teladan harus diberikan atas dasar-dasar berikut:- BUTIR-BUTIR a) Defendan Pertama sudah sedia maklum dan berniat agar Kata-Kata Fitnah tersebut dilaporkan dan diterbitkan di dalam Portal Tersebut yang mendapat perhatian pembaca maya (virtual) ataupun pembaca perdana (mainstream) di seluruh Negara dan juga di peringkat antarabangsa; b) Defendan Pertama dengan sengaja menerbitkan Kata-Kata Fitnah tersebut dengan mengetahui bahawa ianya adalah tidak benar sama sekali dan/atau tanpa mempedulikan kebenarannya; c) Sifat serius dan skandal fitnah tersebut telah mengakibatkan kerosakan yang sangat teruk dan meninggalkan kesan serta kerugian yang mendalam kepada reputasi Plaintif, secara khususnya tetapi tidak terhad kepada hubungan dengan rakyat di dalam Negara ini dan juga hubungan Plaintif dengan pihak-pihak lain di peringkat antarabangsa; d) Defendan Pertama dengan sengaja membuat kenyataan berunsur Kata-Kata Fitnah Tersebut dengan bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Negara ini ke atas Plaintif selaku tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional bagi meneruskan dan mementingkan agenda tersendiri Defendan tanpa menghiraukan sensitiviti isu ini; dan e) Seriusnya kenyataan yang dibuat oleh Defendan Pertama bukan sahaja dirasai oleh pihak Plaintif, akan tetapi, rakyat Malaysia yang juga menunjukkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap Defendan Pertama dengan membuat laporan polis secara beramai-ramai, di seluruh Malaysia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Defendan Pertama. 15. Plaintif akan menyatakan bahawa Kata-Kata Fitnah dan Artikel tersebut telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat (malice) untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi Plaintif di Malaysia dan juga di mata dunia, kerana Plaintif dikenali sebagai parti tulang belakang kepada Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Negara selain mempunyai hubungan yang baik dengan Negara-Negara luar. 16. Plaintif telah melalui peguamcaranya, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, menghantar Notis Tuntutan bertarikh 4 Mac 2012 kepada Defendan Pertama. Plaintif menuntut daripada Defendan Pertama:- a) Untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa dengannya terhadap Plaintif; b) Untuk membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Plaintif, atas terma-terma yang dipersetujui oleh Peguamcara Plaintif; c) Untuk menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dalam cara yang akan ditentukan oleh Peguamcara Plaintif; d) Untuk menyediakan satu akujanji bertulis bahawa pihak Defendan Pertama tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya; dan e) Untuk membayar gantirugi bagi kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Plaintif dalam perkara ini. 17. Walaupun Notis Tuntutan telahpun diberikan dan telah diakui penerimaanya oleh wakil Defendan Pertama, namun Defendan Pertama masih enggan bersetuju atau gagal, enggan atau cuai untuk memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan Plaintif. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan Defendan Pertama tidak menunjukkan sebarang kekesalan dengan mengeluarkan Kata-Kata Fitnah tersebut. 18. Sehingga tarikh Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif ini difailkan, Defendan Pertama masih lagi enggan dan/atau gagal dan/atau cuai untuk memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan Plaintif. 19. Jikalau tidak dihalang oleh Mahkamah yang Mulia ini, maka Defendan Pertama akan berterusan mengucapkan dan menerbitkan atau menyiarkan Kata-Kata Fitnah tersebut atau seakan-akan dengannya terhadap Plaintif yang secara jelas memfitnah Plaintif. (ii) TUNTUTAN TERHADAP DEFENDAN KEDUA DAN DEFENDAN KETIGA 20. Pada 1 Mac 2013, di portal laman sesawang KeadilanDaily.com (selepas ini dirujuk sebagai "Portal Tersebut") terdapat penerbitan Artikel bertajuk Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian (selepas ini dirujuk sebagai "Artikel Tersebut") mengandungi kata-kata fitnah terhadap Plaintif. 21. Kata-kata fitnah berkenaan atau kata-kata yang seakan-akan sepertinya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "Kata-Kata Fitnah") adalah seperti berikut:- BUTIR-BUTIR a) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat; b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno; c) Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; d) Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing. 22. Seperti yang tersedia maklum oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga, Kata-Kata Fitnah tersebut telah dibuat oleh Defendan Pertama dan akan diterbitkan di Portal Tersebut ketika di temuramah oleh Defendan Ketiga. 23. Defendan Kedua juga sedia maklum bahawa laporan mengenai Kata-Kata Fitnah tersebut akan dikeluarkan dan berniat membenarkan laporan sebegitu untuk diterbitkan. 24. Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah menyebabkan dan/atau mengizinkan untuk dicetak dan diterbitkan Kata-Kata Fitnah tersebut atau kata-kata yang seakan-akan sepertinya terhadap Plaintif di dalam Artikel Tersebut yang dilaporkan oleh Defendan Ketiga. 25. Kata-Kata Fitnah tersebut yang dilaporkan oleh Defendan Ketiga, telah diterbitkan semula di dalam Artikel tersebut dengan cara berikut:- "KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno. "Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing. "Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya," kata Tian kepada Keadilan Daily. Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian. Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBN news, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini. Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini. Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. "Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya. 26. Plaintif akan bersandar pada seluruh Artikel Tersebut semasa perbicaraan kes ini. MAKSUD-MAKSUD FITNAH 27. Kata-Kata Fitnah tersebut, dalam erti kata lazim dan biasa (natural and ordinary meaning) telah membawa maksud dan/atau melalui kesimpulan atau secara sindiran, dibaca bersama dan/atau berasingan, dimaksudkan untuk merujuk kepada Plaintif dan telah difahami sebagai: a) Bahawa UMNO yang merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah; b) Bahawa UMNO berkonspirasi kononnya bersama pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah; c) Bahawa UMNO dengan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu, Sabah; d) Bahawa UMNO adalah pembelot Negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah; e) Bahawa UMNO dicurigai ketelusannya dalam menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab memerintah Kerajaan Malaysia; f) Bahawa UMNO merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional di negeri Sabah dalam pilihan raya akan datang; g) Bahawa UMNO tidak kredible; h) Bahawa setiap tindakan dan/atau perlakuan UMNO adalah dicurigai dan tidak boleh dipercayai ketelusannya; i) Bahawa UMNO sanggup memprejudiskan keamanan Malaysia dengan berkonspirasi bersama kononnya pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah; j) Bahawa UMNO sanggup menggadaikan tanah air sendiri untuk kepentingan politik mereka; k) Bahawa UMNO dengan sengaja mengaburi rakyat bagi menutup konspirasi-konspirasi jahat lain yang dibuat oleh UMNO Malaysia; l) Bahawa UMNO dengan sengaja kononnya mahu mengalih perhatian rakyat, daripada isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang juga diwar-warkan sebagai kononnya konspirasi jahat UMNO; m) Bahawa UMNO adalah parti yang tidak demokratik dan/atau parti yang sengaja mengada-adakan situasi cemas bagi menakut-nakutkan rakyat Malaysia; n) Bahawa UMNO tidak menghiraukan keselamatan Negara dan rakyat dengan kononnya membenarkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah; o) Bahawa UMNO dengan sengaja tidak menjaga persempadanan Negara sehingga berlaku pencerobohan di Lahad Datu, Sabah; dan p) Bahawa perjuangan pasukan keselamatan Negara kononnya diperlekehkan oleh UMNO bagi kepentingan politik mereka. 28. Akibat daripada penyiaran Kata-Kata Fitnah oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga, reputasi Plaintif telah dijejaskan dengan teruk. Pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah sangat serius di mana Plaintif akan dilibatkan dengan skandal awam, diaibkan dan dihina oleh khalayak ramai dan masyarakat awam serta masyarakat antarabangsa. Kerosakan pada reputasi Plaintif adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh penyiaran Artikel tersebut yang boleh diakses dengan meluas dimana sahaja kerana ianya diterbitkan di laman sesawang dan mempunyai pembaca virtual di serata dunia. 29. Tanpa prejudis kepada keluasan makna di atas, kerosakan reputasi Plaintif di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia adalah khususnya sangat serius dan meluas, melihat kepada kes pencerobohan ini melibatkan kedaulatan Negara yang juga merupakan isu sensitif kerana melibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap Negeri Sabah yang telah diisyitiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama. 30. Kerosakan reputasi Plaintif adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya selain kredibiliti Plaintif akan dipersoalkan oleh banyak pihak sama ada di dalam Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa kerana isu keselamatan sesebuah Negara adalah sangat penting apatah lagi apabila pencerobohan sempadan telah berlaku yang menyebabkan keselamatan rakyat Malaysia juga terancam. KELAYAKAN TERHADAP GANTIRUGI 31. Plaintif akan menyatakan bahawa gantirugi keterlaluan dan/atau gantirugi teladan harus diberikan atas dasar-dasar berikut:- BUTIR-BUTIR a) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga sudah sedia maklum dan berniat agar Kata-Kata Fitnah tersebut dilaporkan dan diterbitkan di dalam Portal Tersebut yang mendapat perhatian pembaca maya (virtual) ataupun pembaca perdana (mainstream) di seluruh Negara dan juga di peringkat antarabangsa; b) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dengan sengaja menerbitkan Kata-Kata Fitnah tersebut dengan mengetahui bahawa ianya adalah tidak benar sama sekali dan/atau tanpa mempedulikan kebenarannya; c) Sifat serius dan skandal fitnah tersebut telah mengakibatkan kerosakan yang sangat teruk dan meninggalkan kesan serta kerugian yang mendalam kepada reputasi Plaintif, secara khususnya tetapi tidak terhad kepada hubungan dengan rakyat di dalam Negara ini dan juga hubungan Plaintif dengan pihak-pihak lain di peringkat antarabangsa; d) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dengan sengaja melaporkan dan menerbitkan Artikel Tersebut dengan bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Negara ini ke atas Plaintif selaku tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional bagi meneruskan dan mementingkan agenda tersendiri Defendan tanpa menghiraukan sensitiviti isu ini; dan e) Seriusnya kenyataan yang dikeluarkan dan diterbitkan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bukan sahaja dirasai oleh pihak Plaintif, akan tetapi, rakyat Malaysia yang juga menunjukkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap Defendan Pertama dengan membuat laporan polis secara beramai-ramai, di seluruh Malaysia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Defendan Pertama, dibenarkan penerbitannya oleh Defendan Kedua dan dilaporkan oleh Defendan Ketiga. 32. Plaintif akan menyatakan bahawa Kata-Kata Fitnah dan Artikel tersebut telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat (malice) untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi Plaintif di Malaysia dan juga di mata dunia, kerana Plaintif dikenali sebagai parti tulang belakang kepada Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Negara selain mempunyai hubungan yang baik dengan Negara-Negara luar. 33. Plaintif telah melalui peguamcaranya, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, menghantar Notis Tuntutan bertarikh 13 Mac 2012 kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Plaintif menuntut daripada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga:- a) Untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa dengannya terhadap Plaintif; b) Untuk membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Plaintif; c) Untuk menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut; d) Untuk menyediakan satu akujanji bertulis bahawa pihak Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya; dan e) Untuk membayar gantirugi bagi kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Plaintif dalam perkara ini. 34. Walaupun Notis Tuntutan telahpun diberikan dan telah diakui penerimaanya oleh wakil Defendan Kedua dan Defendan Ketiga ketika dihantar di alamat utama iaitu di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya namun Defendan Kedua dan Defendan Ketiga masih enggan bersetuju atau gagal, enggan atau cuai untuk memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan Plaintif. 35. Notis Tuntutan juga diberikan kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga di alamat penyampaian kedua iaitu di 62A-1, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, Off Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur, akan tetapi Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan/atau wakil Defendan-Defendan ini enggan menerima penyampaian Notis Tuntutan tersebut. Maka wakil Peguamcara Plaintif telah meninggalkan Notis Tuntutan tersebut dan mengambil gambar sebagai bukti bahawa penyampaian Notis Tuntutan telah disampaikan dengan sempurnanya kepada pihak yang berkenaan, iaitu kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. 36. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak menunjukkan sebarang kekesalan dengan mengeluarkan Kata-Kata Fitnah tersebut. 37. Sehingga tarikh Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif ini difailkan, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga masih lagi enggan dan/atau gagal dan/atau cuai untuk memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan Plaintif. 38. Defendan Kedua juga telah memberi komen, penjelasan dan kenyataan balas berkaitan Kata-Kata Fitnah dan Artikel Tersebut yang telah disiarkan di dalam media cetak di seluruh Malaysia. Ini menunjukkan Defendan Kedua, secara tidak langsung telah mengakui bahawa Defendan Kedua telah membenarkan dan menyebabkan penerbitan Artikel Tersebut yang dilaporkan oleh Defendan Ketiga. 37. Jikalau tidak dihalang oleh Mahkamah yang Mulia ini, maka Defendan Kedua dan Defendan Ketiga akan berterusan mengucapkan dan menerbitkan atau menyiarkan Kata-Kata Fitnah tersebut atau seakan-akan dengannya terhadap Plaintif yang secara jelas memfitnah Plaintif. Oleh yang demikian, Plaintif menuntut ke atas Defendan-Defendan dan tiap-tiap satu daripada mereka: DENGAN ITU, Plaintif menuntut ke atas Defendan Pertama: a) Gantirugi am dan khas sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini; b) Gantirugi teruk (aggravated damages) sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini; c) Gantirugi keterlaluan dan/atau teladan sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini; d) Faedah ke atas (a), (b) dan (c) atas kadar 5% setahun daripada tarikh Writ ini sehingga penyelesaian penuh; e) Satu arahan injunksi untuk menahan Defendan Pertama oleh dirinya sendiri, pembantu-pembantunya atau ejen-ejennya atau sebaliknya daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan atau menyebabkan penerbitan Kata-Kata Fitnah tersebut atau seakan-akan dengannya terhadap pihak Plaintif, baik secara lisan atau di media cetak atau di Internet; f) Perintah bahawa Defendan Pertama menerbitkan permintaan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan majalah untuk dikenalpasti oleh Plaintif dalam bentuk dan dalam istilah yang akan ditetapkan oleh Plaintif; g) Kos tindakan ini; dan h) Lain-lain perintah sepertimana yang dianggap suai manfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini. DENGAN ITU, Plaintif menuntut ke atas Defendan Kedua dan Defendan Ketiga: a) Gantirugi am dan khas sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini; b) Gantirugi teruk (aggravated damages) sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini; c) Gantirugi keterlaluan dan/atau teladan sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini; d) Faedah ke atas (a), (b) dan (c) atas kadar 5% setahun daripada tarikh Writ ini sehingga penyelesaian penuh; e) Satu arahan injunksi untuk menahan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga oleh diri mereka sendiri, pembantu-pembantu mereka atau ejen-ejen mereka atau sebaliknya daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan atau menyebabkan penerbitan Kata-Kata Fitnah tersebut atau seakan-akan dengannya terhadap pihak Plaintif, baik secara lisan atau di media cetak atau di Internet; f) Perintah bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menerbitkan permintaan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan majalah untuk dikenalpasti oleh Plaintif dalam bentuk dan dalam istilah yang akan ditetapkan oleh Plaintif; g) Kos tindakan ini; dan h) Lain-lain perintah sepertimana yang dianggap suai manfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini. |
You are subscribed to email updates from Penasihat Undang-Undang UMNO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |