Ohpolitik!™ |
- VIDEO SEKS IZZAH : CUBAAN @anwaribrahim UNTUK MEMBANGKITKAN RASA MUAL TERHADAP UMNO!!
- Hasil Didikan PAS @fahmipkg Hina Rasulullah!!
- Setakat Mana Kuasa "caretaker government"?
- Layan lagu "najwa latif untuk dia @anwaribrahim"
- KANTOILAGI : Video VIRTUAL SEKS Arahan UMNO Khas BUAT KETUA PENERANGAN PKR CABANG MERBOK!!
- KANTOI! : ARAHAN TUGAS KEKECOHAN PRU KHAS BUAT CACAI PR
VIDEO SEKS IZZAH : CUBAAN @anwaribrahim UNTUK MEMBANGKITKAN RASA MUAL TERHADAP UMNO!! Posted: 27 Mar 2013 08:19 PM PDT TIDAK semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula. Kita amat memahami strategi 'overdose' atau 'overkill' iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya. Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar. Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran. Mungkinkah ini merupakan strategi 'pre-emptive' iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud? Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang 'seronok' sekali bercakap mengenainya. Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya.Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri. Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri. Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka? Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya. Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik? -Tok Guru. |
Hasil Didikan PAS @fahmipkg Hina Rasulullah!! Posted: 27 Mar 2013 08:07 PM PDT |
Setakat Mana Kuasa "caretaker government"? Posted: 27 Mar 2013 07:30 PM PDT Dewan Undangan Negeri Sembilan sudahpun terbubar berikutan cukup tempoh lima tahun kewujudannya. Tempoh lima tahun dikira bermula dari tarikh Dewan mengadakan mesyuarat pertamanya bukan dari tarikh pilihan raya diadakan. Berikutan itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menamatkan khidmat selaku Wakil Rakyat atau Yang Berhormat (YB) kecuali Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang terus bertugas atas sifat "caretaker government" atau "memegang kuasa buat sementara" sehinggalah sebuah pentadbiran baru dibentuk. Namun begitu, "kerajaan sementara" tidak boleh membuat apa-apa dasar atau rancangan baru tetapi sekadar memastikan perjalanan pentadbiran harian berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Mereka boleh meneruskan apa jua rancangan atau dasar yang telah dilulus oleh pentadbiran sebelum pembubaran Dewan. Pembubaran DUN N9 akan disusuli oleh pembubaran DUN lain jika Parlimen atau DUN tidak dibubar serentak. Sama-samalah kita tunggu pengumuman oleh sama ada Perdana Menteri atau Jabatan Perdana Menteri. Selepas Parlimen dibubarkan, mungkin kita ingin tahu bolehkah Jemaah Menteri atau Kabinet mnjalankan peranannya; bolehkah Menteri terus memegang jawatannya dan seterusnya menjalankan tugasnya; bolehkah Menteri merasmikan mana-mana majlis; dan bolehkah Menteri berhubung dengan penjawat awam. Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan secara tersirat membenarkan seseorang Menteri memegang jawatan sehinggalah bermulanya penggal baru Parlimen. Oleh itu, tidak ada salahnya sekiranya seseorang Menteri merasmikan apa-apa majlis termasuklah majlis yang bukan di bawah tanggungjawabnya. Tetapi, dia tidak boleh dianggap sebagai menjalankan tugasnya jika dia merasmikan majlis yang bukan di bawah tanggungjawabnya. Namun demikian, majlis yang dihadiri tidak melibatkan pemberian berupa sumbangan seperti komputer, basikal, enjin sangkut atau wang ringgit kerana ia boleh dianggap sebagai satu sogokan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini kerana pemberian berkenaan boleh dilihat sebagai mendorong seseorang pegundi atau pemilih untuk mengundi atau memancing undi. Harus diingati bahawa apa jua pemberian di sesuatu majlis yang dibuat dengan niat atau tujuan untuk memancing undi adalah satu perbuatan rasuah. Oleh yang demikian, "kerajaan sementara" atau "caretaker government" yang wujud selepas pembubaran Parlimen berdasarkan konvensyen perlembagaan atau "constitutional convention" hanya bertindak selaku "pihak yang memegang kuasa buat sementara" bagi memastikan perjalanan hari ke hari pentadbiran berjalan lancar. Selaku "kerajaan sementara" hubungan dengan penjawat awam tidak dapat dielakkan bagi maksud tugas harian dimana penjawat awam terlibat secara langsung. SUMBER : http://kudaranggi.blogspot.com |
Layan lagu "najwa latif untuk dia @anwaribrahim" Posted: 27 Mar 2013 06:20 PM PDT |
KANTOILAGI : Video VIRTUAL SEKS Arahan UMNO Khas BUAT KETUA PENERANGAN PKR CABANG MERBOK!! Posted: 27 Mar 2013 05:11 PM PDT Itu diaa. Memang tak dapat dipisahkan Seks dan PKR. Dari atas sampai ke bawah semua yang tak boleh pakai. Semua tak bermoral. Parti tak bermoral macam ni nak pimpin negara? Kepada yang tak kenal mamat ni. Meh sini aku bagi sedikit info pasal mamat ni. Nama mamat ni Saharudin Hamid, merupakan seorang ahli majlis di MPSP Kedah juga merangkap Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok. Mamat ni dengan geng-geng pernah menghentam YDP Majlis sebagai menggalakkan aktiviti tak bermoral dengan percambahan pusat urut. Tetapi dia jugalah yang melawat premis-premis berkenaan untuk bersantai-santai, tak kurang dengan itu, mengepow pemilik premis agar dapat terus menjalankan operasi. Menuduh YDP dan SU kepada YDP sebagai ejen UMNO, menghantar memorandum kepada MB Azizan untuk menukarkan YDP, Pn Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi. Permohonan dia memorandum ditolak. Walaubagaimanapun SU kepada YDP ditukarkan. Mamat ni sering buat cubaan mensabotaj YDP MPSPK. Ada antara blog-blog pembangkang yang pernah memuatkan memorandum bantahan terhadap YDP MPSPK dibuat oleh ahli majlis. Nama beliau turut tersenarai. Yang tak boleh blah tu, Sewaktu lawatan PM ke Kedah, Aku difahamkan dialah orang yang berjaya memperoleh projek katering yang menjadi rebutan. Ekoran dari itu, beberapa rakan dari dalam parti sendiri telah mencemburuinya. Dalam pada dia kuat menghentam kerajaan BN, projek katering dari BN jugak yang dikejarnya. Ibarat anjing yang diberi tulang kemudiannya menggigit tangan tuannya sendiri. Mamat ni suka menyentuh bab agama dan kepimpinan, namanya dah Ahli Politik. Percaturan dan lakonan di hadapan mata umum terpaksa dilakukan demi meraih sokongan sesetengah pihak. Walaupun dunia gelapnya tidak ramai yang tahu. Aku mendedahkan video ni bukan sebab glamer. Tapi untuk rakyat tahu supaya tidak lagi ditipu orang Pemimpin tak bermaruah ini. Tak ke gila beb, Baru kenal tak sampai 2 Jam dah boleh buat macam tu. Bukan main lagi dok cakap pasal agama dan lakanon baik di depan rakyat. Tapi hakikatnya? Ini lah perangai sebenar pemimpin PKR. Dari atas sampai ke bawah semuanya tak boleh pakai. Puihhh! |
KANTOI! : ARAHAN TUGAS KEKECOHAN PRU KHAS BUAT CACAI PR Posted: 27 Mar 2013 04:51 PM PDT Seorang teman di kawasan Parlimen di Bukit Katil, menghantar satu gambar yang diambil kamera murah mengenai perkara yang akan dilakukan oleh jentera PKR di dalam PRU yang akan datang. Kalau membaca secara keseluruhan dokumen tersebut – kita boleh pastikan bahawa PRU yang akan datang adalah yang paling kecoh dan kotor dalam sejarah Malaysia. Kekecohan yang dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut. Kawasan nukleus panas PRU13:- 1) Gombak 2) Lembah Pantai 3) Permatang Pauh 4) Setiawangsa 5) Wangsa Maju 6) Bagan Serai 7) Bukit Katil 8) Muar 9) Pandan 10) Sabak Bernam Kekecohan akan bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk mengupah beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan rakyat. Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan menetapkan beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan. Pendekatan media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi muda. Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan dijadikan aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang dirancang untuk aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif. Online media build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang ditaja oleh DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di kerusi-kerusi 'mixed seats', insiden dan isu perkauman akan turut digunapakai. Kalau begini persediaanya, kena hati-hati. Sumber : http://gelagatanwar.wordpress.com |
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |