Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

r b f

$
0
0

r b f


Video Nurul Izzah:Tiada Beruk Tiada Kera Tiba-Tiba Pokok Bergoyang

Posted: 27 Mar 2013 05:32 PM PDT

Tidak semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.

Kita amat memahami strategi 'overdose' atau 'overkill' iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya. Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.

Mungkinkah ini merupakan strategi 'pre-emptive' iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?

Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.

Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang 'seronok' sekali bercakap mengenainya.

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya. Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.

Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.

Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.

Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.

Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri. Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.

Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka? Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?

Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.

Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik?


Artikel kiriman Beruang Biru

Baca juga artikel berkaitan di sini

Video:Artis Cina Antarabangsa Menyanyi Lagu Patriotik Malaysia Dalam Rancangan TV Taiwan

Posted: 27 Mar 2013 06:08 AM PDT


Lihat video di bawah


Mengikut mymassaketiga-tiga mereka adalah artis antarabangsa yang lahir di bumi Malaysia....

Apa komen anda ?

PKR Angkat Taraf Papa Homo Setaraf Nabi Pula

Posted: 27 Mar 2013 01:31 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat hari ini membandingkan pimpinan parti itu kepada Nabi Yusuf dan tokoh-tokoh terbilang Islam yang difitnah dengan tuduhan salah laku seks.

"Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah.

Itulah yang dikatakan oleh lelaki Saifuddin Nasution semalam seperti yang dilaporkan Antara Pos disini.

Dah naik taraf Nabi beb....

Halo Din, tak payah nak disamakan dengan Nabi lah.....Nabi pun tak mengaku kaum luth sebagai umatnya. Kau bikin malulah Din....

Baca ulasan berikut di sini

SMS Dalang Lahad Datu Berhubung Dengan Geng Kiram Dikesan

Posted: 26 Mar 2013 11:30 PM PDT


SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. 

Baca pendedahan selanjutnya disini

Khalid Ibrahim Jadi Sewel Kerana Najib

Posted: 26 Mar 2013 08:54 PM PDT

Bukan sekali, bukan dua kali malah berkali-kali sebelum ini Khalid Ibrahim berkata Selangor akan mengadakan pilihan raya berasingan dari pusat. 

Kita masih ingat lagi tahun lepas Khalid Ibrahim ugut PM bahawa dia tidak akan bubarkan Dun sekiranya Najib bubarkan parlimen.

Awal tahun ini pula dia kata sekiranya Najib tidak bubarkan parlimen maka dia akan bubarkan Dun Selangor selepas Chap Goh Mei.

Tetapi sampai hari ini pun dia tak bubar-bubar dan asyik mendesak Najib pula supaya bubarkan parlimen. 

Semalam pula dia kata kalau Najib tak bubarkan juga parlimen maka dia akan bubarkan Dun Selangor pada 22 April ini. 

Itu bukan bubar lah Khalid oiiiii.....itu akan terbubar dengan sendiri. Kerana 22 April hari genapnya lima tahun kerajaan kau dan Dun akan terbubar dengan sendiri.

Dah sewel beb.....

Dulu mereka nak mainkan Najib kononnya nak adakan pilihan raya berasingan, nak bubar lambat, nak bubar awal. Sekarang pula setiap hari minta Najib bubarkan parlimen. 

Tanpa perlu bercakap banyak, tanpa perlu menyerang mereka, tanpa perlu mengugut mereka, sekarang mereka dahsewel menunggu hari pembubaran parlimen dan Dun. 

Bijak tak Najib ?
 
Selanjutnya sila baca di sini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>