Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- Panas! A. Samad Said kena BALUN dengan penyokong BN!
- TERKINI LAHAD DATU: KELUARGA PENGGANAS TUNTUT WANG JANJI
- Update Lahad Datu : Infografik ESSCOM / ESSZONE
- Lepas Ada Bendera Republik Rakyat, Ada Pulak Puak Cipta Lagu Kebangsaan Baru.
- GEMPAR! Pemegang Rahsia Besar Anwar Bocorkan Perjanjian Anwar dan Nurmisuari!!!
- Siapa Agaknya Ajar Kiram Saman Kerajaan?
- Santai : Virus RajaGoyang Berjangkit Kat Ultraman
- Kenapa orang Islam HARAM undi PAS?
- Agenda Besar Anwar Ibrahim & Misuari Di Sabah Terbongkar
Panas! A. Samad Said kena BALUN dengan penyokong BN! Posted: 25 Mar 2013 10:30 PM PDT Dengan mudah sahaja hasil karya seorang sasterawan negara yang songsang serabai ini dibidas dengan baik oleh seorang anak muda. Agaknya inilah jadinya apabila menyokong pakatan haram pembangkang. Daripada seorang insan yang mempunyai minda hebat dan dikagumi kerana menghasilkan karya-karya hebat khazanah negara, kini hanya layak dipanggil orang tua kecewa yang kurang siuman dan tidak terurus. Fikiran pun sudah sering bercelaru dan tidak tahu membezakan antara yang hak dan batil lagi. Penghidap Alzheimer pun lebih mampu berfikir secara rasional berbanding Samad Said ketika ini. Nasihat kami kepada Samad Said, agar memperbanyakkan proses muhasabah diri. Bukan orang tidak tahu punca kamu menyokong pakatan haram pembangkang. Patutnya bersyukurlah, kerana kisah kegagalan menguruskan geran jutaan RM Kerajaan Negeri Melaka yang dianugerahkan kepada kamu itu masih lagi mereka simpan bagi mengelakkan keaiban kamu juga. Dan berlaku adillah kepada diri sendiri dan orang lain dengan menerima hakikat bahawa kerana kegagalan pengurusan kewangan tersebut jugalah, geran seterusnya disekat. Bukankah itu semua wang rakyat? Takkan sasterawan negara seperti kamu sanggup menghinakan diri dengan menyertai gabungan haram pakatan pembangkang semata-mata kerana kecewa tidak dapat melesapkan jutaan RM lagi wang rakyat? Patutlah kualiti dan minda kamu kini amat mengecewakan... | ||||
TERKINI LAHAD DATU: KELUARGA PENGGANAS TUNTUT WANG JANJI Posted: 25 Mar 2013 08:43 PM PDT Seperti yang kami janjikan beberapa hari yang lepas, ejen berpengalaman kami, seorang palauk yang mahir di laut antara laluan pulau-pulau Jolo, Indanan, Talipao, Zamboanga, Tawi-Tawi dengan pusat pertukaran barang di Tunku Lahad Datu, Tg. Labian, Kunak dan sekitar 50 pulau-pulau kecil di sekitar Semporna. Palauk ini sangat mahir dalam bahasa Tau suq atau bahasa Bajau, dan bahasa Melayu pelat Sabah. Ketangkasannya menyelam dalam laut sangat mengujakan kami, orangnya kurus namun tenaganya amat luar biasa. Dia hanya menghisap rokok daun kadangkala Gudang Garam.
Dia kenal beberapa pengganas yang dibawa oleh Azumudie pengganas Kiram itu, katanya. Kami perturunkan beberapa ayatnya yang kami permudahkan untuk anda fahami. "Mereka semua orang Miskin" "Hari tu, mereka kasi banyak wang sama keluarga dorang di kampung sebelum pigi (pergi) perang. Lagi janji mau kasi wang kalau menang". "Sekarang orang kampung dia sudah mati, aku baru pulang dari Patikul, dorang kuarga semua marah. Orang kampung Indanan pun marah". " Mereka cari orang yang janji mau kasi wang. Mereka bilang orang Malaysia kasi wang banyak". Kami menyebut beberapa nama yang disyaki, kami menyebut nama-nama Anwar Ibrahim, Nur Misuari, MNLF, Tian Chua, Sivarasa, Amir Bahar dan Musa. "Dorang bilang Nur Miswari (Nur Misuari). Dorang bilang ada orang Malaysia macam Cina juga"
Bersambung... Krew Mymassa, Simunul, 26.3.2013. | ||||
Update Lahad Datu : Infografik ESSCOM / ESSZONE Posted: 25 Mar 2013 07:39 PM PDT Infografik mengenai East Sabah Security Command / Zone. Semalam YAB Perdana Menteri telah mengumumkan ESSZONE berkuatkuasa dan memaklumkan bahawa ianya bukan satu pengisytiharan darurat. ESSZONE Sabah kuatkuasa hari ini...ia bukan satu pengiystiharan darurat Sumber : http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/esszone-sabah-kuatkuasa-hari-iniia-bukan-satu-pengiystiharan-darurat.html Nampaknya usaha pihak tertentu mahu menDARURATkan Sabah tak berjaya. Namun begitu, pihak tersebut boleh dianggap separuh berjaya kerana dapat menyebabkan sokongan orang Sulu lari terhadap Kerajaan melalui propaganda mereka. Dalam masa yang sama, pihak tersebut juga cuba / berjaya menyebarkan dakyah bahawa insiden di Lahad Datu berlaku kerana 'Projek IC' di kalangan orang KadazanDusun. Jahat betul siapa yang rancang pencerobohan berdarah pengganas Kiram. Kerana nak menang Pilihan Raya pun sampai cipta keadaan kucar kacir dalam negara. Bukan mereka tak pernah buat! *Wajarkah kucar-kacirkan Malaysia yang aman damai ni semata-mata nak menang Pilihan Raya? Nilai-nilaikan. | ||||
Lepas Ada Bendera Republik Rakyat, Ada Pulak Puak Cipta Lagu Kebangsaan Baru. Posted: 25 Mar 2013 05:06 PM PDT Dulu masa BERSIH ada malaun mana minta negara republik. Lepas tu dok kibar bendera pulak. Geng yang sama jugak. La ni ada pulak yang cipta lagi Kebangsaan baru! Adakah dari kumpulan anak muda yang menentang Kerajaan? Apa nak jadi dengan budak-budak muda sekarang. Siapa la pemimpin diorang sampai jadi macam ni. *Ish...ish....ish..... | ||||
GEMPAR! Pemegang Rahsia Besar Anwar Bocorkan Perjanjian Anwar dan Nurmisuari!!! Posted: 25 Mar 2013 06:01 AM PDT Raja Petra Kamarudin atau RPK merupakan insan yang menggerakkan Free Anwar Campaign (FAC) untuk membebaskan Anwar dalam penjara. RPK juga merupakan orang yang terpenting sebagai pakar propaganda Anwar yang membantu pembangkang menafikan 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU 2008. Daripada RPK juga cerita mengenai skandal kapal selam, Altantuya dan juga Khairy Chronicles yang mencipta persepsi bahawa Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang teruk di bawah kepimpinan Tun Abdullah. Pendek kata, apa yang ditulis oleh RPK ketika itu merupakan perancangan daripada Anwar Ibrahim dan sebahagian dari perancangan besar Anwar ada di tangan RPK. Ianya didedahkan sendiri oleh RPK dalam temubualnya. Apa yang menariknya, dalam kes Lahad Datu, RPK mula membongkar satu demi satu rahsia Anwar dan kaitannya dengan Nur Misuari. Yang terbaru, RPK mendedahkan penerbangan yang digunakan oleh Anwar untuk berjumpa dengan Nur Misuari iaitu MH704 ke Manila.
Baca seterusnya di sini : http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/55331-the-untold-story-of-the-lahat-datu-incident MyMassa kongsikan juga pendedahan dari blogger Sabah, Apa Yang Tersirat, bagaimana rancangan dengan Nur Misuari boleh gagal. Tujuan Anwar Seterusnya di sini : http://musramrakunman.blogspot.com/2013/03/4-ogos-2012-mh704-anwar-terbang-ke.html *Makin ramai blogger yang menyertai gerakan mendedahkan dalang di Lahad Datu termasuk Raja Petra. Ayuh rakan-rakan, kongsi dan sebarkan maklumat ini seluas mungkin! | ||||
Siapa Agaknya Ajar Kiram Saman Kerajaan? Posted: 25 Mar 2013 04:30 AM PDT Macam pernah dengar je bab saman menyaman ni. Tapi kat mane ek? Jangan lupa baca butiran ini:
17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam. 18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS. 12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram. 18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. 2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG" 1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG" 17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu. 29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG" 7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence. 8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim. 9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013. - Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA. 16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA. 19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu. - Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina. 28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita. - Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung. - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG" 1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence! - Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA! 4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"! 7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. - Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar! 10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. - Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu! 11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau. 12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. 13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari! 15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila. 16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu! 20.3.2013 -Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari ! 21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran. 22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu). *Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan. | ||||
Santai : Virus RajaGoyang Berjangkit Kat Ultraman Posted: 25 Mar 2013 02:30 AM PDT MyMassa dapat gambar ni dari sini : PAPAGEGE FRENZ Inilah jadinya bila penyakit AUTAMAN berjangkit kat ULTRAMAN. *Pelik tak. Selama ni kita tak pernah PAS tegur golongan LGBT ni kan. Takut kat bos ke? | ||||
Kenapa orang Islam HARAM undi PAS? Posted: 25 Mar 2013 12:00 AM PDT Tersedak juga Mursyidul Am PAS semalam apabila golongan ulama' pondok sebulat suara menjatuhkan hukum HARAM mengundi PAS pada PRU akan datang ini. Lebih memedihkan ulu hati, mereka yang selama ini kuat mendukung perjuangan PAS, malah antara golongan penting yang mengangkat PAS ke puncak kuasa selama lebih 22 tahun di Kelantan juga, secara terang-terangan mengeluarkan fatwa WAJIB memberikan undi kepada UMNO-BN pula. Kenyataan fatwa terbaru daripada golongan pondok ini disokong sebulat suara oleh kira-kira 10,000 ahlinya di seluruh negeri tersebut. Cuba kita gandakan tiga atau empat daripada 10,000 orang yang menyokong usul tersebut sebagai mewakili bilangan minimum ahli keluarga golongan ulama' pondok tadi. Itu tidak termasuk pengikut mereka yang berjumlah jutaan orang di serata Kelantan. Dicampur pula dengan penyokong tegar BN serta rakyat Kelantan yang sudah muak dengan kegagalan PAS mentadbir negeri tersebut, nampaknya parti tersebut sebenarnya sedang menghadapi satu krisis yang jauh lebih buruk berbanding perpecahan mereka pada tahun 70-an dulu. Nik Aziz hari ini menuntut hujah atau dalil yang boleh digunakan di hadapan Allah SWT apabila ditanya di akhirat kelak mengapa HARAM mengundi PAS. Reaksi beliau ini seolah-olah menggambarkan bahawa hanya PAS yang diredhai Allah SWT. Apakah kelak nanti Allah SWT tidak tanya kepada penyokong PAS mengapa mereka tidak beri undi kepada UMNO yang ternyata lebih banyak menjaga kebajikan orang Islam selama ini? Apakah pula yang boleh dijawab oleh umat Islam di Palestin yang kehidupan hariannya berjihad menentang kekejaman Zionis, tetapi mati dalam keadaan tidak mengundi PAS sebagai parti pilihan mereka? Inilah persoalan yang seharusnya kita lontarkan kepada semua penyokong PAS yang jumud dan taksub. Jadi kini mereka tahulah bagaimana perasaannya apabila parti yang mereka dukungi selama ini diharamkan oleh orang lain. Lebih perit, bukan UMNO yang haramkan, tetapi golongan alim ulama' itu sendiri. Sekarang mereka hendak kata apa? Golongan ulama' ini semua sesat? Golongan ulama' ini semua sudah makan rasuah daripada UMNO? Selain haram, apakah kita beroleh pahala jika mengundi PAS pada PRU akan datang ini? Adakah Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada kita jika kita menyokong perjuangan parti yang sangat assobiyah sifatnya, sehinggakan mereka boleh mempertahankan perbuatan zina pemimpin kafir yang bersekongkol dengan mereka? Apakah kita semua akan mendapat keredhaan Allah SWT sekiranya kita memilih parti yang menggadaikan nama Allah SWT itu sendiri kepada orang kafir demi mendapatkan satu undi dan kuasa? Tentu ramai penyokong tegar mereka yang hilang sabar dengan kenyataan kami ini. Tetapi kami ingin bertanya lagi, andainya skandal video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T itu adalah DS Najib bersama Altantuya, dan bukannya Anwar bersama pelacur cina, adakah para pemimpin PAS beserta penyokong mereka akan menutup perkara ini kerana tidak mahu membuka aib sesama muslim dan mengganggap bukti tersebut sebgai "besi"?!! Kami juga hendak tanya andainya bukti dan foto skandal seks sesama jenis itu melibatkan pemimpin BN, apakah mereka akan menolaknya kerana tidak mahu terlibat dengan politik lucah? Sudah tentu mereka akan kata, "Sudah menjadi tanggungjawab kita mendedahkan kelemahan pihak lawan, kerana mereka ini bertanding untuk menjadi pemimpin" Betul tidak? Kerana inilah yang berlaku kepada calon BN pada kebanyakan pilihanraya yang lalu, malah sesetengahnya direka cipta sebegitu rupa dan disebarkan di saat-saat akhir malam pengundian bagi mengelakkan BN sempat menjawab. Ketika itu tidak timbul pula isu fitnah ya? Itulah antara rungkaian sedikit sebanyak 'jasa-jasa' PAS terhadap lawan mereka yang seagama dan seakidah dengan mereka. Apa yang lebih menarik, perbuatan itu semua tidak pernah mereka lakukan terhadap musuh Islam no 1 iaitu DAP, walaupun satu masa dahulu PAS pernah menentang mereka. PAS ini lebih hero menjatuhkan dan memecah belahkan sesama Islam berbanding melawan musuh bagi mempertahankan dan menegakkan Islam itu sendiri! Siapa yang ingat tentang KOHILAL? Satu koperasi yang ditubuhkan PAS bagi mengaut deposit wang daripada ahlinya sendiri atas premis kononya untuk menjalankan kegiatan perniagaan dan mendapatkan keuntungan. Namun apa sudah jadi? Ke mana hilang lesapnya semua wang dilaburkan oleh ahli-ahli mereka? Kalau koperasi parti sendiri pun tidak mampu diurus, maka tidak hairanlah jika kita melihat kemunduran dan kegawatan yang dihadapi oleh Kedah dan Kelantan ketika ini. Itupun masih ada hati mahu memerintah Malaysia. Apa juga sudah jadi dengan wang-wang derma ceramah yang diadakan setiap malam di seluruh negara yang dikutip daripada orang-orang kampung dan rakyat yang susah? Apakah pernah diaudit dan diumumkan jumlah kutipannya? Begitulah juga halnya dengan wang tabung Memali dan Lebuhraya Rakyat Kelantan. Ke mana perginya semua wang tersebut? Ada saksi yang mendedahkan kisah seorang pemimpin kanan PAS yang bercuti dan berbelanja sakan bersama seorang janda selebriti (yang aktif dalam parti tersebut) di London baru-baru ini. Lebih menarik, menurut saksi tersebut mereka terpaksa menyewa sebuah jet peribadi ketika pulang untuk membawa semua 'hadiah' yang dibelikan untuk janda selebriti tersebut. Apakah itu semua mampu dilakukan kerana hasil derma ceramah mereka setiap hari? Wallahu'alam. Jadi tanyalah diri kita sendiri. Apakah PAS ini berbaloi untuk mendapat undi orang Islam? Apakah tidak wujud kebenaran di sebalik fatwa ulama' pondok Kelantan itu? Siapa yang ingat bila kali terakhir golongan ulama' pondok ini bangkit dan bergiat aktif dalam politik? Bukankah ketika zaman Tok Kenali dan Tok Janggut dahulu bagi menentang kekejaman dan penindasan British. Apakah ini semua tidak cukup lagi menjadi tanda buat kita semua yang perubahan dan nasib bangsa dan agama kita sendiri terletak di tangan kita semua pada PRU ini nanti? Pas dakwa mereka berjaya dakwahkan DAP semenjak mereka bekerjasama lima tahun dulu. Namun, boleh tidak sesiapa beri jawapan, mengapa DAP tidak memberikan mereka ruang langsung walau untuk mendapat satu jawatan EXCO pun di Pulau Pinang?!! | ||||
Agenda Besar Anwar Ibrahim & Misuari Di Sabah Terbongkar Posted: 21 Mar 2013 08:30 PM PDT Betulkah ada agenda besar tersebut? Berikut adalah gambar Armando, paling kanan ketika menjadi dijemput menjadi pemantau BERSIH oleh parti pembangkang. Siapa Armando? Apa kena mengena Armando dalam agenda besar Anwar Ibrahim ini? Seorang lagi dalang Anwar Ibrahim di Filipina didedahkan. Namanya adalah Armando Valdez. Juga merupakan kroni kepada Joseph Estrada. Siapa tidak kenal dengan Estrada yang sudah sekian lama menjadi rakan intim Anwar Ibrahim. Amado Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang sering mendapat tajaan Konrad Adenauer Foundation (KAF). Siapa yang tidak kenal dengan KAF, organisasi yang sering menaja Anwar di luar negara sejak 2004 lagi. Tidak menghairankan mengapa Tian Chua dan Sivarasa begitu mudah akses ketika pergi ke Filipina pada 7-9 Februari 2012. Rupa-rupanya sudah ada operator SUARAM di sana. Buat apa Tian Chua dan Sivarasa berada di sana? Apakah secara kebetulan pencerobohan yang berlaku pada 9 Februari 2012 di Lahad Datu dengan pemergian Tian Chua dan Sivarasa? Mengapa 10 hari selepas pencerobohan, Tian Chua menyatakan peristiwa Lahad Datu sebagai satu "diversion"? Kemudian dalam KeadilanDaily, 1 Mac 2013, Tian Chua menyatakan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah sebagai satu sandiwara. Ini satu tuduhan yang amat berat sekali dan tidak masuk akal. Apakah pemergian Tian Chua ke Filipina tersebut adalah salah satu rancangan untuk membuat keadaan yang tidak tenteram di Sabah. Apa untungnya Sabah dan kepulauan Mindanao kepada Anwar dan kumpulan pembangkang di Filipina? Anwar merasakan jalan pintas untuk ke Putrajaya adalah dengan mengenepikan 25 kerusi di Sabah daripada 222 kawasan parlimen. Bagaimana kerusi itu boleh diketepikan? Hanya bertanding 197 kerusi sahaja? Ya, begitulah andaian Anwar. Pilihan raya untuk 25 kerusi di Sabah perlu digantung kerana arahan darurat akibat kacau bilau. Bila 25 kerusi dari Sabah tiada, Anwar merasakan peluangnya untuk ke Putrajaya lebih cerah, sebab itulah dia sering nyanyi "Sabah nak hilang" (baca sini). Tujuan Anwar adalah berkuasa di Putrajaya. Apa pula untungnya Misuari, Estrada dan Kiram dalam hal ini? Untuk mendapatkan kuasa di Filipina, kawasan selatan Filipina adalah penting untuk dikuasai. Estrada sudah berada di pihak pembangkang, sama seperti Anwar. Tujuan Estrada adalah mahu berkuasa di Filipina. Operator untuk mengintimkan hubungan Anwar dan Estrada di Filipina adalah Armando. Misuari sudah terbukti seorang gabenor yang gagal, malah berasa tergugat bila perjanjian damai bangsa Moro berjaya diadakan dengan insiatif Malaysia. Dendam masih membara untuk merebut kembali kuasa. Tujuan Misuari adalah mahu berkuasa semula di selatan Filipina. Baca seterusnya di sini : http://anginperubahan.blogspot.com/2013/03/agenda-besar-anwar-ibrahim-misuari-di.html *TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL KERANA MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA MENYIASAT INSIDEN LAHAD DATU. DENGAN TERTUBUHNYA SURUHANJAYA DIRAJA ATAU KERTAS PUTIH, LEBIH BANYAK YANG TERBONGKAR NANTI. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |