IPOHMALAY |
- Pakatan Kerugian, Budaya Demonstrasi Cetus Benci Ramai Pihak
- Expired 8 Mac : PKR Perbodohkan Melayu
- Kukuhkan, Lebarkan Tiang Seri Negeri Perak
- Anwar 'Bunuh Diri' Jika Bertanding di Lumut atau Tambun
- سودهكه اندا ممبوات ڤيليهن؟
- Parlimen Bubar Hari Ini?
- Menteri Kewangan II Rasmikan Surau Taman Perpaduan
Pakatan Kerugian, Budaya Demonstrasi Cetus Benci Ramai Pihak Posted: 25 Mar 2013 07:21 AM PDT Jelas, demonstrasi yang sebelum ini dicegah dari menguasai jalan raya dan stadium oleh pemimpin yang anti konspirasi mata sebelah, hari ini telah membina sebuah generasi yang pada majoritinya, amat membenci demonstrasi yang dipertunjukkan sesetengah pihak yang angkuh demi kuasa. Persepsi umum jelas berpendapat jika mereka berjaya menghimpunkan 3 juta hingga tiada tersisa lagi penyokong mereka di mana-mana, semakin tetap lah ia menjana kebencian 10 juta lagi pengundi di Malaysia ke atas sikap kacau ganggu mereka ke atas aktiviti hidup dan denyut nadi perekonomian. Bukan itu sahaja. Kelewatan temujanji perniagaan, kesukaran mendapatkan teksi dan bas. Sekatan-sekatan jalan, memporak perandakan tarikh yang mencetus kesesakan yang menyusahkan kes-kes kecemasan dan menggendalakan majlis penting pihak lain, menjadi bualan dalam senyap dan merebak lebih pantas dari angin. Padahal, sekiranya ekonomi terbantut, yang kebulur tentulah Melayu kerana simpanan wang yang sangat sedikit. Nafsu kuasa bentak terjah dan bantah inilah yang sebenarnya kelak menyusahkan orang Melayu sendiri kerana tanah air Malaya seluas 125,000 km persegi ini tetap dihuni hampir 40% bukan Melayu termasuk mata-mata sebelah sana. Ternyata, kita juga kagum dengan beransurnya segelombang besar pemikir tulen dari kalangan rakyat dan cendikiawan termasuk putra putri negara yang beramai-ramai duduk menyebelahi kerajaan walaupun sekadar untuk pilihanraya sahaja kerana masa untuk menzahirkan kebencian ke atas Pakatan Rakyat yang bongkak dan penuh tipu daya itu bagi mereka telah tiba. Pilihanraya berlalu, keadaan kembali seperti sediakala. Itu harapan mereka. Mereka mempunyai otak untuk berfikir tentang bala apakah yang akan tiba andai Pakatan Rakyat menang apabila perang agamawan dan sekularis mengambil tempat. Pakatan Rakyat semakin terdesak untuk memanggil kembali pihak-pihak yang sangat teruja ketika mereka mendirikan kerajaan di beberapa negeri hasil dari meraup untung melalui undi protes penyokong kerajaan sendiri. Pihak-pihak ini kini enggan lagi mengundi pakatan pembangkang malah mungkin sahaja kali ini tidak akan memberi peluang Pakatan Rakyat merogol undi-undi protes tersebut demi menghasilkan pandangan bahawa mereka itu popular. Paling cemerlang ialah dorongan dan sokongan oleh masyarakat yang tidak berparti supaya kerajaan BN patut dikekalkan dalam keterpaksaan. Darurat. Preventive measure. Institusi pembangkang negara ini berubah serta merta dari bangkangan semak dan imbang bereputasi kepada bangkangan melulu berlaukkan fitnah. Ini bukan Islam. Organisasi sekular tulen tidak akan menerima agama. Tetapi jika mereka mahu Islam ditiadakan dalam pemerintahan atas nama sekularisme, mengapa Kristian yang dilebihkan mereka? Pun orang Melayu jenis pembangkang melulu mengatakan itu betul. Islam tidak akan dapat diterap dikalangan Pakatan Rakyat melainkan semua agama disamaratakan dan sebuah ala-pancasila ditegakkan. Selamat datang ke Negara Salihara. Umum dapat melihat. Macai tidak dapat melihat. |
Expired 8 Mac : PKR Perbodohkan Melayu Posted: 25 Mar 2013 06:00 AM PDT Jika kita tengok cara orang Melayu diperbodohkan oleh pihak tertentu yakni orang Melayu yang mereka sokong, kita dapat melihat, mereka tidak akan pandang pada undang-undang bertulis. Melayu ini jenis pra-matang. Cuba lihat pihak bukan Melayu di kalangan pembangkang. Mereka tidak memomokkan sesama mereka soal PM tidak sah selepas 8 Mac. Namun seorang agen PKR yang teman observe, dia masuk kedai makan orang Melayu, yang sememangnya kawan dia dari dulu. Cerita yang dia bawa, kerajaan dah expired. Si polan PKR ini juga sedang berkempen untuk dirinya. Mungkin orang bukan Melayu tahu, kerajaan bermula pada mesyuarat pertama yang diadakan. Sebab itu mereka tidak heboh seheboh orang Melayu. Namun pihak yang mempunyai buruk sangka yang menyatakan orang Melayu itu mudah dibodohkan, terus mengemudi persepsi yang mengenepikan perlembagaan dan segala mak nenek undang-undang bertulis. Pun ada yang ikut. Atekecaneropetu.. |
Kukuhkan, Lebarkan Tiang Seri Negeri Perak Posted: 25 Mar 2013 02:03 AM PDT Di bawah ini artikel teman semasa Perak masih di bawah pemerintahan DAP. Dari rajah di atas, wajiblah kita rakyat negeri Perak untuk kali ini, keluar beramai-ramai mengundi , tidak seperti PRU 12 yang diwarnai sabotaj, undi protes dan sejumlah 300,000 pengundi negeri Perak yang tidak keluar mengundi. Kali ini, pilihanraya umum benar-benar berbeza dengan pilihanraya umum yang lalu. Solidariti rakyat semakin meningkat dalam menyokong pihak yang benar-benar berkeupayaan mentadbir. Rakyat Perak telah mendapat pengajaran yang sangat bermakna dalam pilihanraya yang lepas. Gelombang turun mengundi semakin kuat. Peratusan keluar mengundi kali ini dipercayai mampu melebihi angka 90%. Rakyat mahukan kerajaan yang kuat. Tetapi rakyat juga telah faham bahawa di zaman media sosial ini, kerajaan yang kuat pun tidak boleh lagi melakukan sesuka hati. SELASA, JANUARI 06, 2009UMNO Tiang Negeri Perak?Mungkin ianya kebetulan atau ianya gambaran bahawa penentangan terhadap penjajahan akan bermula di Sungai Perak, tempat bermulanya kerajaan Perak kira-kira 500 tahun dahulu, yakni 350 tahun sebelum kedatangan imigran Cina dan Tamil. Hari ini, secara simboliknya, penguasaan politik UMNO, parti bumiputra atau lebih molek disebut keturunan asal rakyat sultan, seakan-akan membentuk kerangka kepada negeri Perak dan menjadi tiang penegak negeri itu walaupun keturunan asal rakyat Sultan Perak kini dipencilkan demi menaikkan penguasaan kaum Cina yang telah diterima menjadi rakyat Perak kurang 60 tahun lalu. UMNO menguasai sepanjang Sungai Perak melebihi 300km merentas negeri itu dan membahagikannya kepada dua bahagian. Sepertimana penentangan terhadap British yang berlaku di pinggir Sungai Perak, penentangan ke atas kerajaan boneka pimpinan parti sosialis Cina mungkin bermula dari kekuatan tulang yang menjadi asas tegaknya negeri Perak. Walaubagaimanapun ianya merupakan satu kebetulan yang menggambarkan kekuatan bagi sebuah kebangkitan. |
Anwar 'Bunuh Diri' Jika Bertanding di Lumut atau Tambun Posted: 24 Mar 2013 09:54 PM PDT Anwar dipelawa tanding di Tambun 8:34 PG Idham Lim 13 Jamadil Awal 1434 H. Datuk Seri Anwar Ibrahim BAGAN SERAI - Selepas Pemuda Pas Perak mempelawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Lumut, kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Daerah Kerian pula mencadangkan beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun. Sumber PR berkata, keperluan peletakan Anwar di kerusi Parlimen Tambung penting berikutan kawasan itu mempunyai majoriti penduduk bandar, selain bilangan pengundi bukan Melayu yang tinggi. Teman sangat-sangat hairan mengapakah Pakatan Rakyat daerah Kerian mencadangkan Anwar Ibrahim bertanding di Tambun. Sudahlah jalanraya di Lahad Datu lebih cantik dari jalan Permatang Pauh - Penanti, jasa apa yang dapat dicurah oleh Anwar Ibrahim di tempat orang setelah tempat sendiri pun bagaikan suasana di negara mundur. Adakah Pakatan Rakyat daerah Kerian dan PAS Perak menunjukkan rumah sembelihan untuk Anwar Ibrahim merasai kalah pilihanraya? Lumut dengan Pengkalan TLDM manakala Tambun dengan kem PGA. Adalah kaedah bunuh diri sekiranya sepanjang penggal yang akan berakhir ini, kerja Anwar Ibrahim hanya menggerakkan usaha memburukkan pasukan polis dan tentera. Kebencian terhadap Anwar Ibrahim semakin berleluasa di parlimen Tambun amnya, DUN Hulu Kinta khususnya. Ini kerana kawasan ini menempatkan pesara-pesara polis dan tentera serta waris-waris mereka yang panas hati kerana sikap pembangkang ke atas anggota keselamatan ketika ini di Lahad Datu. Sehinggakan, pihak PKR sendiri terkial-kial untuk mencari tenaga kerja jentera pilihanraya mereka dek kerana semakin ramai yang enggan bersekongkol dengan PKR - walaupun menawarkan upah yang lumayan - nampaknya pada masa ini, wang bukan lagi segala-galanya. Sekiranya Anwar Ibrahim bertanding di Tambun, adalah haram jadah kepada sesiapa yang mengundinya memandangkan dia tidak mencurah apa-apa bakti langsung ke atas penduduk di dalam Parlimen Tambun. Parlimen Tambun dikordinasi dengan baik dan segala permasalahan dalam penggal pemerintahan yang akan berakhir ini, telah diselesaikan oleh wakil rakyat yang walaupun sibuk dengan tugas sebagai Menteri Kewangan II , namun kelibatnya di parlimen yang diwakilinya sentiasa ada. Jika Anwar mahu bertanding di Tambun, silakan. Namun dia harus ingat, kemunculannya di Tambun, khususnya Taman Perpaduan membawa debut lagu Sabah Nak Hilang nya Disember lepas hanya menarik 250 orang penyembahnya. 88,000 pengundi di Tambun telah membuat pilihan. |
Posted: 24 Mar 2013 08:48 PM PDT باڽق كالي تله كيت دڤرايڠتكن تنتڠ ڤچه بله بڠسا ملايو كيني برادا ڤد تاهڤ يڠ ممبيمبڠكن. كيت تيدق اكن داڤت برساتو سلاڬي اد د انتارا كيت توندوق كڤد ڬرقن ليبراليسم كران كيت براڬام اسلام. كيت اكوا اورڠ چينا سماكين راماي مڽوكوڠ باريسن ناسيونل نامون كيت تيدق تاهو سياڤا يڠ مريك اوندي. جك كيت ليهت كڤد ڤركمبڠن هاري اين، تيدق مستحيل كواس بوكن اسلام اكن ممڬڠ تمڤوك ڤمرينتاهن جك ڤاكتن رعيت ممرينته كيت ماهو مليهت ريفورماسي. ماله كيت ماهو مليهت ڤينتادبيران يڠ لبيه باءيق. تتاڤي قاعده يڠ دباواكن اوليه ڤاكتن رعيت ساڠت مربهاي اڤ رانچڠن سبنر مريك يڠ كاتڽ ممڤرجواڠكن اسلام تتاڤي ڤد ماس يڠ سام برسكوڠكول دڠن ڬرقن سكولاريسما دان ليبراليسم؟ كيت سنديري ڤون تيدق تاهو تتاڤي اڤ يڠ داڤت دليهت اياله، كاچاو بيلاو يڠ اكن ممباوا چمڤورتاڠن نڬارا اسيڠ كران اي مليبتكن ڬرقن يڠ دسوكوڠ اڬين-اڬين زياونيس ككالكن كمعمورن سديا اد اتاو برسديا مڽقسيكن ڤرتمڤوران ڤواق اسلام دان سكولر دالم ڤاكتن رعيت؟ .اندا تنتوكن. ستياڤ اوندي ساڠت برهرڬ |
Posted: 24 Mar 2013 06:10 PM PDT Sumber dalaman berkata bahawa mandat kerajaan Negri Sembilan tamat pada 27 Mac. Sumber menyebut bahawa Najib tidak mungkin membenarkan mandat itu tamat automatik kerana ia memberi gambaran buruk kepada parti pemerintah. Semalam, mesyuarat mingguan dengan Yang di-Pertuan Agong memuncakkan spekulasi bahawa Najib bertemu untuk mendapatkan kebenaran membubarkan Parlimen. Namun tiada pengumuman menyusul. Pembantu PM berkata ia hanya taklimat mingguan Perdana Menteri kepada YDPA mengenai isu-isu yang menjejaskan negara selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Namun, berdasarkan spekulasi dan jadual-jadual padat dari diari PM dikatakan pada 25 Mac PM akan meminta persetujuan YDPA untuk membubarkan Parlimen. Thursday March 14, 2013Najib ups the tempo in his sprint towards the finish lineBy WONG SAI WAN and MAZWIN NIK ANISKUALA LUMPUR: Hitting the home stretch that was the answer Datuk Seri Najib Tun Razak gave when asked about the date of the next general election. Like any racer, the Prime Minister has upped the tempo in his sprint towards the finish line by adding more functions into his already packed diary. This, his aides say, is to ensure that he covers all the bases from national issues to putting out fires started by those jostling to be candidates. It is learnt that he has taken time off between functions each day to meet people who will be dropped or not chosen to be candidates. With the nation expecting an announcement of when elections will be called, his every move is scrutinised. Yesterday, his weekly meeting with the Yang di-Pertuan Agong had tongues wagging that he had gone to seek the King's permission to dissolve Parliament. No announcement followed. Aides said the audience was just the weekly briefing the Prime Minister gives to the King on issues affecting the nation after chairing the Cabinet meeting. It is now widely speculated that March 25 is when he will ask for royal assent to dissolve Parliament. Insiders noted that the Negri Sembilan assembly expires on March 27, and said that Najib is unlikely to allow that to happen as it would be bad for the morale of the ruling coalition. |
Menteri Kewangan II Rasmikan Surau Taman Perpaduan Posted: 24 Mar 2013 03:50 PM PDT |
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |