Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Taipingmali (tm)

$
0
0

Taipingmali (tm)


KERAJAAN PAS KELANTAN, KEJAM DAN ZALIM

Posted: 23 Mar 2013 07:56 PM PDT

Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas.

Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap 'ulama' bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh 'ulama' tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah itu?

Yang menjadi persoalanya ialah, bagai manakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing?

Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu. Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin???

Kalau itulah pendekatan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh 'Ular Dalam Semak' yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.

 Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan.

 Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan "Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh" namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya. Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan 'Tok Guru' pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu. Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!

PENJAWAT AWAM & BEKAS PENJAWAT AWAM TAK KENANG BUDI

Posted: 23 Mar 2013 07:43 PM PDT

Pada masa sekarang ramai bekas-bekas penjawat awam dan penjawat awam yang tak kenang bidi kerajaan.Masih ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.
Lupakah mereka,dahulu semasa mereka berkhidmat dari mana datangnya pendapan mereka?

Dengan siapa mereka berkhidmat?Untuk apa mereka berkhidmat?Gaji,alaun dan lain-lain yang mereka kecapi semua dari kerajaan.
Duit itu lah yang mereka menyara keluarga mereka.Setelah dirosakan fikiran mereka oleh PR,ramai yang dah hanyut dengan arus penipuan PR.

Mereka sudah lupa apa yang dah kerajaan beri kepada mereka.Sokong PR,tetapi tiap-tiap bulan tetap makan duit pencen.Tipa-tiap tahun tetap makan duit bonus dari kerajaan.
Apa benda ini semua?Otak mereka dimana?Akal mereka dimana/
Fikir-fikirkan lah wahai saudara-saudara ku sekalian.Belum terlambat untuk berubah!!

Perpaduan Amat Penting Bagi Menjaga Keselamatan Negara - Tan Sri Musa Ha...

Posted: 23 Mar 2013 07:37 PM PDT

Gendang Perang BN Taiping Telah Dipalu

Posted: 23 Mar 2013 06:44 PM PDT

Malam tadi bertempat Jalan Panggung Wayang Bandar Taiping bersebelahan tapak cashier market satu majlis pelancaran Jentera BN Parlimen Taiping telah diadakan.

Majlis pelancaran jentera BN sebagai tanda simbolik paluan gendang perang menghadapi Pilihan raya ke 13 yang sudah semakin hampir.

Seluruh jentera BN yang hadir telah berjanji akan memikul tanggung jawab bagi merampas kembali kerusi Parlimen Taiping yang dimenangi oleh Dap buat pertama kali pada 2008 akibat tsunami politik.

Kini sumpahan tsunami sudah berakhir, parlimen Taiping yang dahulunya diwakili oleh Kavies dari PPP kini kembali kepada Gerakan.

YB Dato Tan Lian Hoe tidak lagi menjadi calon payung terjun seperti sebelum ini. 2004 Tan bertanding di Bukit Gantang dan 2008 ke Gerik.

Kini 2013, Tan kembali ke Taiping dan ia diibaratkan sirih pulang ke gagang, ikan pulang ke lubuk.

Tidak menjadi alasan lagi bagi penduduk Taiping untuk tidak mengundi Calon BN YB Dato Tan Lian Hoe untuk meneruskan kelangsungan agenda politik BN membangunkan Taiping.

Disamping kerusi parlimen, kerusi Dun Pokok Assam dan Dun Aulong perlu di kembalikan kepada BN.

Penduduk di dua Dun tersebut tidak sanggup lagi berada dibawah wakil rakyat yang lemah, pemain wayang, takut membantu rakyat dan menyorok bila bencana dan masalah menimpa rakyat.

Adun Skandal dengan pembantu peribadi seperti adun Aulong perlu disingkirkan dan diganti baru dari kalangan BN.

Begitu juga Adun Dap Pokok Assam, apa jasa beliau kepada pengundi Pokok Assam?

Tak ada satu pun masalah rakyat yang diambil perhatian beliau, penduduk Pokok Assam semuanya terpaksa berjumpa Pengerusi BN Taiping, Yang Berbahgia Dato Shalimin sekiranya penduduk menghadapi masalah.

Kepada jentera BN Taiping, mereka telah berjanji akan bekerja secara berpasukan, bersistem dan progressive demi kemenangan BN kali ini. Kemenangan kepada 1 Malaysia, kemenangan kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RM185 Juta Tingkatkan Taraf Klinik Di Seluruh Pahang

Posted: 23 Mar 2013 05:39 PM PDT

MARAN, 24 Mac – Sebanyak RM185 juta dibelanjakan kerajaan bagi kerja-kerja menaik taraf klinik kesihatan, klinik desa, dan klinik pergigian di seluruh Pahang dari tahun 2008 hingga 2012.

Menyatakan demikian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata apa yang dilakukan itu adalah demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia untuk rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional telah banyak melaksanakan pembangunan untuk rakyat, dan projek kesihatan di seluruh negara, melibatkan peruntukan berbilion ringgit itu adalah bertaraf dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pengesahan Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Kampung Seri Jaya, dekat Maran, di sini, semalam.

Turut hadir Anggota Parlimen Maran Datuk Ismail Mutalib.

Liow berkata Klinik Kesihatan di Seri Jaya itu melibatkan kos sebanyak RM14 juta yang akan dibina di kawasan seluas lima hektar.

"Klinik ini yang dijangka siap dalam tahun 2014 boleh memberikan perkhidmatan kepada kira kira 30,000 penduduk sekitar Seri Jaya, manakala penduduk di Felda New Zealand dan kawasan sekitarnya akan turut mendapat manfaat," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RAKYAT PERAK TOLAK ANUWAR

Posted: 23 Mar 2013 06:47 AM PDT


ANUWAR PERLU TENGOK SEBELUM PRU 13


Dapatkan Kit Jom bertindak segera: percuma

Posted: 23 Mar 2013 04:58 AM PDT

PM LANCAR KIT #JOMBERTINDAK.. JOM REGISTER!!!


Menarik dan satu pendekatan yang lain dari lain. Itulah antara maklumbalas yang diterima apabila soal selidik yang diadakan secara rambang berhubung kit tindakan 'Jom Bertindak' yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web 1Malaysia.


Kit Tindakan itu adalah merupakan peralatan asas kepada pengundi sebagai persedian untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang dijangkan akan diadakan tidak lama lagi.



Antara peralatannya ialah sebuah buku berguna yang menyediakan tip-tip mudah tentang panduan mengundi, pin kolar, pen dan beberapa pelekat yang menarik.


Yang paling penting, kit tindakan tersebut diedarkan secara percuma dan pengunjung blog hanya perlu mendaftar di Jom Bertindak.
Ayuh kita war-warkan kepada seluruh masyarakat untuk turut sama mendaftar dan mendapatkan kit tindakan ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>