ANGIN PERUBAHAN |
- Video Jelajah #JanjiDitepati Di Kuantan #Transformasi
- Video Rakaman Eksklusif Di Pejabat Khalid Ibrahim Terbongkar
- Video Ucapan Bersemangat Dato Seri @NajibRazak #Transformasi #JanjiDitepati
- Artikel Yang Pasti Buat Tian Chua Panas
- 300 NGO Bantah Terowong Tokong Guang Eng #SavePenang
- Pengganas Kiram Bakar Rumah Penduduk Sabah
- Agenda Besar Anwar Ibrahim & Misuari Di Sabah Terbongkar
- Dapatkan Kit Jom Bertindak #Transfromasi
- Bina Jamban: Satu Lagi Projek PKR di Selangor
- Bukti & Fakta Anwar Ibrahim Gagal Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor #SayangiSelangor
- Inilah Sebabnya Mengapa Masalah Sampah Berlaku Di Selangor #SayangiSelangor
- Bukti Kerajaan DAP-PKR-PAS Selangor Amalkan Kronisme #SayangiSelangor
- Bukti Kerajaan DAP-PKR-PAS Selangor Songlap 42% Duit Baiki Jalan Di Selangor #SayangiSelangor
- Bukti PAS Setuju Keburukan Anwar Ibrahim Didedahkan Kepada Umum
- BR1M : Video Ini Amat Menyayat Hati
Video Jelajah #JanjiDitepati Di Kuantan #Transformasi Posted: 23 Mar 2013 09:00 PM PDT |
Video Rakaman Eksklusif Di Pejabat Khalid Ibrahim Terbongkar Posted: 23 Mar 2013 08:00 PM PDT |
Video Ucapan Bersemangat Dato Seri @NajibRazak #Transformasi #JanjiDitepati Posted: 23 Mar 2013 07:00 PM PDT |
Artikel Yang Pasti Buat Tian Chua Panas Posted: 23 Mar 2013 06:00 PM PDT APABILA tercetusnya pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 9 Februari 2013 (Tragedi 923), timbul semula persoalan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sebenarnya, isu ini dibangkitkan sejak awal 1960-an. Beberapa ulasan popular telah disiarkan menerusi media arus perdana mengenainya, namun isu tentang sejarah ini tidaklah begitu mudah dirungkai. Dari sudut sejarah, hubungan antara Kesultanan Sulu dengan Sabah (sejak abad ke-17 sehingga abad ke-20) sangat rencam lantaran membabitkan rangkaian rumit hubungan antara Sulu-Sabah dengan Brunei, Mindanao, Sepanyol, Belanda, Amerika dan British. Kerumitan ini melibatkan begitu banyak perjanjian dan protokol (antaranya): * Perjanjian 1646 (Sepanyol-Sulu) * Perjanjian 1667 (Sepanyol-British) * Perjanjian 1725 (Sepanyol-Sulu) * Perjanjian 1737 (Sepanyol-Sulu) * Perjanjian 1761 (British-Sulu) * Perjanjian 1763 (British-Sepanyol) * Perjanjian 1763 (British-Sepanyol) * Perjanjian 1814 (British-Belanda) * Perjanjian 1824 (British-Belanda) * Perjanjian 1836-1837 (Sepanyol-Sulu) * Perjanjian 1847 (British-Brunei) * Perjanjian 1849 (British-Sulu) * Perjanjian 1850 (Amerika Syarikat-Brunei) * Perjanjian 1851 (Sepanyol-Sulu) * Perjanjian 1871 (British-Belanda) * Perjanjian 1871 (Sepanyol-Sulu) * Perjanjian 1899 (Amerika Syarikat-Sulu) * Perjanjian 1915 (Amerika Syarikat-Sulu) * Protokol 1877 * Protokol 1885. Persoalannya, jika Filipina membawa tuntutan ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), apakah Malaysia mempunyai peluang menang (jika Malaysia setuju untuk mendepani cabaran Filipina)? Filipina mempunyai beberapa sebab yang menunjangi tuntutannya. Pertama, walaupun Filipina tidak lagi mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu, namun kedaulatan Kesultanan Sulu telah dipindahkan kepada kerajaan Filipina kerana Kepulauan Sulu merupakan sebahagian daripada negara Filipina. Oleh itu, kerajaan Filipina berhak menuntut Sabah. Kedua, sehingga kini Filipina (dan waris Sultan Sulu) percaya Sultan Sulu (Sultan Jamalul Azam) hanya memajak Sabah - tanpa menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Baron Overbeck (warga Austria) dan Alfred Dent (warga British), berdasarkan terjemahan versi Amerika Syarikat terhadap teks Perjanjian 1877. Di sebaliknya pula, Malaysia berpendapat Sultan Sulu telah menjual Sabah - dengan menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Overbeck dan Dent, berdasarkan teks terjemahan versi British. Perlu dinyatakan di sini, Filipina percaya meskipun Sultan Jamalul Azam (Sultan Sulu) menganugerahkan gelaran Datu Bendahara dan Raja Sandakan kepada Overbeck (Perjanjian 1878), namun status Overbeck hanyalah sebagai datu sahaja. Hak kedaulatan masih tetap dipegang oleh Sultan Sulu. Namun, Malaysia menegaskan ini merupakan dalih licik Filipina semata-mata kerana Sultan Jamalul Azam telah mengiktiraf Overbeck sebagai 'pemerintah agung dan merdeka'. Ini membuktikan Sultan Jamalul Azam telah menyerahkan hak kedaulatannya kepada Overbeck lantas berakhirlah hak kedaulatan Sultan Sulu terhadap wilayahnya di Sabah. Ketiga, Filipina berpendapat wilayah Sultan Sulu di Sabah tidak termasuk dalam Protokol 1885. Menerusi protokol ini, Sultan Sulu dikatakan hanya menyerahkan hak kedaulatannya kepada Sepanyol membabitkan Kepulauan Sulu sahaja. Ini bermakna, Filipina tetap dan masih berhak ke atas Sabah. Persoalan ini sukar diselesaikan kerana teks asal Perjanjian 1878 (dalam bahasa Melayu) masih tidak ditemui, malah hal ini turut diakui oleh Filipina sejak awal 1960-an lagi. Jika isu ini dibawa ke ICJ, teks terjemahan yang manakah akan diperakui oleh pihak mahkamah, dan atas justifikasi apa? Jika pihak mahkamah memperakui teks terjemahan versi Amerika, apakah Malaysia masih berpeluang untuk memenangi kes ini? Malaysia tetap mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kes ini. Pertama, ketika Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah, majoriti penduduk Sabah menyokong pembentukan Malaysia sekali gus menolak untuk bergabung dengan Filipina atau kembali ke pangkuan Sultan Sulu. Kedua, pihak kerajaan Filipina sendiri (menerusi ucapan Presiden Macapagal bertarikh 28 Januari 1963) telah memberikan hak mutlak kepada penduduk Sabah untuk menentukan masa depan Sabah sama ada mahu menyokong Filipina atau menyokong pembentukan Malaysia. Penduduk Sabah telah membuat keputusan muktamad. Filipina harus menghormati keputusan ini. Perlu ditegaskan, tidak ada raja tanpa rakyat. Oleh itu, tuntutan Filipina (dan pihak Sultan Sulu khasnya) bernoktah di sini. Ketiga, tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) amat aneh. Wilayah Sultan Sulu di Sabah hanyalah meliputi kawasan pesisiran pantai utara dan timur Sabah sahaja (sempadannya masih tidak jelas sehingga hari ini), bukannya meliputi seluruh Sabah. Nyatalah tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) tidak berasas bahkan melampaui batas pula. Wilayah pantai barat Sabah dikuasai Kesultanan Brunei, manakala kawasan pedalaman Sabah bersifat autonomi (tidak dikuasai Brunei dan Sulu). Terlebih penting lagi, Malaysia tidak berkewajipan untuk membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu. Urusan pembayaran pampasan tahunan (tanpa had masa) kepada waris Sultan Sulu ($5,000 setiap tahun berdasarkan Perjanjian 1878) merupakan urusan antara Overbeck-Dent (Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British) dengan waris Sultan Sulu sahaja. Hakikatnya, setelah majoriti penduduk Sabah menyokong gagasan Malaysia, dan apabila PBB mengiktiraf Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat, pembayaran pampasan tahunan bukanlah menjadi tanggungjawab Malaysia. Jika Malaysia terus membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu, seolah-olah Malaysia mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu dan tunduk kepadanya, walhal Kesultanan Sulu itu sendiri tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan Filipina. Negara yang merdeka dan berdaulat tidak harus tunduk kepada mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan yang tidak lagi wujud di dunia! DR. NORDI ACHIE Sejarah Malaysia Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah |
300 NGO Bantah Terowong Tokong Guang Eng #SavePenang Posted: 23 Mar 2013 05:00 PM PDT PULAU PINANG 22 Mac - Kira-kira 300 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang majoritinya belia Cina dan India berarak sejauh satu kilometer dari Jalan Macalister menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, bagi menyerahkan memorandum membantah pembinaan terowong dasar laut oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Kesemua mereka mewakili tiga NGO iaitu Pergerakan Hak Belia Malaysia (PHBM), 1Malaysia Brothers (1MB) dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang (PBKPP). Mereka yang berarak dengan memakai baju berwarna biru muda turut membawa pelbagai sepanduk mengecam kegagalan kerajaan negeri mengotakan janji-janji dalam pilihan raya umum lalu. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kekecohan berlaku memandangkan anggota polis telah bersedia dari awal untuk mengawal keadaan di sekitar Komtar. Presiden Pergerakan Hak Belia Malaysia, Shen Yee Aun berkata, bantahan terhadap pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu dibuat memandangkan pihaknya beranggapan projek mega berkenaan hanya merugikan duit rakyat semata-mata. Tegasnya, banyak NGO lain dan rakyat negeri itu membantah projek berkenaan kerana dilihat boleh mengundang kesesakan lalu lintas lebih teruk terutama di bahagian pulau. "Kami rakyat Pulau Pinang tidak memerlukan penghubung ketiga antara pulau dan tanah besar. Cukup dengan dua jambatan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil Pejabat Ketua Menteri di pekarangan Komtar, di sini hari ini. Yee Aun berkata, memorandum yang dihantar itu turut mengandungi sembilan tuntutan lain yang perlu diperjelaskan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP. Antara perkara itu, katanya, penjelasan mengenai janji-janji palsu yang gagal ditunaikan DAP sepanjang lima tahun mentadbir Pulau Pinang dan kegagalan kerajaan negeri membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini. "Selain itu kami juga mahu penjelasan mengenai manifesto yang dibuat DAP, pendirian berbeza Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kilang Lynas di Kuantan, Pahang dan penjelasan mengenai lokasi untuk kaum Cina dan India di dalam manifesto, bajet dan Buku Jingga pembangkang. "Kita juga mendesak Guan Eng menjelaskan kenyataan bercanggahnya yang mahu menghapuskan tol tetapi mahu membina terowong bertol, pendirian DAP terhadap calon Perdana Menteri pembangkang dan internet percuma yang gagal diakses rakyat Pulau Pinang," katanya. Beliau dalam pada itu menegaskan, sekiranya Guan Eng gagal menjelaskan semua tuntutan berkenaan dalam masa seminggu bermula hari ini, pihaknya akan mengambil tindakan susulan. "Kami mahu Guan Eng berfikir, sekiranya tidak mahu menjawab segala tuntutan kami, apakah beliau sudah tidak memerlukan undi kami dalam pilihan raya umum akan datang? "Kami juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng seperti bangkitnya rakyat Selangor mengheret Menteri Besar mereka ke mahkamah," katanya. |
Pengganas Kiram Bakar Rumah Penduduk Sabah Posted: 23 Mar 2013 04:00 PM PDT Sebuah rumah penduduk di kawasan perumahan Kembara Sakti, di Felda Sahabat dilihat hangus terbakar selepas ditawan sekumpulan lelaki dipercayai pengganas Kiram |
Agenda Besar Anwar Ibrahim & Misuari Di Sabah Terbongkar Posted: 23 Mar 2013 09:07 AM PDT Betulkah ada agenda besar tersebut? Berikut adalah gambar Armando, paling kanan ketika menjadi dijemput menjadi pemantau BERSIH oleh parti pembangkang. Siapa Armando? Apa kena mengena Armando dalam agenda besar Anwar Ibrahim ini? Seorang lagi dalang Anwar Ibrahim di Filipina didedahkan. Namanya adalah Armando Valdez. Juga merupakan kroni kepada Joseph Estrada. Siapa tidak kenal dengan Estrada yang sudah sekian lama menjadi rakan intim Anwar Ibrahim. Amado Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang sering mendapat tajaan Konrad Adenauer Foundation (KAF). Siapa yang tidak kenal dengan KAF, organisasi yang sering menaja Anwar di luar negara sejak 2004 lagi. Tidak menghairankan mengapa Tian Chua dan Sivarasa begitu mudah akses ketika pergi ke Filipina pada 7-9 Februari 2012. Rupa-rupanya sudah ada operator SUARAM di sana. Buat apa Tian Chua dan Sivarasa berada di sana? Apakah secara kebetulan pencerobohan yang berlaku pada 9 Februari 2012 di Lahad Datu dengan pemergian Tian Chua dan Sivarasa? Mengapa 10 hari selepas pencerobohan, Tian Chua menyatakan peristiwa Lahad Datu sebagai satu "diversion"? Kemudian dalam KeadilanDaily, 1 Mac 2013, Tian Chua menyatakan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah sebagai satu sandiwara. Ini satu tuduhan yang amat berat sekali dan tidak masuk akal. Apakah pemergian Tian Chua ke Filipina tersebut adalah salah satu rancangan untuk membuat keadaan yang tidak tenteram di Sabah. Apa untungnya Sabah dan kepulauan Mindanao kepada Anwar dan kumpulan pembangkang di Filipina? Anwar merasakan jalan pintas untuk ke Putrajaya adalah dengan mengenepikan 25 kerusi di Sabah daripada 222 kawasan parlimen. Bagaimana kerusi itu boleh diketepikan? Hanya bertanding 197 kerusi sahaja? Ya, begitulah andaian Anwar. Pilihan raya untuk 25 kerusi di Sabah perlu digantung kerana arahan darurat akibat kacau bilau. Bila 25 kerusi dari Sabah tiada, Anwar merasakan peluangnya untuk ke Putrajaya lebih cerah, sebab itulah dia sering nyanyi "Sabah nak hilang" (baca sini). Tujuan Anwar adalah berkuasa di Putrajaya. Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() Apa pula untungnya Misuari, Estrada dan Kiram dalam hal ini? Untuk mendapatkan kuasa di Filipina, kawasan selatan Filipina adalah penting untuk dikuasai. Estrada sudah berada di pihak pembangkang, sama seperti Anwar. Tujuan Estrada adalah mahu berkuasa di Filipina. Operator untuk mengintimkan hubungan Anwar dan Estrada di Filipina adalah Armando. Misuari sudah terbukti seorang gabenor yang gagal, malah berasa tergugat bila perjanjian damai bangsa Moro berjaya diadakan dengan insiatif Malaysia. Dendam masih membara untuk merebut kembali kuasa. Tujuan Misuari adalah mahu berkuasa semula di selatan Filipina. Oleh itu, siapa yang akan digunakan untuk mencapai misi Anwar bagi membolehkan keadaan di Sabah boleh diisytiharkan sebagai darurat? Kiram diambil kerana mahu menjustifikasikan tuntutan Sulu ke atas Sabah. Padahal Kiram bukanlah keturunan waris Sultan Sulu yang diiktiraf oleh FIlipina. Tujuan Kiram adalah mahukan kuasa. Gabungan Anwar, Estrada, Misuari dan Kiram menjadikan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu agenda besar yang perlu dipandang secara serius oleh rakyat Malaysia dan FIlipina. Hubungan dua buah negara penting di ASEAN dirosakkan oleh beberapa individu yang mahu berkuasa mengikut tujuan mereka sendiri. Kerana agenda peribadi, ramai anggota keselamatan negara mati demi berjuang untuk ibu pertiwi. Tian Chua dan Anwar memang pengkhianat, sudah terbukti. |
Dapatkan Kit Jom Bertindak #Transfromasi Posted: 23 Mar 2013 07:00 AM PDT Bertindaklah sekarang demi Malaysia. Demi kemakmuran dan keamanan negara yang tercinta ini. Ayuh, sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, marilah kita bertindak sekarang. Dapatkan kit ini di laman berikut: http://www.1malaysia.com.my/my/action/take-action-now/ |
Bina Jamban: Satu Lagi Projek PKR di Selangor Posted: 23 Mar 2013 06:18 AM PDT |
Bukti & Fakta Anwar Ibrahim Gagal Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor #SayangiSelangor Posted: 23 Mar 2013 03:00 AM PDT |
Inilah Sebabnya Mengapa Masalah Sampah Berlaku Di Selangor #SayangiSelangor Posted: 23 Mar 2013 02:00 AM PDT |
Bukti Kerajaan DAP-PKR-PAS Selangor Amalkan Kronisme #SayangiSelangor Posted: 23 Mar 2013 01:00 AM PDT |
Bukti Kerajaan DAP-PKR-PAS Selangor Songlap 42% Duit Baiki Jalan Di Selangor #SayangiSelangor Posted: 23 Mar 2013 12:00 AM PDT |
Bukti PAS Setuju Keburukan Anwar Ibrahim Didedahkan Kepada Umum Posted: 22 Mar 2013 11:00 PM PDT |
BR1M : Video Ini Amat Menyayat Hati Posted: 22 Mar 2013 10:00 PM PDT |
You are subscribed to email updates from ANGIN PERUBAHAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |