Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Uiks! Baju Atilia jarang sampai pangkal peha?

Posted: 23 Mar 2013 03:31 PM PDT

Semalam berlansungnya konsert The Twin Towers @live 2013 di KLCC. Konsert ini menggabungkan DJ, pertunjukkan fesyen, persembahan tarian dan nyanyian dari artis tempatan dan juga luar negara.

Antara artis-artis yang datang membuat persembahan termasuklah lagenda band boy, Backstreet boys, Demi Lavato dan kumpulan U-Kiss.

Artis tempatan turut memeriahkan konsert ini seperti Mizz Nina, Caprice, Atilia dan juga K-Town Clan.

Atilia kami rasa paling hot ketika berada di atas pentas.

Ketika lensa kamera Buahmulut.com menghala ke arahnya, lampu pentas pula berada di belakangnya, hasilnya...seksi tuh!
Beberapa keping gambar yang Atilia sendiri kongsikan melalui akaun FB nya...







(Video) Emma Watson semakin berani buka pakaian 'sampai habis'

Posted: 23 Mar 2013 07:31 AM PDT

Beliau mula popular sebagai seorang gadis ulat buku, Hermione Granger di dalam filem bersiri, Harry Potter.

Namun begitu, Emma Watson mahu dunia menyedari bahawa beliau sudah pun dewasa.

Gadis berusia 22 tahun ini beraksi bogel dari bahu ke atas dengan gaya ekspresi yang menggoda dalam siri potrait untuk buku bergambar dan pameran Natural Beauty. 

Skrol ke bawah untuk video..

10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU-13

Posted: 23 Mar 2013 06:01 AM PDT

Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…

Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.

Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.

Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.

***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA " Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh ", MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA " Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata "INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA.."

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ) …taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah " wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… " (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)…MYNEWSHUB.MY

Kantoi! Fakta rekaan pembangkang untuk jadikan Papa Gomo pengundi hantu terbongkar!

Posted: 23 Mar 2013 05:01 AM PDT

Benda yang tak ada, sengaja diada-adakan, kemudian tuduh ianya diseleweng dan penipuan berlaku. Apa punya style politik puak-puak pembangkang ni.

Contohnya jelas, apabila rekod Papa Gomo yang dikatakan dipadam oleh SPR setelah pembongkaran gila dek Rafizi Jambu. Rekod berkenaan memang tak ada pun, tapi sengaja dicipta dan direka oleh pembangkang semata-mata untuk menjatuhkan maruah SPR dan juga Papa Gomo.

Semuanya kerana pendedahan video mirip pemimpin mereka disebarkan oleh Papa Gomo. Lantas mereka cuba merendahkan reputasi si penyebar.

Diorang ni ingat Papa Gomo tu macam perawi hadis agaknya? Nak pertikai sanad dan matan supaya kredibiliti hadis tersebut boleh diperdebatkan. Bodoh betul..!

Kalau ya pun nak pertikai, cari la sumber yang sahih, jangan la direka-reka pula faktanya!

Anda boleh baca di blog MiM bagaiaman kesahihan ini dibuktikan!

Rafizi Ramli diisytihar juga sebagai pengundi hantu

Posted: 23 Mar 2013 03:01 AM PDT

Tergelak MyMassa baca pendedahan Rafizi Ramli.

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.
papagomospr1
Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.
papagomospr2

Baca seterusnya di sini : http://rafiziramli.com/2013/03/papagomo-wan-muhammad-azri-wan-deris-adalah-pengundi-hantu/

Dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama, Rafizi dah tuduh Wan Azri sebagai pengundi hantu walaupun tarikh lahir berbeza.

Jika dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama sebagai cara nak kesan pengundi hantu, adakah dengan cara ini, Rafizi juga pengundi hantu? Mana satu Rafizi yang bukan hantu?


MyMassa harap Rafizi Ramli boleh buat kenyataan akhbar untuk menafikan bahawa dia bukan pengundi hantu. Tak perlu tunggu SPR untuk buat kenyataan.

Itulah caranya pembangkang bermain dengan perang persepsi untuk menipu dan mempengaruhi penyokong mereka. Dengan satu dua yang dinamakan 'bukti', pembangkang akan terus menyerang Kerajaan tanpa selidik terlebih dahulu. Timbalan Pengerusi SPR juga pernah dituduh dengan cara yang sama.

Rakyat perlu melihat kembali kepada kes klasik ini ... kes yang ditakrifkan sebagai CUKUP MEMALUKAN Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.



PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar. Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan. Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu. - KLPOS, 6 MEI 2012.

Baca seterusnya di sini : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2013/03/rafizi-ramli-saya-terpaksa-fitnah-papa.html

MyMassa harap agar pembaca lebih berhati-hati bila mendapat maklumat daripada blog Rafizi kerana bukan kali pertama dia menipu. MyMassa pernah dedahkan penipuannya di sini :

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/rafizi-tuduh-umno-bagi-ic-azzimuddie.html

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-rafiziramli-terlepas-cakap-rahsia.html

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-gambar-dalang-kekacauan-tahun.html

*Rafizi ni pun macam bos dia jugak, asyik kantoi je. Ini ke taraf pengarah strategi PKR boleh kantoi dengan blogger?
MyMassa

Komander tertinggi pengganas Filipina ditahan di Lahad Datu

Posted: 23 Mar 2013 02:42 AM PDT

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.

Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.

Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - Bernama

Pengalaman: Rakan gemar lakukan s eks melalui telefon

Posted: 23 Mar 2013 12:31 AM PDT

Gambar hiasan
Saya mempunyai kawan yang suka melakukan mesej lucah bersama teman lelakinya serta pernah beberapa kali melakukan hubungan seks melalui talian telefon.

Dia pernah ditangkap ketika melakukan hubungan seks (melalui telefon) di sekolah dan dimarahi teruk oleh keluarga dan guru. Dia berjanji pada ibu bapa, guru dan rakan bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi selain mengatakan sudah insaf dengan perbuatannya.

Selepas enam bulan, saya dengan tidak sengaja mengetahui yang dia masih lagi berbalas mesej lucah bersama teman lelakinya. Saya takut jika dia mengulangi semula kesilapannya. Malah lebih ditakuti dia akan terlanjur.

Untuk pengetahuan Dr, kawan saya berasal dari keluarga dan saudara-mara yang sangat alim dan warak. Walaupun bersikap begitu, dia kawan yang sangat baik hati.


Saya ingin memberitahu ibunya, tetapi kemudiannya berubah fikiran kerana ibunya sangat garang serta tidak bersikap terbuka. Apatah lagi sejak kawan saya ditangkap kerana perbuatannya dulu, ibunya seperti tidak mempercayai dan bersikap suka menyindir.


Saya buntu dan mengharapkan pertolongan Dr kerana dia adalah sahabat yang saya sayangi. Saya dalam dilema antara ingin memberitahu perbuatannya atau tidak. Saya ingin membantunya.

Sahabat prihatin,
Kuala Lumpur.

Hubungan seks melalui telefon semakin lumrah. Ia perlakuan seks bersifat talian merujuk kepada perbualan yang mengandungi elemen berbaur seksual antara dua atau lebih orang.

Perbuatan ini boleh menjadi ketagihan seperti yang berlaku kepada kawan adik. Keseronokan berbentuk seksual yang diperoleh membuatkan individu sentiasa ingin untuk mengulangi perbuatan ini dari semasa ke semasa.

Dr ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kerana adik kerana menjadi seorang sahabat sejati.

Kawan adik memang seorang yang baik seperti adik katakan, tetapi perbuatan melakukan hubungan seks melalui telefon boleh menjerat diri.

Walaupun kawan adik datang dari sebuah keluarga yang alim, ini tidak bermakna dia tidak akan melakukan perbuatan yang tidak senonoh.

Kawalan dalaman diri adalah sangat penting dalam menghindarkan daripada melakukan perbuatan yang salah.

Adik boleh membantu dengan sentiasa mengingati kawan adik akibat dari perbuatannya itu. Sebagai kawan, adalah lebih bererti jika adik dapat sentiasa memberi pertolongan dalam usaha mengekalkan perhubungan dan juga menjaga maruah sahabat.

Pertolongan adik boleh diberikan dalam bentuk sentiasa saling mengingati. Ini adalah antara ciri seorang sahabat yang ingin berkekalan persahabatannya.

Begitu juga adik boleh menceritakan kesan negatif dari perbuatannya yang suka menerima dan menghantar mesej lucah.


Kaunseling Remaja@ Harian Metro

Papa Gomo pengundi hantu, SPR jalankan siasatan

Posted: 22 Mar 2013 11:30 PM PDT

JANDA BAIK - Sambil menegaskan mahu memastikan tidak wujud "pendaftaran pemilih dua kali", Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan bahawa pemblog Papa Gomo didapati tersenarai sebagai pengundi pos walaupun sudah tidak berkhidmat sebagai anggota polis trafik.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak mahu wujud "pendaftaran dua kali" sama ada pemilih awam-awam, awam-polis atau awam-tentera.

"SPR tidak mahu ada berlaku pertindihan, ada yang didakwa daftar dua kali," kata beliau kepada media selepas Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Dakwaan polis musnah dokumen pengenalan diri masyarakat Sulu, KPN berang!

Posted: 22 Mar 2013 11:01 PM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berang apabila polis dituduh menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Sulu di Sabah.

"Tunjukkan bukti jika benar polis yang bakar dokumen orang Sulu di Sabah. Jangan buat tuduhan liar. Saya tiada masa hendak layan semua ini. Hentikanlah perkara tidak masuk akal ini," tegas beliau semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman, semalam.

Menurutnya, tindakan itu jelas bercanggah dengan akta polis dan ianya tidak pernah dilakukan oleh pihak berkuasa sejak konflik di Sabah itu bermula.

"Saya sedih dengan tuduhan sesetengah pihak. Anggota saya sudah ada yang mati, cedera ketika menentang pengganas tetapi ada lagi tuduhan buruk seperti ini. Anggota yang berada di barisan hadapan menghadapi situasi yang amat mencabar tetapi masih ada manusia yang ingat isu ini perkara main-main.

"Tanggungjawab polis untuk jaga keamanan. Saya ucapkan terima kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dan menyokong kami (pasukan keselamatan). Kami perlukan semangat patriotisme sekarang," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana ada pihak sanggup mempolitikkan isu keselamatan negara dan mempertikaikan peranan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

"Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Tolong jangan isukan keselamatan negara. Kalau polis tak bagus, beri cadangan untuk penambahbaikan. Kalau pihak berkenaan ada banyak duit, berikan pada polis, tak payah saya minta dari kerajaan untuk beli lebih banyak senjata dan kenderaan.

"Saya amat bangga dengan anggota saya kerana sanggup menggadai nyawa. Kehidupan kami adalah kehidupan anda demi untuk menjadi Malaysia negara yang kuat dan maju," katanya dengan nada tegas.

Katanya, anggota keselamatan juga menghormati mayat musuh dengan menyempurnakan jenazah pengganas yang mati ditembak namun masih ada yang menyalahkan polis dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Kalau kamu tuduh macam itu, bawalah bukti pada saya," katanya.

Sementara itu di BACHOK, Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, tindakan seorang guru yang menghina anggota keselamatan dalam Operasi Daulat di Sabah merupakan kes terpencil dan tidak menggambarkan pendirian lebih 30,000 guru di Kelantan.

Beliau berkata, sebahagian besar guru di Kelantan menyokong penuh tindakan kerajaan memburu pengganas di Lahad Datu, Sabah.

"Mereka berdiri teguh di belakang kerajaan dalam mendaulatkan keselamatan negara," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, semalam.

Guru lelaki berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali itu dikatakan menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya. Dia dibebaskan sementara dengan jaminan polis, kelmarin. Dia ditahan di sebuah rumah dekat Gong Serapat, Pasir Puteh pada 14 Mac lalu.

Kit Siang bakal tanding guna simbol PAS?

Posted: 22 Mar 2013 10:31 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Mac - DAP tidak menolak kemungkinan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum akan datang jika pendaftaran parti itu dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pada masa yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga membayangkan kemungkinan calon parti itu akan menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pas sebagai lambang kesatuan pembangkang.

"Calon DAP mungkin bertanding sebagai calon Bebas atau kita pinjam simbol PKR atau Pas. Saya sendiri mungkin bertanding menggunakan simbol Pas pada pilihan raya umum nanti," katanya sebagaimana dipetik daripada laman Twitternya hari ini.

Sementara itu, ketika bercakap dengan akhbar berbahasa Cina, China Press, Kit Siang memberitahu, kemungkinan tersebut tidak boleh ditolak kerana ROS kini dilihat serius mahu mengambil tindakan.

Tiada kerjasama dari pimpinan, ROS sukar siasat CEC DAP

Posted: 22 Mar 2013 10:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Mac - Pendaftar Pertubuhan (ROS) menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi parti itu baru-baru ini ke pejabat ROS untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.

''Kita telah menghantar notis jemputan memberi keterangan kepada pemimpin DAP tersebut tetapi dia belum dapat menghadirkan diri dan dimaklumkan beliau tiada masa.

Utusan

Dicekup bersekedudukan dengan pelacur remaja 15 tahun

Posted: 22 Mar 2013 08:32 PM PDT

Gambar hiasan
Seorang remaja dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang remaja perempuan dipercayai pelacur di dalam sebuah rumah kedai di Pekan Jitra, di sini, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki itu datang ke rumah terbabit dengan menunggang motosikal dari bandar raya ini dipercayai mahu mendapatkan khidmat seks dengan remaja perempuan berkenaan.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, remaja lelaki berusia 17 tahun berkenaan dikatakan pergi ke rumah kedai terbabit untuk bertemu remaja perempuan berusia 15 tahun bagi mendapatkan khidmat seks.

Menurutnya, pihaknya yang menerima maklumat kemudian pergi ke premis terbabit sebelum mengetuk pintu beberapa kali lalu dibuka remaja lelaki terbabit.

"Remaja lelaki itu cuba melarikan diri dengan menuruni tangga, tetapi anggota penguat kuasa agama berjaya menahannya semula dan berlaku pergelutan antara mereka.

"Hasil soal siasat mendapati remaja lelaki itu mengaku datang ke premis berkenaan untuk melanggan remaja perempuan itu yang menjalankan aktiviti pelacuran sejak berhenti sekolah.

"Ketika dicekup, kedua-dua mereka berpakaian lengkap dan berkurung sehingga mendatangkan syak dalam rumah yang tertutup rapat dan berkunci dari dalam," katanya.

Sumber berkata, remaja perempuan itu turut mengakui menerima bayaran RM80 untuk dilanggan remaja lelaki berkenaan.

Menurutnya, remaja perempuan itu mengakui ada individu menghantarnya ke rumah berkenaan untuk melakukan 'kerja' terbabit bagi mendapatkan wang dengan mudah.

"Remaja perempuan itu berasal dari bandar raya ini manakala pasangannya itu pula sedang bercuti sebelum menyambung semula pengajiannya.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988

Pharolrazi dikurung, Pemuda PAS tak berani beri kenyataan

Posted: 22 Mar 2013 08:01 PM PDT

ALOR SETAR – Pemuda Pas Jerai tidak mahu dilibatkan termasuk menolak daripada memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi 'dikurung' selama dua jam di sebuah sekolah agama di Bukit Besar, Kota Sarang Semut, dekat sini, Sabtu lalu.

Ketuanya, Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan memberi kenyataan mengenai kejadian itu.

"Saya tak mahu kata apa-apa, susah pulak nanti," katanya ketika dihubungi petang semalam.

Firdaus diminta mengulas tindakan Pemuda Gerakan membuat laporan polis berhubung kejadian itu atas alasan untuk meminta pihak berkenaan menyiasat apa yang berlaku sehingga menyebabkan keselamatan seorang anggota pentadbiran negeri diancam.

Dalam kejadian itu, Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri dikatakan ditahan dan kemudian dikurung di bilik VIP kantin Sekolah Menengah Agama An-Nahdzah, Bukit Besar bagi menghalangnya berceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau, Yan.

Selain dikurung dalam bilik berkenaan, anggota exco itu juga dikatakan tidak dapat keluar dari kawasan sekolah berikutan pintu pagar turut dikunci dan dikawal oleh beberapa lelaki yang menahannya.

'Saya bukan Papa Gomo'

Posted: 22 Mar 2013 07:01 PM PDT

SHAH ALAM - Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.

Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini.

"Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.

"Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710