Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Apa Yang Tersirat

$
0
0

Apa Yang Tersirat


PRU-13: Sabah will Show The Way

Posted: 23 Mar 2013 10:31 AM PDT

Pada PRU-13 ini Sabahan will show the way. Rakyat Sabah akan tunjuk jalan kepada pembangkang, bahawa Putrajaya tetap dalam gengaman BN.

Rakyat Sabah tidak mampu lagi melakukan cuba-cuba menukar kerajaan, kerana pengalaman menukar kerajaan, bukan sahaja menjadikan rakyat Sabah miskin, malah tertinggal dari segi pembangunan.

Sabah bertukar kerajaan empat kali sejak menyertai Malaya, Singapura dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Rakyat Sabah mengambil iktibar kepada kerajaan di Malaya (semenanjung) dan Sarawak, kerana kerajaan tidak bertukar, maka kemajuan dan taraf kehidupan rakyatnya lebih baik.

Rakyat Sabah menikmati pembangunan sejak 18 tahun terakhir, apabila tidak berlaku pertukaran kerajaan.

Kadar kemiskian telah menurun kepada satu angka, berbanding tahun 10 tahun lalu, di mana angka kemiskinan masih dua angka.

Disebabkan kestabilan politik yang ada di negeri itu, maka ada dalang-dalang tertentu mencuba mencipta huru hara dengan membayar Jamalul Kiram III dan konco-konconya mengganas di Sabah.

Rakyat Sabah tidak akan termakan dengan dakyah yang dicipta, kerana rakyat Sabah sudah matang menilai mana kaca dan mana intan.

Rakyat Sabah yang menjadi sebahagian daripada pembangkang, sebenarnya hanya memenuhi keinginan peribadi, bukan berjuang untuk rakyat. Mereka sama dengan pemimpin terdahulu, yang menipu rakyat kononnya melalui perubahan kerajaan, maka kemajuan lebih baik akan dicapai, tetapi kenyataannya semua itu tipu muslihat demi kepentingan diri sendiri mendapat kedudukan dan kuasa.

Kepimpinan Bn sekarang terutama selepas sahaja DS Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perhatian khusus diberikan kepada Sabah, kerana Perdana Menteri itu menerima hakekat, bahawa Sabah jauh ketinggalan dari semua segi.

Rakyat Sabah celik terhadap perubahan politik, namun sebagai balasannya ketinggalan dalam semua segi. Atas faktor inilah, pada PRU-13, berbuihlah mulut pemimpin Pembangkang, rakyat Sabah tidak akan terpengaruh lagi.

Sayang Sabah hanya 25 kawasan Parlimen, kalau lebih daripada itu, sudah pasti memberi keuntungan kepada Bn. 

Sabah melalui kepimpinan Datuk Seri Musa Aman dengan rakan-rakan dalam Bn Sabah akan memastikan Sabah tetap simpanan tetap Bn. Sabah TATAP Bn.

Anak Bekas Ketua Kg Tanduo merupakan Penyelaras kepada Pengganas Ditangkap

Posted: 23 Mar 2013 04:26 AM PDT

Anak lelaki kepada bekas Ketua Kampung Tanduo dipercayai merupakan orang tempatan yang menjadi penyelaras kepada kumpulan pengganas bersenjata Sulu.

Dia merupakan seorang daripada empat orang yang ditahan, merupakan individu yang memainkan peranan penting dengan kumpulan pengganas yang ditahan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Seorang lagi ialah komander tentera kumpulan pengganas Sulu, ditangkap ketika bersembunyi di kawasan paya di Semporna ketika pihak polis sedang melumpuhkan kumpulan pengganas Sulu yang beroperasi di sana dan Lahad Datu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua individu penting itu ditahan bersama-sama isteri masing-masing.

Sementara itu, Khalid mengesahkan lelaki tempatan yang ditahan berusia awal 40-an itu, itangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.

Beliau berkata lelaki berkenaan memiliki kad pengenalan Malaysia, katanya kepada pemberita.

Komander tentera yang ditahan itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen bagi mengesahkan identiti serta dokumen pengenalan dirinya.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 pada Sabtu.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.

Kemaskini Ops Daulat: Dua Individu Penting Ditahan- Pengganas Lumpuh

Posted: 22 Mar 2013 11:42 PM PDT

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.

Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.

Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - BERNAMA

Krisis Lahad Datu: Saki baki pengganas kini makin tertekan: Ismail

Posted: 22 Mar 2013 09:43 PM PDT


Pawang Pengganas Sulu-salah seorang yang maut
Saki baki pengganas di Lahad Datu kini berada dalam keadaan tertekan selepas sebahagian rakan mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata penahanan dan pendakwaan itu memberi kelebihan kepada pasukan keselamatan negara kerana musuh sudah terdesak untuk mencari cara bagi melepaskan diri. 

"Pasukan keselamatan kita lebih yakin dan bersemangat untuk terus berjuang bagi memastikan kumpulan pengganas dapat dihapuskan dalam masa terdekat seterusnya memastikan keselamatan dan keamanan dapat dikekalkan. 

Pasukan keselamatan kita kini lebih yakin dan bersemangat untuk terus berjuang bagi memastikan kumpulan pengganas dapat dihapuskan dalam masa terdekat" Ismail Omar, Ketua Polis Negara

"Kita mempunyai pelan jangka pendek iaitu mengukuhkan kehadiran dan kawalan pasukan keselamatan di semua kawasan sensitif, termasuk perkampungan atas air, pinggir pantai dan sekitar kawasan Felda Sahabat di Lahad Datu," katanya.

Pelan jangka panjang ialah kewujudan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Persidangan Ketua Polis Negeri, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Komandan/Komander Maktab Polis, Pusat Latihan Polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kuala Lumpur, semalam. 

Ismail juga memaklumkan, keadaan keselamatan di Sabah kini semakin pulih dan terkawal, berikutan kehadiran besar pasukan keselamatan selain logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kita sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan bergerak mengikut pelan strategik yang dirangka untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman pada masa depan selepas kita belajar daripada kesilapan dan kekurangan semasa Ops Daulat," katanya.

Dalam pada itu, sebanyak RM2 juta berjaya dikumpul untuk Tabung Wira Lahad Datu dan Tabung Kebajikan PDRM melalui sumbangan pelbagai pihak termasuk swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.

Semalam, 10 individu menyampaikan sumbangan kepada Ketua Polis Negara sebagai menghargai jasa wira negara yang terkorban di Lahad Datu.

Krisis Lahad Datu: Misi Berdarah

Posted: 22 Mar 2013 08:25 PM PDT

SUASANA malam Sabtu itu (2 Mac) begitu mencengkam bagi sekumpulan 57 anggota polis. Misi yang mereka galas kali ini sangat berbahaya dan berbeza. Musuh yang mereka buru bukan kepalang; gerila bersenjata dan terlatih.

Tetapi berbekalkan keberanian dan maklumat risikan, malam pekat di perkampungan atas air di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna mereka redah. Mereka tahu risiko bakal ditempuh. Berkali-kali mereka diingatkan bahawa dalam misi kali ini mungkin ada yang tidak pulang dengan selamat.

Apatah lagi dua rakan setugas dari pasukan komando VAT 69 gugur di Lahad Datu sehari sebelumnya. Tetapi demi kedaulatan negara, misi ini perlu mereka jayakan.

Dalam fikiran mereka hanya satu, menjayakan misi khas menangkap 'Imam Tua' dan 'Romy', dua pengganas Sulu yang dipercayai bersembunyi di perkampungan atas air itu.

Imam tua penting untuk ditangkap kerana dikatakan tahu siapa pihak ketiga di sebalik pencerobohan itu. Romy pula dipercayai bertanggungjawab membawa masuk senjata dan kira-kira 10 lelaki terlatih dalam perang gerila yang bersembunyi di kampung itu.

Operasi itu bermula pada pukul 4.30 petang, walau bagaimanapun gagal menemukan Imam Tua dan Romy. Setelah hari merangkak malam, mereka berkumpul di gelanggang bola keranjang berdekatan kampung itu untuk menyelaraskan semula gerakan.

Diketuai oleh Pegawai Unit Cawangan Khas Bukit Aman, Supritendan Ibrahim Lebar, mereka bertekad agar misi diteruskan pada malam itu juga.

Kesemua anggota polis diberi taklimat mengenai situasi yang bakal dihadapi. Mereka dimaklumkan tentang ancaman bakal dihadapi. Ibrahim dalam misi itu dibantu Ketua Cawangan Khas Daerah Semporna, Asisten Supritendan Micheal Padel.

Mereka tahu Semporna berada dalam keadaan bahaya. Daripada maklumat risikan diterima, pengganas Sulu merancang melakukan sabotaj dengan membakar rumah penduduk, membuat tembakan secara rambang dan menyerang balai polis.

Kini, keselamatan Semporna benar-benar di tangan mereka. Jika misi itu gagal, mungkin sahaja kemusnahan besar bakal berlaku.

Kira-kira pukul 7.30 malam, Ibrahim yang mengetuai 56 pegawai dan anggota bergerak secara strategik ke Kampung Sri Jaya. Mereka menggeledah beberapa buah rumah yang dikenal pasti menjadi lokasi persembunyian pengganas Sulu.

Tetapi tanpa mereka ketahui dan duga, rupa-rupanya operasi sulit tersebut sudah diketahui musuh kerana terdapat 'orang tertentu' yang membocorkan maklumat.

Ibrahim hanya menyedari perkara itu apabila serbuan ke atas beberapa buah rumah disahkan lokasi persembunyian musuh didapati langsung tidak berpenghuni.

Dan ketika melalui titi kayu di lorong lima Kampung Sri Jaya, alat pengesan mengesan kedudukan musuh dalam sebuah rumah. Inspektor Mohd. Hasnal Jamil dari Cawangan Khas Bukit Aman ketika itu berada dalam kedudukan paling depan diikuti Ibrahim dan Micheal.

Begitupun belum sempat pasukan keselamatan bertindak, mereka dihujani ratusan peluru raifal M-16 dan AK-47 oleh sekumpulan pengganas Sulu dari segenap sudut.

Tembakan bertalu-talu termasuk dari sampan di kawasan bawah rumah air. Sasaran tentulah ditujukan kepada Ibrahim, Micheal dan Mohd. Hasnal yang berada di barisan depan.

Kumpulan pengganas ini telah memasang 'perangkap' lebih awal untuk menyerang pasukan keselamatan. Kumpulan pengganas Sulu itu kemudiannya tanpa rasa perikemanusiaan bertindak zalim ke atas anggota keselamatan termasuk yang tercedera.

Seperti dirasuk syaitan mereka memenggal leher dan menetak kepala dengan parang barong, mencungkil mata malah sanggup mengeluarkan otak, membelah perut serta dada sebelum dikeluarkan organ dalaman.

Hanya mayat Ibrahim tidak sempat diapa-apakah kerana Allahyarham ditarik oleh anggotanya masuk ke dalam sebuah rumah. Mayat yang anggota polis lainnnya semua dizalimi.

Melihat ketua operasi dan rakan sepasukan diperlakukan sedemikian, anggota yang terselamat mengatur strategi susulan untuk melakukan serangan balas.

Strategi mereka berhasil. Dua musuh termasuk Imam Tua ditembak mati. Baki empat lagi pengganas ditembak mati keesokan harinya.

Selain Ibrahim dan Micheal, wira negara yang turut gugur dalam serangan itu ialah Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sakirun, Koperal Salam Togiran dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Selain meragut enam nyawa, serangan tak terduga dipercayai akibat pengkhianatan orang tertentu itu turut menyebabkan 17 anggota polis terperangkap sementara dua yang lain termasuk Mohd. Hasnal cedera parah.

Mereka kemudiannya berjaya dibawa keluar dari lokasi 'serang hendap' oleh anggota pasukan Komando VAT 69 yang memulakan operasi menyelamat bermula pukul 2.30 petang Ahad.

Tulisan Asal  MOHD. ASRON MUSTAPHA-utusan

Krisis Lahad Datu: Pegawai Pemerintah Sulu ditahan

Posted: 22 Mar 2013 08:15 PM PDT

Pengganas Jamalul Kiram III
Dua pengganas termasuk pegawai pemerintah Sulu ditahan menerusi dua tangkapan pada jam 10 malam dan jam 1.20 pagi tadi. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri khalid Abu Bakar dalam sidang media berkata, tangkapan dilakukan bersama pasangan masing-masing di Kampung Tungku dan Semporna. 





Holand Kalbi dan Ling Mad Salli- Sudah Mati : Abraham Idjirani

Posted: 22 Mar 2013 06:04 PM PDT

SEORANG pengganas Sulu yang mendakwa diupah untuk mengganas semasa dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau Khamis, Holand Kalbi (Holan) sebenarnya adalah salah seorang pengikut Agbimuddin Kiram yang termasuk mati dalam tembak menembak dengan pasukan komando 69 pada 1 Mac, demikian juga Ling Mad Salli (Lin)- menurut jurucakap Jamalul Kiram III-Abraham Idjirani yang dipetik oleh Inquirer.

Jurucakap Kiram itu, menafikan bahawa lapan individu yang didakwa tersebut merupakan pengikut Agbimuddin, sebenarnya menurut beliau, mereka itu adalah rakyat Malaysia.

Selain itu, Abraham juga mempertikai jumlah pengikut Agbimuddin yang maut,  menurut Abraham, hanya 26  termasuk 18 yang mati pada 1 Mac dan bukannya 68 sepertimana dilaporkan di Malaysia.

Sebelum ini Abraham menyatakan bahawa pengikut Agbimuddin yang maut pada 1 Mac-Kalbi, Salli, Ibrahim Suhudah, Junaidi Harain, Abdulkader Jumaadil, Hawadi Jumaadil, Tar Undang, Sangkahan Ajan, Datu Maharajah Sabandal dan isterinya.

Sementara itu Jurucakap Persatuan Peguam Sabah (SLA) Syarulnizam Salleh dipetik sebagai berkata, bahawa lapan individu yang dihadapkan ke mahkamah Tawau pada Khamis, semuanya adalah rakyat Filipina, menyangkal dakwaan jurucakap Kiram tersebut.

Setakat ini sejulmah 235 individu ditangkap berikutan OPs Daulat akibat penerobohan Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Pencerobohan Lahad Datu juga mengorbankan lapan anggota polis dan dua tentera negara. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>