Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Taipingmali (tm)

$
0
0

Taipingmali (tm)


Posted: 22 Mar 2013 11:13 PM PDT












Dengar khabar Encik Anwar akan lari dari Permatang Pauh dan akan berpindah ke kawasan bukan melayu kerana telah menyedari dia akan kehilangan sokongan melayu dan ahlinya sendiri.
Pada masa sekarang dia hanya mampu merosakan otak pengundi bukan melayu dan kalangan ahli-ahli DAP..Kebanyakan orang melayu sekarang dah mula buka mata,buka minda terhadap Anwar.

Nizar belum confirm bertanding di Changkat Jering

Posted: 22 Mar 2013 04:59 PM PDT



Bekas Menteri Besar Perak ke 10, Nizar Jamaluddin belum sah bertanding di Changkat Jering walaupun dua pengumuman telah dibuat oleh Raja Dr Al-Hiss dan Abu Bakar Hussin.

Pengumuman pertama yang dibuat oleh Raja Al- Hiss telah menyebabkan ahli Pas akar umbi  marah dan kecewa terhadap tindakan beliau yang tidak profesional dan membelakangkan pucuk pimpinan parti.

Pengumuman kedua dibuat oleh Abu Bakar Hussin sebagi menutup malu tindakan mulut jelabas Raja Dr Al-Hiss yang gatal mulut menamakan Nizar akan bertanding di Changkat Jering. Pun begitu, Nama Nizar belum lagi diputuskan di peringkat Pas Pusat.

YDP Pas Bukit Gantang Nordin Jaafar dan penyokongnya kini sedang membantah supaya kerusi Changkat Jering diberikan kepada calon tempatan bukan kepada Nizar Jamaluddin ( orang luar)  yang telah banyak membuat kerosakan kepada parti Pas.

Kenapa Nizar nak bertanding di Dun Changkat Jering, kenapa tidak mengekalkan kerusi parlimen sepertimana yang beliau sandang sekarang?

Alasan pertama ialah reputasi dan rekod perkhidmatan Nizar sebagai ahli parlimen Bukit Gantang amat buruk. Sepanjang 4 tahun menjadi ahli parlimen namanya hampir tiada dalam hansard  parlimen, bermakna Nizar kerap tiada dalam dewan rakyat atau tidak pernah buka mulut dalam persidangan. Apa lagi untuk bertanya soalan atau berhujah. Ini adalah punca utama Nizar tidak mahu mempertahankan kerusi ahli parlimen yang disandang beliau sekarang.

Alasan Kedua mengapa Nizar memilih Dun Changkat Jering?

Nizar berasa dirinya sudah cukup selesa dengan Bahagian Bukit Gantang. Sebagai ahli parlimen beliau sudah banyak bertemu dengan ahli-ahli Pas peringkat akar umbi melalui pentas ceramah dan majlis kenduri kahwin.

Nizar yakin bahawa penduduk Changkat Jering dapat menerima pickup dan van beliau sebagai wakil rakyat, walaupun beliau tidak perlu hadir dalam semua program.

Nizar sepatutnya mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang, tetapi kerana terlalu banyak protes oleh ahli Pas sendiri menyebabkan nama Nizar awal-awal lagi dinyahkan keluar, kini kerusi Pasir Panjang akan diwakili oleh Muslimah Pas. Bakal calon baru dalam program Munajat di Masjid Kampung Expo Kamunting Perak pada 1 Mac lalu menyatakan kehadiran beliau ke Pasir Panjang sebagai ubat untuk membaiki kelemahan wakil rakyat yang terdahulu. Siapa yang terdahulu? Tak lain dan tak bukan beliau ialah Nizar Jamaludin.

Sebelum nama Nizar diumumkan bertanding di Changkat Jering, nama beliau disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Kampar, tempat kelahiran beliau, tetapi selepas disempua ( kira tolak dan campur) oleh beliau dan Dap ternyata Kampar buat gelanggang yang sesuai untuk Nizar.

Berbalik kepada kerusi Panas di Changkat Jering.

Hari ini anak tempatan mahukan Ustaz Nordin Jaafar bertanding di N14 bukan sewenang-wenangnya diberikan kepada Nizar Lambai yang ternyata sudah bangkrup minda politik beliau.

Dalam rekod PRK P59 pada tahun 2009, semua peti undi di Changkat Jering dimenangi oleh BN. Nizar menang kerana undi dari Sepetang sahaja. Jadi jika Nizar masih mahu bertanding di N14 bermakna Nizar sudah membunuh diri dia awal-awal lagi...

Kesimpulannya ialah Nizar seorang jurutera lift tetapi bukan pakar matematik , perkiraannya ialah untuk menentukan satu-satu lift dapat naik dan turun mengikut kadar masa yang ditentukan. Dalam politik perkiraan Nizar terhadap lift tidak boleh diguna pakai.

Yang bijak bermain dengan angka ialah Ngeh Koh Ham dan Ngar Kor Ming sahaja.

Terakhir;

Apakah Pas akan menolak pandangan ABANG BESAR mereka iaitu Anwar Ibrahim yang mahukan kerusi Changkat Jering ?

POLITIK ' TOUCH N GO '

Posted: 22 Mar 2013 08:09 AM PDT

Dr Zambry disenangi rakyat

 Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak hairan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak kerana pakatan pembangkang sememangnya dianggotai pemimpin politik 'touch n go'.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, pemimpin pembangkang termasuk Anwar dan Lim Kit Siang berhak bertanding di mana sahaja mereka suka kerana itu dibenarkan dalam sistem demokrasi.

"Kalau rasa mereka adalah pemimpin 'touch n go', mereka buatlah apa yang disukai. Tidak mendatangkan kehairanan kepada saya kalau itu keputusan yang mereka buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor.

Menurut Anwar, beliau belum membuat keputusan muktamad tentang kerusi Parlimen di negeri mana yang akan ditandingi tetapi sedang menimbang untuk bertanding di Perak.

Ditanya sama ada peluang BN untuk menang di Perak akan terjejas jika Anwar bertanding di sini, Zambry berkata, pihaknya tidak gentar langsung.

Katanya, tiada istilah gentar dalam dunia politik, apatah lagi apabila berada dalam suasana pilihan raya.

"Sepatutnya soalan gentar itu tidak ditanyakan kepada saya tetapi ditujukan kepada Anwar. Kenapa beliau tidak kekal di kawasannya di Permatang Pauh. Apakah beliau gentar?," soalnya.

Zambry berkata, tindakan Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin menjadi pengakhiran kepada perjalanan karier politik Penasihat DAP itu.

"Mereka rasa tidak akan alami masa surut. Mereka perlu faham, apabila tiba masanya, air pasang akan surut juga dan ada sebab musababnya.

"Kamu pernah menamatkan karier politik orang lain dan siapa tahu karier politik kamu juga akan ditamatkan dengan cara sama," katanya.

MR.LAMBAI@HAMPAS@PECACAI HARUS MENJAWAB!!!

Posted: 22 Mar 2013 07:50 AM PDT

Bisu di Parlimen

Soalan 1:Apakah sumbangan Nizar Jamaluddin kepada pengundi di Parlimen Bukit Gantang  sejak 2009 menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang?

Soalan 2:Apakah projek yang benar2 menyatuni dan membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah pengundi yang telah memberi mandat kepada Nizar jamaluddin?

Soalan 3:Kenapa Nizar Jamaluddin suka melambai2 dan menggunakan pick-up sahaja untuk turun ke kawasan?Mana tubuh badan sebenar?Apa motif disebalik permainan politikus Nizar Jamaluddin?

Soalan 4:Mengapa Nizar Jamaluddin bila turun kawasan mesti mengutuk dan berceramah bukan berkaitan kawasan Parlimen Bukit Gantang?

Soalan 5:Nizar Jamaluddin bertanding di DUN Changkat Jering(N14) mengikut propa yang dicanang2kan puak2 hampas@pecacai.Apa sebab dan mengapa memilih DUN Changkat Jering?

Perhatikan jari-jari tangan 'simbol setan' pada Nurul Izzah, menyeramkan.

Posted: 22 Mar 2013 07:05 AM PDT

Mak Lampir versi Suluk Lahad Datu

Posted: 22 Mar 2013 06:58 AM PDT

Anwar Silap Saman Papagomo

Posted: 22 Mar 2013 06:30 AM PDT



Bak kata Vincent Tan, saman yang dikemukakan mestilah kepada orang yang berduit, kalau tidak ia membuang masa kerana walau menang saman sekalipun tetapi tidak dapat duit sedangkan duit dibelanjakan kepada peguam habis duit berjuta.

Hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya, N. Surendran memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papagomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki, minggu lalu.

Dipercayai N Surendran merujuk kepada gambar-gambar sepertimana yang disiarkan rajagoyang360.blogspot.com yang tidak menamakan pelaku itu sebagai Anwar Ibrahim.

Ini bukan kes pertama yang dikendali N. Surendran, malah banyak kes lain melibatkan Anwar dan PKR kebiasaannya dikendalikan oleh peguam Naib Presiden PKR itu.

"Saya cuma link blog Rajagoyang pada blog saya tapi sendiri tidak kenal siapa orangnya yang kendali blog berkenaan,"kata Papa Gomo kepada Agendadaily.

Katanya dia mendapat tahu mengenai kisah panas di blog itu menerusi rakan-rakan.

"Apapun lawan tetap lawan. Saya memang sudah lama tunggu saman dari Anwar.Lama sangat kata nak saman tapi baru hari ini saman sekalipun saya bukan blogger Rajagoyang," tegasnya.

Papagomo berpendapat isu utama di sini sepatutnya ialah bukan siapa identiti Rajagoyang tetapi 'betul ke tidak betul lelaki dalam gambar itu Anwar'.

Serentak dengan itu Papagomo mempersoalkan kenapa Anwar sampai hari ini tidak berani saman Datuk Shahzryl Eskay Abdullah yang mendedahkan isu dakwaan video seks dengan China Doll yang disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar luar negara.

Katanya dia hanya link sahaja sebuah blog ke blognya sedangkan Eskay ialah batang tubuh yang secara terbuka mendakwa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Eskay sendiri sudah isytihar beliau sedia disaman oleh Anwar.

Malah Eskay sudah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur semasa kehangatan isu itu untuk menunjukkan beliau cakap benar.

Hari ini, papagomo mula memuat naik klip video didakwa membabitkan Anwar dengan seorang mahasiswa dari Sabah.

Klip video satu minit 20 saat berjudul 'Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Bersama Mahasiswa Yang Diliwat, Musim 7, episod 1′ dimuat naik pukul 4 petang tadi.

Klip pertama ini tidak mengandungi adegan ranjang, tetapi menunjukkan seorang yang mirip wajah Anwar duduk dan berbual dengan seorang yang membelakangi kamera.

Dalam video terbaru ini, lelaki mirip Anwar memberitahu bahawa beliau telah bergerak daripada rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.

Lelaki mirip Anwar kemudian menerangkan mengenai capaian twitternya kepada mahasiswa berkenaan.

Klip itu berakhir di situ dengan papagomo menjanjikan "episod kedua" secepat mungkin.

anwaraidc.com
    

Chua Jui Meng Bakal Letak Jawatan Dalam PKR

Posted: 22 Mar 2013 06:23 AM PDT

Umum amat maklum yang Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sudah lama mengidam untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana ia dianggap sebagai kerusi selamat untuknya memandangkan lebih 50% pengundi di kawasan itu adalah keturunan Cina.

Lagi pun, sejak PRU 12 2008 kawasan tersebut sememangnya di tandingi calon PKR sekalipun dalam PRU itu ia dimenangi calon BN, Tan Ah Eng dengan kelebihan kurang 9,000 undi majoriti. Atas faktor itu, maka Chua Jui Meng adalah calon yang betul dan layak untuk mewakili PR di situ.

Bagaimana pun baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah disahkan sebagai calon rasmi mewakili PR di Parlimen Gelang Patah setelah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Ia mengejutkan ramai pihak dan langsung di luar dugaan pemimpin dan penyokong PKR sendiri.

Perkembangan itu nyata agak mengecewakan Chua Jui Meng yang baru 4 tahun terjun ke kapal PKR dan turut menyebabkan ramai penyokongnya berpatah hati mengenangkan Anwar sendiri dilihat lebih mengutamakan DAP berbanding PKR.

Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar Nanyang Siang Pau berkemungkinan besar Chua Jui Meng akan bertindak meletakkan jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes dan jika ia menjadi kenyataan, buruk kesannya terhadap prestasi PR kelak.

Pada perkiraan Anwar, tindakannya menyebelahi Lim Kit Siang dengan mengabaikan kehendak Chua Jui Meng mungkin dirasakan betul sementelah lagi kedudukan PKR di Johor jauh lebih lemah berbanding DAP.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau pastinya paling bergembira dengan keputusan yang menyebelahi DAP memandang sebelum ini Cheng Hau sudah acap kali bertelagah dengan Chua Jui Meng yang dianggapnya sebagai pengacau dan pernah mensabotaj kekuatan DAP di Johor.

Berikutan pertelingkahan itu, Cheng Hau telah meminta campur tangan pemimpin tertinggi DAP yang dipercayai membawa kepada pengumuman rasmi daripada Anwar yang mengesahkan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah.

Setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari PKR berhubung peletakan jawatan Chua Jui Meng, tapi dilihat pada tanda-tanda yang menjurus ke arah itu, tidak mustahil PRU 13 yang berbaki sedikit masa lagi bakal menyaksikan PKR tampil dalam keadaan agak tempang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jenice Lee Salah Guna Kuasa - Ketua Biro Aduan DUN Teratai

Posted: 22 Mar 2013 05:53 AM PDT

Rafizi hilang cool bila ditanya mengenai video Datuk T?

Posted: 22 Mar 2013 05:39 AM PDT

SAMAN!!SAMAN!!SAMAN!!

Posted: 22 Mar 2013 01:40 AM PDT

u cakap, i saman..


Peguam Anwar Ibrahim berkata,anak guamnya akan menyaman sesiapa saja yang memfitnah beliau sehingga bankrap. Garang betul bunyi amaran dia tu.

Cuma saya mahu tanya kepada peguamnya,macam mana pula tentang anak guamnya yang tak habis-habis memfitnah pemimpin, menghasut rakyat supaya mengikutnya ke jalan yang songsang?


Itu apa pula tindakan peguamnya? Duduk diam saja?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>