Belantan |
- BPR siasat dakwaan Murad..!!! Rakyat hendak tahu bagaimana hasil siasatan kes ini?
- Usah Silap Pilih Lagi?
- Jacel Kiram fitnah Aquino ikut 'telunjuk' Sultan Ibrahim!
BPR siasat dakwaan Murad..!!! Rakyat hendak tahu bagaimana hasil siasatan kes ini? Posted: 22 Mar 2013 07:35 PM PDT Berita Minggu, 31 Oktober 1999 SEREMBAN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Kementerian Kewangan mula menyiasat dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun induk bank berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya. BPR sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu bagi membolehkan siasatan dijalankan. Siasatan diketuai Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris. Di SUNGAI PETANI, Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin, berkata siasatan itu penting untuk memastikan siapa yang bersalah supaya tindakan terhadap mereka dapat diambil. Menurutnya, siasatan itu juga dapat membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan Abdul Murad terhadap Anwar yang disertakan Akuan Berkanun dengan ikrar di hadapan Persuruhjaya Sumpah. "Surat sumpah bukan boleh main-main, saya percaya seseorang tidak akan buat surat sumpah kalau tidak ada bukti," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan dan beras kepada 388 keluarga mangsa banjir di kawasan Parlimen Merbok dekat Sungai Petani semalam, Daim berkata, jika dakwaan berkenaan tidak benar, pihak terbabit boleh mengambil tindakan terhadap Abdul Murad. Beliau juga berkata, siasatan perlu bagi memastikan semua kakitangan Bank Negara bekerja cekap, amanah, bertanggungjawab dan tidak ada penyelewengan. Sementara itu, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Zaki Husin menyifatkan setiap perenggan dalam akuan bersumpah Abdul Murad adalah maklumat mengenai rasuah. BPR menganggap pengakuan Abdul Murad tidak seperti maklumat biasa kerana dakwaannya adalah maklumat akuan bersumpah. Esok, Ahmad Zaki akan mempengerusikan mesyuarat dengan pegawainya untuk menentukan bidang tugas pasukan penyiasatan itu. "Tindakan pertama ialah memangggil Abdul Murad bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kenyataannya dalam akuan bersumpah itu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sehari BPR bersama wargatua di Rumah Seri Kenangan di sini, semalam. Khamis lalu, Abdul Murad melalui akuan bersumpahnya mendedahkan salah laku bekas Timbalan Perdana Menteri, termasuk mempunyai akaun induk berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya. Selain individu, turut dikaitkan dengan Anwar dalam akuan bersumpah itu ialah beberapa pertubuhan bukan kerajaan. Ahmad Zaki mengakui bahawa berdasarkan akuan bersumpah itu, kes itu rumit kerana membabitkan banyak bank dan pengendalian akaun, termasuk akaun induk seperti yang disebutkan dalam akuan bersumpah. Selain itu, katanya ada banyak dakwaan dan ramai orang terbabit menyebabkan BPR akan membuka lebih daripada satu fail dalam siasatan itu. Walaupun rumit, katanya BPR yakin dapat mengendalikan kes itu kerana mempunyai pengalaman mengendalikan kes rasuah yang rumit sebelum ini, malah membawa kes itu ke mahkamah. Beliau berkata, BPR akan mendapatkan bantuan pakar, termasuk dari Bank Negara dan Kementerian Kewangan untuk memberi khidmat nasihat dalam aspek siasatan. Selain itu, kerjasama daripada nama mereka yang disebut dalam akuan bersumpah itu juga penting. Menurutnya, penyiasatan ditumpukan terhadap aspek rasuah yang terkandung dalam akuan bersumpah. "Saya fikir hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Jadi kami akan menyiasat setiap aspek itu," katanya. Mengulas beberapa pihak yang dinyatakan dalam akuan bersumpah itu berada di luar negara, katanya, BPR akan mendapat kerjasama agensi terbabit di negara berkenaan. Sebagai contoh jika di Amerika Syarikat, katanya BPR akan mendapatkan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan mungkin Polis Antarabangsa (Interpol). "Untuk tujuan bukti, BPR akan merujuk kepada Peguam Negara untuk mengaturkan bagaimana keterangan itu boleh dibawa ke mahkamah negara ini," katanya. Sementara itu, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa BPR tidak bebas menjalankan siasatan itu. Sejak tujuh bulan saya menjadi Ketua Pengarah, tidak ada sesiapa yang mencampuri siasatan BPR. Tidak ada masalah, tidak timbul isu menyatakan BPR tidak bebas dalam siasatan. "Saya tidak kata maklumat dalam akuan bersumpah itu maklumat betul atau palsu. Tidak tahulah betul atau tidak. BPR apabila menerima maklumat tidak mempunyai pilihan, kita akan menyiasat," katanya. Beliau berkata, masalah sebenar yang dihadapi ialah orang ramai yang mempunyai maklumat penting tidak mahu membantu BPR menyebabkan agensi itu disangka tidak menjalankan kerja. Dalam kes Abdul Murad, katanya tidak ada siapa menyangka bekas Penolong Gabenor itu akan berbuat demikian. "Mengapa tidak dulu lagi datang berjumpa kita. Kalau dari dulu pun, BPR siasat juga. Begitu juga dengan orang lain yang mempunyai maklumat, mengapa tidak datang," katanya. Komen : Dimana hasil siasatan kes ini? Sudah lebih 10 tahun rakyat menunggu, BPR pun sudah ditukar kepada SPRM, namun mengapa sampai sekarang diam membisu? Suara Politik Belantan |
Posted: 22 Mar 2013 07:41 AM PDT Cadangan projek Datum Jelatek di Taman Keramat menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan. Beberapa buah negeri yang terlepas ke tangan pembangkang sekarang memperlihatkan kepada kita betapa negeri-negeri itu seolah-olah seperti tidak ada pentadbirnya. Inilah akibat kesalahan kita yang tersilap memilih pemimpin yang pada mulanya kita sangka boleh dipercayai tetapi sebenarnya mereka 'tidak tahu apa-apa'. Kita lihat dengan mata kepala kita sendiri seorang Ahli Dewan yang dipilih di kalangan orang 'yang tidak cerdik', telah tidak dapat memahami penghinaan yang dilontarkan kepada seorang pemimpin negeri. Mengatakan seorang itu 'hitam pekat' bererti kita telah menyentuh peribadinya di mana Tuhan telah menganugerahkan beliau begitu. Di Pulau Pinang misalnya, rakyatnya telah memilih sebuah kerajaan yang mereka anggap boleh dipercayai dapat membelanya apabila keadaan 'payah' timbul di kalangan mereka tetapi apa yang terjadi timbul kegelisahan akibat salah tadbir. Dahulu penduduk Pulau Pinang dipayungi dengan suasana aman tenteram. Kegelisahan tidak wujud. Demonstrasi, bawa poster itu, bawa poster ini kerana membantah dasar kerajaan jarang berlaku tetapi sekarang saban hari ada pihak yang tidak puas hati. Kenapa hal ini terjadi? Kerana kita salah pilih, kerana penduduk-penduduknya konon mahu berubah angin. Ternyata 'angin baharu' itu mengandungi 'angin puting beliung'. Satu contoh lagi ialah dahulu penduduk-penduduk Taman Keramat, Kuala Lumpur berpuluh-puluh tahun menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Pusat bandar Taman Keramat itu disediakan dengan pejabat pos, kedai runcit juga kedai makan. Di sekeliling flat itu ada orang berjualan untuk sarapan dan lain-lain. Di kawasan itu juga ada satu stesen minyak Petronas. Para penduduk yang memerlukan barang-barang makanan, air minum dan lain-lain lagi boleh terus sahaja ke stesen minyak ini di mana semua keperluan orang ramai ada dijual di situ. Tetapi sekarang semuanya sudah musnah. Semua kemudahan itu sudah tidak ada lagi. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan restu kerajaan Selangor telah merobohkan semua bangunan yang ada di kawasan tersebut. Kerajaan Selangor mahu membina satu bandar baharu dengan nama Datum Jelatek. Penduduk bukanlah anti-pembangunan, tetapi sebelum bertindak merobohkan bangunan itu pihak-pihak ini hendaklah menyediakan kawasan sementara bagi para peniaga dan penjaja di situ. Penghuni flat, para peniaganya termasuk beratus-ratus orang peniaga kecil di bazar Taman Keramat telah diberi notis tanpa diberi kawasan tempat sementara untuk mereka berniaga. Walaupun para peniaga itu diberi pampasan tetapi mereka dihalau bagai kambing keluar dari reban kambing atau pun ayam dihalau dari reban ayam. Para peniaga di situ sudah mencadangkan supaya dibina rumah kedai sementara yang tidak jauh dari situ iaitu kawasan letak kereta, tetapi MPAJ dan PKNS langsung tidak memperdulikan rayuan dan cadangan itu. Mereka memperlihatkan kesombongan terhadap para peniaga itu. Sebahagian daripada peniaga dan penjaja pisang goreng, nasi lemak, lontong, nasi goreng, keropok lekor dan macam-macam lagi terpaksa mencari tempat sendiri. Mereka membuka gerai di tepi-tepi longkang, di tembok-tembok di tepi jalan untuk sesuap nasi untuk anak-anak yang masih kecil dan bersekolah. Kerajaan negeri langsung tidak mengambil tahu, dan tidak mempedulikan nasib mereka. ''Itu engkau punya pasallah. Engkau nak hidup, pandai-pandailah bawa diri." Barangkali itulah anggapan sesetengah pegawai MPAJ dan kerajaan negeri. Begitulah akibatnya salah pilih pemimpin, membiarkan orang tidak cerdik mentadbir dan membicarakan masalah-masalah yang berhubung kait dengan kepentingan orang ramai. Penduduk Taman Keramat khususnya, perlulah berfikir semula, wajarkah pentadbir yang seperti ini diangkat semula untuk mentadbir negeri ini dalam pilihan raya umum akan datang? Dulu kita sudah ada satu kerajaan dan pemimpin yang dipercayai, kemudian kita menganggapnya sebagai 'tidak betul'. Kita pilih pemimpin dan kerajaan lain untuk memimpin kita. Lalu kita lihat sendiri akibatnya. Memanglah dulu ada yang tidak betul. Ada itu dan ada ini tetapi orang-orang jenis ini sudah pun disingkirkan supaya tidak menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging. Kita sebagai orang Melayu/Islam tidak harus membiarkan orang-orang yang tidak cerdik memimpin umat, menguruskan negara dan memerintah rakyat. Justeru janganlah kita tersilap pilih lagi. Fikir-fikirkan lah! Suara Politik Belantan |
Jacel Kiram fitnah Aquino ikut 'telunjuk' Sultan Ibrahim! Posted: 22 Mar 2013 12:43 AM PDT Anak perempuan ketua kumpulan pengganas Jamalul Kiram III, mendakwa Presiden Filipina, Benigno Aquino III menuruti nasihat seorang Sultan dari Malaysia dalam menangani krisis di Sabah. Akhbar Filipina melaporkan Jacel Kiram mempersoalkan mengapa Istana Malacanang mengikut 'telunjuk' Sultan Ibrahim Ismail (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) yang merupakan Sultan Johor berhubung krisis tersebut. Dia turut mengkritik Aquino memihak kepada rakyat Malaysia dan kenyataan Presiden Filipina itu yang dilihat menyokong kepentingan Malaysia. "Berdasarkan sumber Istana Malacanang, Sultan Ibrahim dan ayahanda baginda, Sultan Mahmud Iskandar (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) pernah tinggal bersama Aquino dan keluarganya di Boston, Massachusetts pada 1970-an. "Siapakah baginda (Sultan Ibrahim) kepada anda? Adakah baginda bertanggungjawab mengapa Presiden tidak mendengar sebarang nasihat jururunding politiknya," katanya pada satu sidang media, semalam. Jacel mendakwa, Sultan Ibrahim merupakan jururunding yang memberi nasihat kepada Presiden Filipina itu. "Hubungan rapat Presiden dengan Sultan Ibrahim yang merupakan sekutu rapat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad juga menjelaskan mengapa kenyataan dan tindakan Aquino kelihatan pro-Malaysia," katanya. Sementara itu, jurucakap kerajaan, Edwin Lacierda pula berkata, ini merupakan kali pertama beliau mendengar nama Sultan Ibrahim. "Kiram sering mengeluarkan kenyataan yang samar-samar, penuh sindiran, menuduh orang lain tetapi tidak pernah melihat kesalahan mereka. "Bagaimana seseorang mahu melihat kerajaan akan menyokong pendekatan bersenjata dalam satu isu yang berlaku sejak kurun ke-19. "Dalam usaha untuk menuntut sesuatu yang didakwa milik mereka, mereka menggunakan pendekatan bersenjata dan kini tindakan mereka mengakibatkan kehilangan nyawa, mereka menyalahkan semua orang kecuali diri mereka sendiri," katanya. - AGENSI Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |