Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


Yuktes Vijay : Kisah Sebenar Kes Sodomi II Anwar?

Posted: 21 Mar 2013 05:33 PM PDT



Yuktes Vijay– Saya membaca dengan marah apabila membaca berita kemasukan bapa Saiful ke dalam PKR. Saya sudah tahu dari awal lagi bahawa parti tersebut tidak mempunyai integriti tetapi berita terkini ini jelas menjatuhkan lagi kredibiliti parti itu. Saya pernah bekerja dengan barisan peguam Anwar sepanjang kes Sodomi 2 dan terlibat dari A-Z dalam perbicaraan tersebut.

Apabila saya kata dari A-Z bermaksud dari mesyuarat dengan pakar forensik dan DNA seterusnya mengkaji dokumen-dokumen kes undang-undang untuk hujahan. Saya terlibat dalam keseluruhan proses. Saya tidak berhasrat untuk menamakan peguam tersebut kerana saya sangat memujanya sebagai mentor saya dan tidak mahu beliau diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan saya ini.

Kenapa Anwar tidak memberi keterangan ?

Anwar sentiasa mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil. Kebenaran sebenar adalah beliau tidak pernah mempunyai keberanian untuk memberi keterangan dari kandang saksi. Beliau tidak akan mampu menahan segala soalan yang akan dilontarkan oleh Datuk Yusoff (pendakwaraya) yang kini berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya penyokong-penyokong Pakatan merasa sangsi, kenapa tidak cuba bertanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan sebenar, boleh diterima pakai dan tidak dipersoalkan logik jawapannya.

* Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik meminta Ketua Kakitangan beliau, Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke pagsapuri tersebut bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang boleh ke sana;

* Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk memasuki pangsapuri tersebut iaitu "Mokhtar," nama ketua pegawai keselamatan dan juga adik ipar kepada Anwar?;

* Keterangan video yang dihantar ke makmal-makmal Gandhi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri tersebut, jadi kenapa kehadiran Saiful di pangsapuri itu dipertikaikan;

* Kenapa Saiful diberikan keistimewaan; diberikan bilik khas, keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara sedangkan beliau adalah seorang kakitangan baru;

* Pembantu Anwar terbaru, Najwan Halimi sebelum ini pernah menghantar emel kepada Anwar dan memberitahu kecenderungan Saiful terhadap BN. Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar?

Pasukan pembelaan Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala serangan oleh pihak pendakwaan, maka, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak memberi keterangan dari kandang saksi dengan memberi alasan bahawa beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil. Anwar berjaya memperdaya, menipu dan membohongi rakyat dengan lagaknya seperti Mandela. Beliau bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang bijak.

Dana untuk pakar-pakar luar negara

Faktor yang sangat mengejutkan di sini adalah tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan yuran untuk membayar pakar forensik, Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah dibayar upah yang sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di sini, mereka menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.

Dari manakah sumber kewangan untuk membayar penginapan tersebut ? Adakah Anwar yang membayar dengan duit poket beliau sendiri? Tidak, malahan beliau juga tidak membayar yuran guaman peguam-peguam beliau.

Sebenarnya, ada Datuk-Datuk yang kaya yang membiayai Anwar Ibrahim. Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya tidak akan menyatakan namanya.

Masalahnya sekarang jika PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan perkahwinan anak Perdana Menteri, kenapa tidak dipersoalkan dana untuk membayar pakar-pakar luar negara tersebut ? Sekiranya seorang bekas banduan dan ketua pembangkang ada Datuk-Datuk untuk membiayai kos guamannya, apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang membiayai perkahwinan anak PM ?

Saiful

Saya tidak tahu banyak perkara tentang Saiful. Apa yang saya boleh katakan di sini, dia tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana pegawai penyiasat, Jude Perreira mengabaikan protokol Jabatan Kimia dan menjalankan tugas mengikut cara beliau sendiri.

Kesan DNA Anwar ada dalam rektum dia (Saiful). Apa yang menghalang hakim untuk mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan "break in the chain of evidence." Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap.

Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum Saiful. Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan.

Oleh itu, hakim tidak ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.

Kesimpulan

Anwar adalah seorang penipu tegar. Beliau mempergunakan bapa Saiful untuk meraih undi. Kita semua sedia maklum, setelah beliau dibebaskan, beliau sudah hilang sedikit 'tarikan' kerana beliau sudah tidak ada apa untuk disuarakan lagi. Saya benar-benar berharap agar beliau menyaman saya supaya saya dapat membuktikan apa yang telah saya sebutkan di sini.

Ingat Anwar Ibrahim, saya membesar dengan memujamu. Saya tahu modus operandi kamu dan saya juga pernah bercita-cita untuk menjadi seperti kamu. Biar semua orang melihat Anwar Vs Anwar Klon (saya) beraksi. Ingat lagi semua emel-emel, Astroboy? Saya ada semua. Saya cabar kamu!

Penulis, bekas Anwarista terlibat dalam kes Sodomi 2 Anwar sebagai salah seorang peguambela

Suara Politik
Belantan

Anwar Mengaku Jumpa Nur Misuari?

Posted: 21 Mar 2013 06:40 AM PDT



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengaku berjumpa dengan bekas Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro), Nur Misuari namun tidak menjelaskan lanjut isi perbincangan pertemuan tersebut.

"Kebanyakan pemimpin kerajaan bertemu Misuari. Misuari adalah bekas gabenor Mindanoa. Jangan lupa itu. Dia adalah bekas gabenor yang dipilih di Selatan Filipina.

"Jadi, apa salahnya, saya bermesyuarat (dengan Misuari). Misuari pernah dijemput secara rasmi oleh kerajaan, EPU, Perbendaharaan, Perdana Menteri.

"Jadi sekarang UMNO mempergunakan (pertemuan ini) untuk menentang saya, "katanya dalam sidang media yang dirakamkan media Pakatan Rakyat, mediarakyat.



Pertemuan-pertemuan pemimpin kerajaan dengan Nur Misuari yang dinyatakan Anwar di atas berlaku sekitar tahun 1996 hingga 2001 ketika bekas ketua MNLF menjadi gabenor Mindanao.

Anwar sendiri seperti didedahkan Mymassa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah berjumpa dan berpeluk dengan Misuari.

Hubungan rasmi Misuari dengan Malaysia terputus apabila beliau dilucutkan menjadi gabenor Mindanoa pada tahun 2001. Malah Pentadbiran Presiden Gloria Macapagal-Arroyo menuduh Misuari seorang yang korup dan salah guna kuasa semasa menjawat jawatan gabenor Mindanao.

Philstar.com turut melaporkan Misuari merupakan dalang yang melancarkan gerakan gerila bersenjata dari kumpulan serpihan MNLF yang masih setia kepadanya dengan menyerang ibu pejabat Tentera Darat di Jolo, Sulu yang menyebabkan kematian kira-kira 100 orang.

Laporan itu menyebut serangan dilakukan pada hari ketiga bulan Ramadan, sebagai usaha untuk mewujudkan suasana kacau bilau dan menganggu pilihanraya di Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM) yang dijadualkan pada 26 November 2002, dengan harapan Misuari dilantik semula menjadi gabenor untuk memulihkan pemberontakan itu.

Setelah gagal dalam serangan tersebut, Misuari melarikan ke Malaysia dan ditangkap di Pulau Jampiras, Sabah kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah.



Misuari marah dengan penangkapannya itu dan mula berdendam terhadap kerajaan Malaysia, lapor tausug-global.blogspot.com

"Prof Nur Misuari pada awalnya sangat baik perhubungannya dengan Malaysia. Tetapi setelah beliau disumbat dalam tahanan selepas penangkapannya beberapa tahun lalu yang dilakukan oleh Malaysia menyebabkan beliau memusuhi kerajaan Malaysia selepas itu. Terutamanya kerajaan dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Muhammad yang mana bertanggungjawab penuh terhadap penangkapan Prof Nur yang beliau anggap sebagai "penganiayaan terhadap saudara sendiri".

"Kemarahan Prof Nur semakin bertambah ketika Malaysia mengenepikan beliau bersama MNLFnya dengan termeterainya perjanjian MILF-GPH (The Government of the Philippines) baru-baru ini. Hanya satu jalan buat kerajaan Malaysia ialah mengadakan pertemuan dengan Prof Nur dan MNLFnya untuk redakan kemelut yang semakin meruncing ini. Kerana, dibimbangi selepas ini Prof Nur dan kumpulan-kumpulan tertentu akan membuat gerakan Tuntut Sabah sebagaimana yang beliau suarakan selepas dibebaskan dalam tahanan.

"Secara kasar kita melihat Prof Nur memanaskan kes tuntutan terhadap Sabah ini adalah kerana dendamnya terhadap peristiwa lalu yang dilakukan oleh Malaysia terhadap dirinya. Sebelumnya kita melihat beliau didampingi oleh Sultan Fuad Kiram, seorang Sultan boneka Malacanang berwarganegara Filipino. Mereka menyuarakan bersama untuk menuntut Sabah untuk diserahkan kepada Filipina.

"Kemudian beberapa ketika kemudian terdengar desas-desus bahawa Prof Nur rapat pula dengan Sultan-Sultan boneka dari anak-anak Datu Punjungan iaitu Sultan Jamalul III dan Sultan Esmail II tetapi juga dilaporkan gagal. Beliau nampak berusaha untuk melakukan satu gabungan yang boleh menghasilkan impak. Impak itu ditujukan kepada siapa sudah pun jelas,"lapor tausug-global.

Pada tahun 2007, Wikileaks mendedahkan Misuari masih marah terhadap Malaysia kerana menahan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Filipina pada Januari 2002

Misuari dilaporkan berkata kepada seorang pemimpin kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP), Mejar Jeneral Ben Dolorfino bahawa apabila tiba masanya, MNLF mungkin akan menyerang Sabah pada pukul 5 pagi dan mengambilalihnya pada pukul 7 pagi.

Kabel itu turut mendedahkan bahawa Dolorfino pernah memberi komen tentang kebimbangan Malaysia terhadap niat Nur Misuari itu yang masih mempunyai beratus pengikut di negeri itu.

"Malaysia juga bimbang mengenai hubungan beliau dengan pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai 'rakan lama' Nur Misuari," menurut kabel itu.



Pada 17 Julai 2012, twitter kelab penyokong Anwar, AICMalaysia menyiarkan foto pertemuan Anwar Misuari yang dianggap agak luar biasa kerana pertemuan di antara Ketua Pembangkang Malaysia dengan bekas Ketua MNLF yang tiada berjawatan di Mindanoa lagi.

Anwar masih menyembunyikan intipati pertemuan pada Julai 2012 itu, namun seorang peguam Filipina, Jess Dureza, mendedahkan pertemuan itu adalah untuk membincangkan isu 'pembersihan IC' di Sabah yang akan mengugat kemasukan pendatang haram khususnya kaum Sulu ke negeri itu.

"Ya. Mereka membincangkan tentang isu 'pembersihan IC' di Sabah. Namun, keputusan perbincangan itu masih tidak jelas", katanya ketika menulis di panaynewsphilippines.com bertajuk "Lift Sabah food blockade"

Mymassa melaporkan pertemuan Anwar-Misuari pada Julai 2012 bukan kali terakhir, malah disusuli dengan pertemuan dan perbualan sebelum berlakunya pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 9 Februari 2013. -AIDC

Suara Politik
Belantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710