Cucu Tok Selampit |
Posted: 19 Mar 2013 10:13 PM PDT Garu kepala CTS yang tidak gatal apabila melihat salah satu poster dan banner Pakatan Haram apabila mengambil dua pelajar-pelajar Tadika Kemas sebagai model untuk kempen mereka. Lihat kedua-dua pelajar di sebelah kanan Wan Azizah yang memakai pakaian seragam Tadika Kemas. Apakah poster ini terlepas pandang atau Wan Azizah mengiktiraf Tadika Kemas yang diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini? Kenapa tidak diambil model-model kanak-kanak daripada pelajar-pelajar Taska PASTI yang dipelopori oleh rakan sekutu mereka dari parti PAS? Umum mengetahui beberapa kali Kerajaan Pakatan Haram di Selangor, Pulau Pinang dan Perak (zaman pemerintahan Nizar The Puppet) cuba untuk mengusir pelajar-pelajar Kemas setelah mereka berjaya membentuk Kerajaan selepas 2008. Tidak percaya? Rakyat tidak pernah lupa. Lihat kejadian-kejadian berkenaan dilaporkan di sini, di sini dan di sini. Apakah poster di atas untuk menebus dosa atau poster di atas lebih kepada sandiwara dan wayang yang kerapkali dimainkan oleh Pakatan Haram? |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |