Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- Rafizi Tuduh UMNO Bagi IC Azzimuddie Tahun 1975. Tahun Bila UMNO Masuk Sabah?
- BERITA TERKINI:PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIBUNUH PENGIKUT SENDIRI
- Update Lahad Datu : LAPAN SUSPEK RAKYAT FILIPINA DIDAKWA LANCAR PERANG TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG
- Santai Petang : Akibat Memilih Dinosaur Politik Jadi Pemimpin
Rafizi Tuduh UMNO Bagi IC Azzimuddie Tahun 1975. Tahun Bila UMNO Masuk Sabah? Posted: 20 Mar 2013 09:09 PM PDT Artikel dari laman web Rafizi yang kononnya bijak bistari. Cakap banyak tak guna. Cuma MyMassa nak tanya Rafizi yang tak habis-habis nak salah kan UMNO. 1.BILAKAH UMNO MASUK SABAH? 2.ADAKAH TUN MAHATHIR DAH JADI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 1975? 3.ADAKAH MENJADI KESALAHAN KEPADA KERAJAAN JIKA SEORANG RAKYAT MALAYSIA MELEPASKAN KEWARGANEGARAANNYA UNTUK MENJADI RAKYAT NEGERI LAIN SEDANGKAN WAKIL RAKYAT DAP, PHEE BOON POH (ADUN SUNGAI PUYU) JUGA SEORANG PENDUDUK TETAP NEW ZEALAND SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA OLEH AKHBAR CINA? Ini baru 3 soalan asas. Ada 20 lagi soalan yang akan menyusul sekiranya Rafizi dapat jawab soalan ini. Harap UMNO boleh saman Rafizi kerana menfitnah UMNO sebagaimana Tian Chua disaman. *Kesian tengok Rafizi yang buta sejarah. Masa Azzimudie jadi ADO, si Rafizi ni pun tak lahir lagi! | ||
BERITA TERKINI:PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIBUNUH PENGIKUT SENDIRI Posted: 20 Mar 2013 07:28 AM PDT
Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya. Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi. Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri. Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri. Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi. Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang. Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja. SALAH PERKIRAAN Rancangan Pengganas Azumudie ialah, apabila dibubarkan sahaja Parlimen pada 28 Februari 2013 atau 1 Mac 2012, mereka akan melakukan serang hendap ke atas kedudukan strategik seperti Balai Polis Lahad Datu dan Balai Polis Semporna. Rancangan asal mereka ialah untuk mencolek seberapa banyak tokoh-tokoh politik untuk dijadikan tebusan dalam tuntutan mereka kelak. Pada 19 Februari 2013, mereka mula menaikkan bendera kononnya kerajaan Jamalul Kiram di pesisir Kg. Tandou, Tg. Batu, Tg. Labian dan sekitar Sungai Nyamuk. Mereka mula berlatih berkawad. Namun begitu, berlaku kesilapan apabila Parlimen tidak dibubarkan pada masa mereka mendarat. Di pihak Anwar, kesilapan turut berlaku bila mana Rancangan Anwar mahu melihat Porak-Peranda berlaku di Lahad Datu menjelang Pembubaran Parlimen pada 1 Mac 2013 tidak menjadi. Anwar mendapat maklumat yang tidak tepat tentang tarikh pembubaran parlimen. Anwar tahu, untuk berkuasa beliau mesti Menghuru-harakan Sabah kerana Sabah merupakan Fix Deposit BN. Anwar tahu jika PRU13 Digantung di Sabah, Anwar yakin untuk menang di Semenanjung. Perancangan Anwar semakin parah apabila Presiden Filipina dan Agensi Risikan Filipina menemui Bukti pembabitan Anwar dalam insiden di Lahad Datu. Ianya merupakan proses "give and take" dan "win-win situation" antara pihak ANwar dengan pihak Jamalul Kiram (melalui Nur Misuari). Kesilapan semakin besar apabila, orang kanannya Tian Chua melakukan Kesilapan awal bilamana memperolok dan memperlekeh insiden di Lahad Datu sebagai "Sandiwara". Malang kepada mereka, apabila hari ini di mana saja Tian Chua pergi Rakyat Bangun menentangnya dan menghalaunya. Bersambung... | ||
Posted: 20 Mar 2013 05:30 AM PDT LAPAN SUSPEK RAKYAT FILIPINA DIDAKWA LANCAR PERANG TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG Lahad Datu, 20 Mac - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) Datuk Nordin Ahmad, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Mohd Dusuki memberitahu pemberita, kes itu diperintahkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau. Katanya kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Turut hadir Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Kawasan sekitar ibu pejabat polis tersebut dikawal ketat oleh anggota keselamatan bersenjata. BERNAMA Sumber : www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia *Ini yang Tian Chua cakap sandiwara ni. | ||
Santai Petang : Akibat Memilih Dinosaur Politik Jadi Pemimpin Posted: 20 Mar 2013 03:58 AM PDT Karya terbaik dari blog Pistol Nakal (http://pistolnakal.blogspot.com/2013/03/panas-gambar-yang-selalu-keluar-sebelum.html). *Jom ramai-ramai 'LIKE' FB Pistol Nakal (https://www.facebook.com/pistoldanakal). |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |