DARUL EHSAN TODAY |
Anwar Mengaku Sukar Menjawab Orientasi Seksnya... Posted: 20 Mar 2013 10:00 PM PDT Baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik ke Youtube iaitu wawancara rangkaian radio BFM dengan Anwar Ibrahim pada 1 Mac 2013, menyaksikan bagaimana Anwar berbelit-belit dan berpusing-pusing untuk memberi jawapan kepada soalan mudah yang dikemukakan iaitu "apakah orientasi seks anda?" Anwar jelas tidak mampu menjawab sama ada beliau lelaki normal iaitu heteroseksual (straight), atau homoseksual atau biseksual secara terus terang. Sebaliknya, beliau menjawab ala penglipur lara di mana kisah bermula apabila beliau telah difitnah oleh UMNO dan didakwa sebanyak dua kali tetapi ternyata tiada bukti kukuh untuk mensabitkannya ke atas tuduhan itu. Sedangkan, hakikatnya, dalam kes pertama, ketiga-tiga hakim bersetuju bahawa beliau terlibat dalam aktiviti liwat tetapi tidak dapat disabitkan kesalahan atas sebab mangsa tidak dapat mengingati tarikh dengan tepat. Anwar kemudian memberitahu bahawa beliau seorang suami dan bapa kepada sebuah keluarga yang bahagia. Ini juga tidak boleh digunakan sebagai jawapan kerana dalam kebanyakan kes, seorang homoseksual turut mempunyai keluarga yang normal bagi menutup aktiviti songsang mereka. Jelas sekali si-pengacara juga tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar dan meminta jawapan yang pasti. Tetapi Anwar hanya menjawab yang ianya tidak relevan atas alasan kononnya isu tersebut berbangkit kerana propaganda politik UMNO. Tambahnya lagi, isu orientasi seks seseorang adalah soal peribadi dan jika ingin mendakwa seseorang atas tuduhan tersebut perlu ada bukti konkrit di mana dalam kesnya, tidak ada - kononnya. Selain itu, apa yang lebih menarik ialah Anwar juga menegaskan yang beliau tidak mahu mendiskriminasikan golongan songsang. Nampaknya, sehingga ke akhirnya, selama lebih 2 minit menunggu jawapan untuk soalan mudah itu, si pengacara tetap tidak mendapat jawapan yang pasti dari Anwar. Bagaimanapun, Anwar di akhirnya, telah membuat pengakuan bahawa bahawa soalan yang dikemukakan adalah sukar untuk dijawab. Ini tentulah pelik sekali kerana jika diikuti dari mula, soalan-soalan yang dikemukakan adalah biasa-biasa sahaja iaitu tentang pencerobohan Lahad Datu, isu kad pengenalan di Sabah, isu DEB dan isu homoseksual. Tiada satu pun isu yang memerlukan analisis, kajian, angka atau fakta tepat kerana ia hanya menyentuh secara umum – sekurang-kurangnya itulah yang dilakukan oleh Anwar, iaitu menjawab secara umum tanpa kupasan atau perbincangan terperinci. Secara dasarnya, semuanya merupakan isu yang sedang berbangkit dan menjadi topik perbincangan politik semasa yang mana seorang yang terlibat secara langsung dalam isu-isu tersebut, seperti Anwar, seharusnya merasa selesa membincangkannya kerana mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenainya. Apatah lagi soalan berkenaan orientasi seksnya sendiri. Mana-mana lelaki Muslim yang normal pasti tersentak dan tercabar untuk mengesahkan secara jelas dan pasti bahawa beliau berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak mungkin mengamalkan seks songsang. Namun, itulah hakikatnya iaitu Anwar tidak mampu menjawab dengan baik serta menganggap soalan-soalan yang dikemukakan sebagai sukar walaupun di permulaan wawancara menegaskan yang beliau merupakan pelajar lepasan menengah yang cemerlang dan berjaya masuk ke Universiti bukan kerana kuota yang diperuntukkan oleh DEB. Entahlah, mungkin Anwar bercakap benar mengenai kelayakannya, tetapi apa yang kita tahu, trend di zaman itu, mereka yang memasuki bidang sastera atau pengajian Melayu seperti Anwar, adalah kerana keputusan HSC mereka tidak cukup baik untuk melayakkan diri ke bidang lain. Dalam ertikata lain, antara yang tercorot. Malah, kita juga tahu bahawa di Universiti, Anwar hanya lulus cukup-cukup makan, itupun setelah beberapa kali mengulang. Justeru, tidak hairanlah jika Anwar si-pelajar corot ini, mendapati soalan-soalan biasa tadi sebagai sukar. Persoalannya, apakah rakyat Malaysia sanggup menerima seorang yang tidak mampu menjawab soalan mudah dengan baik, sebagai Perdana Menteri? Mampukah beliau mentadbir dan menangani masalah negara dengan hanya bercakap berbelit-belit dan berpusing-pusing keliling? Sanggupkah kita, umat Islam sekalian, mengangkat seorang Perdana Menteri yang 'kurang pasti' dan 'tidak suka' dengan ajaran Islam yang menyatakan amalan LGBT itu berdosa besar, haram dan dilaknat? |
Bar Council Bela Lanun Sulu Yang Bunuh Anggota Keselamatan Kita... Posted: 20 Mar 2013 07:00 PM PDT Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah. Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit akan mula di dakwa bermula 20 Mac 2013. Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang terbabit. Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri. Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan untuk membela kesemua individu tersebut. Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila dunia luar mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan dengan para pengganas. Bagaikan sudah tabii semula jadi Majlis Peguam, pantang ada sahaja yang di tahan atas pelbagai kesalahan maka di situlah mereka segera muncul menawarkan bantuan kepakaran guaman mereka. Semuanya atas alasan hak asasi manusia. Waima bila ada segelintir individu mahu murtad dari agama Islam pun mereka bersedia membelanya konon demi hak kebebasan individu, jadi apa sangatlah bila Majlis Peguam tergamak membuat kerja gila untuk turut sama membantu golongan pengganas, tak gitu? Tapi persoalan besar yang perlu dijawab, layakkah golongan pengkhianat dan tali barut pengganas Sulu yang telah membunuh 10 perajurit dan perwira tanahair di beri pembelaan? Beberapa orang wira kita yang terkorban tidak hanya di tetak malah isi perut juga terburai diperlakukan. Sedemikian punya kejam pun masih ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan untuk membela rakan-rakan si pengganas Sulu, dah kemaruk sangat nak mentekedarah duit upah guaman ke? Memang betul-betul kerja gila. Sebetulnya, amat tidak perlu dan tidak kena masanya untuk Presiden baru Majlis Peguam itu membuat kenyataan rasmi mahu membela tahanan terbabit, kot ya pun terburu-buru mahu mencari publisiti murahan, tengok-tengok jugalah keadaan sekeliling. Tolonglah jaga sikit sensitiviti rakyat dan ahli keluarga kepada perajurit kita yang terkorban. Alasan kemanusiaan mungkin betul dari satu sudut tertentu, tapi kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu terhadap beberapa orang perwira kita jelas sekali tiada sedikit pun sifat kemanusiaan. Jika alasan hak asasi manusia masih juga mahu dijadikan sandaran, Majlis Peguam sepatutnya tak perlu terlibat secara rasmi atau terbuka, cukuplah sekadar menyerahkan tugasan 'kemanusiaan' itu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya sah... |
You are subscribed to email updates from DARUL EHSAN TODAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |