r b f |
- Wan Azizah Dengan Publisiti Yang Bernilai RM 5.00
- Tabung Jihad
- Mereka Gaduh Lagi....
- Video: Masyaallah...Soalan Semudah Itu Anwar Tak Boleh Jawab
- Nak Tahu Apa Sumbangan Pas Terhadap Islam Di Selangor ? Jom Baca...
Wan Azizah Dengan Publisiti Yang Bernilai RM 5.00 Posted: 19 Mar 2013 05:40 AM PDT Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew baru-baru ini menyiarkan wawancara eksklusif dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu-isu semasa dan pilihanraya yang menjelang tiba. Tidak perlu diulas panjang mengenai pandangan Wan Azizah kerana ianya sudah dapat dibaca iaitu segala-galanya yang dibuat kerajaan adalah buruk dan pembangkanglah yang terbaik, selain suaminya sebagai manusia paling suci di dunia yang tidak henti-henti menjadi mangsa penganiayaan kerajaan. Semua tuduhan adalah palsu dan semua yang berlaku adalah sandiwara UMNO termasuk insiden Lahad Datu di mana suaminya tidak terlibat langsung dan hanya bertemu Misuari untuk bersembang kosong. Pastinya, itulah jawapan standard Wan Azizah di mana-mana saja, jadi tidak perlulah sesiapa membuang masa untuk bertanya apa-apa padanya. Justeru, wawancara tersebut tidaklah berbaloi untuk dibincangkan di sini, tetapi, apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah motif Sin Chew yang jelas cenderung memberi kredit dan publisiti murah kepada Wan Azizah. Mana tidaknya, jika yang ditekankan bukanlah isu berbangkit menjelang pilihanraya tetapi mengenai sifat rendah diri dan tidak mengada-ngada yang kononnya dimiliki oleh Wan Azizah. Menurut Sin Chew, Wan Azizah tidak memakai perhiasan emas atau berlian mewah seperti sesetengah isteri pegawai tinggi kerajaan, tetapi hanya memakai mutiara palsu yang bernilai hanya RM5 seutas. Pesan kita pada Wan Azizah, agak-agaklah kalau nak menunjuk rendah diri sekalipun. Apa erti mutiara palsu RM5 seutas dengan rumah mewah berjuta dolar walaupun suami sudah tidak bekerja? Siapa yang kos sara hidup dan pelajaran anak-anak, kos ulang-alik dan penginapan termasuk perbelanjaan sampingan ke luar negara berpuluh kali setahun untuk dirinya, suami dan anak-anak? Namun, dari satu sudut, tidak mustahil Wan Azizah bercakap benar mengenai mutiara RM5nya kerana jika dikaji pendedahan berbagai pihak mengenai rumahtangganya dengan Anwar, kita akan dapati bahawa semua yang dikeliling mereka mengakui bahawa Anwar tidak pernah memberi perhatian, jauh sekali kemewahan kepada isterinya atas alasan ingin dilihat sebagai ahli politik yang baik. Tetapi, di masa yang sama, Anwar memberi segala kemewahan kepada 'anak-anak ikannya' dan juga wanita simpanannya. Antara yang telah terdedah di mahkamah ialah adik angkatnya, Suka Dermawan yang diberikan bilik khas di rumahnya sendiri serta modal yang banyak untuk membangunkan syarikat sendiri. Begitu juga Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, merangkap perempuan simpanannya, menikmati gaji yang tinggi sebagai Pengarah Syarikat tanpa perlu bekerja atau memikul apa-apa tanggungjawab, selain diberikan saham-saham dan barangan kemas sebagai hadiah. Isterinya, Wan Azizah, bagaimanapun disuruh membawa imej sederhana sahaja agar salah lakunya tidak disyaki orang. Baru-baru ini, kita didedahkan pula oleh bekas pembantu peguam Anwar, iaitu Yuktes Vijay, bahawa Anwar tidak perlu mengeluarkan sesen pun dalam kebanyakan hal kerana beliau mempunyai penaja. Jika ini benar, nampaknya Anwar mempunyai penaja dengan jumlah dana tanpa had. Logik akal, jika seseorang itu dipecat, tidak kiralah sekiranya beliau seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, tentulah kehidupannya tidak akan semewah sebelumnya, apatah lagi setelah 13 tahun berlalu. Lebih-lebih lagi apabila telah bergelar banduan. Bayangkanlah, Anwar melantik hampir 10 orang peguam setiap kali ke mahkamah. Peguamnya pula bukan calang-calang, tetapi yang sudah pun menempa nama di mana bayaran yuran mereka tentu sekali bukan calang-calang juga. Justeru, di manakah atau bagaimanakah Anwar membiayai kos guaman, kos sara hidup serta kerjaya politiknya? Segala kos ini selama berbelas tahun pasti memakan jumlah sehingga berbilion ringgit. Dengan dana yang tanpa had itu, mungkinkah Anwar begitu kejam terhadap Wan Azizah sehingga sanggup membiarkan isterinya itu memakai seutas mutiara bernilai hanya RM5? Di sebalik kekayaan Anwar dan kekejamannya terhadap Wan Azizah, jangan kita sekali-kali lupa pendedahan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam di awal tahun 2012 tentang bagaimana ketika Anwar dipenjara, Nurul Izzah ada menerima wang berjumlah USD200,000 dari Joseph Estrada, Presiden Filipina pada waktu itu, untuk membantu perjuangan pembebasan Anwar. Wang tersebut diberikannya kepada ibunya, Wan Azizah, Namun sehingga Lokman meninggalkan PKR, satu sen pun tidak dimasukkan oleh Wan Azizah ke akaun parti. Begitu juga apabila rakan Lokman, Nasir Husin, yang sama-sama ditahan ISA menerima cek berjumlah RM5 juta dari Datuk Soh Chee Wen, atas nama Wan Azizah untuk membantu parti dan Anwar Ibrahim. Tetapi, perkara sama juga berlaku di mana satu sen pun tidak diberikan oleh Wan Azizah kepada parti. Perkara ini telah didedahkan sejak tahun 2012 tetapi sehingga kini tiada siapa yang menyaman Lokman Nor Adam, walaupun Anwar terkenal dengan hobinya menyaman orang. Oleh itu,, sekiranya Sin Chew merasa 'kagum' kerana Wan Azizah sanggup memakai barang kemas bernilai RM5 ketika diwawancara mereka, maka kekaguman akhbar itu pastinya berasas. Bayangkan, walaupun keluarganya telah menyonglap berbilion ringgit, Wan Azizah tegar berlakon rendah diri dengan hanya memakai barang kemas yang tidak sampai sepuluh ringgit. Tulisan kiriman Beruang Biru |
Posted: 19 Mar 2013 02:34 AM PDT Gambar dari sebuah kedai di Kampung Batu 14,Taiping, Perak. Jihad apa ? Jihad menggadaikan kalimah Allah.... Jihad memecah belahkan masyarakat.... Jihad dengan orang yang membenarkan LGBT.... Jihad memecat orang yang menghalang murtad.... Jihad bersekongkol dengan orang yang membenarkan kebebasan menukar agama.... |
Posted: 19 Mar 2013 12:30 AM PDT Dua hari lepas saya dah tulis satu artikel pasal pergaduhan mereka.... Lihat sini Semalam mereka gaduh lagi beb..... Kerusi PAS di Bagan Serai PKR ambil.... Kerusi PKR di Gelang Patah mereka bagi DAP... Campur tolak kali bahagi sama dengan DAP GANTI PAS..... Wa....kah....kah....kah....kah....kah.....kah....kah....kah....kah.....kah....kah.... |
Video: Masyaallah...Soalan Semudah Itu Anwar Tak Boleh Jawab Posted: 18 Mar 2013 09:17 PM PDT Patutlah mereka makin meroyan apabila Datuk najib tak bubar parlimen... Makin lambat parlimen dibubarkan makin banyak pula yang keluar.... Mungkin juga semua ini adalah gerak geri daripada Allah nak tunjuk kepada rakyat Malaysia wajah-wajah manusia penipu yang berselindung di sebalik nama rakyat selama ini. Video dibawah ini sebagai bukti.... Dalam temubual itu pengacaranya bertanya soalan yang cukup mudah kepada Anwar , yang kita semua yakin budak darjah 1 pun boleh jawab kalau ditanya soalan berkenaan kepadanya. Adakah anda homoseksual atau biseksual ? Benda mudah sahaja, jawab ya atau tidak.... Tapi Anwar pusing sampai ke Bombay, Chennai , Delhi, Punjab sehinggalah ke Karachi.... Apa yang susah sangat nak jawab ? Apa yang takut sangat nak jawab ? Sebab itulah saya kata ini semua petunjuk daripada Allah....sampaikan benda yang mudah begitu pun Anwar tak boleh jawab. Selanjutnya baca apa yang ditulis oleh Dr MIM di sini |
Nak Tahu Apa Sumbangan Pas Terhadap Islam Di Selangor ? Jom Baca... Posted: 18 Mar 2013 07:58 PM PDT Sebelum Pas ada kuasa di Selangor Mat Sabu pernah kata, malam ini kita bentuk kerajaan esok pagi-pagi lagi sebelum ayam berkokok kita akan tutup kilang arak di Shah Alam. Tup...tup...tup....Pas ada kuasa di Selangor, apa yang jadi ? Seorang ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kontroversinya tersendiri, Khalid Samad kini mengambil langkah berani dan mengejutkan dengan melawat sebuah kilang arak di kawasannya. Itu satu di antara puluhan sumbangan yang dilakukan Pas dalam melaksanakan dasar islam ala partinya dalam usaha menegakkan syiar islam di bumi Selangor. Lagi sumbangan Pas dalam memartabatkkan syiar islam di bumi Selangor, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar menyokong tindakan Pas Pusat memecat Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuat kuasa serta- merta semalam. Sebab apa Hasan Ali dipecat ? Adakah kerana dia yang memurtadkan orang islam ? Bukan ! Hasan Ali dipecat kerana, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam. Lol....parti islam pecat pemimpin mereka kerana menghalang orang islam daripada dimurtadkan.... Hi...hi...hi...itulah Pas, Parti Ajaran Syaitan..... Nak tahu lagi apa sumbangan Pas dalam usaha memartabatkan syiar islam di Selangor ? Sila klik di sini |
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |