IPOHMALAY |
- Estrada Yang Mendapat Untung Krisis Lahad Datu?
- Adakah Filipina Boleh Dipercayai?
- Bahalul Kiram III Tarik Balik Gencatan Senjata, Seru Perang Gerila Ke Atas Pasukan Keselamatan Malaysia
- P 063 Tambun Kini Berjumlah Lebih 88,300 Pengundi, Kedua Tertinggi Di Perak
- HOT! Nik Aziz Seru Terima 'Ketempangan' Anwar Kerana Anwar Cerdik?
Estrada Yang Mendapat Untung Krisis Lahad Datu? Posted: 18 Mar 2013 08:38 AM PDT ![]() Kita lupa, Joseph Estrada mungkin sahaja mendapat untung dari kes Lahad Datu. Mari kita lihat analisis seorang pakcik di kedai kopi hujung kampung ini. Benigno Aquino sangat menyayangi perjanjian damai antara pihaknya dan MILF di Mindanao Oktober lalu yang diusahakan Malaysia. Tetapi siapa musuhnya? Siapa yang akan cuba meraih kemenangan dalam pilihanraya pertengahan penggal yang akan berlangsung pada pertengahan 2013 ini? TIDAK LAIN TIDAK BUKAN, PEMIMPIN PENUH SKANDAL YANG PERNAH DIPENJARA, JOSEPH ESTRADA , YANG MENGEPALAI UNITED NATIONALIST ALLIANCE, PARTI PEMBANGKANG TERBESAR YANG MENGGANTI UNITED OPPOSITION PADA TAHUN 2012. Siapa sahabat baiknya di Malaysia? Mengapa Joseph Estrada kerap mengecam Malaysia semasa Anwar dipenjarakan. Siapa yang Anwar kerap pergi bertemu jika ke Filipina? Bahkan, keterbukaan TV-TV Filipina terhadap korupsi (Filipina di tangga ke 105 CPI berbanding Malaysia di tangga 54) saban hari menghidangkan temubual ahli politik dan sejarawan yang membela malah menyokong tindakan penceroboh dalam menuntut Sabah. Tidak pernah pula mereka mewawarkan bahawa majoriti besar rakyat Sabah menolak sebarang usaha untuk negeri tersebut dijajah oleh Kiram demi tembolok Filipina. Terdapat titik temu persoalan dalam perlakuan ini. Benigno Aquino membayangkan terdapat konspirasi berkait pilihanraya pertengahan penggal yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini. Secara analisis, tentulah cubaan menjatuhkan Benigno Aquino pada pilihanraya presiden 2016 dibuat dengan menggunakan taktik kotor - nasionalisme melulu - bagi memperlihatkan kepada rakyat Filipina bahawa Benigno tidak patriotik. Maka, tentulah dia memerlukan tok dalang dari Malaysia untuk memainkan peranan. Tok dalang harus jangan mengecam pencerobohan, jangan menunjukkan simpati terhadap anggota keselamatan, harus menjaga hati 'rakan di Filipina'. Estrada hanya perlu diam dalam isu ini. Begitu juga tok dalangnya di Malaysia. TETAPI KEBODOHAN MACAI TOK DALANG YANG TERGESA-GESA MENUDUH PENCEROBOHAN TERSEBUT SEBAGAI SANDIWARA UMNO PADA HARI PERTAMA PERTEMPURAN, MENYELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA DARI TERTIPU! Terlalu jelas, bagi semua untuk dapat saksikan keakraban tok dalang itu dengan Estrada, yang merupakan bekas banduan akibat salah guna kuasa melebihi keakraban tidak ternafikan antara tok dalang itu dengan Nur Misuari, yang ditahan oleh Malaysia atas permintaan Filipina, 11 tahun lalu atas tuduhan melancarkan keganasan. Misuari juga mempunyai dendam kesumat ke atas Malaysia. Setelah menzipkan mulut pada kejayaan Malaysia mendamaikan Filipina dan MILF, tok dalang akur pada permintaan pembangkang di sana yang mahu bahan kempen pilihanraya pertengahan penggal Filipina pertengahan tahun ini? Bertentangan konsep Malaysia melabur di Mindanao, ada gesaan bertentangan supaya lebih baik hasil Sabah diberikan kepada Filipina melalui justifikasi tuntutan Sultan Sulu yang menjadikan Sabah autonomi khusus dan membolehkan katak-katak politik kemaruk kuasa di Sabah segera lompat ke laman pembangkang Malaysia pro-Estrada agar dapat jadi lebih kuasa dan lebih kaya lagi? Inikah jawapan sebenar kepada "SABAH NAK HILANG" ? Hakikatnya KIRAM III hanyalah SOS TIRAM penyedap masakan mereka, dimakan seenaknya, diberak menjadi tahi. Mana ada negara republik mengakui kuasa raja di dalam sistemnya? Misi mereka mudah kerana KIRAM itu bodoh, tahyul, jumud dan mudah ditunggang. Misi mereka menjadi lebih mudah kerana Misuari sedia membantu dengan KONCO-KONCO ANGKAT SENJATA. Yang jelas, krisis Lahad Datu dianalisis secara terperinci memberikan hasil : TOK DALANG + ESTRADA + MISUARI vs SABAHAN + NAJIB + BENIGNO Wikileaks mendedahkan Misuari mahu menyerang Sabah pada tahun 2007. Saat PRU12 yang bakal berlangsung dalam tahun berikutnya. Namun Saat itu Estrada baru dihumban penjara seumur hidup namun diampunkan dalam tahun yang sama. Persoalannya, mengapakah akhirnya Misuari menyerang Sabah bersama konco-konco bersenjatanya setelah hampirnya pilihanraya di negara ini saat Anwar mendambakan jawatan Perdana Menteri dan saat hampirnya pilihanraya di Filipina ketika pemerintahan legasi kepada musuh Estrada dan Misuari sedang berkuasa di Filipina? Percaturan Anwar di Malaysia mungkin sahaja silap. Mungkin sahaja alang-alang kalah telah diramal. Mungkin sahaja alang-alang terjerat isu Huguan Siou di Sabah. Tetapi percaturan untuk rakannya di Filipina mungkin sahaja membuahkan hasil untuk sahabatnya pemimpin sekorup Estrada dan Misuari untuk kembali bernafas, merajai urusan negara tersebut dengan menumbangkan Benigno melalui isu kenegaraan. Wallahualam Bissawab. |
Adakah Filipina Boleh Dipercayai? Posted: 18 Mar 2013 06:36 AM PDT Masih tertanya-tanya apakah sehina ini undang-undang Filipina yang masih membiarkan Jamalul D. Kiram bebas setelah tiada bukti apa-apa yang diperlukan lagi kerana segalanya telah jelas bahawa dialah yang menggerakkan perlakuan pencerobohan bersenjata ke atas kedaulatan negara jiran mereka, Malaysia. Malah selepas kejadian syiling 50 sen negara Malaysia yang diperolehi secara misteri oleh seorang kanak-kanak di hadapan rumah Jamalul Kiram oleh lelaki misteri yang mengambil foto jarak dekat rumah Sultan palsu ini, pihak Filipina mengerah anggota keselamatan mereka mengawal rumah Kiram dari sebarang kemungkinan. Selain itu seorang senator Filipina menuduh pihak Malaysia tidak bersikap terbuka berhubung kebenaran wartawan mereka untuk masuk membuat liputan di Lahad Datu dengan mengambil contoh Perang Teluk dan Perang Vietnam. Persoalannya, yang memberi kebenaran membuat liputan dalam dua perang tersebut ialah pihak yang menceroboh. Bukankah bodoh sebodohnya seorang yang bertaraf senator masih dalam mode MEMBELA PENGGANAS dengan bersikap mengkritik pemerintah negara yang diceroboh ketika rakyatnya sendiri melakukan kejahatan dengan menceroboh negara tersebut? Benigno Aquino boleh diletakkan ketepi kerana pula pemerintahan Benigno Aquino sangat menyayangi perjanjian damai antara pihaknya dan MILF di Mindanao Oktober lalu yang diusahakan Malaysia. Khabar-khabar angin pula menyebut Filipina amat mengharapkan curahan pelaburan dari Malaysia dengan termeterainya perjanjian tersebut demi membangunkan Mindanao yang mana mereka tidak mampu lagi menguruskannya. Namun, TV-TV Filipina saban hari menemubual ahli politik dan sejarawan yang membela malah menyokong tindakan penceroboh dalam menuntut Sabah. Tidak pernah pula mereka mewawarkan bahawa majoriti besar rakyat Sabah menolak sebarang usaha untuk negeri tersebut dijajah oleh Kiram demi tembolok Filipina. Dalam konteks pembangkang Filipina, membiarkan Malaysia melabur di Filipina hanya menguntungkan Malaysia. Tetapi merampas Sabah menjadi sebahagian Filipina adalah cara untuk Filipina bernafas semula. Kerana itulah hubungan baik ketua pembangkang negara ini dengan pihak pembangkang di Filipina sangat akrab. Malah semua dapat saksikan tok dalang itu bersalaman dengan Estrada, bekas presiden Filipina, yang merupakan 'ketua pembangkang' Filipina yang mengepalai United Nationalis Alliance yang juga bekas banduan akibat salah guna kuasa. Pada masa yang sama mempunyai keakraban tidak ternafikan dengan Nur Misuari, juga bekas banduan yang ditahan oleh Malaysia atas permintaan Filipina, 11 tahun lalu atas tuduhan melancarkan keganasan. Inikah jawapan sebenar kepada "SABAH NAK HILANG" ? Persoalan besar sekali, secara halusnya, wajarkah kita mempercayai Filipina keseluruhannya selain dari Benigno Aquino? Dalam konteks ini, pada siapakah pembangkang Filipina akan bersekongkol untuk menjatuhkan Benigno di pihak Malaysia? Pada Najib? Jangan buta kali ini. Buta kali ini bermakna buta selamanya. Kiram jelas melakukan jenayah. Mengapa masih dilindungi anggota keselamatan Filipina? |
Posted: 18 Mar 2013 12:49 AM PDT Syaitan Bahalul Kiram III hari ini menarik balik gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkan 7 Mac lalu dan menyeru pengikutnya melancarkan 'perang gerila' ke atas pasukan keselamatan Malaysia. Dia menyeru para pengganas menjalankan aksi tembak curi ke atas pasukan keselamatan Malaysia. Inilah kemuncak kebiadaban pengganas Sulu yang disokong beberapa pihak di Filipina dan kemungkinan besar, dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di negara ini. Filipina masih belum menahan ketua pengganas ini di sebalik tindakan 'rasmi' mereka yang kononnya tidak menyokong kumpulan ini. Nampaknya, persepsi kita terhadap Filipina harus diubah. Kiram tells Sulu followers to conduct guerrilla warfare in SabahUPDATED @ 02:15:20 PM 18-03-2013 KUALA LUMPUR, March 18 — Self-styled Sulu Sultan Jamalul Kiram III has lifted a unilateral ceasefire and ordered his followers still in Sabah to conduct guerrilla warfare against the Malaysian security forces, according to media reports. Malaysian Security forces yesterday killed another Sulu gunman in skirmishes in Kampung Tanjung Batu, near Lahad Datu, after a five-day lull in clashes that have resulted in 62 dead militants since their landing on February 9. The Philippine Star quoted the ailing claimant to the throne as saying that the withdrawal of his army led by his brother Agbimuddin from Sabah was not an option. "They are already in their homeland so why come back?" Jamalul told reporters at his residence in Taguig City in Manila. Abraham Idjirani, spokesman for the sultanate, said the struggle in Sabah would continue. He said the unilateral ceasefire order issued by the sultanate had been lifted and the sultan's army had been ordered to conduct "hit and run" operations against the Malaysians. Jamalul also maintained his younger brother was still in Sabah contrary to reports by Malaysian authorities who said Agbimuddin had fled home to the Philippine south. Idjirani reportedly said he had spoken with Agbimuddin before midnight Saturday and he was informed that the group was intact. According to the Philippine paper, Idjirani said the sultanate's men, which now numbered 170, had separated into three groups to avoid Malaysian spy planes sweeping the skies above Lahad Datu. But the Philippine Star also reported Agbimuddin to have returned to his native Sulu province along with his escorts, including some men from the Moro National Liberation Front (MNLF), citing an unnamed security official. |
P 063 Tambun Kini Berjumlah Lebih 88,300 Pengundi, Kedua Tertinggi Di Perak Posted: 17 Mar 2013 07:37 PM PDT Parlimen Tambun telah mengalami kenaikan 27.83% jumlah pengundi berdaftar mengikut rekod SPR sehingga 12 Mei 2012. Mengikut rekod tersebut, Parlimen Tambun sehingga tarikh tersebut telah mempunyai 88,358 orang pemilih berbanding 68,699 orang pada PRU12 tahun 2008. DUN Manjoi mengalami peningkatan sebanyak 37.5% iaitu 50,379 pengundi berbanding 36,640 pada PRU 2008 manakala DUN Hulu Kinta mengalami peningkatan sebanyak 19 % dengan 34,881 pengundi berbanding 29,326 pada PRU 2008. Ia merupakan satu lonjakan yang cukup tinggi berbanding pada PRU 2008 di mana bilangan pemilih bagi parlimen Tambun berada pada kedudukan keenam paling ramai pemilih di negeri Perak selepas Batu Gajah, Ipoh Timor, Gopeng, Lumut dan Ipoh Barat. Jumlah itu menjadikan Parlimen Tambun kini merupakan kawasan parlimen kedua tertinggi bilangan pemilih di negeri Perak selepas Parlimen Gopeng yang mempunyai 96,272 orang pemilih sehingga 12 Mei 2012. Angka yang sah di hari mengundi kelak semestinya lebih tinggi dari ini kerana SPR akan menggunakan senarai daftar terkini pada PRU13 nanti. Parlimen Tambun merupakan satu-satunya kawasan Parlimen bermajoriti Melayu di bandaraya Ipoh dengan kerusi parlimen dan dua kerusi DUN dimenangi oleh wakil UMNO pada PRU12 2008. |
HOT! Nik Aziz Seru Terima 'Ketempangan' Anwar Kerana Anwar Cerdik? Posted: 17 Mar 2013 05:37 PM PDT Jangan cakap teman fitnah. Ini dari apa yang disebutkan oleh Nik Aziz 'indirectly' berdasarkan video ini. Jika pemahaman cara anda berbeza, 'ketelusan berfikir' di alu-alukan untuk dilampiaskan di ruangan komen : Ada beberapa perkara yang teman ingin ulas tentang temubual dengan Nik Aziz ini. 1:55 --- Saya tertarik dengan keterangan Tun Musa Hitam..... (kisah Memali tolak belakang) 4:44 --- Anwar budak cerdik..... (cerdik berbuat onar supaya dilihat fitnah UMNO / menarik simpati?) 4:55 --- Kita orang politik kalau nak lawan, hujah, bukan hal peribadi ...... (mengiyakan peribadi Anwar begitu?) 4:58 --- Kalau Anwar tu tempang sekalipun, kalau dia cerdik, terima dia la....... (mengiyakan kali kedua?) Jelas, walau ditunjukkan dengan 4 saksi sekalipun, Nik Aziz, atas nama politik, menyatakan pendiriannya bahawa Anwar perlu diterima. Maka tidak gunalah walau video lucah berdurasi berpuluh jam dengan audio sekalipun dipertonton di seluruh negara kerana Nik Aziz telah menjelaskan sendiri bahawa seperti mana sekalipun Anwar, dia perlu diterima kerana kecerdikannya. Jika kita nilai, peristiwa PAS dikeluarkan dari BN 36 tahun lalu masih dijaja. Seperti tiada perubahan di pihak UMNO langsung ke arah yang lebih baik sedangkan perubahan PAS ke arah semakin kotor yakni memperjuangkan Islam melalui agenda liberalisme dan pluralisme yang ternyata bertentangan itu adalah sejarah buruk PAS dalam 5 tahun kebelakangan ini. Lebih jelik apabila kita nilaikan sendiri kata-katanya yang memberi mesej kepada pentaksub PAS bahawa, seburuk manapun perlakuan atau hal peribadi Anwar, jangan pernah berhenti menyokong Anwar. Nampaknya, ayat 'tiada ketelusan berfikir' yang diluahkan Nik Aziz dalam video itu pada durasi ke 3:40 , kembali terkena kepadanya. Menerima Anwar 'setempang' mana pun Anwar. Gerhana, gerhana, gerhana. |
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |