Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Politik Harian

Politik Harian
Image may be NSFW.
Clik here to view.


Lahad Datu: Seorang Lagi Pengganas Ditembak, Jadikan 62 Musuh Ditembak Mati

Posted: 17 Mar 2013 03:00 AM PDT


LAHAD DATU – Seorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.

Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.

"Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri," katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.

Zulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka.

"Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat," katanya.

Beliau berkata operasi pembersihan masih giat dijalankan di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, sebelum penduduk dibenarkan untuk kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh terdekat.

Pasukan keselamatan juga sedang giat memeriksa dan menggeledah rumah-rumah di kawasan operasi bagi memastikan tiada musuh berlindung di kediaman penduduk, kata Zulkiple.

Dalam pada itu Hamza berkata, musuh kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kampung Tanjung Batu.

Beliau berkata orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan usaha menjejaki saki-baki kumpulan militan tersebut dan tidak memasuki kawasan zon merah demi keselamatan.

-Bernama

Komen Ketua Pemuda Umno Terhadap Gambar Gay Anwar

Posted: 17 Mar 2013 01:00 AM PDT




Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang ditanya mengenai pendedahan terbaru ini semasa sidang akhbar selepas majlis bersama 700 jentera siber BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada lewat pagi Sabtu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri kesahihan gambar-gambar itu.

Beliau mengingatkan samada lelaki itu Anwar atau bukan, jangan main tuduh-tuduh ia merupakan konspirasi BN.

"Apabila mereka tuduh ia konspirasi BN, maka kita kena jawab,"ujarnya.

Menurut Khairy, BN tak kuasa menentukan siapa hendak masuk ke bilik tidur siapa...

"Jangan tuduh BN mengamalkan politik longkang ,"tegasnya.

Nak kata fitnah atau apa... namun kebenaran tetap kebenaran.


Apa yang semua orang tunggu sejak pendedahan video seks 99.9 peratus tulin dulu ialah kebenaran.

Alasan bodoh video itu besi tidak boleh jadi bukti...hanya masuk kategori suatu jawapan yang cuba memperbodohkan minda segenap manusia atas muka bumi ini.

Kalau berani untuk tutup segalanya... jawapannya ialah satu siasatan terbuka.

Anwar boleh tidor lena jika namanya dibersih menerusi siasatan itu.

Kalau didapati benar itu Anwar,satu Malaysia boleh menarik nafas lega 'pelakon' ini boleh dianggap satu bahan sejarah yang pernah mewarnai senario politik negara.

Gambar Homoseks: Anwar Tuduh UMNO Pulak?

Posted: 16 Mar 2013 11:00 PM PDT


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan gambar seorang lelaki miripnya mengadakan seks dengan seorang lelaki lain yang dimuatkan di dalam sebuah blog sebagai fitnah Umno dan media pro parti itu.
"Fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya.

"Umno menggunakan media untuk menyebarkan fitnah, itu namanya Melayu muslim," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Dialog Anak Muda bersama Anwar di Bandar Utama, sabtu.

Beliau berkata demikian selepas pegawal peribadi beliau beberapa kali melarang wartawan menghampiri Anwar untuk bertanyakan mengenai gambar-gambar itu yang disiarkan dalam blog rajagoyang360.blogspot.com.

Malah seorang daripada mereka menuduh wartawan Antarapos sebagai munafik.

Wartawan Antarapos, Siti Sofia Md Nasir dimaki dan dikasari beberapa kali oleh pengawal peribadi Anwar apabila beliau bersama wartawan Malaysiakini dan Agenda Daily cuba mendapatkan reaksi Anwar selepas majlis dialog itu.

Anwar pada mulanya tidak mahu memberikan kenyataan dan akur dengan tindakan pegawai-pegawainya melarang wartawan daripada menghampirinya selepas majlis itu.

Bagaimanapun sejurus selepas beliau keluar daripada bilik jamuan untuk pulang, Anwar terus menuduh Umno sebagai pihak di sebalik gambar-gambar itu.

Gambar hitam putih yang dipaparkan dalam blog itu menunjukkan lelaki yang menyerupai Anwar memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk gambar bogelnya.

Setakat ini pimpinan PKR yang dihubungi Antarapos enggan mengulas lanjut.

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata beliau sudah menjangkakan terdapat siri baru skandal yang cuba dikaitkan dengan majikannya itu.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula enggan mengulas lanjut atas alasan belum melihat gambar-gambar itu.

Sementara Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad gagal dihubungi.

Anwar sebelum ini didakwa dua kali di mahkamah di atas tuduhan liwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998 apabila beliau didapati bersalah meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar ketika beliau masih dalam kerajaan.

Selepas dipenjarakan enam tahun, Anwar akhirnya dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya.

Pada 2008, Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi mempertikaikan bukti DNA yang dikemukakan oleh pendakwaraya.

-AntaraPos

Gambar Gay : Video Anwar Marah Wartawan!

Posted: 16 Mar 2013 08:30 PM PDT


Selain dari lari daripada wartawan Anwar turut menghemburkan kata-kata kasar kepada wartawan.. Pengawal peribadi Anwar juga dilihat bertindak kasar kepada wartawan. 

Kalau taknak jawab pun tak payah lah sampai buat macam ni... 

Semalam beberapa wartawan ingin medapatkan komen Anwar Ibrahim mengenai satu blog yang menyiarkan gambar-gambar dimana seorang lelaki didalam gambar itu seakan-akan rupa beliau..... dan ini komen beliau...

"Ini fitnah jijik UMNO menjelang pilihanraya" kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar dari program Dialog Bersama Anwar Ibrahim di One World Hotel, Bandar Utama anjuran kelab Anwar Ibrahim (AIC) pagi ini.

Nampak bersungguh-sunguh beliau mengeluarkan kata-kata itu dengan lengokan tangannya sekali.

"Fitnah jijik UMNO termasuk.." sekali lagi beliau cuba mengulangi kata-kata di atas. Kali ini beliau nampak tersentak dan menoleh ke arah wartawan Agendadaily.

"Saya nak bertanya saja," kata wartawan itu.

Anwar menjawab, "Menggunakan media..menggunakan media untuk menyebarkan fitnah..nama dia Melayu-Muslim,"katanya sambil berjalan keluar dan tidak mahu lagi melayan soalan-soalan wartawan.

url: http://youtu.be/mOqGgDpaRU0

Akibat Kecewa, Penyokong Tegar Pas Sertai UMNO

Posted: 16 Mar 2013 11:31 AM PDT


UMNO Parti Keramat! Sememangnya UMNO merupakan tunjang kekuatan orang melayu! kelebihan dan kekuatan yang ada pada UMNO ini tidak dimiliki oleh puak pembangkang! Tahniah di ucapkan kepada mereka yang telah sedar dan kini bersama UMNO!

Utusan - Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.

"Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.

"Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.

Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

"UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.

"Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.

"Kita memang meneliti maklumat sebenar sebelum menerima (permohonan keahlian) mereka," katanya.

Tian Chua Dibakar Hidup-Hidup!

Posted: 16 Mar 2013 10:06 AM PDT


Ini sebagai pengajaran kepada manusia bangsat! Tian Chua bangsat boleh lihat sendiri bagaimana dia di bakar dengan api kemarahan rakyat terhadap dirinya...

Selaku anak kepada anggota PDRM! aku sendiri tidak dapat menahan api kemarahan terhadap Tian Chua!

Sebelum perkara yang lebih buruk berlaku, ada baiknya Tian Chua memohon maaf kepada seluruh rakyat di Malaysia terutamanya kepada Anggota PDRM serta keluraga mereka!

Utusan - Kemarahan orang ramai berhubung kenyataan biadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mempersendakan tragedi berdarah di Lahad Datu, dan memperkecilkan pengorbanan pasukan keselamatan terus memuncak.

Beratus-ratus penduduk di Kampung Jerong Surau dan beberapa kampung lain di sekitarnya keluar malam ini bagi turut menunjukkan reaksi mereka dengan membakar patungnya selain menyatakan kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang lain kerana cuba mempolitikkan isu itu, malah mempertahankan Tian Chua.

Sejurus sebelum himpunan aman mengecam naib presiden parti itu diadakan, Tabung Pahlawan Wira Lahad Datu dilancarkan yang memberi peluang kepada penduduk setempat menghulur derma untuk keluarga anggota keselamatan yang terbunuh.

Yang turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Pemantau Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Muda Mamat; Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian, Rosni Ngah dan Pengerusi Peti Undi Jerong Surau, Nasir Mamat.

Menurut Nasir, Tian Chua dan mereka yang mempersendakan anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan maruah bangsa dan negara tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana sesiapa yang rasional boleh menilai betapa biadapnya kenyataan seumpama itu.

Katanya, sudah wujud gejala sedemikian dalam masyarakat di negara ini yang dipengaruhi oleh pemikiran mereka yang ghairah untuk berkuasa.

"Kita tahu dalam keadaan kritikal begini ada anggota polis terkorban, tapi kita sangat dukacita masih ada yang sanggup menjadikannya modal untuk bangkitkan kebencian kepada kerajaan.

"Apabila sampai tahap anggota keselamatan kita terkorban ketika mempertahankan negara, ada pula dianggap sandiwara, kami rasa ini tuduhan yang sangat berat," katanya.

Tok Pawang Pengganas Sulu Berjaya Ditembak Mati!

Posted: 16 Mar 2013 09:00 AM PDT


KEPERCAYAAN pada amalan mistik dan karut-marut di kalangan pengganas militan Sulu bukan satu rahsia lagi.

Ini dibuktikan dengan kejayaan pihak keselamatan merampas pelbagai tangkal dan azimat daripada pengganas yang berjaya ditembak mati.

Menurut sumber, di antara 61 orang pengganas yang berjaya dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara, salah seorang daripadanya dikenal pasti individu yang cukup 'dihormati' di kalangan pengganas kerana 'kemampuannya' dalam perkara berkaitan.

Dikenali sebagai Pawang, lelaki tua itu dikatakan agak lemah dari sudut fizikal tetapi kemampuannya dalam ilmu kebal membuatkan kelibatnya cukup dihormati di kalangan pengganas yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu ini.

Malah disebabkan 'kelebihannya' itu jugalah, Mynewshub.my difahamkan yang Pawang dikatakan antara mereka yang terlibat dalam rundingan awal dengan pihak keselamatan ketika mereka mula-mula mendarat di Lahad Datu ini.

Namun ternyata Pawang juga manusia biasa, dia akhirnya terbunuh dalam salah satu siri pertempuran dengan pihak polis dan tentera kita.

Difahamkan, mayatnya ditemui diselimuti karpet sewaktu operasi penggeledahan dibuat.


Sementara itu menurut sumber pertahanan, tiada individu tertentu yang ditetapkan untuk menjadi 'sasaran' dalam setiap operasi yang dilancarkan.

" Dalam setiap operasi yang kita lancarkan, semuanya dianggap petualang dan musuh yang perlu ditangkap atau dihapuskan demi menjaga kedaulatan negara.

" Yang mati mungkin seorang komander, seorang bomoh, seorang pengikut atau sesiapa saja…maknanya di sini, selagi dia enggan menyerah diri dan berterusan untuk melanggar undang-undang, dia terpaksa menerima akibatnya!," katanya.

-Mynewshub

Pembangkang Double Standard!.. Gambar Anwar Gay Fitnah...?

Posted: 16 Mar 2013 07:20 AM PDT


Yang sering kita dengar, apabila melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka akan mendakwa semua itu adalah konspirasi dan mainan politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Tiada sedikit pun rasa bersalah biar pun ada antara mereka terang-terang sudah melakukan kesalahan tetapi disebabkan mereka pembangkang maka 'pejuang-pejuang keadilan' mereka hanya mendiamkan diri.

Kita juga sudah saksikan bagaimana banyak kes melibatkan pembangkang senyap begitu sahaja. Pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas seolah-olah menganggap jika pemimpin mereka buat tak apa, kalau pemimpin BN yang dikaitkan - itu betul.

Inilah sikap double standard pembangkang yang sepatutnya difahami oleh rakyat. Kalau benarlah pemimpin-pemimpin pembangkang termasuklah biro-biro strategik mereka yang siang malam bekerja mencari bahan menyerang BN benar-benar telus dan berjuang untuk rakyat maka mereka perlu bersikap adil.

Tanya Mat Sabu.. Sapa yang gelar Anwar Al Juburi?

Di manakah suara lantang mereka mencari kebenaran apabila ada pemimpin mereka dikaitkan dengan rakaman video seks? Di manakah kelantangan mereka menegakkan keadilan apabila ada pemimpin mereka melantik menantu memegang jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri?

Kita juga ingin bertanya di manakah prinsip moral mereka apabila ada tersebarnya gambar lucah pemimpin pembangkang? Dan kita juga berhak bertanya kenapakah mereka tidak mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja apabila ada dakwaan-dakwaan penyelewengan dan salah urus oleh pentadbiran kerajaan negeri di bawah penguasaan mereka.

Di mana pula kecekalan perjuangan Pas apabila ada pemimpin sekutu mereka menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel? Kenapa diam membisu, apakah kerana ia dilakukan oleh sekutu maka semua tidak apa.


Kalau benar-benar menjadi pejuang keadilan dan kebenaran, biarlah ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh janganlah amal sikap kalau pembangkang buat - itu halal, kalau BN atau UMNO buat - itu haram.

Oleh itu tidak payahlah mana-mana pemimpin pembangkang atau biro-biro strategik mereka ingin menonjolkan sebagai wira dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Jika dikaji apa yang berlaku di kalangan pemimpin pembangkang sendiri adalah jelas, segala yang dilakukan terutamanya serangan ke atas kerajaan dan pemimpin BN dan UMNO bukannya bertujuan mencari kebenaran.

Bagaimana pula dengan penipuan yang di lakukan secara terang ini?
 tak jijik pula?

Pembangkang ingin mencari modal politik bagi menghadapi pilihan raya, apatah lagi mereka sudah memiliki 'ayam sabung' dan 'kilang' penyebar fitnah yang beroperasi siang dan malam. Soal sama ada tuduhan mereka ke atas kerajaan dan pemimpin BN betul atau tidak, ia adalah persoalan kedua. Apa yang lebih penting ialah mewujudkan persepsi di kalangan rakyat, BN tidak bersih dan perlu ditolak dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebab itulah, kita saksikan dalam banyak dakwaan yang dibuat oleh pembangkang, mereka akan diam membisu apabila kerajaan BN dapat menjawab segala tuduhan dilemparkan. Dan sikap tidak bermaruah ini semakin jelas apabila, mereka juga tidak akan memberi sebarang ulasan atau komen apatah membuat desakan jika ada isu yang melibatkan pemimpin pembangkang.

Bagi kelompok yang 'diupah' untuk mencari kesalahan kerajaan dan pemimpin BN ini, perjuangan mereka hanya untuk itu bukannya demi menegakkan keadilan. Kalau mereka mahu menegakkan keadilan sudah pastilah, mereka juga akan memastikan setiap isu yang dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang akan disiasat dan diambil tindakan.

Mereka juga sudah pasti akan mendesak mana-mana pemimpin mereka yang terlibat berundur atau meletakkan jawatan. Tetapi ini tidak berlaku kerana perjuangan mereka tidak ikhlas. Perjuangan mereka hakikatnya bermotif politik dan bermatlamat hanya untuk mencemarkan imej BN dan UMNO sahaja.

Kesimpulannya, pembangkang ibarat ayam yang berkokok tetapi ekor berlumuran dengan najis.

Untuk melihat gambar penuh Anwar Gay sila ke http://rajagoyang360.blogspot.com

Dunia Siber Gelanggang Utama PRU13 - Khairy

Posted: 16 Mar 2013 06:00 AM PDT


Kejayaan menguasai dunia siber antara faktor yang dapat memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, pandangan itu kerana lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda berusia bawah 40 tahun.

Khairy menyampaikan penghargaan kepada Nabil

"Golongan baharu ini gemar mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain selain memperolehnya melalui media arus perdana.

"Oleh itu jika PRU 2004 dan 2008 dunia siber merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat tetapi pada PRU13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara yang dihadiri lebih 3,000 orang di sini hari ini.

Khairy bagaimanapun mengingatkan pemuda BN supaya menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.

Menurut beliau, pemuda BN tidak boleh terikut-ikut dengan pemikiran pembangkang yang gemar menggunakan fitnah dan penipuan dalam dunia siber untuk memerangi parti pemerintah.

"Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna," jelas beliau.

Beliau seterusnya mengambarkan peperangan di alam siber umpama 'permainan di tempat lawan' dalam bola sepak yang pasti lebih manis kemenangannya berbanding bermain di tempat sendiri.

Ia kerana pembangkang dilihat mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa sebarang kekangan dan tindakan balas.

"Inilah juga sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan," ujar beliau.

Justeru beliau turut mengingatkan pemuda BN bahawa usaha memerangi pembangkang perlu dilakukan secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi 'garisan penamat' PRU13.

"Tiada guna jika kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita," tegas beliau.

Perang Azmin, Khalid Semakin Parah!

Posted: 16 Mar 2013 05:00 AM PDT


Perselisihan antara Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semakin memburuk apabila Pengarah Pilihan Raya PKR negeri itu langsung tidak tahu menahu tentang tarikh bubar DUN yang dicapai PKR Selangor.

Khalid sebelum ini mengumumkan pihaknya sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk membubarkan DUN namun beliau enggan mengumumkan tarikh itu.

Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata Azmin dan Khalid kini tidak lagi mampu menutup pertelingkahan antara mereka sehingga gagal merencana kemana hala tuju politik PKR negeri itu bersama-sama.

Ismail juga mempersoalkan bagaimana Khalid boleh membuat keputusan penting seumpama itu tanpa merujuk kepada hirarki parti.

"Tapi saya tidak tahu macam mana Menteri Besar berkuasa sendiri seolah-olah dia hebat daripada yang lain.

"Jelas saya nampak antara Azmin Ali dan MB memang ada terdapat satu tidak sehaluan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

"Kalau mereka saling mempercayai pemimpin lain sepatutnya tiindakan peringkat negeri diberitahu di peringkat jentera parti, apa pun yang nak dibuat perlu dirujuk kepada peringkat jentera parti di perngkat negeri dan federal.

Ismail berkata Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor sepatutnya dirujuk Khalid kerana hakikatnya parti itu tidak mampu menang jika strategi pilihan raya tidak disusun dengan baik.

"Sepatutnya dia berbincang dengan Pengarah Pilihan Raya kerana itu adalah tugasnya sebagai Menteri Besar tidak sama," katanya.

Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa PKR belum dimaklumkan tentang tarikh pembubaran DUN Selangor.

Khalid sebelum ini mengumumkan akan membubarkan DUN lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh walaupun tanpa persetujuan daripada Putrajaya.

-AntaraPos

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710