Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- Insiden Lahad Datu : Media Alternatif Thai Pula Dedahkan Siapa Dalang Pengganas Kiram?
- Santai Pagi : Adakah Ini Satu Kebetulan?
- Santai Pagi : Petua Untuk Sesiapa Yang Tertekan Di Luar Sana.
- Update Lahad Datu : Benarkah Gambar Ini Menjadi Bukti Pengganas Sulu Dilatih Oleh Pihak Ketiga?
- LOKASI RAJA AZUMUDEI
- Poster Pilihan Raya @MyMassa : Janji-janji Air 'Kosong' Pembangkang.
- Update Lahad Datu : SEORANG PENGGANAS DITAHAN DI FELDA SAHABAT HARI INI
Insiden Lahad Datu : Media Alternatif Thai Pula Dedahkan Siapa Dalang Pengganas Kiram? Posted: 16 Mar 2013 10:00 PM PDT Mula-mula Reuters, kemudia media Filipina. Selepas itu portal Kanda pula cakap benda yang sama. Kini MyMassa jumpa pendedahan dari media alternatif Thai, Alternative Thai News Network (http://altthainews.blogspot.com/2013/03/malaysia-invaded-100s-of-terrorists.html).
Sumber : http://altthainews.blogspot.com/2013/03/malaysia-invaded-100s-of-terrorists.html Walaupun banyak media luar negara yang mengaitkan tokoh tertentu dengan pengganas Kiram, namun tokoh tersebut belum lagi mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Apa yang berlaku adalah tokoh tersebut mula menyaman media dalam negara bagi menakut-nakutkan pihak media untuk mendedahkan perkara sebenar. Inikah kebebasan suara yang kononnya diperjuangkan oleh tokoh tersebut? Akhir kata dari MyMassa... KAMI RAKYAT MALAYSIA MAHU SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT INSIDEN PENCEROBOHAN BERDARAH DI LAHAD DATU. *#rci4lahaddatu . | ||
Santai Pagi : Adakah Ini Satu Kebetulan? Posted: 16 Mar 2013 07:28 PM PDT | ||
Santai Pagi : Petua Untuk Sesiapa Yang Tertekan Di Luar Sana. Posted: 16 Mar 2013 05:08 PM PDT Petua yang MyMassa jumpa kat sini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=516135485095205&set=a.146647895377301.26578.100000962746119&type=1&relevant_count=1&ref=nf Bukan untuk perempuan je tau, lelaki pun boleh. Tak caya boleh tanya abang non. *Kongsi-kongsikan. | ||
Update Lahad Datu : Benarkah Gambar Ini Menjadi Bukti Pengganas Sulu Dilatih Oleh Pihak Ketiga? Posted: 16 Mar 2013 07:24 AM PDT Gambar yang diterbitkan di portal http://borneoinsider.com mengenai latihan pengganas Kiram sebelum menyerang Sabah. MyMassa harap pihak yang berwajib dapat menyiasat dakwaan Borneo Insider di sini : http://borneoinsider.com/2013/02/16/elite-us-forces-backing-the-ras-militants/ Jika dakwaan ini benar, maka besar kemungkinan pendedahan mengenai kapal ini juga benar. http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-apa-kaitan-kapa-perang-ini-dengan.html Tidak hairanlah jika ada maklumat perisikan yang mendedahkan rancangan sebenar pengganas Kiram ini adalah untuk menyerang seluruh Sabah secara serentak ketika Pilihan Raya Umum berlangsung. Ianya berlaku sebagaimana di Syria yang mana pemberontak dibekalkan senjata oleh pihak ketiga untuk menggulingkan Kerajaan sedia ada. Dan masa pilihan raya adalah masa terbaik untuk pengganas ini untuk mengatur gerak kerana jika mereka berjaya menyerang ketika itu, sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sementara dan pasukan keselamatan akan hilang. Alhamdulillah, pasukan perisikan Tentera dan Polis kita yang bertaraf dunia berjaya mengesan pencerobohan ini lebih awal. Namun begitu, terdapat suara sumbang dari bekas-bekas jeneral yang sudah menyokong pembangkang yang menuduh unit perisikan Tentera dan Polis kita gagal. Hakikatnya, bekas-bekas jeneral ini tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tindakan mereka menyelar unit perisikan pasukan keselamatan hanya untuk mengalihkan isu dan fakta sebenar mengenai apa yang berlaku di Sabah dan demi membodek dan 'cover' bos mereka dalam parti politik yang dipilih. Dalam masa yang sama, Setiausaha Pertahanan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin mengesahkan mereka menemui beberapa bukti yang mengaitkan pemimpin utama pembangkang dengan serangan ini. Akhir kata dari MyMassa... KAMI RAKYAT MALAYSIA MAHU SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT INSIDEN PENCEROBOHAN BERDARAH DI LAHAD DATU. *#rci4lahaddatu . | ||
Posted: 16 Mar 2013 05:00 AM PDT
Sebelum ini, kami telah memberikan beberapa tanda dan ianya diharap memberi bantuan. Di sini http://mymassa.blogspot.com/2013/03/rahsia-di-mana-raja-muda-azzimudie.html Di sekitar Kg. Tandou dan Kg. Tg. Batu di mana di sekitarnya terbentang jalan-jalan hutan sawit menuju ke arah ke pulau Sibutu, Bongao,Tawi-Tawi, Jolo, Manuk dan pulau Simunul. Semua pulau-pulau ini tidaklah jauh menuju ke pulau-pulau Cagayan, Lugus dan Lapac. Azamudie boleh menggunakan bot kecil berenjin dua. Jika tidak pun, bot-bot kecil itu boleh mengubah hala menuju ke persisiran pantai Kunak dan Semporna di perkampungan air yang terbentang luas di sana. Sebelum Sabah merdeka pada tahun 1963, malah pada awal tahun 1950, ayah saya pernah bekerja dengan kumpulan masyarakat Sulu ini sebagai nelayan dan penjual ikan di Semporna. Kehidupan mereka ialah laut, ikan, bawah laut, rumah air, perjuangan menentang tentera Filipina dan tentera Amerika. Mereka hidup bahagia di Sabah sebagai pelarian perang yang diburu oleh tentera-tentera Filipina dan tentera Amerika sepanjang tahun 1970an dan 1980an. Mereka mempunyai waris-waris Raja yang banyak, al-maklum sultan Kiram 1 dan Kiram 2 dahulu berkahwin dengan ramai orang. Lumrah sistem Beraja dahulu, mereka berkahwin ramai. Waris-waris inilah yang ada sekarang, menuntut negeri Sabah yang mereka yakin tanah milik mereka sehingga kiamat. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa sejarah moden negeri Sabah tidak begitu. Mereka patut bersyukur dengan layanan yang sungguh baik kerajaan Malaysia kepada mereka. Akhirnya, keturunan mereka berkembang dan kini menjawat beberapa jawatan tinggi di negeri Sabah antaranya sebagai Wakil Rakyat, Pembantu Menteri, pegawai tinggi kerajaan malah, TYT negeri Sabah sendiri dari keturunan Sulu Idaan. Namun, mereka semua adalah rakyat Malaysia yang taat dan gembira dengan Malaysia. LOKASI Raja Azumudie dikhabarkan telah lolos dari kepungan. Bagaimana caranya? Adakah melalui terowong bawah tanah yang dibuat khas terus menuju ke Pulau Sibutu yang terdekat atau naik ke utara di Pulau Cagayan. PDRM dan ATM dalam Ops Daulat telah menggunakan Konsep "Jika Boleh Tidak Hendak Membunuh" sesiapa, melainkan diancam atau ditembak terlebih dahulu. Ramai yang tidak faham bahawa berpuluh-puluh hari Berunding dengan pengganas ini tidak membawa hasil. Hati dan fikiran mereka keras bagaikan api dan bata yang sudah terbakar hangus. Nurul Izzah adalah MP dan anak Anwar Ibrahim yang sangat Dangkal dan Bodoh dalam operasi ini. Beliau menunjukkan kepandaiannya tetapi hakikatnya pandangan tidak masuk akal. Dia bukan tentera dan polis, dia patut menjawab isun terkini bapanya kini, hal video terbaru itu. Raja Azumudie masih bersembunyi di sana, bukan lagi di kampung-kampung tetapi jauh nun di kaki bukit dan nun jauh di hujung paya. Pengganas-pengganas yang mengawalnya berlapis-lapis, tetapi kini dia sangat terseksa dan menderita. Pengawal-pengawalnya lebih kurang 50 hingga 70 orang itu tidak membenarkan sesiapa mendekatinya. Dia membiarkan orang lain mati untuk dirinya. Saya percaya, pasukan kita akan menemui lokasinya tidak berapa lama lagi. Sama ada hidup atau mati. Itu janji kita kepada Perajurit Negara kita yang terkorban. Percayalah, di sebalik semua ini Pengkhianat Negara bernama Anwar Ibrahim berada di sebalik insiden ini. Malangnya, projek mereka tidak berpihak kepada Anwar. Mereka tersilap langkah dan tersalah rancang. Anwar selalu berfikiran dia sangat bijak, tetapi dia lupa dia tidak boleh menipu semua orang dalam semua masa. Raja Azumudie masih berharap bala tentera dari langit. Sebenarnya mereka juga mengamal kurafat. bersambung... | ||
Poster Pilihan Raya @MyMassa : Janji-janji Air 'Kosong' Pembangkang. Posted: 16 Mar 2013 03:00 AM PDT | ||
Update Lahad Datu : SEORANG PENGGANAS DITAHAN DI FELDA SAHABAT HARI INI Posted: 16 Mar 2013 01:00 AM PDT SEORANG PENGGANAS DITAHAN DI FELDA SAHABAT HARI INI Lahad Datu, 16 Mac - Pihak keselamatan negara berjaya menahan seorang individu dipercayai pengganas dari Sulu di kawasan Felda Sahabat di sini hari ini. Tanpa menyatakan lokasi militan itu ditahan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). "Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini hari ini. Hamza berkata sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang. Menurutnya operasi penggeledahan, menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok. Penduduk kampung dan media juga diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang. "Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," katanya. Hamza berkata pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo. Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini. "Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |