Belantan |
Isu Selangor : Pakatan Rakyat Tidak Takut Dosa Mungkir Janji! Posted: 28 Dec 2012 05:42 PM PST Pilihan raya tak ubah macam drama romantis yang kadangkala jalan ceritanya tak masuk akal. Senarionya seperti seoarang lelaki yang ingin memujuk wanita idaman menjadi pasangan hidupnya bersedia 'menabur janji' asalkan gadis impian setuju memilihnya. Ungkapan seperti lautan api sanggup direnangi atau "tetap setia sepanjang hayat" begitu mudah diungkapkan selagi gadis idaman belum lagi berada dalam pangkuan. Apa lagi jika lelaki itu masih belum lagi menikmati asam garam kehidupan berumah tangga maka gadis itu akan dipujuk dan dirayu dengan pelbagai janji manis yang sesetengahnya "mungkin nampak romantik dan indah meskipun tidak realistik" sehinggalah gadis itu benar-benar yakin dan bersedia mengahwininya. Dalam manifesto pilihan raya, "janji yang ditabur" parti politik juga memiliki elemen yang serupa. Parti yang belum pernah mendapat mandat memerintah negara pasti menyenaraikan pelbagai komitmen, impian dan 'janji muluk' kerana belum menyedari bebanan yang akan ditanggung bagi merealisasikannya. Pemimpin parti pembangkang biasanya menetapkan sasaran belum berjaya dicapai kerajaan dalam manifestonya dengan harapan rakyat tidak lagi memilih kerajaan pemerintah dalam pilihan raya. Sebaliknya, memilihnya parti pembangkang itu sendiri untuk membentuk kerajaan baru. Sebagaimana parti-parti politik yang lain, barisan gabungan parti pembangkang di negara ini turut mengemukakan janji pilihan raya dalam manifestonya hampir sebulan sebelum pilihan raya umum negara. Dalam intisari manifesto bersama barisan gabungan itu, beberapa janji dikemukakan yang dirumuskan kepada lima bidang iaitu ekonomi, pemerintahan, pendidikan, perkhidmatan sosial dan pekerjaan.. Rumusan prinsip utama manifesto itu mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, mewujudkan kontrak sosial baru, memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan kedudukan negara di pentas dunia. Sebenarnya tiada yang luar biasa mengenai prinsip utama itu. Mana-mana parti politik di dunia sekalipun sudah tentu tidak menjanjikan "perpecahan rakyat, menyembunyikan maklumat daripada rakyat, menghancurkan ekonomi negara, mewujudkan pemerintahan kuku besi dan merosakkan imej negara" dalam manifesto pilihan rayanya. Malah pemimpin paling kejam di dunia seperti Hitler pernah berjanji kepada rakyat Jerman untuk menyatukan dan menjadikan bangsa Aryan sebagai bangsa agung di dunia meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembunuh paling terbilang membabitkan kebinasaan. Begitu juga dengan pemerintah Jepun ketika perang dunia ke-2 yang berjanji mewujudkan Asia yang bersatu dan makmur meskipun akhirnya bangsa Asia "berjaya menjadikan ubi kayu cecah garam sebagai makanan ruji dan pembina profesional landasan kereta api maut diutara Asia Tenggara". Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya. Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini. Wallahuallam. Suara Politik Belantan |
Hala tuju Melayu Pulau Pinang! Posted: 28 Dec 2012 07:34 AM PST Melayu Pulau Pinang seringkali dilihat sebagai terpinggir di negeri sendiri. Sedihnya, semakin kuat mereka meluahkan nasib mereka, semakin kuat tekanan yang mereka hadapi. Mungkin kerana salah cara bersuara, mereka dilihat seolah-olah membangkitkan isu sensitif yang berbau perkauman. Tekanan juga datang daripada bangsa Melayu sendiri yang seolah-olah memperlekehkan persoalan tersebut. Tidak kurang juga yang mengusulkan pendekatan politik yang mengatakan bahawa UMNO yang dilihat selama ini mempertahankan orang Melayu, juga telah gagal dalam perjuangan mereka menjaga orang Melayu selama memerintah bersama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN). Apakah tersisihnya Melayu di negeri ini adalah kerana faktor politik semata-mata atau ada faktor lain. Bagaimana pula halnya dengan kegagalan orang Melayu kerana sikap sendiri. Begitu juga dengan persoalan berkaitan dengan kegagalan kakitangan kerajaan yang gagal melaksanakan polisi-polisi kerajaan pusat dan negeri dalam membantu orang Melayu, sama ada dari segi pendidikan, ekonomi, keusahawanan, perancangan bandar dan wilayah, perumahan, dan sebagainya. Realitinya, majoriti besar kakitangan kerajaan adalah orang Melayu sendiri. Malahan kakitangan utama pentadbiran negeri dan Persekutuan juga adalah orang Melayu. Apakah mereka ini tidak memahami dan tidak membantu? Sejarah menunjukkan bahawa sebelum kedatangan orang Inggeris, telah ada orang Melayu di pulau ini. Kemudian, dibawa masuk orang-orang China dan India ke negeri ini dan Negeri Selat lainnya untuk mencari rezeki, menampung kekurangan tenaga kerja pada masa itu dan membuka lembaran baru kehidupan mereka di negeri ini. Golongan pendatang boleh berjaya kerana berkerja keras, tetapi yang asal telah lalai dan leka sekian lama. Kini suara mereka bersuara keras tapi tidak dihiraukan, mungkin telah hilang roh dan semangatnya. Apakah mereka tidak pernah diberi peluang untuk berubah? Apakah modal insan Melayu ini masih dan akan berterusan berfikiran rendah atau tiada peluang diketengahkan ke hadapan kerana ekonomi di tangan bangsa lain. Apakah bangsa lain ikhlas untuk berkongsi kek ekonomi atau hanya sekadar retorik. Sejarah juga menunjukkan bahawa pada satu ketika, jumlah orang Melayu yang pada asalnya peneroka, adalah jauh kurang berbanding kaum lain. Sehingga kini masih kurang, tapi telah merapat dan dijangkakan akan melebihi kaum lain pada tahun 2020. Apakah pada pada masa itu, Melayu hanya akan ramai dari segi kuantiti tapi kurang dari segi kualiti, atau sebaliknya. Apakah pada masa itu masih ada tanah untuk diduduki orang Melayu atau mereka terusir keluar secara tidak sedar. Adakah orang Melayu ambil berat tentang masa depan dan perancangan masa depan negeri mereka ini atau mereka hanya berserah pada pihak tertentu, jika ada, untuk memikir tentang masa depan mereka. Kita harus mencari jawapan ikhlas kepada persoalan berkaitan orang Melayu negeri ini, dilema bangsa minoriti yang tidak mempunyai kuasa pentadbiran negeri serta politik dan kuasa ekonomi. Apakah telah terlambat untuk Melayu bangkit, seperti mana pepatah nasi sudah menjadi bubur. Atau selepas mengakui masalah serta kelemahan, boleh menerjah bangkit semula dengan semangat Melayu baru. Apa caranya? Wallahuallam. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |