Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Akhlak Penyokong Pembangkang: Hina Wira Negara Sebagai Anjing

Posted: 14 Mar 2013 10:00 PM PDT





Mohd. Lotfi Nor, 36, yang berasal dari Pasir Putih,  Guru ini dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai. Guru ini melalui laman Facebooknya telah menghina dan mengkeji pasukan keselamatan kita di Lahad Datu. Guru ini memberi gelaran Polis sebagai anjing dan "doggie". Guru ini juga menghina perajurut yang terkorban sebagai anjing mampus.


Alamat facebook: http://www.facebook.com/mohdlotfi.nor.

Melalui status Facebook beliau, memang jelas guru ini penyokong kuat pembangkang, seakan-akan begitu taksub dengan Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Beginikah akhlak penyokong PAS? inikah ajaran yang dibawa oleh PAS? Memperjuangkan Islam dengan menghina dan mengkeji pasukan Keselamatan  yang sedang mempertahankan negara? 



Guru ini ditahan di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat Pasir Puteh, Kelantan, jam 7 semalam. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa!













Kenyataan Akhbar KPM terhadap Guru yang menghina Pasukan Keselamatan Kita


MyMassa: Hancur Masa Depan Negara jika guru ini diteruskan mengajar anak-anak bangsa! Guru ini patut di gantung tugas, arahkan jalani ujian kesihatan mental, atau tukar sahaja bertugas di sekolah berhampiran dengan Kampung Tanduo, Lahad Datu!



SURAT PECAT CIKGU MOHD. LOTFI NOR

Posted: 14 Mar 2013 06:55 PM PDT

Cikgu Mohd. Ali Zuhrie
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bahagian Pendidikan Guru,
Putrajaya.

Kepada,

YBhg. Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Putrajaya.

Y.Bhg. Tan Sri,

PECAT DENGAN SEGERA CIKGU MOHD LOTFI NOR YANG MENGGELAR PERAJURIT NEGARA YANG TERKORBAN SEBAGAI "ANJING" DAN "DOGGIE"

Saya dengan hormatnya menyampaikan perkara di atas kepada YBhg. Tan Sri dan Jawatankuasa Tatatertib, Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya hanya guru biasa sahaja, tetapi saya pernah bertemu YBhg. Tan Sri di pejabat YBhg. Tan Sri. Saya sangat faham YBhg. Tan Sri seorang yang berdisiplin, tekun dan mempunyai jati diri yang kuat. 
MULUT CIKGU MOHD. LOTFI NOR
2. Saya sebagai seorang guru, amat-amat malu dengan Kebiadapan seorang guru di Kelantan yang mengeluarkan kata-kata "Anjing" dan "Doggie" dan "Mati" ke atas perajurit-perajurit negara kita yang masih mempertarung nyawa mereka demi agama Islam, bangsa dan negara kita ini. Perbuatan Cikgu Lotfi bukan sahaja mencemar nama baik Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sendiri, tetapi turut menconteng arang kepada semua pegawai pendidikan yang berjumlah melebihi 300,000 di seluruh negara.

3. Tan Sri tidak sepatutnya mengambil pendekatan tunggu dan lihat, tetapi pihak Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan Jawatankuasa Tatatertib di Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mengadakan Mesyuarat Tergempar dengan kadar segera. Bukan esok atau lusa. YBhg. Tan Sri bayangkan 10 Perajurit Negara yang terkorban dengan anak bini mereka hilang tempat mengadu sepanjang hidup mereka, tetapi seorang guru tergamak mengeluarkan kata-kata Anjing, Doggie, Mati dan sebagainya kepada perajurit negara kita. Apakah YBhg. Tan Sri juga tidak mempunyai hati perut dengan membiarkan kata-kata nista dikeluarkan oleh seorang kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia!

4. Apakah yang hendak dirisaukan dengan satu Cikgu Lotfi ini dibuang kerja kerana terdapat lebih 3,000 Guru Lepasan Ijazah yang masih menunggu untuk ditempatkan. Malah menjelang pertengahan tahun ini, lebih 8,000 Guru Lepasan Ijazah akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Pelajaran Malaysia (SPP) dan semua mereka ini belum ada penempatan lagi. 

Buang sahaja Cikgu Lotfi ini kerana itulah kemahuannya sendiri, menunjukkan kegoan, kesombongan dan kononnya kehebatannya boleh menDoggie dan Menganjing Perajurit Negara kita di medan perang!

5. YBhg. Tan Sri, jika dibandingkan dahulu kenaikan pangkat guru-guru dari gred 41 ke 44 dan seterusnya ke 54 dan Jusa C bagaikan mimpi di siang hari kerana terlalu ramainya guru. Namun, hari ini seorang guru sangat mudah mendapat kenaikan asalkan mereka tekun, istiqamah dan bersabar. Dahulu gaji seorang guru DG41 hanya lebih kurang RM1,100 sahaja tetapi guru ijazah hari ini, baru bulan pertama melaporkan diri sudah mendapat gaji pokok kira-kira RM2,000 tidak termasuk pelbagai elaun-elaun. Malah, guru-guru diberi kelonggaran melanjutkan pelajaran mereka sehingga ke pringkat Master dan PhD. Hari ini sudah ada guru yang mendapat jawatan Jusa C. Pada saya, Cikgu Lotfi ini adalah antara guru yang Kurang Ajar, Memberi Contoh Buruk Kepada Pelajar dan Berlagak Besar...maka hukumlah dia supaya menjadi pengajaran kepada guru-guru yang lain. Apabila dia diberhentikan, barulah dia tahu tinggi langit!

6. Sebagai seorang guru, saya sangat-sangat malu berdepan dengan masyarakat. Adakah YBhg. Tan Sri tidak malu dengan perbuatan Cikgu Mohd. Lotfi Nor ini? 

Tidakkah YBhg. malu berdepan dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, bila mana beliau bertanya kepada YBhg. Tan Sri, Apa Tindakan Tan Sri...?

7. Saya mohon maaf kepada YBhg. Tan Sri jika kata-kata saya seperti tidak menghormati YBhg. Tan Sri. Saya seorang guru biasa, saya mahu YBhg. Tan Sri MENYEGERAKAN tindakan ke atas Cikgu Mohd. Lotfi Nor yang biadap ini. Jika ini pun YBhg. Tan Sri tidak boleh lakukan, saya sangat-sangat bersedih!!! 
PERAJURIT NEGARA KITA TERKORBAN, DAN CIKGU MOHD. LOTFI NOR KATA MEREKA INI ANJING DAN DOGGIE!!! APA PERASAAN KPPM & JAWATANKUASA TATATERTIB KPM???

Lihatlah gambar Perajurit yang dikelar di atas dan digelar Anjing, Doggie dan Mati oleh Cikgu Mohd. Lotfi Nor !!! Tutup Mata YBhg. Tan Sri dalam 10 saat, dan bayangkan Perajurit Negara kita Dikelar Leher mereka, dipancung kepala mereka, dikorek biji mata mereka, dilapah dan dikeluarkan hati dan jantung mereka...bayangkan Tan Sri...bayangkan...

***Nota: Gambar Perajurit Negara dikelar dikeluarkan untuk menghormati Arwah. Alfatihah kepada mereka. 

Salam hormat,


Yang benar,
      
     TT

Cikgu Mohd. Ali Zuhrie.
Guru Biasa.

Petua apabila terserempak pengganas Sulu

Posted: 14 Mar 2013 06:32 PM PDT

  


Jika pengganas Sulu memiliki tangkal kebal celah kelangkang, jangan risau,kerana anda juga mempunyai beberapa petua yang boleh diamalkan sekiranya terserempak dengan mereka. Jadikan amalan membaca "ayat-ayat" di bawah ini selalu, insya Allah selamat:

1) Tanya mereka mengapa pra pemimpin agung Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Guan Eng sehingga hari ini enggan turun ke Lahad Datu dan melawat rakyat yang dikatakan menjadi mangsa konsprasi Umno? Apakah yang mereka sangat takutkan hendak ke sana sedangkan semua rakyat Malaysia tahu bagaimana hebatnya golongan ini mengambil kesempatan di atas setiap kejadian yang menimpa rakyat Malaysia. Kenapa kali ini hanya menyalak dari jauh? Hanya "seekor" sahaja anjing mereka yang berani jejakkan kaki ke Sabah, itu pun setakat di KK dan hanya berpolitik di sebuah Balai Polis. Bukankah para pemimpin pakatan ini semua Berani dan pemimpin BN terutamanya DS PM itu bacul?!!

2) Para penyokong Pakatan pula tidak henti-henti menyalahkan Umno dan BN dalam isu Lahad Datu ini. Jika mereka begitu hebat menjaga kedaulatan ]negara, mengapa para syuhada Bersih dan demo-demo jalanan yang berani mati bertempur dengan pihak keselamatan selama ini tidak di hantar ke sana? Bukankah setiap kali membuat huru-hara di atas jalanraya, para pejuang mereka boleh mencecah sehingga satu juta orang? Bayangkan bagaimana pantasnya penceroboh Sulu yang hanya seramai 200 orang itu akan ditumpaskan oleh tentera PR? Dan setelah bersusah payah membuktikan penceroboh Sulu itu ahli Umno/ada kaitan dengan Umno, bukankah ini masa yang paling sesuai untuk ke depan dan menyelamatkan rakyat Sabah daripada permainan politik keji Umno?!! Nak takut apa?!! Bukankah ini peluangnya untuk mati syahid?!!

3) PR sampai hari ini bermati-matian membuktikan kes Lahad Datu ini salah Umno. Apa kata untuk keadilan semua, tuntutlah satu RCI bagi membuktikan penglibatan Umno dan BN dalam isu ini seperti mana mereka percaya dalam kes TBH dan altantuya. Sampai hari ini mereka belum tubuhkan NGO seperti himpunan Hijau, Samm dan Bersih bagi isu Lahad Datu ini. Samalah juga apabila video seks pemimpin mereka tersebar, secara tiba-tiba RCI menjadi tidak relevan dengan mereka.

4) Mengapakah DAP kali ini lebih banyak TUTUP MULUT?!! Bukankah ini masanya untuk membuktikan bahawa parti tersebut cukup layak untuk menjadi pemerintah dan menjaga kedaulatan negara dengan mengerahkan lebih ramai orang Cina menyertai pasukan keselamatan dan sukarela ke sana? Kalau betul mereka sayangkan Malaysia, buktikanlah dengan mempertahankan kedaulatannya dengan darah mereka sendiri. Jangan hanya pandai menyalak dari jauh dan rasa tanggungjawab menjaga kedaulatan negara sudah selesai hanya dengan membayar cukai.

5) Sampai hari ini Anwar masih lagi tidak menyaman Reuters dan agensi berita Filipina serta Biro Siasatan Negara tersebut yang jelas mengaitkan beliau pencerobohan kali ini. Sedangkan seekor anjing belaannya (yang suka menggigit polis Melayu) telah pun bersusah payah menyaman mana-mana blog yang mendedahkan penghinaannya terhadap pihak keselamatan yang sedang bersabung nyawa. Kenapa jadi Double Standard begini?!!

Santai Pagi : Kenapa Apakah?

Posted: 14 Mar 2013 05:58 PM PDT


Betul tak?

Yang belum tengok boleh tonton video ini.


*Berani kerana benar. Takut kerana salah.

Update Lahad Datu : Ada Pihak Yang Tak Senang Duduk Baca Perkembangan Terbaru Pengganas Kiram!

Posted: 14 Mar 2013 08:00 AM PDT

Kerajaan Timbang Tubuh RCI Atau Buka Kertas Putih Siasat Pencerobohan Di Sabah


SANDAKAN, 14 Mac (Bernama) -- Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.

"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan di sini, hari ini selepas mendengar taklimat berhubung situasi semasa di Sandakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong.

Mengenai sama ada hasil siasatan itu akan didedahkan kepada umum, Hishammuddin berkata ia akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan apabila perkara itu selesai kelak.

Mengulas keadaan keselamatan di Sabah, Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat.

Mengenai Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), Hishammuddin berkata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan beberapa pihak berkaitan akan berada di Sabah esok bagi meninjau keperluan tambahan bagi merealisasikan penubuhan kawasan itu yang memerlukan perancangan rapi.

Katanya penguatkuasaan di kawasan perairan timur Sabah juga akan ditingkatkan bagi menghalang kemasukan warga Filipina ke negeri itu termasuk kewujudan 'lorong-lorong tikus' yang memudahkan laluan mereka.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kementerian itu kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

Berhubung laporan penahanan 35 warganegara Filipina yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah oleh Unit peronda Tentera Laut Filipina semalam, Hishammuddin berkata Wisma Putra akan berhubung dengan Manila bagi menyelesaikan perkara itu.

"Wisma Putra akan berhubung dengan kerajaan Filipina kerana rakyat dia dan perairan dia," katanya.

Media Filipina semalam melaporkan unit peronda menahan kesemua suspek di dalam dua buah bot di perairan Tawi-Tawi sekitar jam 6.30 pagi semalam, di mana beberapa unit senjata dan bahan letupan turut dirampas dari bot yang dinaiki.

Hishammuddin dalam lawatan itu turut melawat dan berkongsi cerita dengan tiga anggota pasukan keselamatan yang cedera dalam Operasi Daulat di Lahad Datu dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini.

Dalam kejadian berbalas tembakan pada Sabtu lepas, dua anggota PGA dari Batalion Miri iaitu Lans Kpl Mohd Zariman Ibrahim dan Kpl Affendi Rusli mengalami kecederaan di betis dan paha.

Selain itu, Kpl Khairul Anuar Md Isa dari Rejimen ke-7 Askar Melayu Diraja (7RAMD) Kem Kukusan Tawau yang cedera di pipi dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Lahad Datu dimasukkan ke hospital itu semalam.

-- BERNAMA

Komen MyMassa : Pembangkang sebelum ini senantiasa menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja atau Royal Commission of Inquiry (RCI) dalam setiap hal yang berkaitan dengan parti mereka. Contohnya, kematian mendiang ketika disiasat SPRM juga mereka desak supaya RCI diadakan.


Bandingkan apa yang berlaku di Lahad Datu. Bukan seorang, tetapi 10 orang wira-wira negara telah syahid mempertahankan kedaulatan negara? Mengapakah sampai sekarang tiada seorang pun pemimpin pembangkang bersuara supaya siasat menyeluruh dilakukan untuk hal ini?

Apa yang mereka tahu adalah mengkritik dan terus mengkritik pasukan keselamatan yang bertungkus lumus menghunus senjata mencari saki baki pengganas upahan pihak tertentu termasuk ketua mereka, adik kepada Jamalul Kiram.

Mungkin ada sesuatu yang disembunyikan oleh pemimpin pembangkang dalam hal ini sehingga mereka takut untuk mendesak Kerajaan bagi menubuhkan RCI. Lebih menyedihkan apabila ada bekas-bekas panglima tentera yang bersekongkol untuk menghentam Kerajaan dan bukannya mendesak supaya RCI Insiden Lahad Datu diadakan.

Apa-apa pun, MyMassa mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak Kerajaan kerana lebih dahulu mengusulkan perkara ini untuk rakyat Malaysia tahu apa sebenarnya yang berlaku di sana.

*Sudah tentu pihak yang tak senang duduk dalam hal ini adalah pihak yang merancang serta sanggup membiayai tentera upahan Jamalul Kiram sehingga menyebabkan parajurit tanah air kita terkorban.

Update Lahad Datu : PASUKAN KESELAMATAN TAHAN LELAKI BAWA PEDANG SAMURAI, PARANG DI TANJUNG LABIAN

Posted: 14 Mar 2013 06:30 AM PDT

PASUKAN KESELAMATAN TAHAN LELAKI BAWA PEDANG SAMURAI, PARANG DI TANJUNG LABIAN

Lahad Datu, 14 Mac - Seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan
jalan raya di Tanjung Labian awal hari ini setelah didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki itu yang menunggang motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika ditahan, sebelum pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibawa mengandungi senjata berkenaan.

Katanya lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat.

"Siasatan adalah untuk ketahui latar belakang lelaki tersebut," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.

Dalam pada itu Ismail berkata tiada sebarang pertempuran berlaku di dalam kawasan Operasi Daulat di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dalam tempoh 24 jam lepas.

Bagaimanapun katanya pasukan keselamatan masih meneruskan operasi menjejaki saki-baki pengganas di kedua-dua kawasan berkenaan selain meningkatkan sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.

Beliau berkata pasukan forensik juga sedang mengumpul profil
Deoxyribonucleic acid (DNA) dan cap jari 26 mayat pengganas untuk mengenal pasti dentiti mereka.

Berhubung penahanan dua bot yang dinaiki 35 warga Filipina yang dipercayai pengikut Jamalul Kiram di perairan Tawi-Tawi semalam, Ismail berkata pihaknya masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Filipina.

Media Filipina semalam melaporkan unit peronda Tentera Laut Filipina menahan 35 orang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah sekitar jam 6.30 pagi, dan beberapa unit senjata serta bahan letupan turut dirampas dari bot berkenaan.

Ismail sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat selain meminta semua pihak memberi kerjasama yang baik bagi menjamin kejayaan operasi itu. - BERNAMA


Gambar arkib Utusan : Senjata yang dirampas sebelum ini

LAHAD DATU SPRING GAGAL

Posted: 14 Mar 2013 04:46 AM PDT

GAMBAR HIASAN - Google Image

MALAYSIA SPRING

Dengan tempoh PRU13 yang semakin dekat, Pakatan Rakyat (PR) KHUSUSNYA DS Anwar Ibrahim memerlukan timing yang betul untuk melakukan Malaysia Spring, selepas momentun Bersih1, Bersih2, Bersih3, Himpunan Hijau dan terakhir Himpunan Raksasa di Stadium Merdeka tempoh hari gagal mencetuskan Malaysia Spring.

Rentetan dari itu, Anwar Ibrahim memerlukan satu lagi spring untuk mencetuskan keributan menjelang PRU13 dan akhirnya hasil daripada spring itu akan memenangkan mereka. Inilah harapan Anwar, malangnya kali ini ianya tidak menjadi.

Saya tidak boleh membuat kesimpulan sendiri, tetapi anda sendiri perlu melihat semua rentetan ini dengan mata yang terbuka. Mereka menjangka PRU13 diadakan seawal 28 Febrauri 2013 dan 1 Mac 2013 dan secara serentak mereka menceroboh di Lahad Datu pada hari yang sama. 

Di Malaysia, PRU13 adalah satu acara di mana pengikut-pengikut parti akan berkempen dengan apa yang disebut inilah "ibu segala pilihanraya". Sudah tentu akan berlaku kecoh sana kecoh sini, ceramah sana ceramah sini, dengan kegawatan siang dan malam, mereka yang telah merancang ini memikirkan inilah masanya untuk mendarat di Lahad Datu.

Malang sekali, PRU13 tidak pun diumumkan pada 28 Februari 2013 mahu pun 1 Mac 2013. Namun, mereka sudah pun mendarat. Agensi Perisikan Negara Filipina menyatakan semalam, mereka memintas bot yang dipenuhi kira-kira 250 orang Sulu yang membawa senjata, 4 orang MNLF dan kira-kira 10 orang wanita (Rujuk Laporan Akhbar Perdana & Filipina pada 12 dan 13 Mac 2013).

Maknanya, perancangan untuk membuat sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai menghuru-harakan negara dan menghuru-harakan PRU13 telah dibuat lama.

Kesimpulannya, Malaysia Spring yang dirancang Gagal! Rancangan seseorang hendak melakukan Malaysia Spring ala Arab Spring di Lahad Datu gagal. Mereka lupa, orang Melayu bukan orang Arab.

ANWAR UNDER ESTIMATED

Kesilapan Anwar ialah under estimated kemampuan Agensi Perisikan Negara Filipina. Apabila akhbar-akhbar luar negara seperti Reuters, Manila Times, Inquerer News dan sebagainya melaporkan akan wujudnya campurtangan asing dalam pencerobohan orang-orang Sulu ke Lahad Datu, Anwar khususnya menjadi gegak-gempita dan kelam-kabut.

Jika tidak benar laporan itu, mengapa perlu gundah-gulana. Mengapa perlu berkata "you ulang, saya saman you pulak", antaranya di http://mynewshub.my/2013/03/05/harlem-shake-you-ulang-saya-saman-you-pulak/.

Menteri Luar Malaysia semalam berkata, beliau dan rakan sejawatannya Setiausaha Luar Negara Filipina akan bekerjasama untuk memberikan maklumat-maklumat berkaitan penglibatan ketua pembangkang di Malaysia dalam insiden di Lahad Datu. 

Saya percaya, dengan adanya maklumat-maklumat yang diperolehi daripada Agensi Perisikan Negara Filipina itu, maka individu-individu yang dikaitkan di Malaysia akan dapat didedahkan.  Namun, kita sama-sama menanti laporan dari Agensi Perisikan Negara Filipina.

Agensi Perisikan Negara Filipina ini khabarnya memiliki butiran terperinci pertemuan dan rakaman perbualan di antara individu seperti Nur Misuari pemimpin MNLF dan Anwar Ibrahim pemimpin PKR

Kita (khususnya Anwar) tidak sepatutnya memandang rendah kebolehan dan keupayaan Agensi Perisikan negara luar. Sudah pasti mereka memiliki kekuatan yang tersendiri.

Kedua-dua mereka bersahabat baik sejak berpuluh tahun lamanya, kedua-dua mereka pernah menikmati nikmat kekuasaan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Gabenor, namun kedua-duanya juga sudah jatuh dan ingin kembali semula di persada kuasa.

Pada pandangan saya, Anwar harus terbang semula ke Manila dan menyaman Inquirer News dan Manila Times kerana mengaitkan dirinya dalam kes di Lahad Datu. Janganlah hanya berani menyaman Utusan dan TV3 sahaja, ataupun menggertak rakyat dengan kata-kata "you ulang, saya saman you pulak".


Inikah lambang Demokrasi Anwar Ibrahim? Tanya pun Tak Boleh? Tanya pun Nak Saman Orang?...

(Hari ini 13/3/2012 berita melaporkan bahawa Azmin Ali, orang kanan Anwar, seawal pagi membuat spin kononnya Anwar akan ditangkap kerana insiden di Lahad Datu. Mereka menuduh diri mereka sendiri. Apakah rakyat Malaysia mempercayai permainan politik seperti ini lagi!)

Baca penuh di sini jentayuabaka.blogspot.com



Lepas Tian Chua Didakwa, Malaysiakini Masih Anggap Lahad Datu Sebagai Sandiwara?

Posted: 14 Mar 2013 02:11 AM PDT

Apa kejadahnya Malaysiakini masih menerbitkan kartun ini?


Dari pemerhatian MyMassa, portal, blog, facebook dan twitter pro pembangkang masih lagi cuba menghasut rakyat bahawa insiden Lahad Datu adalah sandiwara.


MyMassa harap pihak polis mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba memperkecilkan sumbangan pasukan keselamatan yang bertarung nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara.

*Zunar juga perlu dipanggil untuk beri keterangan kerana bukan kali pertama dia buat benda ni.


TIAN CHUA : SANDIWARAKAH INI???

Posted: 14 Mar 2013 12:17 AM PDT

SANDIWARA KAH INI???

Akhirnya anak-anak Perajurit Negara yang terkorban, isteri-isteri kepada Suami mereka yang terkorban, Ibu bapa yang anak-anak mereka terkorban, hari ini mendapat satu berita penting... 

"Seorang manusia yang pernah menggigit anggota polis, seorang manusia yang pernah langgar sehingga mati seorang anggota tentera, seorang manusia yang pernah membuat super imposed gambar Perdana Menteri, seorang manusia yang Memperlekehkan Perajurit-Perajurit Negara sebagai Sandiwara dan Wag The Dog akhirnya ketakutan dan menggigil di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi. Riak wajahnya ketakutan berdepan dengan keluarga Perajurit Negara"

SANDIWARA KAH INI???
Tian Chua atau nama Sebenarnya Chua Tian Chang No. K.P. 631221-04-5765 didakwa Di Bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama!

Sekurangnya-kurangnya kebiadapan, kebodohan dan kurang ajar Tian Chua ini telah menerima padahnya.

Namun, kita jangan lupa, 10 Anggota Perajurit Negara kita yang Terkorban, ada di antaranya diseksa dengan pelbagai seksaan yang begitu sadis, menghiris anak jantung kita dan terseksa belum lagi menjawab Fitnah Tian Chua yang mengatakan semua itu Sandiwara dan hanyalah Wag The Dog sahaja!

Maka, apakah selepas ini...

A) Buang Negara Tian Chua ke negara asal nenek moyangnya sudah tentu dia boleh hidup di sana.

B) Hantar Tian Chua ke Lahad Datu untuk bertugas di Kg. Tandou supaya dia bolehlah bersandiwara di sana. Dari Kg. Tandou, Tian Chua boleh Tweet dalam tweeternya "Ini Semua Sandiwara" dan "Wag The Dog".

C) Pastikan Tian Chua tidak boleh bertanding dalam PRU13. Jika dia bertanding pastikan semua undi orang Islam jangan beri kepadanya. Haramkan diri kita mengundi manusia ini.

D) Atau anda ada cadangan lain, silakan...




Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>