BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Tonton filem porno sebelum main...pandai korang!
- Pelancong warga U.S dakwa diperkosa pemandu teksi di Sepang
- Saudara baru, bersekedudukan hingga hamil luar nikah
- (Gambar) Guru 'bajingan', Mohd Lotfi Nor, sudah dicekup polis...!
- (Video) Kepala hantu penanggal berjaya diperangkap [Jangan tonton kalau lemah semangat]
- Kenyataan rasmi KPM mengenai Mohd Lotfi Nor, guru yang menghina ATM/PDRM di Lahad Datu
- Sebar gambar ghairah, Hetty Sarlene bengang, tapi maafkan si penyebar
- Susulan kaki bayi berdarah, HRPZ nafi kecuaian jururawat
- Sandiwara UMNO, Tian Chua mengaku tidak bersalah di mahkamah
- Helah Mak Lampir hampir makan diri
- (Gambar) Aksi galak ala 'laki bini' dari Zain dan Rozita Che Wan
- (Video) Wajah Talibarut dari rakaman telefon bimbit pengganas yang terbunuh
- Tudiaaa...foto konspirasi RM24 juta Tian Chua
- Pemuda PAS Akui Ops Daulat Satu Jihad
- Remaja berjaya kejar dan cekup perogol ibunya
Tonton filem porno sebelum main...pandai korang! Posted: 14 Mar 2013 03:31 PM PDT
Para saintis risau pasangan tersebut tidak akan mendapat zuriat setelah gagal merangsang pasangan masing-masing. Oleh yang demikian, para saintis berkenaan mengambil keputusan untuk meletakkan sebuah skrin tv besar yang menunjukkan sepasang panda sedang mengawan. Tindakan saintis tersebut berjaya apabila pasangan panda yang pada mulanya malu-malu itu akhirnya terangsang lantas lakukan hubungan seks dengan pasangannya. Pakar Veterinar di Pusat Pembiakan dan Kajian Panda di Chengdu, semenanjung Sichuan menjadi risau apabila panda berusia lima tahun, Colin kerap menolak ajakan pasangannya, Yongyong kerana tidak berpengalaman.
Oleh yang demikian, pasangan itu dipertontokan video porno tersebut sebagai salah satu kaedah pembelajaran. Saintis berkenaan berasa amat gembira apabila kaedah mereka berjaya. Giant Panda adalah spesis yang merbahaya dan hampir pupus apabila habitat mereka dimusnahkan di China. | ||||||
Pelancong warga U.S dakwa diperkosa pemandu teksi di Sepang Posted: 14 Mar 2013 08:02 AM PDT Shah Alam, 14 Mac - Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes membabitkan seorang wanita warga Amerika Syarikat yang dilaporkan disamun dan dirogol pada Isnin lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata polis sedang giat memburu beberapa suspek yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu. "Berdasarkan maklumat daripada mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada kira-kira 5 pagi semalam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Wanita berusia 20-an itu menaiki teksi dari sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara, dekat sini sebelum dibawa ke sebuah lokasi di Sungai Pelek, Sepang sebelum dirogol. Dalam pada itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia memandang serius kes berkenaan. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan individu terlibat. Syed Hamid berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu dan pengendali teksi itu jika siasatan mengesahkan dakwaan itu. Beliau juga meminta orang ramai memastikan teksi yang dinaiki memaparkan kad pemandu di ruangan papan pemuka.- BERNAMA | ||||||
Saudara baru, bersekedudukan hingga hamil luar nikah Posted: 14 Mar 2013 07:45 AM PDT
sebulan lalu. Salmah (bukan nama sebenar), 30, berkata, dia mengandung anak luar nikah hasil hubungan sulitnya dengan seorang lelaki warga asing yang bekerja di sebuah projek tanaman buah-buahan tempatan berhampiran tempat tinggalnya. Menurutnya, dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mahmud (bukan nama sebenar), 30, mula menjalani kehidupan sebagai 'suami isteri' selepas dia disahkan mengandung dua bulan. "Akibat keterlanjuran kami, saya mengandung, dan dia sanggup bertanggungjawab atas segala yang berlaku, malah mahu memperisterikan saya secara sah melalui ikatan perkahwinan," katanya kepada Sinar Harian. Bagaimanapun, katanya, dia berdepan masalah untuk berkahwin secara sah kerana 'suami' warga asing itu beragama Islam, sedangkan dia masih berpegang kepada ajaran animisme dianutinya selama ini. "Saya pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (Paid), namun mereka meminta kami memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen memandangkan suami bukan orang tempatan," katanya. Salmah berkata, disebabkan urusan mendaftar perkahwinan rumit, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin mengikut istiadat masyarakat Orang Asli. "Setelah berbincang dengan keluarga saya, kami mengambil keputusan untuk berkahwin mengikut adat Orang Asli, malah ketika perkahwinan itu dilangsungkan saya masih belum memeluk Islam," katanya. Menurutnya, dia memeluk Islam sebulan lalu di Paid Rompin, bagaimanapun terpaksa menyembunyikan kandungannya. Salmah yang mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan terdahulu berkata, dia mahu mengikut prosedur pernikahan sah menurut syariat Islam kerana bimbang masa depan anak yang bakal dilahirkannya itu. "Saya memohon Paid menikahkan saya dengan segera kerana tidak sanggup bergelumang dosa, apatah lagi saya sudah menjadikan Islam sebagai pegangan hidup," katanya. Menurutnya, sejak hidup bersama Mahmud, lelaki warga asing itu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, malah dia yakin perkahwinan keduanya itu menemui kebahagiaan yang dicarinya selama ini. "Saya mahu terus hidup bersamanya. Biarpun berlainan keturunan. Saya yakin lelaki ini bertanggungjawab dan ikhlas menerima saya seadanya," katanya. Sementara itu, Jurucakap Paid Muadzam Shah berkata, perkahwinan yang dijalankan mengikut adat Orang Asli itu tidak sah di sisi syarak, sedangkan lelaki itu beragama Islam. Menurutnya, pasangan itu perlu datang ke Paid Muadzam Shah untuk membetulkan semula pernikahan tersebut seandainya semua syarat termasuk kelulusan dan kebenaran daripada kedutaan negara dan Jabatan Imigresen diperoleh. "Bagaimanapun, status anak dikandungkannya tidak sah dan tidak boleh dibin atau dibintikan dengan nama lelaki terbabit," katanya. | ||||||
(Gambar) Guru 'bajingan', Mohd Lotfi Nor, sudah dicekup polis...! Posted: 14 Mar 2013 06:01 AM PDT KOTA BHARU 14 Mac - Polis memburu seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati katak' dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih, dipercayai sedang bersembunyi. Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948. "Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai. Baca juga: Kenyataan rasmi KPM terhadap guru 'bajingan' hina ATM/PDRM "Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan. "Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN TERKINI! : Tergempar dan Panas!!!!! Gambar cikgu yang menghina Pihak keselamatan di Lahad Dahu dan meroyan di dalam FB dan memburukkan anggota keselamatan negara... Sudah ditangkap pun ~ Alhamdulillah... | ||||||
(Video) Kepala hantu penanggal berjaya diperangkap [Jangan tonton kalau lemah semangat] Posted: 14 Mar 2013 04:01 AM PDT Video di bawah didakwa adalah dari satu upacara menangkap hantu yang diadakan di sebuah rumah di negara ini. Dalam video yang berdurasi 4:28 saat itu menunjukkan seorang bomoh menurunkan sebuah bungkusan yang dipercayai kepala hantu dari tangga sebelum ianya di bawa ke ruang tamu rumah. 'Kepala' hantu itu dilihat bergerak-gerak ketika dibawa oleh bomoh berkenaan. 'Kepala' berkenaan dipercayai milik 'hantu penanggal', sejenis hantu yang berterbangan dengan hanya kepalanya bersama perut yang terburai. | ||||||
Kenyataan rasmi KPM mengenai Mohd Lotfi Nor, guru yang menghina ATM/PDRM di Lahad Datu Posted: 14 Mar 2013 02:01 AM PDT ![]() Mohd Lotfi Nor, pernah dilaporkan sebagai kurang siuma (baca sini) apabila membuat kacau di sebuah sekolah hingga membahayakan murid-murid dan rakan sekerjanya. Beliau telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut pada ketika itu. Mohd Lotfi kemudiannya muncul semula dengan beberapa kecaman menghina pegawai-pegawai keselematan yang bertugas di Lahad Datu dan yang terkorban dengan menggelarkan mereka sebagai doggie (anjing) Berikutan dengan itu, ratusan kecaman dibuat ke atas beliau dan hingga kini akaun Facebook beliau masih boleh diakses. | ||||||
Sebar gambar ghairah, Hetty Sarlene bengang, tapi maafkan si penyebar Posted: 14 Mar 2013 01:31 AM PDT KUALA LUMPUR 14 Mac - Pelakon Hetty Sarlene Abdul Hamid, 29, memaafkan individu yang menyebarkan foto 'aksi berani'nya dengan teman lelaki di Internet, beberapa hari lalu. Menerusi laman sosial Instagramnya hari ini, pelakon drama bersiri Sembilu dan Si Capek itu berkata, dia percaya pada hukum karma. "Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat," katanya sinis. Menurut pelakon yang berasal dari Singapura itu, dia tidak berasa tertekan dengan apa yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fotonya bersama lelaki yang bakal dikahwininya itu. "Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu melihat hubungan kami yang sempurna? "Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu yang salah," katanya. Hetty yang popular dengan lagu Sangsi Asmara berkata, dia tidak kisah menjadi bahan gosip di Internet kerana orang yang terlibat juga menanggung dosa itu. "Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun," luahnya panjang lebar. - UTUSAN | ||||||
Susulan kaki bayi berdarah, HRPZ nafi kecuaian jururawat Posted: 13 Mar 2013 11:37 PM PDT Kota Bharu: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) menafikan penyebaran gambar seorang bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami kecederaan di kaki kanannya di Facebook berpunca daripada kecuaian jururawat. Sebaliknya kejadian itu berlaku selepas bayi berkenaan yang dimasukkan ke dalam kubikal untuk rawatan penyakit demam kuning itu cedera apabila tiub wayar darah di kakinya tercabut kerana mengerakkan kakinya. Ketua Pengarah HRPZ II, Datuk Ghazali Hasni Mat Hassan berkata akibatnya kaki bayi berkenaan mengeluarkan sejumlah darah yang banyak. Mengenai gambar yang disebarkan, Ghazali berkata gambar berkenaan diambil seorang penjawat awam yang melawat hospital itu dgn telefon bimbit. Katanya gambar berkenaan dihantar kepada suaminya sebelum disebarkan. Susulan daripada kejadian itu pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kejadian itu sebelum mengambil tindakan lanjut. | ||||||
Sandiwara UMNO, Tian Chua mengaku tidak bersalah di mahkamah Posted: 13 Mar 2013 11:08 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR 14 Mac - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO. Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini. Dia didkawa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu. - UTUSAN | ||||||
Helah Mak Lampir hampir makan diri Posted: 13 Mar 2013 10:31 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR 13 Mac - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin akan menggunakan pelbagai helah untuk melindungi diri beliau daripada isu berkaitan kepimpinannya termasuk dalam hal membabitkan Mohd. Fareez Kamal Intidzam. Menurut bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi, tindakan Zuraida menafikan Mohd. Fareez sebagai setiausaha politiknya memang sudah dijangka. Sehubungan itu, beliau meminta wakil rakyat Parlimen Ampang itu menyatakan siapakah yang melaksanakan tugas-tugas menguruskan beliau selama ini jika bukan Mohd. Fareez. ''Mohd. Fareez memang setiausahanya dan memang tidak dinafikan lelaki itu juga yang membantu beliau membuat kerja-kerja membabitkan urusan Parlimen. ''Tetapi mengenali Zuraida, beliau memang suka membuat penafian terutama jika berdepan masalah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. | ||||||
(Gambar) Aksi galak ala 'laki bini' dari Zain dan Rozita Che Wan Posted: 13 Mar 2013 09:01 PM PDT Wow, terkejut kami apabila melihat foto-foto aksi romantik dan mesra Zain Saidin bersama Rozita Che Wan ini. Apa tidaknya, mereka berdua sekarang dikatakan sedang hangat bercinta dan masing-masing sudah meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Tak cukup disitu, kedua-dua belah pihak keluarga juga turut merestui hubungan Zain dan Che Ta dan jika benar apa yang dikatakan, mereka dijangkakan akan berkahwin pada hujung tahun ini. Tak tahulah benar atau pun tidak, yang pastinya gandingan Zain Saidin dan Rozita Che Wan untuk cover depan isu terbaru majalah Media Hiburan ini benar-benar meletup. Zain dan Che Ta juga kelihatan selesa dan serasi bersama jika dilihat melalui foto-foto mereka bersama. Lebih menarik apabila Che Ta memakai gaun pendek merah dan kemudian Zain duduk melutut sambil memegang lembut tangan Che Ta. Romantik gitu. Lihat saja pada muka depan majalah Media Hiburan ini, penuh isu-isu panas kan? Jangan lupa dapatkan dipasaran nanti ya. Jom layan beberapa keping lagi foto mereka berdua selepas ini! | ||||||
(Video) Wajah Talibarut dari rakaman telefon bimbit pengganas yang terbunuh Posted: 13 Mar 2013 07:31 PM PDT Video yang dipercayai diambil daripada salah seorang talibarut pengganas Sulu ini berdurasi selama 25 saat. Video ini menunjukkan Jeneral Hj. Musa yang mengetuai ketenteraan pengganas sulu, dipercayai terbunuh dalam serangan manakala lelaki yang menerima topi daripada Haji Musa merupakan "Tali Barut" pengganas. Video ini diperolehi dari salah seorang pengganas yang berjaya dibunuh. Kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... Dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya peperangan. Terjemahan perbualan pengganas laknatullah dalam video ni…. Di awal perbualan... "bang kamu awn pustu/pusu (kurang jelas awal perbualan) Perbualan selepas itu tak berapa jelas. | ||||||
Tudiaaa...foto konspirasi RM24 juta Tian Chua Posted: 13 Mar 2013 07:15 PM PDT Umumnya seluruh pelusuk negara, terutamanya orang Melayu dibadai dengan kemarahan yang meluap-luap gara-gara kenyataan kurang ajar dari Tian Chua berhubung dengan insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu. Masih menjadi bualan hangat oleh kebanyakkan rakyat, kenyataan Tian Chua itu jelas telah menghiris luka hati ramai pihak. Apatah lagi, ahli keluarga dan teman rapat para perajurit yang gugur syahid mempertahankan bumi bertuah ini. Tidak tergambar rasanya kepiluan hati akibat kehilangan orang tersayang, ditambah pula dengan kebiaDAPan Tian Chua. Ibarat luka yang disimbah dengan air garam. Hanya kerana fahaman politik, Tian Chua sanggup bertindak sedemikian rupa. Jati dirinya sebagai rakyat Malaysia entah ke mana, apatah lagi semangat patriotik; sayangkan negara. Mungkin juga ada kebenaran akan "hubungan akrab" pemimpin PKR dengan kuasa asing, seperti mana yang diketahui ramai, sehingga dia tidak mengiktiraf Malaysia sebagai tanah tumpah darahnya. Sikapnya itu menunjukkan ketidakbertanggungjawaban, dan tentu sahaja apa yang pernah berlaku di dalam sejarah Tanah Melayu tidak mustahil untuk berulang kembali. Jatuhnya kerajaan kesultanan Melayu tidak dapat dipisahkan dengan watak si pembelot. Hanya kerana pentingkan diri sendiri, si pembelot tidak kisah menjerumuskan seluruh rakyat ke lembah kehinaan. Hilang erti kemerdekaan. Hinanya cara permainan politik Tian Chua. Mungkin juga ia adalah strategi "damage control", setelah timbulnya dakwaan dari Filipina bahawa terdapat kaitan di antara kumpulan penceroboh dengan pemimpin pembangkang di negara ini. Mungkin dek kerana gubra, Tian Chua cepat-cepat cuba menafikan pencerobohan ini dan cuba meletakkan kesalahan kepada UMNO. Sedar atau tidak, Tian Chua merendahkan kemampuan rakyat untuk berfikir. Ini sudah menjadi sebati dalam dirinya kerana tahu mentaliti rakyat, terutamanya penyokong mereka sendiri. Selama ini, itulah juga caranya; menganggap semua rakyat bodoh. Dari ceritera racun Arsenik, suntikan jarum HIV, sakit tulang belakang dan entah berapa banyak lagi pembohongan, rasanya rakyat sudah pandai menilai. Kini, Tian Chua muncul, memberi bantuan pula kepada ahli keluarga Korporal Muhd Azrul Tukiran, di Klang. Sedangkan, teori Tian Chua mengatakan insiden Lahad Datu adalah konspirasi UMNO. Jadi, apa pula konspirasi yang cuba ditunjukkan oleh Tian Chua kali ini? Berapa pula UMNO bayar kepadanya untuk turut sama dalam menjayakan konspirasi ini? | ||||||
Pemuda PAS Akui Ops Daulat Satu Jihad Posted: 13 Mar 2013 07:01 PM PDT KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terkorban semasa bertugas mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah semalam. Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam kenyataan takziah itu secara tidak langsung turut mengakui bahawa kedua-dua anggota keselamatan negara terbabit adalah pejuang sebenar yang telah melaksanakan tugas jihad di sisi Allah. "Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Hurairah Ismail dan Ahmad Farhan Roslan yang terkorban semasa menjalankan misi menjaga keselamatan negara di Lahad Datu semalam. "Mereka adalah pejuang sebenar dan mereka telah melaksanakan tugas jihad di sisi Allah," katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Nasrudin juga berkata, kehilangan perwira negara itu amat memilukan hati seluruh rakyat negara ini dan DPPM menganggap kedua-dua anggota tentera tersebut telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh kemuliaan. Tambah beliau, negara berasa bangga kerana memiliki anggota tentera yang bersemangat, amanah, serta setia berkhidmat dan berkorban untuk negara. Media semalam melaporkan seorang lagi anggota keselamatan negara kali ini dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkorban akibat serangan pengganas Sulu di Sungai Nyamuk, Lahad Datu. Seorang lagi anggota ATM pula maut apabila trak tentera yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Tungku semasa dalam perjalanan menghantar bekalan ke kawasan operasi. – mynewshub.my | ||||||
Remaja berjaya kejar dan cekup perogol ibunya Posted: 13 Mar 2013 06:02 PM PDT
Setelah mendengar jerita ibunya dan melihat seorang lelaki keluar dari tandas tersebut dalam keadaan mencurigakan, remaja berusia 18 tahun itu mengejarnya hampir 10 minit dan berjaya menangkapnya dengan bantuan orang ramai di situ. Lelaki berkenaan kemudiaanya dibawa ke bilik keselamatan dan ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis. Lelaki berkenaan difahamakan menggunakan pisau untuk mengugut mangsa sebelum merompak dan dan mencabul. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |