Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

DARUL EHSAN TODAY

$
0
0

DARUL EHSAN TODAY


Datuk Seri Zaini, Pencerobohan Di Lahad Datu Permulaan Awal Untuk Kucar Kacirkan Negara...

Posted: 12 Mar 2013 10:00 PM PDT


Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mendakwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah merupakan permulaan untuk mengucar-kacirkan negara, yang cuba dicetuskan pihak tertentu demi kepentingan tertentu.

 Sehubungan itu kata beliau, perkembangan terbaru ini akan memberi impak kepada politik, ekonomi, sosial dan aspek keselamatan jika pihak berkuasa tidak menangani dengan segera dan leka.

Beliau juga berkata, perkembangan di Sabah itu memberi gambaran akan ada perkara lebih besar, yang cuba digerakkan oleh pihak tertentu untuk menggugat negara, seakan peristiwa Al-Maunah lebih satu dekad lalu.

"Ini adalah permulaan untuk mengucar-kacirkan negara dan memberi impak kepada ekonomi, politik, sosial dan sudah semestinya keamanan negara.

"Dari segi politiknya, mesti ada orang belakang di sebalik penceroboh ini, kita tengok mereka memang tidak mampu untuk bergerak sendiri, Sultan Kiram yang didakwanya juga mengakui miskin. jadi bagaimana mampu mereka bergerak sendiri," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk Dalang Pengganas Lahad Datu Ancaman Keselamatan Negara, di sini malam tadi.

Difahamkan, kemungkinan dalang tersebut adalah kuasa ketiga yang ingin merampas negara atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu.

Sebelum ini, beberapa pihak mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan insiden tersebut.

Sehubungan itu, kemungkinan dalangnya juga mungkin berada dalam negara demi kepentingan politik.

Dalam pada itu, Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lam Yong mendakwa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menjadi perhatian negara tahun lalu, membiayai AS$2 juta (RM6 juta) kepada kumpulan penceroboh dari Sulu bagi menceroboh Sabah.

Menurutnya lagi, bantuan kewangan daripada NGO kepada kumpulan penceroboh dari Filipina itu disahkan oleh rakannya dari Manila.

"Saya terima e-mel dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan e-mel itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan AS$2 juta untuk tujuan pencerobohan," kata beliau pada ceramah tersebut.

Oleh itu kata Lam Yong, yang juga antara bekas pengasas PKR, tidak mustahil pihak pembangkang menjadi dalang di pihak di sebalik apa yang berlaku di Sabah. 

Lam Yong turut menyatakan bahawa sanggup disaman mana-mana pihak kerana apa yang beliau katakan mengenai isu tersebut adalah benar. - Sinar Harian

Zul Nordin Akan Dedahkan Kaitan Anwar

Posted: 12 Mar 2013 08:54 PM PDT


PENGUNDI SHAH ALAM DI JEMPUT HADIR

Untuk Apa Tian Chua Berbaju Melayu Semalam...?

Posted: 12 Mar 2013 07:00 PM PDT


Si lahanat nie cuba meraih simpati orang melayu dengan memakai baju melayu ketika hadir untuk di soal siasat oleh polis pagi semalam...

Soalan aku, untuk apa dia mengenakan baju melayu? Adakah untuk meraih simpati orang melayu setelah puas dia menghina anggota polis melayu yang terkorban akibat di bunuh oleh lanun sulu tajaan anwar dan pakatan.

Adakah orang melayu akan bersimpati dengan si lahanat nie kerana dia berbaju melayu?

Weii korang kena ingat si lahanat nie dah hina 8 orang anggota polis melayu yang tekorban demi menjaga keamanan negara supaya si lahanat nie boleh berpolitik dengan senang lenang, takan la dia pakai baju melayu kita sebagai orang melayu nak maaf kan dia pulak, murah sangat ke maruah orang melayu....?
Published with Blogger-droid v2.0.6

Misi Sayang Wanita UMNO, Serah Makanan Kepada Pasukan Keselamatan Di Lahad Datu...

Posted: 12 Mar 2013 05:00 PM PDT

Misi sayang wanita umno malaysia di teruskan dengan menghantar makanan berupa 5 ribu paket power bar, 10 ribu botol air mineral dan berberapa jenis makan lain, dan termasuk juga dalam penghantaran itu 1000 naskah surah yassin...

Majlis sumbangan itu di adakan di pengkalan udara tudm subang, turut hadir pada majlis petang semalam, menteri pertahanan, datuk seri ahmad zahid hamidi dan panglima tentera udara, tan sri rodzali daud untuk menerima sumbangan dari ketua wanita umno malaysia, datuk seri sharizat jalil.






Lahad Datu: Al-Fatihah Untuk Prebet Ahmad Hurairah Ismail

Posted: 12 Mar 2013 03:23 AM PDT

Anggota ATM yang terkorban dalam pertempuran di kampung tanduo ialah prebet Ahmad Hurairah Bin Ismail, berasal dari pasir mas, kelantan, jenazah beliau dijangka tiba di lapangan terbang pengkalan chepa, kota baru, jam 8 pagi esok...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lahad Datu: Anggota ATM Terkorban Di Lahad Datu.

Posted: 12 Mar 2013 03:07 AM PDT

Seorang ATM terkorban di dalam kejadian tembak menembak di kampung tanduo pagi tadi, Jenazah Allahyarham dijangkan akan sampai di lapangan terbang pengkalan chepa, kota baru esok pagi...

Al Fatihah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MB Khalid Tak Tau PKNS Buat Projek Mewah, Weii Makan Gaji Buta Ke...???

Posted: 12 Mar 2013 12:00 AM PDT


Beberapa badan bukan kerajaan (NGO)bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina projek kondominium mewah sama seperti projek Datum Jelatek di sembilan kawasan di sekitar Selangor, Abdul Khalid berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh PKNS.

Tambahnya, pihaknya tidak akan membantah sekiranya PKNS mahu melaksanakan projek-projek perumahan mewah itu kerana ia boleh memberi pulangan pelaburan yang besar kepada Selangor.

"Saya tidak tahu mengenainya...tetapi apa yang saya boleh katakan jika projek seperti itu (kondominium mewah) dilaksanakan, sememangnya ia akan memberikan pulangan pelaburan yang besar kepada negeri ini," katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk kalangan rakyat Selangor mendesak projek kondominium mewah Datum Jelatek yang akan dibangunkan di Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat, dibatalkan.

Mereka menggesa kerajaan negeri menggantikan projek mewah itu dengan perumahan mampu milik dan kawasan berkenaan dikekalkan sebagai penempatan Melayu. 

komen aku: ini mb betul-betul makan gaji buta dan buta mata...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>