BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Gadis tanpa seurat benang tejun dari bangunan
- Aksi 'bogel' Fauziah Ghouse berjaya...
- Dewan Ulama mahu Amanat Hadi dilaksanakan semula
- DS Anwar bakal pergunakan pemandu teksi sebagai balaci penyebar fitnah
- (Gambar) Sepanjang majlis pernikahan Apek dan Leuniey
- PAS optimis PR akan perintah Malaysia
- Rebat telefon: Siapa cepat dia dapat!
- Kakak diperkosa dua kali, adik dicabul
Gadis tanpa seurat benang tejun dari bangunan Posted: 28 Dec 2012 07:45 AM PST
KUALA LUMPUR: Dentuman kuat di belakang blok A Kuarters Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, awal pagi semalam membawa kepada penemuan satu mayat wanita dalam keadaan bogel. Difahamkan, pengawal keselamatan yang dimaklumkan mengenai penemuan itu terkejut sebaik mendapati mayat terbabit adalah seorang wanita yang diselamatkannya ketika cuba melarikan diri dari kuarters berkenaan 10 minit sebelum itu. Wanita berusia 25 tahun itu yang juga kakitangan HKL dipercayai terjun dari rumahnya di tingkat 12 blok berkenaan sebelum ditemui terlentang di tempat letak kenderaan. Menurut saksi yang enggan dikenali, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa dikatakan berbogel dan cuba berlari keluar dari pekarangan kuarters. "Pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu melihat mangsa dan menahannya. Kejadian itu turut disedari keluarga mangsa yang melihatnya keluar dari rumah mereka. "Pengawal keselamatan dan salah seorang ahli keluarga mangsa membawanya pulang ke rumah bagi menenangkan wanita terbabit yang meraung," katanya. Beliau berkata, 10 minit kemudian, seorang penghuni lain yang dikejutkan dengan dentuman memberitahu pengawal keselamatan sebelum pemeriksaan menemui wanita terbabit dalam keadaan terlentang. Saksi berkata, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik rumah keluarganya itu di tingkat 12. Menurutnya, polis dipanggil membantu siasatan dan mayat dihantar ke HKL untuk bedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 5 pagi. "Hasil siasatan mangsa dikatakan mengalami masalah sakit mental sejak dua minggu lalu. Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya. | ||
Aksi 'bogel' Fauziah Ghouse berjaya... Posted: 28 Dec 2012 12:01 AM PST KUALA LUMPUR – Setelah beberapa kali mengelak, akhirnya pelakon Fouziah Gous akur untuk melakukan adegan seksi dan penuh menggoda di dalam filem Sunti @ Facebook yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran pada minggu lalu. Fouziah Gous memberitahu aksi berendam di dalam tab mandi bersama pelakon Anas Mentor itu sangat sukar untuk dilakukan, malah dia akui ianya merupakan aksi paling beraninya di dalam lakonan setakat ini. Disebabkan itu, orang pertama yang difikirkan ketika melakukan aksi tersebut adalah keluarganya. "Ketika pertama kali saya diminta untuk melakukan aksi ini, saya agak keberatan sebenarnya untuk menerimanya, namun saya cuba bersikap profesional dan kemudian saya dengan pengarah, James Lee sama-sama berbincang supaya apa yang dilakukan di dalam babak itu nanti akan dapat memenuhi kehendak masing-masing. "Dalam adegan ini, saya dan Anas akan sama-sama berada di dalam tab mandi yang agak kecil itu. Saya akan berada di kaki Anas dan perlahan-lahan keluar daripada air. Dalam adegan ini penonton akan bayangkan saya tidak berbaju tetapi sebenarnya saya ada memakai 'tube'. "Banyak camera trick yang akan dimainkan oleh pengarah dan segalanya berjalan dengan lancar. Terus-terang saya tidak menggemari untuk melakukan aksi yang seksi dan menggoda seperti ini, tapi saat melakukannya di lokasi, saya bersyukur kerana tidak berhadapan dengan sebarang masalah. "Yelah, orang tentu akan fikir buruk atau macam-macam bila melihat aksi saya itu nanti tetapi saya awal-awal lagi sudah memberitahu keluarga yang saya akan lakukan aksi ini. Jadi hanya keluarga sahaja tahu bagaimana keadaan sebenarnya saya ketika melakukan babak tersebut," katanya kepada murai.cm.my yang ditemui ketika di lokasi penggambaran , baru-baru ini.Selain Fouziah Gous, filem terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) itu turut dibintangi oleh Diddy Hirdy, Izzue Islam, Anas Mentor, Lufya Omar, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi. Bukan kali pertama membawakan watak seram, Fouziah berkata, sebagai watak hantu di dalam filem itu, dia cuba memberi kelainan daripada imej hantu yang pernah dibawakannya di dalam beberapa drama sebelum ini termasuklah Dendam Serakit. "Sebelum ini, mungkin orang dah perasan yang saya selalu bawakan banyak watak hantu tetapi Sunti @ Facebookanya adalah filem pertama yang menampilkan saua dengan watak ini. Bagi memberi kelainan atau perbezaan daripada apa yang penonton biasa tengok, saya cuba ubah fizikal hantu atau watak Sunti dengan berbaju kebaya, bersanggul serta sentiasa kelihatan jelita. "Lepas ini saya akan elak untuk membawakan filem seram kecuali jika saya sudah tertarik dengan jalan ceritanya," jelasnya lagi. Secara ringkas, watak Sunti yang dilakonkannya adalah mengenai seorang gadis yang telah dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan lelaki. Setelah meninggal dunia, Sunti membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang telah merogolnya itu dan menariknya dia cuba menggoda serta membuat janjitemu dengan mereka melalui laman sosial Facebook. -Murai.com.my | ||
Dewan Ulama mahu Amanat Hadi dilaksanakan semula Posted: 27 Dec 2012 11:31 PM PST KOTA BHARU- Di sebalik desakan supaya Amanat Haji Hadi ditarik balik, Dewan Ulama Pas Kelantan memberi sokongan penuh sekiranya dikeluarkan semula kenyataan berkaitan, yang berusia tiga dekad, kepada rakyat. Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood berkata, saranan itu dibuat memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam. "Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang)," katanya, semalam. Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Presiden Pas itu menarik balik amanat dikeluarkan pada tahun 1981 itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam. Bagaimanapun, pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahakan tindakan Hadi dan mahu amanat itu tidak ditarik balik. Hassan yang juga Adun Tawang berkata, Umno secara jelas menolak pelaksanaan hukum Islam sedangkan ia sebagai cara hidup manusia termasuk melibatkan pemerintahan dalam negara. Dakwanya, Umno sehingga kini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan, bererti parti itu menolak tuntutan Islam. "Jika diteliti dengan pengalaman pemerintahan Umno di peringkat pusat, mereka yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan selama ini. "Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu sebenarnya umno telah mengkhianati umat Melayu Islam yang sebelum ini berpegang kepada undang-undang Islam," katanya. Sehubungan dengan itu, Hassan berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat dan berhujah supaya semua pihak jelas dengan isu berkenaan. "Sekiranya Umno mahu dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam, Dewan ulama Pas Kelantan sudi berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama parti itu, dan ditayangkan di media kerajaan agar rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya," katanya. | ||
DS Anwar bakal pergunakan pemandu teksi sebagai balaci penyebar fitnah Posted: 27 Dec 2012 11:01 PM PST PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemandu teksi seluruh negara akan bertindak sebagai 'penggerak khas' dalam menyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya untuk menyelamatkan Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Pembangkang ini berkata, langkah itu diambil kerana golongan pemandu teksi merupakan mereka yang sering bertemu dengan rakyat dan boleh menjadi penyebar maklumat kepada agenda perubahan landskap politik negara kelak. "Peranan mereka penting untuk menyedarkan rakyat dan penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa taraf kehidupan semakin terpinggir jika terus mengekalkan kerajaan sekarang. "Sudah sampai masanya pemandu teksi juga membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya akan datang setelah nasib mereka berpuluh tahun tidak mendapat pembelaan daripada BN," katanya di hadapan lebih 200 pemandu teksi pada himpunan raksasa di Dewan Sivik, malam tadi. Selain itu, Anwar yang juga Ketua Umum PR menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gagal memahami kehendak pemandu teksi apabila pemberian permit yang dijanjikan gagal ditunaikan malah dimonopoli pula oleh pemimpin tertinggi Umno-BN untuk dijadikan perniagaan. "Tak cukup rompak elektrik, air, tepung, gula, dan sebagainya, titik peluh orang miskin pun Najib sanggup rompak. "Permit disewakan kepada pemandu, mereka untung berbilion ringgit kerana niagakan permit yang sepatutnya diberikan kepada pemandu yang layak," katanya yang juga Ketua Umum PKR. Tegasnya pemandu teksi saban tahun ditindas dan hak mereka untuk mendapatkan permit sendiri dan perlindungan Perkeso turut dinafikan kerajaan BN. "Setiap hari mereka keluar rumah mempertaruhkan nyawa mereka untuk mencari rezeki untuk anak dan isteri. "Saya berasa pelik pemimpin BN tak boleh fikirkan keselamatan dan kebajikan golongan ini jika ditimpa musibah," ujarnya. Tambah beliau, Umno-BN masih tidak berubah, malah terus menerus membudayakan semangat kronisme yang kian menebal dan mementingkan kemewahan hidup pemimpin mereka. "Saya dimaklumkan ada ketua bahagian Umno itu mempunyai sehingga 250 permit, jadi kita nak suruh taukeh dia pandu teksi sendiri, jika tak boleh pulangkan balik permit itu," tegasnya. Anwar turut membidas Najib yang cuba mengalih isu dengan pemberian tayar percuma kepada pemandu teksi baru-baru walhal isu permit sehingga kini masih gagal diselesaikan. "Najib gagal beri permit teksi kepada pemandu atau individu, hanya tahu beri tayar yang TR1M yang hanya boleh bertahan enam bulan. "Dia (Najib) gagal fahami kesusahan pemandu teksi untuk dapatkan permit bukannya tayar," katanya. | ||
(Gambar) Sepanjang majlis pernikahan Apek dan Leuniey Posted: 27 Dec 2012 10:01 PM PST | ||
PAS optimis PR akan perintah Malaysia Posted: 27 Dec 2012 07:33 PM PST SHAH ALAM - Cakap-cakap bahawa Pakatan Rakyat (PR) sebuah perikatan longgar yang berada dalam keadaan retak menanti belah disanggah keras oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sambil berkata, perikatan itu tidak akan "berpatah arang berkerat rotan" dalam apa jua keadaan sekali pun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mengakui bahawa kerjasama ketiga-tiga parti menguntungkan mereka dalam situasi "menang-menang", kata beliau, tidak timbul soal gabungan itu hanya bersama kerana cita-cita politik untuk menakluk Putrajaya. "Tidak. Saya optimistik bahawa kita bersama, kita bersatu, tubuh kerajaan pun bersama, kita akan bersatu, Insya-ALLAH. Itu keyakinan saya. "Persefahaman di antara ketiga-tiga parti ini yang memahami bahawa kita mesti bergerak sebagai satu. Realiti politik di Malaysia, tidak ada satu parti yang boleh menang sendiri untuk perintah. Tidak ada," katanya dalam satu wawancara khas baru-baru ini. Walaupun tidak menafikan adakalanya berlaku perbedaan pendapat dalam hal-hal tertentu, namun ujarnya, lebih banyak kebersamaan yang menyatukan perikatan itu selepas ia dibentuk pada 2008. "Saya sebut acapkali perkara ini. Kita bukan seratus peratus sama," tegas beliau. Pada pilihan raya lalu, pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga kerajaan Umno-Barisan Nasional sekali gus menzahirkan rekod terburuk parti itu sejak mentadbir negara ini. Namun perkembangan politik semasa didendangkan bahawa tsunami politik 2008 telah berlalu dan tidak mungkin berulang. Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengepalai teraju Umno-Barisan Nasional dilihat berjaya menarik semula sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Di sebalik itu dilaporkan pula PR berhadapan dengan krisis dalaman yang boleh membawa kepada perpecahan gabungan itu. Pas, parti paling lama dalam perikatan itu disifatkan sudah lari daripada landasan asal perjuangannya dan dilaporkan sudah hilang taji apabila berhadapan dengan PKR dan DAP. DAP pula digambarkan sebagai parti perkauman yang sering meminggirkan masyarakat Melayu sementara PKR dibelit dengan krisis identiti dan isu moral Ketua Umumnya. Isu jawatan Perdana Menteri yang meletus dalam muktamar Pas baru-baru ini dilihat penganalisis sebagai gambaran paling jelas kepada perpaduan yang rapuh dalam gabungan parti yang baru setahun jagung itu. Pas mahu presiden mereka dilantik sebagai Perdana Menteri, sementara DAP bertegas, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu paling layak. Anwar selaku Ketua Pembangkang pula berkata, jawatan PM bukan "satu masalah" dan "boleh bincang" katanya. Mustafa yang menafikan perkara-perkara seperti itu mampu menggugat perpaduan dalam PR menegaskan, perikatan itu punya iltizam dan arah tuju yang cukup jelas. "Persamaan yang saya sering sebut kita sedang menghadapi situasi di mana kita sedang berhadapan dengan rasuah yang melampau, kezaliman, ketidakadilan... "Jadi sebab itu kita sekarang ini hendak perjuangkan untuk keadilan, keadilan ini adalah asas kepada pejuangan kita dan bila tadbir ini kita mahukan tadbir urus yang baik, kita tidak mahu lagi rasuah seperti yang berlaku sekarang ini," katanya. Sinar | ||
Rebat telefon: Siapa cepat dia dapat! Posted: 27 Dec 2012 06:30 PM PST KUALA LUMPUR - Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ . Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan. Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan. "Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas. "Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat. Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G. "Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka. "Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya. Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar. Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Jan), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ . Beliau berkata, usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya. - Bernama | ||
Kakak diperkosa dua kali, adik dicabul Posted: 27 Dec 2012 04:20 PM PST KANGAR - Seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dua lokasi iaitu di Chuping dan Bukit Jernih dalam kejadian pada 18 Disember lalu. Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Harun berkata pelajar itu ditahan Selasa lalu dan ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan kes itu. Rakan pelajar itu yang berumur 18 tahun dan merupakan pekerja sebuah syarikat turut ditahan kerana disyaki mencabul adik perempuan remaja perempuan itu yang berumur 13 tahun juga di lokasi dan pada tarikh yang sama, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Katanya siasatan awal polis mendapati adik mangsa telah menemani mangsa bertemu dengan pelajar itu yang merupakan teman lelakinya dan rakan pelajar itu yang kemudian membawa mereka dengan motosikal masing-masing ke sebuah rumah di Chuping. Di rumah itu, katanya mangsa mendakwa telah dirogol teman lelakinya itu manakala adiknya dicabul oleh rakan pelajar itu dan mereka kemudian telah dibawa ke sebuah rumah di Bukit Jernih dan diperlakukan perkara yang sama. Zull Aznam berkata kes rogol itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan manakala kes cabul mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. Sementara itu, katanya polis menahan seorang lelaki warganegara Thailand berumur 20-an pada Isnin lalu kerana disyaki mendera anaknya yang berusia 37 hari dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. Lelaki yang disyaki penagih dadah itu dikatakan melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Tersusun, Padang Besar pada kira-kira 5.30 pagi pada 24 Disember lalu dengan menggoncang dan melambung mangsa yang sedang menangis berkali-kali. Peniaga di bazar Wang Kelian itu ditahan pukul 4.50 petang hari yang sama selepas polis menerima aduan daripada ibu mangsa yang berusia awal 20-an pada 1.56 tengah haru, katanya. Lelaki itu yang direman sehingga esok disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |