Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Update Insiden Lahad Datu : Dua Orang Pegawai Pasukan Keselamatan Cedera Ditembak Malam Tadi.

Posted: 09 Mar 2013 10:30 PM PST


OP DAULAT: SIDANG MEDIA 9 MAC 2013 (10.30AM)

Bermula jam 8 malam hingga 4 pagi tadi, telah berlaku kejadian tembak menembak di kawasan operasi yang mana dua (2) pegawai pasukan keselamatan telah mengalami kecederaan akibat ditembak oleh pihak penceroboh. Setakat ini tiada kematian dilaporkan dikedua-dua belah pihak.

Jumlah tangkapan setakat hari ini, seramai 85 orang dan semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130c (1) (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Security Offences (Special Measures) Act 2012.

Kawasan di Lahad Datu telah beransur pulih dan pihak PDRM menasihatkan kepada orang ramai agar tidak percaya kepada khabar-khabar angin yang tersebar.

Update Lahad Datu : Sultan Sulu Isytihar Jihad Berperang Dengan Malaysia.

Posted: 09 Mar 2013 08:15 PM PST

Berita dari Yahoo News.

Kiram declares jihad against Malaysia



'Sulu Sultan' Jamalul Kiram III yesterday declared that his fight against Malaysia is a jihad.

But instead of meeting with his generals for attacks or reinforcements, Kiram meets with legal volunteers that could help him press proprietary rights over Sabah in his Taguig home.

"(The end to this conflict) depends (but) we always submit ourselves to the almighty Allah. So meaning, it's some sort of jihad," Kiram told Yahoo! Southeast Asia.

But Kiram's brother-in-law, Abrahan Idrijani, quickly interjected, clarifying the Sulu sultanate is referring to a "legal battle" in insisting their claim of ownership over Sabah.

Idrijani, who also serves as the sultanate's secretary-general, explained the Kiram clan has chosen a jihad in the form of "fighting for the right."

"There are many forms of jihad. This jihad is in the form of fighting the (legal) right. This is not to wage a war," Idrijani emphasized.

"The sultanate is now undertaking a jihad for fighting the (legal) right over the territory of Sabah," he reiterated on behalf of Kiram

On Friday evening, Kiram met international law expert Marwil Llasos, who helped write a book entitled "The Philippine Claims over a portion of North Borneo: Documents, Materials, and Cases" in 2003.

The book, which collated documents and legal arguments supporting the country's claim over Sabah, has been among the documents Kiram showed Yahoo! Southeast Asia in an interview on Friday evening.

The Sulu leaders welcomed Llasos' move to help them elevate their claim to international audience after President Benigno "Noynoy" Aquino III's strong reservation on the issue.

"We just finished writing another letter informing the United Nations that Malaysia is not complying with their call to peacefully end violence in Sabah," Kiram said.

"We want them to investigate this genocide. I don't know why they do not want a ceasefire. It's very un-Islamic," he added.

Kiram said the timing came perfectly as they are contemplating of filing violations of humanitarian law cases against Malaysian Prime Minister Najib Razak before the International Criminal Court (ICC).

Idrijani said the Malaysian leader should be held liable for using the "policy of genocide" to drive away Tausug people from Sabah to benefit his political interest at the expense of civilian lives in Sabah.

"We know very well that last night was the last day of tenure of the Prime Minister of Malaysia. That's why he ordered massive attacks because he wants to gain credit," Idrijani said.

The Malaysian prime minister is running a very close race for re-election against opposition party Pakatan Rakyat, which is led by Anwar Ibrahim.

Ibrahim has also been linked to plots to derail peace talks between the Philippine government and the Moro Islamic Liberation Front (MILF).

Kiram's second wife, Celia, claimed the Malaysian officials chose to ignore UN secretary-general Ban Ki Moon's call to peacefully end Sabah stand off to postpone the elections.

"He ordered the attack so there will be no election," she said.

Llasos, who also specializes in humanitarian law, explains Malaysia's defiance against UN's call for peace practically tags them as an "international outlaw."

"In effect, Malaysia is an international outlaw because it is not following the UN call for sobriety. In the eyes of the international community, that is a violation of Geneva convention," he explained.

The royal family of Kiram also met with representatives of the Sabah Claim Society, which offered to sponsor Kiram's transportation and accommodation to Europe.

The five-year old group vows to financially support Kiram and some members of his family to "socially meet" with international politicians and audience in Europe to further their claim over Sabah.

Kiram, who has been undergoing dialysis for one year and three months, also expressed openness to negotiate with Malaysia in a neutral country like Singapore, Brunei , or Hong Kong.

He vows to fight for their right in Sabah until he draws his last breath.
Sumber : http://my.news.yahoo.com/kiram-declares-jihad-against-malaysia-085414183.html

*Memang tepat keputusan Kerajaan adakan Kawasan Keselamatan di Sabah sebab ada kemungkinan peperangan ini akan berpanjangan. Cuma jihad melawan Kerajaan Islam di Malaysia ni macam pernah MyMassa dengar, tapi di mana ya?


Ops Daulat: Pasukan Keselamatan Tahan 27 Orang di Zon Merah

Posted: 09 Mar 2013 07:30 PM PST

Tiga bot yang membawa 27 penumpang ditahan oleh pasukan keselamatan di Tanjung Batu. Mereka ditahan ketika bot yang dinaiki berada di Zon Merah Ops Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu, dekat sini pada 10 pagi Sabtu
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Ops Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu, dekat sini pada 10 pagi Sabtu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata mereka yang mendakwa kononnya ingin menangkap ikan ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu.

"Kita curigai kehadiran mereka berhampiran lokasi operasi, jadi kita serahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut. "Walaupun tiada senjata ditemui, saya telah arahkan polis Daerah Lahad Datu untuk jalankan siasatan mendalam dan akan ambil tindakan sewajarnya jika mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh berkenaan," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.

Beliau berkata penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan dari Sulu meningkat kepada 106 orang, berbanding 79 orang semalam.

Berikutan operasi membersih dan membanteras musuh sedang dijalankan, Ismail menasihati orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larangan yang ditetapkan kerana boleh menjejaskan operasi selain membahayakan mereka yang tidak berkenaan.

Berhubung 53 mayat penceroboh yang belum dibawa keluar dari Zon Merah, beliau berkata semua militan yang ditembak itu belum diperiksa oleh unit Forensik berikutan kedudukannya berhampiran dengan lokasi di mana musuh berada dan keadaan itu boleh mengancam nyawa pasukan sekiranya dihampiri.

Ismail berkata walaupun terdapat beberapa mayat telah dibawa keluar, namun sejak unit Forensik diserang Rabu lepas pihaknya terpaksa mengambil langkah lebih berjaga-jaga.

Katanya sehingga kini unit Forensik hanya merakamkan gambar penjenayah yang terbunuh tetapi belum dapat menjalankan proses siasatan dan bedah siasat ke atas mayat-mayat terbabit bagi tujuan pendakwaan.

Selepas lima hari dilancarkan, Ops Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban.-BERNAMA

Sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/9/mstar_berita/20130309200016&sec=mstar_berita

Kenapa Ramai Pecacai Anwar Marah Dengan Video Ni?

Posted: 09 Mar 2013 05:10 PM PST

Video Mr Mansuh.


Yang MyMassa tak tahan, ada komen yang tuduh pembuat video ni dibayar oleh BN. Ada bukti ke bro?

Kalau macam ni konfirm PKR bayar blogger.


Silap-silap yang komen ni pun kena bayar secara bulanan.

*Kata pembangkang memperjuangkan hak kebebasan bersuara. Yang butthurt sangat tu sebab apa.

Penggodam (Hacker) Pro Pembangkang Tertangkap Juga Akhirnya.

Posted: 09 Mar 2013 07:00 AM PST

MyMassa baru perasan berita ni.

[DITANGKAP] Sofea Hana Pengodam Web Agensi Kerajaan Ditangkap Polis

Kuala Lumpur – Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman petang semalam.

"Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka ," kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau http://www.facebook.com/sofea.hana.9 selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.

"Dia telah menggodam lebih dari 10 website kerajaan malaysia atas dasar politik. Terdahulu beliau telah mengupload video pendakwah bebas, Ustaz azhar idrus atas dasar politik," tambah ketua polis tersebut.

Wanita itu Ditahan di lokasi kediaman beliau petang semalam.

Seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro mendedahkan kegiatan Sofea ini.

"Sofea sememangnya dikenali di kalangan komuniti penggodam tempatan, kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, selagi tidak dibendung dia akan meneruskan perbuatannya," katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, hampir kesemua laman web agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh dan ini amat membimbangkan memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.
"Untuk menceroboh laman web terbabit menggunakan akaun pentadbir, Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah jika dia mahu dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan," jelasnya.
Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 menurut kata Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
"Walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP), saya jamin polis akan dapat mengesan suspek kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek," katanya ketika dihubungi.
Dua kenyataan palsu disiarkan semalam dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'.

 – AFP
 

Tahniah kepada SKMM dan PDRM yang cekap mengesan penggodam ni. Cuma MyMassa risau, pembangkang ni bukan buat serangan siber dari dalam negara, pengganas luar negara pun kempen untuk pembangkang?


Kalau Milosuam, Amenoworld boleh dapat RM3000 sebulan, berapa pulak PKR bayar Nur Misuari?


Insiden Lahad Datu : Adakah Rakyat Malaysia Bersedia Menghadapi Revolusi?

Posted: 09 Mar 2013 05:00 AM PST

MyMassa kongsikan beberapa ucapan dan perancangan PKR untuk mengadakan revolusi ala Arab Spring di Malaysia untuk tumbangkan Kerajaan.




Bila tengok video ini dan nilai kembali apa yang berlaku di Sabah, MyMassa nampak sebahagian besar rakyat Malaysia bencikan keganasan dan keadaan tidak selamat.

Pakcik ini merenung nasib dia dan keluarga setelah terpaksa berpindah akibat insiden Lahad Datu

Jika anda semua tidak mahu revolusi dan keadaan tidak stabil berlaku di negara ini, pilihlah sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab yang tidak meninggalkan rakyatnya ketika susah atau senang.


Bukannya parti yang menjanjikan bulan dan bintang sehingga dilantik sebagai Huguan Siou, tetapi langsung tidak menjenguk rakyat Sabah bila Sabah diserang.


Nak kata penerbangan ke Sabah penuh, tidakkah dia mempunyai jet mewah untuk membawanya berceramah di sana sini?



Tak cukup dengan jet mewah, dia juga ada helikopter untuk bawanya berkempen.


Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pilihlah sama ada anda mahu keamanan atau revolusi?

West Attempts to Install Client Regime in Malaysia

The West has been propping up Malaysian opposition candidate Anwar Ibrahim for years.
Anwar Ibrahim, head of Malaysia's opposition coalition, which includes the Malaysian Islamic Party (PAS), has spent a lifetime in the service of Western interests. Anwar Ibrahim was Chairman of the Development Committee of the World Bank and International Monetary Fund (IMF) in 1998, held lecturing positions at the School of Advanced International Studies at Johns Hopkins University, was a consultant to the World Bank, and a panelist at the Neo-Con lined National Endowment for Democracy's "Democracy Award" and a panelist at a NED donation ceremony - the very same US organization whose subsidiaries are funding and supporting Bersih, a faux-pro-democracy Western-funded street movement that in fact was created by, and in the service of Anwar Ibrahim's political ambitions.

Bersih's street activism fits into a global pattern of Western-backed "color revolutions," where meddling in sovereign nation's political processes to install Western-client regimes is disguised as "democracy promotion."

Anwar Ibrahim's affiliations with Malaysian "Islamists," the already active political subversion his US State Department-funded Bersih movement is sowing in Malaysia's streets, and his Western backers' habitual support for terrorism internationally as a geopolitical tool, raises the possibility that his opposition movement is complicit in the conveniently timed militant destabilization Malaysia now faces, only months before 2013′s general elections.

This may be why the Western media refuses to properly cover an otherwise very noteworthy conflict. The fact that these militants are emanating from long-time US ally, the Philippines, and the Philippines' current role in assisting the US "pivot" towards Asia, and more specifically facilitating a proxy confrontation with China, illustrates the greater regional implications at play. The US intends to install client regimes in Myanmar led by Aung San Suu KyiThailand led by Thaksin Shinawatra's despotic political dynasty, and in Malaysia led by Anwar Ibrahim. Together, this front will then be turned against Chinese interests as part of a long-planned desire to encircle and contain China.

It will be done so under ASEAN and at the cost of Asia's stability and prosperity.
The future of Asia hangs in the balance, and therefore conflicts like Malaysia's battle against armed extremists in Sabah may not be covered by the Western press, but it must be covered by the alternative press. The unhinged insanity that is now spilling blood on Malaysia's shores, also represented by the West's proxy Anwar Ibrahim and his attempts to provoke street protests against the ruling government, illustrates just how dangerous the current Anglo-American international order is, and how far its reach extends.

We must  identify the corporate-financier interests driving this agenda, – interests we most likely patronize on a daily basis, and both boycott and permanently replace them to erode the unwarranted influence they have used, and will continue to use against people the world over.

Sumber : http://www.globalresearch.ca/malaysia-invaded-100s-of-terrorists-land-on-beaches-western-media-mute/5325621

*Fikir-fikirkan.

Update Insiden Lahad Datu : Militan Terperangkap, Mula Bergerak Dalam Kumpulan Kecil - PAT

Posted: 09 Mar 2013 04:00 AM PST

Militan Terperangkap, Mula Bergerak Dalam Kumpulan Kecil - PAT


LAHAD DATU, 9 Mac (Bernama) -- Pasukan keselamatan yakin anggota militan bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 km dari sini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi operasi sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu dapat memboloskan diri.

"Berdasarkan kejadian dan tindakan yang diambil, kami berkeyakinan besar bahawa mereka kini terperangkap di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

"Jadi, kami akan meneruskan kepungan dan membuat penggeledahan. Fokus kami kini tertumpu pada kedua-dua tempat dan kepungan dikekalkan bagi mengelak pihak musuh masuk semula ke Kampung Tanduo selepas melarikan diri ke Tanjung Batu," katanya dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.

Seorang daripada militan Sulu maut ditembak di Kampung Tanjung Batu, selepas cuba memboloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri dalam insiden pada pukul 8 pagi tadi.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan akan mengetatkan lagi kepungan di kawasan hutan dan berpaya di kedua-dua kampung berkenaan yang dikenal pasti laluan oleh kumpulan militan itu untuk meloloskan diri sebelum ini.

"Mereka tidak mungkin lepas daripada kepungan. Mereka cuma dapat keluar dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu melalui jalan hutan sekunder dan berpaya, bukan melalui jalan darat dan laut...jadi, kita akan perketat kepungan di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata kepungan di Kampung Tanduo membabitkan jarak seluas empat kilometer persegi dan aktiviti pembersihan ke atas penceroboh bermula di situ sebelum diperluaskan ke Kampung Tanjung Batu.

Zulkifeli berkata sejak gerakan ofensif dan beberapa serangan susulan dilancarkan penceroboh kini menyembunyikan diri di dalam semak dan hutan tebal serta pokok-pokok besar, bukan lagi di dalam rumah penduduk.

Polis mengesahkan, selepas lima hari dilancarkan, Op Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan dengan 79 ditahan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban.

--BERNAMA

Update Lahad Datu : BERITA Sabtu Mac 9, 2013 Polis Periksa Kg Simunul Kesan Saki Baki Senjata Penceroboh Militan

Posted: 09 Mar 2013 03:00 AM PST

Polis Periksa Kg Simunul Kesan Saki Baki Senjata Penceroboh Militan

SEMPORNA: Polis pada Sabtu menjalankan pemeriksaan di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini bagi mengesan saki-baki senjata kumpulan penceroboh militan yang terlibat dalam kejadian serangan hendap 2 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan itu melibatkan kira-kira 100 anggota polis dari komando VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am Batalion 14 dan Unit Forensik.

"Selain untuk mengesan senjata api, kami juga membuat lakaran lokasi kejadian termasuk lakaran laut secara spesifik," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati pemeriksaan yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir lima jam kemudiaan mendapati rata-rata penduduk melahirkan perasaan lega apabila polis menjalankan pemeriksaan di kawasan itu.

Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata pemeriksaan seumpama itu adalah yang pertama sejak kejadian serangan hendap yang mengorbankan enam anggota polis dan menyebabkan enam musuh terbunuh.

"Ketika polis membuat pemeriksaan, penduduk yang berada di dalam rumah diarah tidak keluar rumah, manakala yang ingin masuk ke dalam rumah diarah tunggu sehingga pemeriksaan selesai," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pemeriksaan anggota pasukan keselamatan itu menimbulkan perasaan lega penduduk yang sebelum ini hidup dalam kebimbangan berikutan kejadian pertempuran antara polis dan penceroboh militan itu. "Penduduk kampung kini boleh menarik nafas lega dan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.

Ditanya mengenai jumlah penduduk yang kembali ke kampung, beliau berkata minggu lepas jumlah penduduk yang meninggalkan kampung ini hampir 1,000 orang tetapi hari ini hanya tinggal 300 orang yang belum pulang. -BERNAMA

Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) keluar dari kampung selepas melakukan pemeriksaan sekitar Kampung Simunul bagi mengesan saki baki pengganas Sulu di Semporna, Sabtu. Dalam kejadian Sabtu lepas enam anggota polis maut dalam serangan penceroboh di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna. -fotoBERNAMA

Sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/9/mstar_berita/20130309163846&sec=mstar_berita

Insiden Lahad Datu : Penganalisis Politik: Pencerobohan Sabah Cuba Wujudkan Keadaan Tidak Stabil Menjelang Pilihan Raya

Posted: 09 Mar 2013 01:04 AM PST

Gambar dari Wikipedia

Penganalisis Politik: Pencerobohan Sabah Cuba Wujudkan Keadaan Tidak Stabil Menjelang Pilihan Raya

Oleh Noor Farhana Ahmad Norain dan Nurul Huda Che Das

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Beberapa penganalisis politik menganggap insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, sebagai cubaan mewujudkan keadaan tidak stabil di Malaysia di ambang pilihan raya umum diadakan.

Mereka berpendapat ada pihak tertentu yang menghangatkan semula isu tuntutan 'Kesultanan Sulu' ke atas Sabah walaupun ternyata ia telah berlaku lama dulu.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata insiden pencerobohan itu boleh mempengaruhi pola pengundian rakyat Malaysia.

Bercakap kepada Bernama, beliau yang mempersoal kewajaran isu tuntutan Sabah dibangkitkan semula, berpendapat rakyat Malaysia boleh membuat penilaian sendiri melalui usaha kerajaan menangani masalah itu.

"Mungkin ada pihak yang mahu lahirkan keadaan tidak menentu supaya rakyat melihat kerajaan berada dalam situasi yang tidak stabil. Pengundi harus menilai keberkesanan pendekatan yang dilakukan kerajaan sejak awal dalam usaha mengelak berlaku sebarang tragedi walaupun akhirnya pasukan keselamatan negara perlu dihantar ke lokasi tersebut," katanya ketika dihubungi.

Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula berpendapat pihak tidak bertanggungjawab itu mungkin mahu melaga-lagakan Malaysia dengan Filipina tetapi beralih kepada tuntutan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu' kerana dilihat sebagai isu yang 'lebih mudah dan lama'.

"Mereka mahu wujudkan keadaan tidak stabil terutama di kawasan sebelah Laut Sulu. Tapi kita tak tahu adakah ia akan menyebabkan pilihan raya dilambatkan. Dan kalau dilambatkan, adakah akan menguntungkan? Kita tidak pasti.

"Tapi ia boleh sebabkan rakyat Sabah melihat kerajaan benar-benar berusaha melindungi mereka," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah majlis di Kangar pada Ahad turut melahirkan rasa hairan dengan kehadiran kumpulan itu ke Sabah semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan 'Kesultanan Sulu' ke atas Sabah sudah lama dibuat.

Dalam pada itu, kedua-dua penganalisis politik itu juga sependapat pencerobohan di Lahad Datu mungkin juga bertujuan mencabar kewibawaan Najib sebagai perdana menteri terutama dalam menangani masalah berkenaan.

Menurut Zainal Abidin, sejak menjadi menteri besar Pahang pada 1982, Najib belum pernah diuji sama ada dari dalam atau luar parti Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Tetapi beliau sudah buktikan komitmen yang tinggi dalam hal-hal berkaitan pentadbiran...dengan transformasi ekonomi, turun padang dan sebagainya. Kita juga perlu tahu bahawa beliau ialah bekas menteri pertahanan yang faham isu-isu berkaitan," katanya.

Kedua-dua penganalisis itu juga sependapat krisis yang berlarutan kini jelas tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu kestabilan negara.

Sementara itu, tokoh sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mempunyai pendapat berbeza, iaitu mereka yang menggelar keturunan 'Kesultanan Sulu' itu menuntut Sabah kerana kemajuan dan kesejahteraan yang dikecapi negeri itu pada masa ini.


"Bahagian Sulu sudah lama mahu menubuhkan sebuah negara bebas, mereka pernah lawan dengan Sepanyol, Amerika Syarikat dan pemerintah Filipina.

"Kalau mereka boleh dapat Sabah, dengan kemajuan yang dikecapi Sabah sekarang, Sulu boleh jadi negara yang berjaya, itu tujuan sebenar mereka," katanya.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan lambat bertindak menangani kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sivamurugan berkata: "Banyak perkara yang perlu diambil kira. Memang pasukan keselamatan mempunyai kelengkapan yang mencukupi tetapi ia suatu pendekatan untuk mengelak pertumpahan darah."

Zainal Abidin pula berkata 'kelewatan' itu bukan satu kelemahan, sebaliknya beliau memuji tindakan kerajaan mengadakan rundingan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah berkenaan sebelum melancarkan tindakan ofensif.

Pencerobohan di Lahad Datu bermula 12 Feb lepas dan memuncak pada Jumaat apabila dua anggota polis terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan itu, tiga hari selepas tamat tempoh pengusiran.

Enam lagi anggota polis terkorban dalam serang hendap pengganas di Semporna pada Sabtu, sebelum pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif besar-besaran melalui udara dan darat ke atas kumpulan penceroboh itu pada Selasa. -- BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>