Apa Yang Tersirat |
- Kekejaman Pengganas Sulu Tidak boleh dimaafkan- meskipun semua pengganas berjaya dibunuh
- Ops Daulat: Siapa Jeneral Yang Maut Itu?
- Ops Daulat: Siapa Jeneral yang Maut Itu?
- Krisis Lahad Datu: Operasi Gempur Penceroboh Militan Diperhebat, Musuh Kini Terperangkap
- Dimana Agbimuddin (Azzimudie) bersembunyi
- Kemaskini Ops Daulat: Pengganas Sulu dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil
- Zamboanga City: Rakyat Filipina Yang Mudik Menabur Fitnah
- Lahad Datu: Operasi Menghapus Pengganas Sulu diteruskan
- Ops Daulat: Laporan dari Bongao Tawi-Tawi
- Kemaskini Ops Daulat: Jumlah Pengganas Maut Setakat ini 53
- Ops Daulat:Agbimuddin ORANG YANG PALING DIKEHENDAKI
Kekejaman Pengganas Sulu Tidak boleh dimaafkan- meskipun semua pengganas berjaya dibunuh Posted: 09 Mar 2013 11:18 AM PST KALAU mati dalam pertempuran adalah perkasa biasa, namun apabila ditawan hidup-hidup dan mati tanpa dapat melawan, pembunuh itu sungguh ganas. Ini yang berlaku terhadap pasukan polis kita pada 2 Mac, apabila diserang hendap di Kg Sri Jaya Simunul. Nilai sendiri kenyataan PDRM di atas. Hapuskan semua pengganas itu, tiada lagi cara memaafkan mereka. Inilah balasan mereka terhadap pasukan keselamatan negara. Berdekad mereka mendapat bantuan di negara ini, untuk cari makan, mengelak peperangan di negara sendiri, namun apabila telah aman, mereka datang ke negara yang pernah membantu mereka di kala susah, dan kini mengganas. Tidak berbaloi walaupun kesemua pengganas itu mati termasuk Agbimuddin Kiram. | ||
Ops Daulat: Siapa Jeneral Yang Maut Itu? Posted: 09 Mar 2013 08:58 AM PST
Polis masih berusaha mengenal pasti siapa jeneral pengganas Sulu yang terbunuh dalam pertempuran sengit di Kampung Tanjung Batu pagi Seleasa, sama ada ia Raja Muda Agbimudin Kiram atau orang kanannya. Berdasarkan pakaian seragam tentera yang ditemui tertulis logo Tentera Kesultanan Sulu, dipercayai pakaian berkenaan milik orang kanan kumpulan pengganas terbabit. Dalam pertempuran sengit jam 11.30 pagi Selasa, 31 pengganas termasuk seorang lelaki berpakaian seragam jeneral ditembak manakala selebihnya melarikan diri. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pada sidang akhbar petang selasa, usaha dilakukan bagi mengenal pasti siapa lelaki yang memakai pakaian jeneral itu. ![]() Senjata yang telah ditemui Menurutnya, operasi menggempur saki-baki pengganas diteruskan sejak Selasa sehingga kini, dan pagi tadi seorang lagi berjaya ditembak mati; sementara itu operasi masih bertumpu di Kampung Tanjung Batu, bersebelahan Kampung Tanduo. ![]() Dipercayai, kumpulan pengganas yang diketuai Agbimuddin, kini berpecah pada kumpulan kecil dan bersembuyi di hutan di sekitar Felda Sahabat, terutama di kg Tanjung Batu dan Kg Tanduo. Walaupun tiada lagi kejadian tembak menembak, tidak bermakna, pengganas sudah tidak berada di lokasi operasi. | ||
Ops Daulat: Siapa Jeneral yang Maut Itu? Posted: 09 Mar 2013 08:51 AM PST
Polis masih berusaha mengenal pasti siapa jeneral pengganas Sulu yang terbunuh dalam pertempuran sengit di Kampung Tanjung Batu pagi Seleasa, sama ada ia Raja Muda Agbimudin Kiram atau orang kanannya. Berdasarkan pakaian seragam tentera yang ditemui tertulis logo Tentera Kesultanan Sulu, dipercayai pakaian berkenaan milik orang kanan kumpulan pengganas terbabit. Dalam pertempuran sengit jam 11.30 pagi Selasa, 31 pengganas termasuk seorang lelaki berpakaian seragam jeneral ditembak manakala selebihnya melarikan diri. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pada sidang akhbar petang selasa, usaha dilakukan bagi mengenal pasti siapa lelaki yang memakai pakaian jeneral itu. ![]() Senjata yang telah ditemui Menurutnya, operasi menggempur saki-baki pengganas diteruskan sejak Selasa sehingga kini, dan pagi tadi seorang lagi berjaya ditembak mati; sementara itu operasi masih bertumpu di Kampung Tanjung Batu, bersebelahan Kampung Tanduo. ![]() Dipercayai, kumpulan pengganas yang diketuai Agbimuddin, kini berpecah pada kumpulan kecil dan bersembuyi di hutan di sekitar Felda Sahabat, terutama di kg Tanjung Batu dan Kg Tanduo. Walaupun tiada lagi kejadian tembak menembak, tidak bermakna, pengganas sudah tidak berada di lokasi operasi. | ||
Krisis Lahad Datu: Operasi Gempur Penceroboh Militan Diperhebat, Musuh Kini Terperangkap Posted: 09 Mar 2013 08:25 AM PST PASUKAN Keselamatan pada Sabtu meningkatkan kekuatan dengan penambahan anggota ke ground zero bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada penceroboh militan, sekali gus menamatkan konflik pencerobohan di daerah itu. Kor bantuan tempur dari Kuching berlepas ke Lahad Datu hari ini, hari kelima Operasi Daulat dilancar, bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu. Operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan hari ini kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu. Kawasan Felda Sahabat 16 turut digegar dengan beberapa bunyi dentuman bom dari kawasan zon merah pada pukul 1 pagi dan 7.30 pagi dengan bunyi pesawat dan helikopter berlegaran di ruang udara kawasan ground zero itu. "Seorang penceroboh bersenjata ditembak mati dalam kejadian di Tanjung Batu pada pukul 8 pagi ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh setakat ini ialah 53 orang," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Di sebalik langkah ofensif pasukan keselamatan menggempur Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira pukul 10 pagi ini polis mengesan beberapa orang yang mencurigakan di kawasan pantai Tanjung Batu. Seramai 27 orang yang menaiki tiga bot ditahan berhampiran kawasan pantai Kampung Tanjung Batu dan kesemua mereka diserah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan. "Tiada senjata ditemui pada mereka," kata Ismail. Jumlah mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan sehingga 5 petang ini ialah 106 orang.Mengenai dakwaan bahawa pihak musuh menawan beberapa individu, Ismail menegaskan: "Tiada orang awam atau polis yang menjadi tawanan musuh". Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata penceroboh militan dari selatan Filipina itu kini terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu memaksa mereka bergerak dalam kumpulan kecil. Kawalan ketat yang dilakukan di lokasi itu sejak Operasi Daulat dilancarkan tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri, katanya. "Mereka tidak mungkin lepas daripada kepungan. Mereka cuma dapat keluar dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu melalui jalan hutan sekunder serta berpaya, bukan melalui jalan darat dan laut...jadi, kami akan perketat kepungan di kawasan itu," katanya. Zulkifeli berkata sejak gerakan ofensif dan beberapa serangan susulan dilancarkan penceroboh kini mula menyembunyikan diri di dalam semak serta hutan tebal dan pokok-pokok besar, bukan lagi di dalam rumah penduduk. Pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan dari Sulu pada 5 Mac. Sepanjang konflik yang bermula 12 Februari itu seramai lapan anggota polis terkorban dan 53 musuh ditembak mati. | ||
Dimana Agbimuddin (Azzimudie) bersembunyi Posted: 09 Mar 2013 06:55 AM PST
DIMANA AGBIMUDDIN/AZZIMUDIE bersembunyi? sedangkan KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat. Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain. Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai. Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini. Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua. Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia. RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas. Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou. ![]() Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu? Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan. Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat. Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka. 250 ORANG PENGAWAL ELIT Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya. Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun. Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup. Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya. Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya. Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak. PERSOALANNYA 1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah? 2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal? 3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini? 4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak? 5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna. 6. Anwar Ibrahim masih tidak mahu mengaku penglibatannya dalam insiden di Lahad Datu. Walaupun Raja Muda Azzimudie mahu bertemu dengan Tokoh Pembangkang Malaysia! Siapa lagi? Perisikan Manila juga mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim! Apakah bantuan yang Anwar Ibrahim telah berikan kepada mereka? Wang Ringgit? Harapan? Janji? Kerjasama? Win-Win Situation? LESSONS 1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah. 2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduk tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal. 3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah. 4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu. Sekian, Assalamualaikum. Orang Suluk tempatan. Lahad Datu. Tulisaan asal DISINI | ||
Kemaskini Ops Daulat: Pengganas Sulu dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil Posted: 09 Mar 2013 04:41 AM PST Pasukan keselamatan yakin anggota militan bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 kilometer dari sini. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri. "Berdasarkan kejadian dan tindakan yang diambil, kami berkeyakinan besar bahawa sememangnya mereka kini terperangkap di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu," katanya dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. "Jadi, kami akan meneruskan kepungan dan membuat penggeledahan, fokus kami kini tertumpu pada kedua-dua tempat dan kepungan dikekalkan bagi mengelak pihak musuh masuk semula ke Kampung Tanduo selepas melarikan diri ke Tanjung Batu." Seorang daripada militan Sulu maut ditembak di Kampung Tanjung Batu, di sini selepas cuba memboloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri dalam insiden pada 8 pagi ini. Zulkifeli berkata pasukan keselamatan akan mengetatkan lagi kepungan di kawasan hutan dan berpaya di kedua-dua kampung berkenaan yang dikenal pasti dijadikan laluan oleh kumpulan militan itu untuk meloloskan diri sebelum ini. "Mereka tidak mungkin lepas daripada kepungan. Mereka cuma dapat keluar dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu melalui jalan hutan sekunder serta berpaya, bukan melalui jalan darat dan laut... jadi, kita akan perketatkan kepungan di kawasan itu," katanya. Beliau berkata kepungan di Kampung Tanduo dijalankan membabitkan jarak seluas empat kilometer persegi dan aktiviti pembersihan ke atas penceroboh akan bermula di situ sebelum diperluaskan ke Kampung Tanjung Batu. Zulkifeli berkata sejak gerakan ofensif dan beberapa serangan susulan dilancarkan penceroboh kini mula menyembunyikan diri di dalam semak serta hutan tebal dan pokok-pokok besar, bukan lagi di dalam rumah penduduk. Polis mengesahkan, selepas lima hari dilancarkan, Op Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan dengan 79 ditahan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban. — Bernama | ||
Zamboanga City: Rakyat Filipina Yang Mudik Menabur Fitnah Posted: 09 Mar 2013 03:36 AM PST RAKYAT Filipina yang pulang ke Bongao Tawi-Tawi kini menabur fitnah di negara itu, kononya pasukan keselamatan tidak berperi kemanusian, sehingga tidak membezakan antara pengikut Jamalul Kiram dengan yang lain. Salah seorang rakyat Filipina yang mengungsi Amira Taradji mendakwa, salah seorang abangnya mati ditembak di Sandakan. Dakwaan ini merupakan satu penipuan dan fitnah, kerana operasi Daulat hanya di Lahad Datu, itupun hanya berlaku di sekitar Kg Tanduo, kampung berdekatan dengan kampung itu iaitu Tanjung Labian dan Tanjung Batu. Setakat ini, hanya berlaku tembak menembak di Kg Sri Jaya Simunul Semporna dan Kg Tanduo, dan tiada berlakunya tembak menembak di kawasan lain. Jelas dakwaan rakyat Filipina yang mudik kerana mengelak krisis di Lahad Datu, satu pembohongan dan fitnah untuk memburukkan imej pasukan keselamatan negara. Mana ada negara, yang diceroboh selama 23 hari, kemudian memberi peluang kepada penceroboh untuk pulang secara aman, namun bukan sahaja mereka enggan, akan tetapi menyerang pasukan keselamatan terlebih dahulu, menyerang hendap pasukan keselamatan, sehingga mengorbanan dua dan enam nyawa perwira negara. Pasukan keselamatan tiada pilihan lain, selain membersihkan kawasan Pantai Timur Sabah daripada pengganas pengikut Jamalul Kiram. | ||
Lahad Datu: Operasi Menghapus Pengganas Sulu diteruskan Posted: 08 Mar 2013 11:03 PM PST
SETAKAT ini sejumlah 53 pengganas Sulu maut, sejak bermulanya operasi menghalau pengganas di Kg Tanduo Lahad Datu yang diketuai Agbimuddin Kiram adik kepada Jamalul Kiram III yang mengaku pewaris Sultan Sulu. Selain itu, sejumlah 79 orang yang ada hubungan dengan pengganas sulu berjaya ditangkap dan ditahan di bawah akta baru yang menggantikan Akta Keselamatan Negeri. Operasi ketenteraan yang masuk hari ke-9, masih memburu ketua pengganas Agbimuddin Kiram, yang diperpercayai berjaya meloloskan diri sebelum serangan berskala besar dilakukan pada Selasa. Agbimuddin Kiram dipercerayai sedang bersembunyi di kawasan Lahad Datu dan dimasukan dalam senarai Individu yang paling dikehendaki oleh pasukan keselamatan negara. | ||
Ops Daulat: Laporan dari Bongao Tawi-Tawi Posted: 08 Mar 2013 09:50 PM PST
SEJAK semalam, ramai rakyat Filipina keturunan Suluk/Tausog meninggalkan kawasan Pantai Timur Sabah, terutama daripada kawasan konflik- Lahad Datu, Semporna malah daripada Sandakan dan Kunak. The http://globalnation.inquirer.net/ melaporkan lebih 100 suku tausog telah mendarat di Ibu Kota Tawi-Tawi Bongao sejak semalam. Sementara itu tiga lelaki bersenjata mati dibunuh di Kabacan Town, utara Cotabato, dipercayai dari bangsa tausog. Tidak pasti, apa kah kehadiran lelaki bersenjata itu dalam perjalanan ke Lahad Datu Sabah, kerana semasa bertembakan dengan pasukan tentera Filipina, mereka bersembuyi di Kg Barangay, satu pintu keluar yang biasa digunakan menyeberang ke Lahad Datu atau Semporna. Di Sabah pula, Agbimuddin Kiram yang dikatakan mengetuai pencerobohan Kg Tanduo sejak malam 12 Februari lalu, masih diburuh pasukan keselamatan negara dan dimasukan sebagai ORANG YANG PALING DIKEHENDAKI. Agbimuddin mempunyai pengetahui luas kawasan konflik, kerana telah lama tinggal di Lahad Datu Sabah, malah terlibat pengangutan ikan antara Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. | ||
Kemaskini Ops Daulat: Jumlah Pengganas Maut Setakat ini 53 Posted: 08 Mar 2013 09:21 PM PST
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki terbabit dibunuh ketika berbalas tembak dengan pasukan keselamatan ketika cuba melarikan diri daripada operasi mencari dan menggeledah. | ||
Ops Daulat:Agbimuddin ORANG YANG PALING DIKEHENDAKI Posted: 08 Mar 2013 09:01 PM PST SEJAK pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu yang bermula pada 9 Februari dan menawan Kg Tanduo pada malam 12, tiada foto-foto yang dapat membuktikan bahawa adik Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram ada bersama-sama pengganas itu. Lelaki yang berusia 60-an itu, sebenarnya arif mengenai keadaan Lahad Datu, kerana beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Mungkin ada kebenaran bahawa adik Kiram itu mengetuai pencerobohan Kg Tanduo, kerana sejak bermulanya krisis Lahad Datu, Agbimuddin tidak kelihatan lagi dan menghilangkan diri. Sumber percaya saudara kepada Sultan Sulu ini turut membantu dalam rundingan bagi menamatkan krisis di Tanduo yang melibatkan kumpulan lelaki bersenjata dan pasukan keselamatan Malaysia. Mereka berkata polis mula mencari Agbimuddin apabila dia tidak ditemui lagi selepas berpindah ke Semporna. Selain Agbimuddin, mereka yang lain yang dikaitkan dengannya juga sedang dicari oleh polis berikutan penangkapan beberapa orang termasuk beberapa saudara mara, anggota beruniform dan ahli politik tempatan. Polis berkata, sehingga kini lebih daripada 50 orang telah ditahan kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan bersenjata. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas). Beliau berkata tangkapan dibuat di seluruh Sabah dan di luar kawasan operasi Op Daulat yang berpusat di sekitar Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian. "Soal siasat suspek akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang kami perolehi," Ismail berkata semasa sidang akhbar bersama dengan Ketua Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.. Sementara itu Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 18 dekat sini jam 8 pagi tadi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki terbabit dibunuh ketika berbalas tembak dengan pasukan keselamatan ketika cuba melarikan diri daripada operasi mencari dan menggeledah. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |