Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


DAP beri alasan konvensyen hambar sebab ahli parti kepenatan!!

Posted: 09 Mar 2013 09:41 AM PST


Konvensyen Pakatan tak ada orang itu perkara "BIASA"   -Ng Wei Aik

Ahli parti kepenatan sebab jadual padat  -  Guan Eng  

Itu lah jawapan bangang pemimpin Pakatan dari parti DAP . Sudah kering idea ke untuk nak belit ketika disoal media . 

 apa pulak cakap macai2 blogger & facebooker PR ? Nak  Salah UMNO juga ke ?? kah kah kah ...

Soalan cepu mas GPB untuk macai PR di Penang ni ...  Banyak ini je ke jentera PR nak berjuang pertahan DAP laknat ni di Komtar   ??

Baru satu  program semalam dan hari ini   dah penat ke ??  Nampak sangat program PR ini orang  yang sama je hadir ..hahaha...

Nampaknya  forum tentang Kalimah Allah dihadiriHassan Ali JATI di dewan UITM   hari ini lagi ramai iaitu seramai 1000 orang .



Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang diadakan di Komtar hari ini dilihat agak suram berikutan ramai ahli yang hadir 'lenyap'.

Konvensyen yang dihadiri pemimpin tertinggi PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diserikan dengan ucapan aluan serta ulasan manifesto PR yang diumumkan baru-baru ini.

Antara pemimpin tertinggi yang hadir, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Salleh Man Mat Aji dan Ketua PKR negeri,Datuk Mansor Othman.

Pada mulanya kira-kira 300 hadirin yang hadir namun dilihat meninggalkan dewan dalam beberapa jam.

Selepas Anwar memberi ucapannya dan meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk bertemu ahli parti, hadirin juga dilihat meninggalkan dewan.

Guan Eng dalam sidang medianya selepas konvensyen itu berkata, keadaan itu berlaku berikutan ahli parti kepenatan kerana menghadiri program ulangtahun ke-5 PR di Padang Kota malam kelmarin. 

"Dewan didapati kosong kerana jadual PR yang disusun padat bermula malam semalam(kelmarin) iaitu majlis ulangtahun PR 5 yang tamat agak lewat. Banyak ahli penat.

"Saya tidak anggap ia perkara luar biasa kerana jadual kita untuk dua hari ini amat padat," katanya.

Sementara itu,Setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik berkata, ia adalah 'keadaan biasa' dalam mana-mana konvensyen yang diadakan.-Antarapos

TERKINI ! Rakyat tempatan juga ditahan , disyaki bersubahat bantu pengganas Sulu !! #LahadDatu

Posted: 09 Mar 2013 09:04 AM PST




Lahad Datu: Lebih 70 individu termasuk wanita, sebahagiannya dipercayai rakyat tempatan ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

Mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) yang digubal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Penahanan yang dilakukan di luar kawasan Ops Daulat itu hasil risikan dan serbuan pegawai serta anggota Cawangan Khas Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di beberapa rumah dan premis di seluruh Sabah. Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna dan Kota Kinabalu.

Ops Daulat diteruskan pada hari keempat semalam, dengan tiga pesawat pejuang dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilihat berlegar di ruang udara pada sebelah pagi bagi memantau dan mengesan pergerakan musuh.

Letupan mortar juga didengari di Kampung Tanduo pada jam 2.30 petang dan 5 petang dipercayai dilepaskan dari kereta perisai pasukan keselamatan.

Tiga mayat pengganas

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di FELDA Sahabat 16, turut menunjukkan gambar tiga mayat pengganas yang dibunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu kelmarin dan baju ketua pengganas berpangkat jeneral.

Bagaimanapun Ismail berkata, nasib ketua kumpulan pengganas, Agbimuddin Kiram belum diketahui, walaupun seorang daripada yang terbunuh itu memakai pakaian jeneral.

Berdasarkan gambar baju celoreng itu tertera 'Royal Sulu Army' tetapi nama pada bahagian depan sebelah kiri baju sudah dipadamkan.

Menurut sumber, persoalan sama ada lelaki dibunuh itu Agbimuddin sukar dipastikan kerana ada kemungkinan adik Jamalul Kiram III mengarahkan anak buahnya memakai baju itu bagi mengelirukan pasukan keselamatan.

Ismail berkata, semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan enam pegawai dan anggota polis Cawangan Khas yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna, 2 Mac lalu.

"Kami masih menjalankan siasatan sama ada mereka itu pengganas yang diburu pasukan keselamatan kita di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu," katanya.

Zulkifeli berkata, sehingga petang ini, pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan dakwaan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat.

"Kami menghubungi Wisma Putra dan masih tiada berita sejak pagi tadi (semalam)... tiada isyarat (serah diri dan letak senjata) daripada pihak berkenaan. Justeru, Ops Daulat diteruskan," katanya.

Ditanya sama ada suspek terbabit memiliki MyKad atau dokumen Pen
duduk Tetap (PR), Ismail berkata: "Kami tidak boleh mengesahkannya kerana masih dalam siasatan."

Malu ! Kerana isu kalimah Allah , konvensyen PR diboikot jentera !!

Posted: 09 Mar 2013 07:18 AM PST


Pagi tadi berlangsungnya satu konvensyen pakatan yang diadakan sempena 5 tahun PR memerintah Pulau Pinang yang diadakan di DOME Komtar, Georgetown.

Walaupun konvensyen ini dihadiri oleh Anwar Ibrahim, Guan Eng serta pemimpin-pemimpin besar pakatan, ia masih gagal untuk memenuhkan ruang dewan tersebut. Lebih dari setengah kerusi yang kosong.

Realitynya sekarang ini, jentera parti komponen PR sebenarnya tidaklah sekuat mana. Pas tetap setia menjadi balaci Dap.


BN jauh tinggalkan mereka di belakang.



Terkini ! USD600 dijanji dalang untuk pengganas serang #LahadDatu

Posted: 09 Mar 2013 03:12 AM PST





Sila baca laporan di bawah :
Pihak berkuasa Filipina telah mengeluarkan sapina kepada salah seorang penasihat kumpulan Kiram dalam apa yang dinyatakan sebagai siasatan untuk mengungkap konspirasi mengenai apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah ketika ini.

Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina semalam telah mengeluarkan sapina kepada strategis politik Pastor "Boy" Saycon untuk hadir di ibu pejabat NBI bagi soal siasat pada Selasa depan.

Menurut Philippine Star, jurucakap kumpulan Kiram Abraham Idjirani memberitahu bahawa sapina tersebut merupakan usaha "crackdown" kerajaan Filipina terhadap pengikut Kiram.

Sapina NBI, itu ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan Reynaldo Esmeralda, telah dihantar ke pejabat Saycon oleh ejen NBI pada jam 4 petang semalam. Walaupun Saycon berkata beliau tidak membaca sapina itu, namun beliau memberitahu telah disapina berkaitan kes Jamalul Kiram.

 Menurutnya, ramai lagi akan disapina dan Jamalul Kiram akan membentuk kumpulan peguam untuk membantu mereka yang disapina dan didakwa.

 Pengarah NBI Nonnatus Rojas sebelum ini berkata biro itu telah menyiasat "orang di sebalik kejadian Sabah."

 Semalam Jurucakap presiden Filipina Edwin Lacierda berkata pengikut Kiram mungkin telah terjebak dalam pergi ke Lahad Datu dengan janji USD600.



 Lacierda berkata Presiden Aquino akan memberitahu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak "bahawa terdapat 'ringleaders', dan ada yang telah tertipu."


 "Kami telah membaca beberapa laporan media, bahawa sesetengah daripada mereka ... sebahagian 'tentera kesultanan', telah dibayar USD600 ... telah dijanjikan akan dibayar USD600.




Mereka telah dijanjikan tanah, mereka telah dijanjikan jawatan dalam kesultanan. Itu tidak dinafikan, "kata Lacierda.

 Filipina telah memberi amaran bahawa Kiram dan pengikut-pengikutnya bakal berdepan penangkapan bagi pelbagai kesalahan termasuk menghasut kepada peperangan dan pemilikan haram senjata api.


 Presiden Aquino sebelum ini berkata kerajaan sedang menyiasat konspirasi di sebalik krisis Sabah, yang melibatkan personaliti yang dikenal pasti dengan pentadbiran sebelumnya.


Beliau tidak menamakan nama, tetapi menyatakan bahawa serangan Sabah membabitkan pembiayaan yang besar dan logistik tidak boleh dinafikan.


Presiden Aquino sebelum ini marah dengan kejadian di Lahad Datu kerana percaya ia telah dihasut oleh individu tertentu untuk mensabotaj perjanjian damai kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

 Pegawai pentadbiran memberitahu terdapat aduan Kiram dan penyokongnya adalah bahawa mereka merasakan ketinggalan dalam rundingan damai dengan MILF.


Di bawah rangka kerja perjanjian damai dengan MILF, penciptaan entiti Bangsamoro akan menjejaskan tanah yang dituntut oleh kesultanan Sulu.


 Penyokong Kiram di Sabah disertai oleh ahli-ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dikenal pasti ada kaitan dengan bekas pengerusinya Nur Misuari, yang mendakwa puak beliau adalah pemilik sebenar Borneo Utara atau Sabah.


 MNLF menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pada tahun 1996, tetapi gagal.


 Sumber sebelum ini berkata antara konspirator yang sedang diperhatikan oleh Malacanang (Pejabat Presiden) adalah Norberto Gonzales, yang pernah berkhidmat sebagai penasihat keselamatan negara dan setiausaha pertahanan semasa pentadbiran Arroyo.

Beliau bagaimanapun telah menafikan penglibatan dalam kejadian di Lahad Datu. - AgendaDaily

TERKINI! Isteri polis pulak mengamuk cari Tian Chua !!

Posted: 08 Mar 2013 11:51 PM PST





Mampuih la si Tian Chua ...Kali ini yang marah di atas kebiadapannya menuduh krisis Lahad Datu adalah sandiwara Umno pulak  dari kalangan isteri-isteri Polis.




Hari ini Persatuan Isteri-Isteri Polis (PERKEP) P.Pinang telah membuat satu laporan polis di IPD Timur Laut berhubung kenyataan Tian Chua yang mengaitkan insiden Lahad Datu adalah sandiwara. Seramai 360 orang isteri2 pegawai dan anggota polis di P.Pinang hadir membuat bantahan ini.

Mereka anggap kenyataan Tian Chua ini telah menghina pengorbanan semua suami  anggota polis yang sedang bertugas termasuk yang terkorban di Lahad Datu.

Sebagai tanda protes , mereka membakar kertas dan banner yang memparkan wajah Tian Chua.

selain itu,mereka juga mencabar Tian Chua bersama kuncu kuncunya (kalaulah anak jantan) untuk pergi ke Lahad Datu bersama sama anggota keselamatan negara untuk mempertahankan negara












Terkini ! Pengganas kembali bertempur di Kampung Tanduo

Posted: 08 Mar 2013 09:38 PM PST




12.10 tgh hari - sidang media KPN dan PAT

- Gerakan penceroboh dalam kumpulan-kumpulan kecil - KPN

- "Flush" perlu dibuat di Kg Tanjung Batu - PAT

- ATM memfokuskan kpd Kg Tanduo dan Kg Tanjung Batu dalam operasi dan yakin bahawa  penceroboh akan masuk semula - PAT

- Berlaku tembak menembak dengan seorang penceroboh jam 8 pagi tadi dan menjadikan jumlah penceroboh yang ditembak mati 53 orang.

- 79 ditahan untuk siasatan

11.10 pg - Kelab Putera 1Malaysia menyumbangkan 10 tan makanan dan keperluan asas untuk tiga lokasi yang menempatkan penduduk kesan daripada krisis pencerobohan ini


10.30 pg - Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Azeez Abdul sedang mengadakan pertemuan dengan KPN & PAT

Remy Ishak sertai #OpsBunga hargai pengorbanan wira negara #lahaddatu

Posted: 08 Mar 2013 08:00 PM PST





Berhubung isu pencerobohan di Sabah oleh pengganas-pengganas yang mengaku berasal daripada keturunan Kesultanan Sulu, sebuah acara khas telah dianjurkan oleh Joe Lee, seorang pencinta keamanan di hadapan Pejabat Kedutaan Filipina di Jalan Changkat, Kuala Lumpur, lewat tengahari tadi.
Acara khas ini dianjurkan demi menyatakan Malaysia adalah sebuah negara yang aman kepada semua rakyat Filipina dan kaum Sulu yang menetap di negara ini. 
Turut hadir dari golongan artis ialah Remy Ishak yang mana adiknya menyertai Ops Daulat di Lahad Datu.
Ia juga untuk menghargai perjuangan perajurit-perajurit negara yang telah terkorban dan masih berjuang mempertahankan kedaulatan negara selain memberikan mesej bahawa rakyat Malaysia ingin konflik ini diselesaikan secara aman.-oh bulan-

TERKINI! Letupan bom masih lagi kedengaran, tentera terus buru pengganas !

Posted: 08 Mar 2013 06:39 PM PST




Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu.

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.

Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.

"Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.

Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.

Malahan bagi peneroka Mujhi Bakrun, 39, beliau kini tidak perlu risau kerana kesungguhan kerajaan untuk menghapuskan kumpulan penceroboh militan itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat di Sabah," katanya.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka tiba di Felda Sahabat pada 10 pagi ini untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada 1,800 penduduk kampung yang berpindah dari zon merah serta ditempatkan di Dewan Cenderawasih, Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan dekat sini. - Bernama

Pemuda Umno akan saman PKR pasal fitnah BL1M

Posted: 08 Mar 2013 05:44 PM PST





Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi masa seminggu untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan pemimpin-pemimpin parti itu kononnya program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) adalah projek memberi kekayaan kepada kroni UMNO.


Pemuda UMNO dan syarikat vendor yang mengendalikan BLIM, MYE.G. Services Bhd. (MYEG) akan merujuk kepada peguam masing-masing untuk mengambil tindakan undang-undang jika PKR gagal berbuat demikian.


Pengerusi BLIM yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, PKR membuat tuduhan tidak berasas yang berniat jahat dan cuba menimbulkan persepsi buruk terhadap program nasional itu.

"Ini sememangnya taktik pembangkang yang sering melontarkan tuduhan tanpa fakta untuk menimbulkan persepsi buruk sedangkan BL1M adalah untuk manfaat rakyat.


"Kita beri PKR selama tujuh hari bermula esok untuk menarik balik fitnah yang dilontarkan dan memohon maaf secara terbuka," katanya dalam sidang akhbar bagi menjawab tuduhan pemimpin-pemimpin PKR berhubung program BL1M.

Lidah rasmi PKR, KeadilanDaily pada 5 Mac lalu menyiarkan artikel berhubung sidang media diketuai oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Chang Lih Kang yang bertajuk BL1M: Satu Lagi Projek Kayakan Kroni UMNO.


BL1M menawarkan kadar yuran terendah, RM199 untuk memiliki lesen motosikal kelas B2 tunggal (250cc ke bawah) di seluruh negara berbanding harga disarankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu RM260. - UTUSAN



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710