Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

oyabun

$
0
0

oyabun


PANAS : VIDEO NUR MISUARI UGUT NAJIB UNTUK BERPERANG..!!!

Posted: 08 Mar 2013 10:55 PM PST



Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

"Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

"Setiap titik darah mereka suci kepada kita," Misuari, dilaporkan berkata.

Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai "spekulasi liar" sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.



Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.

"Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui perana Sultan," katanya.

"Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kayapun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan ? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu," tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

"Adalah tidak bertanggungjawab untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini."

Pemimpin MNLF itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada pagi semalam!

Sebaliknya, benarkan apa yang dituduh oleh HAPRAKDaily ini? Masih mahu membuat fitnah tanpa bukti yang kukuh?



Wasabi Oyabun..

Bapa Saiful cuba selamatkan imej Anwar?

Posted: 08 Mar 2013 05:49 AM PST



KENYATAAN BAPA SAIFUL BUKHARI SEBAGAI PERCUBAAN MEMBERSIHKAN IMEJ MORAL ANWAR IBRAHIM

Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan "U" Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.

Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan. Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim.

Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya.

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan.

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.

Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
8 MAC 2013

Wasabi Oyabun..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>