r b f |
- Kegagalan Umno Penuhi Permintaan Punca Azlan Mohd Lazim Sujud Kepada Anwar
- Ikuti Kisah Sebenar Kenapa Bapa Saiful Buat U Turn Saat-Saat Menjelang Pilihanraya
- Kejatuhan Dinasti Anwar Semakin Dekat
Kegagalan Umno Penuhi Permintaan Punca Azlan Mohd Lazim Sujud Kepada Anwar Posted: 08 Mar 2013 05:46 PM PST Sepertimana yang dijanjikan malam tadi bahawa pagi ini saya akan berkongsi dengan anda apa kisah sebenar yang saya tahu tentang tindakan bapa Saiful yang membuat u turn disaat-saat Anwar dan geng-geng PKR menafikan penglibatan mereka berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu.... Kalau ikutkan perancangan PKR yang sebenarnya bapa Saiful akan dijelmakan selepas pembubaran parlimen kelak. Tetapi oleh kerana nak tutup isu Lahad Datu maka ianya dipercepatkan. Sekarang mari saya ceritakan kisah sebenar.... Dalam kalangan rakan-rakan blogger kami Papa Gomo adalah yang paling rapat dengan Saiful. Mereka sering berhubung dan berjumpa. Beberapa bulan lepas kami telah mendengar cerita bahawa orang-orang Anwar Ibrahim sedang memburu Saiful dan ahli keluarganya untuk tampil membuat pengakuan bahawa kejadian liwat yang berlaku ke atas Saiful adalah konspirasi yang dirancang oleh Datuk Seri Najib. Kemudian cerita tersebut lenyap begitu sahaja.... Kemudian, kira-kira 3-4 minggu yang lepas. Maaf saya tak ingat tarikh yang tepat tetapi jika tidak silap saya ianya dalam minggu pertama bulan Febuari 2013, Parpukari dan saya menerima perkhabaran dari Papa Gomo yang menyatakan bapa Saiful telah bergaduh dengan Saiful dan telah keluar dari rumah. Puncanya kerana bapa Saiful hendak menerima tawaran dari pihak Anwar dan marah kerana Saiful tidak mahu mengikutnya. Bapa Saiful bertindak begitu kerana tidak ada orang-orang Umno atau orang-orang Najib yang menolongnya atau menjaganya. Tiada orang tolong atau tiada orang jaga itu adalah ayat berlapik. Ayat yang tak berlapiknya adalah kerana orang Umno gagal memenuhi permintaan-permintaannya.... Saya serta Parpukari bertekak dengan Gomo. Saya tidak setuju kerana orang-orang Umno dipersalahkan. Ini kerana masalah yang berlaku adalah masalah antara Saiful serta keluarganya dengan Anwar Ibrahim. Kenapa pula orang Umno yang kena tanggung ? Kenapa pula orang Umno yang nak kena jaga dia ? Bagi saya cara bapa Saiful salah kerana apabila dia mewajibkan orang-orang Umno untuk menjaganya bermakna Umno yang terlibat dalam kes liwat berkenaan. Sampai satu tahap saya katakan kepada Gomo, apakah Umno yang suruh Saiful pergi tonggeng kepada Anwar ? Gomo terus naik angin satu badan marahkan saya kerana bercakap begitu. Saya beritahu Gomo bahawa saya nak tulis perkara berkenaan keesokkan harinya kerana nak beritahu awal-awal kepada masyarakat apa yang akan berlaku nanti. Gomo tak benarkan saya tulis kerana katanya minta saya jaga hati dan perasaan Saiful. Katanya beri peluang kepada Saiful untuk pujuk bapanya dan pulihkan balik hubungan mereka. Sekali lagi kami bertekak..... Jika diikutkan cerita Saiful semalam, saya rasa hubungan dia dengan bapanya mungkin telah pulih selepas kejadian itu kerana dia menceritakan dia pergi bercuti bersama bapanya dan telah kembali berhubung. Bermula malam itu saya mula hilang respek pada bapa Saiful apabila mendengar cerita yang dia marahkan orang Umno tidak menjaganya hingga sanggup nak pergi kepada PKR semata-mata pihak sebelah sana menerima permintaannya.... Terpacul dari mulut saya kata-kata, ada juga bapa yang hendak jual punggung anak.... Dipendekkan cerita, perbincangan kisah itu pada malam tersebut antara saya, Parpukari, Papa Gomo dan seorang lagi rakan agak tegang. Kemudian cuti Tahun Baru Cina, selepas itu saya pula bekerja luar kawasan dan tak pedulikan kisah politik serta tidak kemaskini blog dalam tempoh yang agak lama. Saya kembali semula hujung minggu lepas dan awal minggu ini mula ambil tahu semula kisah politik, dan isu yang sedang hangat adalah isu Lahad Datu. Semalam (Jumaat) ketika sedang memandu ke KL tiba-tiba saya menerima SMS dari Gomo yang memaklumkan tentang tindakan bapa Saiful. Saya menjawab kepadanya kalau kau benarkan aku tulis 3-4 minggu lepas kan senang cerita....Selepas itu dia jawablah dengan hujah dia yang bertalu-talu. Apa yang saya nak beritahu kepada anda adalah apa yang dilakukan oleh bapa Saiful semalam memang telah dirancang sekian lama dan matlamatnya adalah RM....RM....RM....RM..... Selepas lima tahun baru kau sedar ? Jangan kelentonglah Azlan..... Apakah kau ingat wang yang kau dapat itu dapat menongkat langit ? Lima tahun dulu dialah yang berada di sebelah Saiful sewaktu Saiful bersumpah laknat dalam Masjid. Selepas Saiful bersumpah dia lah yang pertama memeluk Saiful. Hari ini dia kata itu semua bohong.... Selepas mahkamah membebaskan Anwar awal tahun 2012, ketika itu banyak pihak yang tidak berpuashati mendesak Peguam Negara agar memfailkan rayuan termasuklah bapa Saiful sendiri. Malah dia sendiri turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang ketika itu menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan. Berikut adalah apa yang dikatakannya pada masa itu.... PETALING JAYA: Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya. Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan. M Star Online Itu kata-katanya dulu....semalam apa yang dia kata pula.... "Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar." Tak payah banyak En Azlan oiiiii, itu pun sudah cukup untuk menunjukkan kamu sememangnya manusia yang tidak boleh dipakai dan sanggup aibkan anak sendiri kerana kerakusan kamu. Ingat mati wehhhhhh......kamu dah senja.....anak kamu masih muda.....dia mungkin akan hidup lama lagi.....tak kasihankah kamu pada dia ? Apa jenis punya bapa macam ni ? Cuba kita imbas balik kisah bapa si Saiful ni...... Saya difahamkan dia bercerai dengan mak Saiful dan Saiful dijaga oleh ibunya. Kemudian selepas ibunya meninggal dia tidak jaga atau pedulikan Saiful. Tiba-tiba selepas dia mendengar Saiful bekerja dengan Anwar Ibrahim selepas PRU 2008 dan ketika itu mereka dah menang banyak negeri serta ura-ura Anwar akan menjadi PM pada 16 September 200,tiba-tiba dia rapat kembali dengan Saiful. Di situ pun sudah boleh nampak dia seorang yang oppurtunist..... Kemudian apabila Saiful diliwat tiba-tiba dia menjadi seorang bapa yang prihatin. Kemudian semalam dia kata diasentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya. Kasih seorang ayah apa ke bendanya kalau dulu tak jaga anak pun ? Kasih seorang ayah atau nak ambil kesempatan diatas kejadian yang menimpa anak untuk mengepow orang-orang Umno ? Bila gagal lari sebelah sana..... Suka tak suka bapa Saiful telah mencipta satu sejarah baru apabila sanggup malukan anak sendiri kerana kerakusan nafsunya. Jawablah pakcik oiiii di kubur nanti..... Yang paling saya tak boleh tahan adalah apabila dia duduk sebelah anak dia masa anak dia bersumpah laknat.Habis bersumpah dia peluk anak dia.....Hari ini dia kata apa yang anak dia buat itu tak betul.... Kalau masa itu dia dilarang jumpa anak dia sebelum bersumpah, tak boleh bersama di mahkamah, dirumah dan sebagainya , logiklah juga kalau dia nak kata segalanya dikawal oleh orang lain dan dia tak berupaya menghalang. Ini tidak, dia bebas bersama anak dia 24 jam sehari , selepas 5 tahun dia kata itu semua perancangan. Nak tipu pun biarlah logik pakcik oiiii.....ingat kubur pakcik... Dalam soal ini Anwar tidak boleh dipersalahkan kerana dia sebagai seorang ahli politik bijak mengambil kesempatan. Yang salah adalah dia sendiri. Tidak berprinsip, tidak berpendirian dan tidak bermaruah. Azlan yang mengambil kesempatan menjelang PRU untuk menekan orang-orang Umno agar memenuhi kehendak-kehendak dia. Puak-puak PKR semalam raya sakan dengan tindakan bapa Saiful. Apakah dia ingat orang lain beraya bersamanya ? Terus terang saya katakan bahawa saya sikit pun tak goyang atau berdebar apabila menerima berita tindakan bapa Saiful semalam. Sebab saya tetap percaya kepada sumpah yang Saiful lafazkan dulu. Dan saya yakin kebenaran akan tetap menjelma. Cerita liwat dan cerita sumpah Saiful sebenarnya masyarakat dah tak ingat pun. Sebab benda dah lama. Tetapi tindakan bapa Saiful semalam akan membuatkan masyarakat kembali mengingatinya, dan rata-rata orang melayu akan tetap percaya kepada sumpah laknat yang dilafazkan walaupun Pas kata sumpah tiada dalam islam.
Jadi terima kasihlah kepada Johari Abdul kerana menguruskan bapa Saiful semalam dan jangan salahkan orang lain kerana cerita liwat hidup kembali. Kalau benar dan kalau tak bersalah kenapa terlalu takut hingga buat sidang media semalam secara tertutup di sebuah kondominium dan hanya wartawan-wartawan mereka sahaja dibenarkan masuk ? Apasal ? supaya boleh kawal soalan-soalan yang ditanya dan tidak terperangkap ke ? Takut wartawan tanya pasal sumpah Saiful ke ? Kalau pakcik berani dan tidak bersalah buatlah satu sidang media terbuka dan panggil semua wartawan tanpa memilih bulu. Saya tetap yakin dan percaya apa yang berlaku semalam adalah proses PKR menggali lubang kubur bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk DAP dan Pas.... Kepada Saiful Bukhari, saya minta maaf banyak-banyak jika anda terasa hati dengan tulisan ini. Saya faham buruk macamana sekali pun dia tetap bapa anda. Marah macamana sekali pun sikit sebanyak anda tetap akan terasa hati bila membaca tulisan ini. Ya lah....bapa tetap bapa....tapi bapa boleh khianat anak. Patutnya kamu yang patut jadi bapa dan bapa kamu yang patut jadi anak....Maafkan saya Saiful.... Kepada masyarakat pula ambillah iktibar diatas apa yang berlaku. Kerana duit apa sahaja boleh berlaku. Marilah kita termasuk saya sendiri sama-sama bermohon kepada Allah agar dijauhkan perkara begini terjadi kepada keluarga kita , rakan-rakan kita, jiran sekeliling kita dan juga berulang kembali kepada muslimin dan muslimat yang lain. Jangan lupa juga kita sama-sama berdoa agar bapa Saiful tidak terus dikuasai iblis dan kembali ke pangkal jalan. | ||
Ikuti Kisah Sebenar Kenapa Bapa Saiful Buat U Turn Saat-Saat Menjelang Pilihanraya Posted: 08 Mar 2013 05:23 AM PST Seperti yang kita tahu bapa Saiful Bukhari hari ini kembali ke pangkuan Anwar Ibrahim dan membuat tuduhan anaknya berbohong diliwat.... Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, saya tahu serba sedikit apa yang berlaku hari ini sejak 3-4 minggu yang lepas. Kenapa jadi begitu ? Apa yang dia nak ? Insyaallah saya akan kongsikan dengan anda dengan menyiarkan di blog ini pagi esok.... Berikut adalah kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali yang dikeluarkan hari ini....
Apakah anda rasa dengan keluarnya bapa Saiful bersama PKR hari ini akan menguatkan lagi PKR dan melemahkan BN ? Jika anda kata ya, ternyata anda silap.... Apa yang berlaku hari ini membuatkan laluan PAS, PKR dan DAP menuju ke Putrajaya akan menjadi semakin sempit. Kepada PAS dan DAP, jangan salahkan Umno jika kamu semua gagal ke Putrajaya. Tolong salahkan Anwar.... Masa kamu 5 tahun hanya dibuangkan untuk mempertahankan kemaluan Anwar yang menutuh punggung lelaki, melanggan pelacur, menggadaikan kalimah Allah, membenarkan kebebasan beragama , termasuklah isu keselamatan negara. Beban Anwar yang kamu pikul itulah yang akan menjadi halangan utama kepada kamu untuk sampai ke Putrajaya. Selamat tinggal Pas.....pikullah Anwar sampai mampus..... | ||
Kejatuhan Dinasti Anwar Semakin Dekat Posted: 07 Mar 2013 07:59 PM PST
Surat di atas telah disebarkan oleh laman web Malaysia Today, milik penulis pengecut yang sakit jiwa, iaitu Raja Petra Kamaruddin. Jangan ditanya kenapa dan bagaimana web beliau mendapat surat tersebut kerana jika ianya RPK, ia pasti dijayakan dan jika ianya tidak benar, ia pasti akan direka-ciptakan. Walaupun surat ringkas tersebut memperlihatkan sipenulis sebagai menyebelahi Anwar, tetapi ia jelas bertujuan untuk menjatuhkan keseluruhan keluarga Anwar sekali gus. Penulisnya nampaknya dengan sengaja cuba menimbulkan keraguan mengenai hubungannya dengan Anwar yang terkenal sebagai biseksual tersohor. Penulisnya juga tanpa berselindung memuji Azmin untuk menobatkan Azmin sebagai satu-satunya pemimpin yang layak menerajui PKR. Sudah tentulah kita musykil melihat surat ringkas yang terlalu 'straight-to-the-point' ini. Apatah lagi apabila ia ditujukan kepada Hadi Awang, Presiden PAS yang hanya dipandang sebelah mata saja dalam kepimpinan Pakatan Rakyat. Semua orang sedia maklum bahawa Hadi Awang di mata DAP dan PKR, adalah jauh lebih hina dari orang-orang yang dihinanya, seperti rakyat Sarawak yang dikatakan masih bercawat atau guru sekolah rendah yang dikatakan tidak layak memberi teguran dan pandangan. Hadi dan PAS adalah tidak lebih dari sekadar kuda tunggangan atau anjing kurap yang sanggup berbuat apa saja termasuk makan najis sendiri demi secebis peluang untuk ke Putrajaya. Justeru, menulis surat kepada Hadi Awang untuk meminta beliau menangani masalah di dalam Parti PKR merupakan satu kejahilan yang nyata di pihak sipenulis yang mengaku sebagai Setiausaha Politik kepada YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR. Mungkinkah seorang setiausaha politik boleh menjadi begitu jahil mengenai politiking di dalam partinya mahupun bidang kuasa Presiden parti sekutunya? Segalanya mungkin, jika penulis yang bernama Mohd Fareez Kamal Intidzam ini memiliki ciri-ciri tertentu yang turut dimiliki oleh Saiful Bukhari, Azizan atau Sukma Dermawan. Apapun, kita tidak boleh menolak kemungkinan yang surat tersebut benar memandangkan persengketaan di dalam Parti Pakatan Rakyat sudah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu bagaimana Wan Azizah membenci Azmin Ali dan semua orang tahu kerakusan Azmin untuk berkuasa. Anwar ternyata mendidik Azmin dengan baik sehingga terciptanya seekor 'raksaksa' yang benar-benar menyerupai dirinya. Nampaknya, kedudukan Anwar benar-benar tidak selamat apabila raksaksa itu pula ingin memakannya. Dirinya sudahlah ditolak PAS, dan dengan insiden Lahad Datu, Anwar benar-benar sudah menjadi beban kepada partinya sendiri. Hanya DAP sahaja yang masih 'terpaksa' menjulang Anwar walaupun dengan muka berpaling ke arah lain. Kesimpulannya, parti PKR sudah lama mati sejurus terdapatnya penyokong sendiri yang menolak Anwar sejak akhir-akhir ini. Yang kita lihat masih berjalan dan bercakap hari ini, hanyalah batang tubuh PKR tanpa roh, iaitu bagaikan zombi. PKR lahir kerana Anwar dan untuk Anwar, iaitu supaya beliau lepas dari pertuduhan dan hukuman dan supaya beliau punya platform untuk memakai gelaran 'bakal Perdana Menteri'. Tanpa Anwar, apalah PKR? PKR hidup kerana Anwar, dan akhirnya mati juga kerana Anwar. Justeru, jika Mohd Fareez Kamal inginkan PKR atau PR selamat dalam PRU-13, beliau tidak perlu mengadu kepada Hadi atau RPK kerana parti itu pada hakikatnya telah pun mati. Tetapi jika beliau hanya inginkan hubungannya dengan Anwar selamat, maka beliau hanya perlu mengadu kepada Anwar seorang kerana tiada siapa yang dapat membantunya dalam hal-hal songsang. Artikel kiriman Beruang Biru |
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |