Apa Yang Tersirat |
- Sebahagian Pengganas Sulu Mati Ditembak
- Kemaskini Ops Daulat: Kawalan Ketat dikuatkuasakan Keatas Jalan Masuk/keluar Bagi Kg Tanduo dan Tg Batu
- Bapa Saiful berpaling tadah. Anwar cuba alih pandang Krisis Lahad Datu
- Mengejar dan menghapuskan pengganas sulu diteruskan
- Kemaskini: Ops Daulat: Serangan Gelombang kedua Bermula
- Kemaskini Ops Daulat: Nasib Agbimuddin belum diketahui
- Ops Daulat: Wajar semua penceroboh diburu dan dibunuh
- Kronologi Pencerobohan Pengganas Sulu
Sebahagian Pengganas Sulu Mati Ditembak Posted: 08 Mar 2013 04:55 AM PST Rakan Pengganas inilah yang merosakan mayat anggota polis kita, apabila menyerang hendap mereka daripada belakang di Kg Sri Jaya Simunul pada malam Sabtu 2 Mac. Akibat operasi udara dan darat pada Selasa akhirnya sebahagian daripada mereka maut. Sehingga kini 52 daripada mereka mati, 79 berjaya ditangkap dan 50 daripadanya ditahan melalui akta baru yang menggantikan akta keselamatan dalam negeri. Pasukan keselamatan masih memburu saki bagi pengganas yang dipercayai bersembuyi di kawasan Kg Tanduo. Kg Tanjung Labian dan g Tanjung Batu, kesemuanya di Lahad Datu, Sabah. Pengganas mula menawan Kg Tanduo pada malam 12 Februari. Pasukan keselamatan, tidak menyangka mereka rupanya pengganas yang diupah pihak tertentu dengan bayaran USD600 seorang untuk menceroboh Sabah, dan mengistiharkan perang dengan pasukan keselamatan negara. | ||||
Posted: 08 Mar 2013 03:16 AM PST
EKORAN serangan udara pihak pasukan keselamatan yang bermula pukul 2.30 petang tadi, dan tidak berlakunya tembak menembak antara pengganas sulu dengan anggota keselamatan, maka jalan keluar dan masuk bagi Kg Tanduo dan Kg Tg Batu dipertingkat dan diperketat, kerana dikhuatirkan, pengganas cuba mengabui mata pasukan keselamatan, untuk menyusup keluar. Manakala kawalan ketat dilakukan bagi yang masuk, untuk mengelak bekalan makanan kepada pengganas. Pengganas kini, mengatur kekuatan dengan cara bersembunyi dan berkumpul semula. Di laporkan di Manila, pemimpin kumpulan pengganas itu Agbimuddin, belum maut, sepertimana kata Abraham Idjirani jurucakap kepada Jamalul kiram yang mengaku dirinya pewaris Sultan Sulu. Pihak polis sebelum ini berkata, diantara 52 pengganas yang maut, ada seorang yang berpangkat jeneral berasaskan kepada pakaian yang dipakai. Sehingga kini, pasukan keselamatan negara belum mengumumkan siapa jeneral yang maut itu, namun berasaskan maklmuat, jeneral itu bukanlah Agbimuddin tetapi salah seorang ketua pengganas. Disebabkan kematian jeneral itu, maka pihak pengganas kini, seolah-olah tidak melawan, sebab itu sejak pagi ini belum ada kejadian tembak menembak, walaupun bom dilepaskan agar pengganas bergerak untuk menyelamatkan diri. Dikhuatirkan apabila pada sebelah malam, mereka akan bergerak menyusup keluar daripada persembunyian, atas sebab itu, kawasan merah, Kg Tanduo dan Tg Batu diperketat kawalan. | ||||
Bapa Saiful berpaling tadah. Anwar cuba alih pandang Krisis Lahad Datu Posted: 08 Mar 2013 02:32 AM PST LEBIH tiga minggu, nama Anwar dikaitkan dengan krisis Lahad Datu. Punca daripada ketekaitan Anwar dengan krisis Lahad Datu, apabila surat khabar Filipina melaporkan hasil risikan inteligen negara itu, bahawa dalang kepada pencerobohan kg Tanduo Lahad Datu ada hubungan dengan Anwar. Ekoran laporan daripada Manila itu, TV3 dan Utusan Malaysia memetiknya, dan sebahagian blog pro kerajaan juga menyiar kembali laporan surat-surat khabar Manila itu, antaranya laporan Manila Times. Ekoran petikan TV3 dan Utusan Malaysia itu, Anwar menyaman RM100 juta media arus perdana itu. Selain itu, Anwar juga memohon injuksi, agar media-media itu tidak memetik sebarang laporan yang menghubungkaitnya dengan pencerobohan Lahad Datu oleh Pengganas Sulu. Disebabkan laporan yang mengaitkan Anwar dengan pengganas sulu itu selain ditambah oleh penghinaan Tian Chua terhadap anggota keselamatan yang gugur, satu alih pandang dirancang, dan alih pandang itu, apabila Bapa Saiful, membuat pusingan U, dan mendakwa sodomi II, hanya rekaan pihak tertentu dan mempergunakan anaknya. Namun, selepas sahaja, Bapa Saiful mengadakan sidang akhbar, anaknya melakukan Twit, mendakawa pula bapanya diperperdaya oleh pihak Anwar, malah dia terus mempertahankan sumpah laknatnya. Pusingan U bapa Saiful, sudah terlambat. Kemusnahan imej kepada Anwar yang dikaitkan dengan pengganas Sulu, lebih besar nilainya berbanding pusingan U bapa Saiful. Saiful bukan anak ingusan lagi. Saiful adalah dewasa. Sebenarnya, pengakuan bapa Saiful tidak mempunyai merit untuk dipercayai. Kata orang betapa berat memandang, berat lagi bahu memikul. Bapa Saiful hanya memandang, manakalah Saiful yang merasakan apa yang diperlakukan terhadapnya. | ||||
Mengejar dan menghapuskan pengganas sulu diteruskan Posted: 08 Mar 2013 01:29 AM PST OPERASI memburu dan mengejar pengganas sulu diteruskan. Pasukan keselamatan sedang menjalanan pemberisihan yang meliputi kawasan kg Tanduo, Tanjung Batu dan Tanjung Labian. Petang tadi angatan udara menjalankan serangan bom untuk memudahkan pasukan darat menjalankan tugas. Setakat ini, belum ada laporan lapangan, berkaitan serangan itu. Pihak polis belum mengadakan sidang media berkaitan kejadian tembak menyembak. Dipercayai pengganas sedang bersembuyi atau, terkena bedilan bom dan mengorbankan mereka. Pagi tadi dalam sidang Media Ketua Polis Negara, beliau menafikan khabar angin bahawa 700 lelaki bersenjata Sulu telah memasuki Sabah. "Saya menerima maklumat terdapat SMS dan laporan di media sosial palsu mendakwa bahawa lelaki bersenjata ini telah memasuki Kota Kinabalu dan Tawau untuk menimbulkan kekacauan," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, pagi Jumaat. "Ia tidak benar. Jangan percaya dengan laporan yang tidak disahkan oleh polis dan tentera. Sila maklumkan kepada polis jika anda melihat apa-apa maklumat melalui media sosial atau mesej teks," katanya. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih dijalankan memandangkan tiada tanda-tanda menyerah diri oleh kumpulan penceroboh Sulu pada sidang media, Jumaat. Pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di sini, Jumaat, Ismail juga menunjukkan gambar-gambar baru mayat lelaki bersenjata dan senjata yang disita. Ismail berkata, salah seorang pemimpin kumpulan itu mungkin berada di kalangan lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh dalam operasi yang dijalankan pasukan keselamatan. Ditanya sama ada pemimpin kumpulan, Azzimudie Kiram, saudara kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu berada di kalangan mereka yang terbunuh, Ismail berkata: "Kami masih dalam proses mengenal pasti pemimpin ini. "Buat masa sekarang kita boleh mengatakan bahawa, berdasarkan pakaian, di kalangan mereka yang terbunuh adalah salah seorang pemimpin mereka," katanya. Ismail berkata lelaki bersenjata Sulu tidak menunjukkan tanda-tanda menyerah, lantas operasi terhadap mereka diteruskan. Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan habis-habisan terhadap lelaki bersenjata pada Selasa, selepas pencerobohan bermula pada 9 Februari. | ||||
Kemaskini: Ops Daulat: Serangan Gelombang kedua Bermula Posted: 07 Mar 2013 11:02 PM PST SERANGAN Gelombang kedua bermula kira-kira pukul 2.30 sebentat tadi. Sehingga kini 79 orang berjaya ditangkap dan 52 maut dipercayai sebahagian daripada penceroboh yang menawan Kg Tanduo pada malam 12 Februari lalu. Siri gelombang kedua dimulakan oleh jet pejuang dengan mengugurkan bom selang 5-20 minit antara satu. Tujuannya memudahkan pasukan darat beroperasi. Difahamkan pasukan darat sukar memasuki kawasan operasi, kerana berhadapan dengan serangan penembak tepat yang bersembunyi di kawasan 4 dan 5 km persegi masing bagi kawasan Kg Tanduo dan Tanjug Batu. | ||||
Kemaskini Ops Daulat: Nasib Agbimuddin belum diketahui Posted: 07 Mar 2013 09:25 PM PST
PASUKAN keselamatan negara yang meneruskan ops Daulat mengatakan sehingga kini, belum mengetahui nasib pemimpin penceroboh Agbimuddin Kiram, kerana sukar dikenal pasti jika berasaskan pakaian mayat-mayat yang ditemukan, walaupun ketika ini tentera Malaysia dan pasukan polis memasuki peringkat akhir operasi pencarian dan menggeledah di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini Jumaat. Agbimuddin, yang mendakwa dirinya saudara kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa diri sebagai Sultan Sulu gagal menghubungi keluarga Kiram di Manila dalam tempoh 48 jam lepas dan pasukan keselamatan berharap dapat mengetahui apa yang berlaku kepadanya dalam satu atau dua hari ini. Agbimuddin dan orang kanannya dipercayai menjadi antara mereka yang berjaya keluar Kampung Tanduo pada Ahad, dua hari sebelum pertempuran pada hari Selasa. Agbimuddin pada Rabu memberitahu jurucakap Jamalul Kiram Abraham Idjairni melalui telefon bahawa salah satu daripada anak bersama dengannya di Tanduo bersama-sama dengan 200 hingga 300 pengikut-pengikutnya, termasuk enam wanita terselamat daripada pengeboman pasukan keselamatan Malaysia, malah dia memberitahu jurucakap itu, mereka sedang beristihart, menunggu peluang keluar daripada kawasan pertempuran. Setakat ini sejumlah 52 penceroboh berjaya dibunuh, enam di Semporna dan 46 di kawasan Kg Tanduo. Dalam perkembangan sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki bersenjata Sulu tidak menunjukkan tanda-tanda menyerah, lantas operasi terhadap mereka diteruskan. Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan habis-habisan terhadap lelaki bersenjata pada Selasa, selepas pencerobohan bermula pada 9 Februari. | ||||
Ops Daulat: Wajar semua penceroboh diburu dan dibunuh Posted: 07 Mar 2013 03:45 PM PST
PELAKUAN terhadap anggota polis yang terkorban pada malam Sabtu 2 Mac di kg Sri Jaya Simunul, Semporna oleh pengganas Sulu, mewajarkan pasukan keselamatan negara memburu dan membunuh kesemua mereka. Kekejaman penceroboh itu tidak boleh dimaafkan. Mereka menggunakan taktik kotor untuk membunuh pasukan keselamatan negara, di mana sebelumnya telah memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menyerah diri atau pulang secara sukarela tanpa tindakan kekerasan. Sebaliknya mereka bertindak kejam dengan menyerang pasukan keselamatan dengan taktik kotor. Tujuan mereka jelas, bukan sekadar menuntut yang bukan-bukan sebaliknya mahu mengganas dan menimbulkan hurahara dalam negara amnya dan khasnya di Sabah. Cara seperti ini, memang sinonim dengan kaedah pihak-pihak tertentu dalam negara, yang gemar sangat menimbulkan huruhara. Bagi mereka, jika huruhara berlaku, merupakan satu hiburan, kerana dapat mengorbankan nyawa. Atas sebab itu mereka sanggup melabelkan kematian anggota pasukan keselamatan sebagai mati katak, kerana mempertahankan lakonan. Kini, selepas kejadian di Kg Tanduo Lahad Datu dan Kg Sri Jaya Simunul, semporna, jelas pada kita, nawaitu pihak-pihak tertentu dalam negara mahupun pihak luar yang berjaya dihasut untuk mencapai matalamat mereka. Tahniah kepada pasukan keselamatan kerana mampu mengesan dan mampu melaksanakan tugas untuk membendung niat mereka itu, walaupun negara terpaksa membayarnya dengan mahal bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah nyawa. | ||||
Kronologi Pencerobohan Pengganas Sulu Posted: 07 Mar 2013 03:03 PM PST Berikut adalah kronologi selepas hari ketiga Op Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:
5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu. 5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. 5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih ada musuh di kawasan itu. 6 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara sahkan kumpulan penceroboh mula menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan gambar anggota pengganas Sulu yang mati dalam "Ops Daulat" pada sidang media di Felda Beach Resort di sini. Turut sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan). Sebanyak tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu. 6 Mac (4 petang) - Hari kedua Op Daulat: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo. 6 Mac - Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas di dalam sebuah lubang. 6 Mac - Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim mengakui kumpulan pemberontak terbesar di Filipina itu tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah. 6 Mac (6 petang) - Berlaku tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada kira 4.15 petang semasa operasi susulan dan penggeledahan. 7 Mac (7 pagi) - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk mengekang bekalan makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh. 7 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat kaum Suluk di Tawau; turut menyatakan kerajaaan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan tersebut. 7 Mac (15.50 petang) Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media di Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat sini. - Najib berkata penceroboh Filipina di Sabah perlu letak senjata tanpa syarat sebelum tawaran gencatan senjata dipertimbangkan. - Najib umum tambahan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk ditempatkan di kawasan keselamatan khas di timur Sabah. - Najib berkata Op Daulat akan diteruskan sehingga penceroboh di Sabah meletakkan senjata tanpa syarat. - Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia selama-lamanya. 7 Mac (5.30 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang musuh terbunuh dalam Op Daulat di Tanjung Batu semalam manakala 31 lagi, termasuk seorang berpangkat jeneral terbunuh hari ini.
7 Mac - Sehingga pukul 7 petang, seramai 52 penceroboh maut sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |