Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


#LahadDatu : Satu lagi spesis mulut puaka tuduh ini sandiwara UMNO !

Posted: 07 Mar 2013 08:00 AM PST


Pakai je tudung , tapi mulut memang cukup PUAKA.   Walaupun sudah dijelaskan   krisis Lahad Datu bukan sandiwara UMNO  , tetapi macai Tian Chua bernama Raaha Nuyu  masih berpegang teguh bahawa ini semua rancangan  a.k.a drama .

Apakah kematian adik kepada waris  ini satu lagi drama /sandiwara seperti mana dituduh Tian Chua ?



Haram jadah sial punya BETINA .  Langsung tak ada perasaan simpati dan hormat kepada keluarga anggota polis yang terkorban .

GPB desak KDN agar segera mendakwa Tian Chua kerana jelas  dia menghasut rakyat menuduh peristiwa Lahad Datu ini adalah perancangan/sandiwara  UMNO . Buktinya seorang pencacai seperti Raaha ini mengikut apa yang dicakap Tian Chua .



TERKINI ! Zul Nordin ada jawapan nyanyian " Sabah nak hilang " oleh Bang Non !!

Posted: 07 Mar 2013 05:45 AM PST




 YB Datuk Zulkifli Noordin mempersoalkan motif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanyikan lagu 'Sabah bakal hilang', tiga bulan sebelum serangan pengganas di Lahad Datu Sabah.
Zulkifli bercakap kepada Buletin Utama TV3 malam ini turut rasa sangsi dengan kepercayaan Anwar terhadap dua orang kuat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), Tian Chua dan Sivarasa Rasiah yang juga aktivis PKR.
Dalam sidang media semalam, Anwar menafikan kunjungan Tian Chua dan Sivarasa Rasiah ke Filipina mempunyai perkaitan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Kedua-dua aktivis SUARAM itu berkunjung ke Filipina pada 7 Februari lalu, iaitu dua hari sebelum pengganas menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu Sabah.
Rakaman nyanyian Anwar berbunyi, 'tanya sama pokok apa sebab goyang' ditukar lirik kepada,'tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang' telah dirakamkan oleh ThePerakToday di tiga lokasi ceramah yang berbeza iaitu pada 2 Disember 2012, 29 Januari 2013 dan 14 Februari 2013.
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dalam soal jawab bersama TV3 semalam turut tertanya-tanya apakah motof Anwar menyanyikan lagu itu.
Sebagai orang Sabah, menurut Anifah, ada perbezaan dengan 'Barisan Nasional (BN) Sabah akan kalah dalam Pilihanraya Umum ke-13′ dengan 'Sabah bakal hilang'.
"Apa maksud negeri saya bakal hilang ?, "soalnya. -AIDC-

TERKINI ! Nur Misuari senada macai PR tuduh Zahid Hamidi penipu !!

Posted: 07 Mar 2013 04:04 AM PST




Nur Misuari atau Nurallaj Misuari yang merupakan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melalui laman FaceBook miliknya telah mempertikaikan akan kesahihan gambar-gambar yang didedahkan oleh Zahid Hamidi semalam.

Dengan meletakkan beberapa keping gambar anggota Komando Polis VAT69 yang terlibat dalam 'Operasi Daulat' dan juga gambar yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan semalam beliau mempersoalkan 'What is the truth? 'Malaysian Black Commandos or Tausug Warriors?' tulisnya lagi.





Beliau turut meminta orang ramai menjadi hakim bagi menentukan adakah kebenaran disembunyikan dari pengetahuan orang awam di Malaysia..

Semalam Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan gambar-gambar 13 mayat penceroboh Filipina yang telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh Sulu di kampung tersebut.

Menteri Pertahanan menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.

Sumber: MPP Online

Terkini ! Bukan gencatan senjata tapi serah diri tanpa syarat #lahadDatu

Posted: 07 Mar 2013 01:04 AM PST



- Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menggesa kumpulan pengganas Sulu segera meletak senjata dan menyerah diri tanpa bersyarat.

 Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, Op Daulat akan diteruskan. Beliau juga mengumumkan pewujudan kawasan keselamatan khas merangkumi pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau bagi mengawal keselamatan penduduk negeri itu.

AWAS ! Gencatan senjata untuk perangkap pasukan keselamatan kita !! #LahadDatu

Posted: 06 Mar 2013 10:14 PM PST


TERKINI - Ketua pengganas , Jamalul Kiram III  umum mahu  adakan  gencatan senjata kepada tenteranya serta minta Malaysia melakukan perkara yang sama .

Satu lagi taktik /strategi licik Jamalul Kiram  ini  agar  pemburuan oleh pasukan keselamatan kita ke atas tenteranya  pengganas dihentikan . 

GPB harap PM yang akan tiba di lahad datu hari ini bertegas tidak mengikut desakan gencatan senjata ini kerana isunya sekarang mereka telah menceroboh kedaulatan negara serta membunuh 8 anggota polis kita. 

Taktik seperti ini juga digunakan mereka hingga mengorbankan 2 anggota VAT69  pada hari Jumaat dengan mengangkat bendera putih . 



MANILA 7 Mac - Ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram hari ini mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak ekoran tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut jurucakap ketua penceroboh itu, Kiram mengisytiharkan gencatan senjata tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).
Beliau turut menggesa Malaysia mengambil tindakan sama. - AFP


5 bukti Bang Non  dalang pengkhianat negara krisis di Lahad Datu !! Jawab jangan tak jawab !!

Mengapa ada persamaan strategi Anwar & Misuari dalam isu #LahadDatu ?

Posted: 06 Mar 2013 09:32 PM PST




1. Misuari, dia nafi bantu Kiram, tapi dalam masa yang sama mengaku ada anggota MNLF turut serta dalam pasukan lanun Kiram yang menceroboh Sabah 3 minggu lepas.

Anwar pun lebih kurang begitu, nafi juga tapi banyak bukti sekarang menunjukkan dia pun sama terlibat melalui hubungan rapatnya dengan Misuari. Maklumlah, berbanding BN, Anwar lebih banyak untung kalau Sabah diistiharkan darurat dan pilihanraya tidak diadakan di negeri itu.


2. propaganda angka. Anwar sering mewar-warkan jutaan rakyat bersama-sama dengannya. Perhimpunan 45 – 50 ribu orang di Stadium Merdeka, ditukar Anwar menjadi 100 ribu sehingga 500 ribu orang.

Misuari pun begitu juga, tak tahulah dia dapat dari mana, tapi dakwanya ada berpuluh ribu orang Sulu yang bersedia menyeberang sempadan Malaysia-Filipina untuk membantu lanun-lanun yang sedang berterabur macam anak ayam diasak tentera dan polis Malaysia.

Kalau ada ramai orang macam itu dibawah perintah Misuari dan Kiram, baik dia dah rampas Mindanao tu dari Filipina, itu jauh lebih senang dari dia cuba nak tawan Sabah, so jelas sangat propaganda.

Awal-awal krisis bermula pun, Misuari sudah mengancam untuk menghantar lanun-lanun MNLF yang dipimpinnya ke Sabah kalau kepungan di Lahad Datu bertukar menjadi perang berdarah. Setakat dimaklumkan, tentera Filipina baru menahan lebih kurang 70 orang lanun MNLF yang cuba ke Sabah sejak komando polis mula menyerbu Jumaat lepas.

Tentera Malaysia, terutamanya TLDM yang berkawal di sempadan Malaysia-Filipina, belum lagi ada berita menahan lanun Sulu ini atau tidak, tapi mungkin juga sudah dihabiskan semua sekali ke dalam laut dan dengan itu tidak ada sesiapa yang tahu mengenai nasib mereka.

Apa yang penting bukan ribu-ribu.

Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat kita bahawa Anwar memang terbabit dalam insiden ini. Penafian dari Anwar bukan bukti kukuh bahawa dia tidak terlibat. Sebelum ini pun dia nafi meliwat Saiful Bukhari, tapi siapa punya air mani yang dijumpai di dubor pemuda tersebut?

Kalau bukan Anwar.

Jadi jangan pakai sangatlah penafian Anwar. Selain raja Saman, semua orang tahu Anwar raja Nafi. Dia punyalah nafi sampaikan akhbar Filipina Inquirer ada tuduh dia terlibat dalam krisis Lahad Datu inipun, dia kata akhbar itu tidak mentioned nama dia. Itu terang-terang pun tak mengaku tu, gelap-gelap apa lagi.

Adamyan MYKMU


Bang Non dabik dada, jika PR perintah saya sendiri bagi arahan !!

Posted: 06 Mar 2013 07:31 PM PST



Tempoh masa lama yang diambil kerajaan untuk menangani serangan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tunjuk bukti kepimpinan BN gagal selesaikan krisis itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Katanya, pencerobohan itu yang berlarutan hingga lebih tiga minggu tanpa tindakan serius oleh pemerintah menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan hari ini.

"Ini bukan kegagalan pasukan polis atau ATM (Angkatan Tentera Malaysia), tetapi kepimpinan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Beliau berkata, perkara ini berlaku ekoran kelemahan dalam memberi arahan daripada pihak atasan.

"Kenapa kerajaan perlu tunggu hingga 23 hari baru tindakan diambil. Mana kenyataan pemimpin? Kementerian Dalam Negeri, Menteri Pertahanan?

"Sedangkan kedaulatan telah digugat dan lapan anggota keselamatan terkorban," tegasnya.

Kata Anwar, kedaulatan dan maruah negara dijamin jika Pakatan Rakyat mentadbir negara.

"Bila situasi seperti itu berlaku, polis dan tentera perlu ada struktur arahan (command structure) yang jelas. Saya rasa ia tiada di sana.

"Jika kita ambil alih, kita janji tidak akan benarkan negara kita tidak diceroboh, demi kedaulatan dan maruah negara," kata Anwar.

Sebelum ini perisik Filipina mendedahkan bahawa Pakatan pembangkang di negara ini yang diketuai oleh Anwar terlibat dalam pencerobohan terbabit.

Anwar bagaimanapun langsung tak menafikan dakwaan perisikan tersebut sebaliknya hanya mampu mengugut untuk menyaman akhbar yang menyiarkan pendedahan itu.

TERKINI ! Alasan bodoh Anwar dan PKR ke Filipina

Posted: 06 Mar 2013 04:46 PM PST


Agak pelik sekali alasan Anwar  bahawa dia ke Manila termasuk Tian Chua dan Sivarasah untuk bincang pasal kes  Manuel Amalilio . Kalau setakat nak bincang kes tu , dia boleh je hantar orang kanannya seperti Tian Chua ke sana .

Tapi sebab ada plan besar  iaitu   "Sabah dah Hilang"  , maka dia perlu juga ke sana dan berjumpa pulak dengan rakan lama iaitu  ketua pengganas MNLF   Nur Misuari .

Jangan perbodohkan rakyat la Anwar dengan jawapan bangang ini

Apa ingat Nur Misuari tu orang kerajaan  Filipina ka hingga  nak bincang tentang isu ektradisi pun dengan ketua MNLF ini .  Siapa Nur Misuari ? KLIK DI SINI

Mesti ada rancangan besar punya di sana dan itu media Filipina dedahkan ahli politik Sabah yang menyokong Anwar  telah  jumpa Sultan Sulu sebelum krisis Lahad Datu .





Isu ekstradisi Amalilio  Filipina sedang diteliti Jabatan Kehakiman Malaysia  . Jadi penipuan Anwar dan suara keadilan telah disiasat pun oleh Jabank Keadikan Malaysia

Jadi buat apa Anwar Ibrahim bersama pemimpin  seperit nusiton




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan dua pemimpin pembangkang terlibat sebagai perancang dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Menurut Anwar dakwaan terbabit muncul apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, R. Sivarasa pergi ke Filipina pada 7 Februari lalu iaitu dua hari sebelum penceroboh Sulu memasuki Kampung Tanduo di Lahad Datu Sabah.
Bagaimanapun Anwar berkata kedua-dua pemimpin itu pergi ke Manila bertujuan membincangkan isu membabitkan Manuel Amalilio yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan kad pengenalan bernilai jutaan peso.
"Sivarasa dan Tian Chua ke sana untuk membincangkan mengenai kenapa dia (Amalilio) tidak dibenarkan diektradisi ke Filipina untuk dibicarakan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Rabu.
Amalilio ditangkap oleh Jabatan Imigresen pada 22 Januari lalu dan kemudiannya dikenakan hukuman penjara atas kesalahan menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>