yang ku dengar dan ku lihat |
Posted: 27 Dec 2012 04:04 PM PST Rakyat sedang menghadapi musibah banjir terutamanya di Negeri Kelantan, Trengganu, Pahang dan sedikit di Negeri Sembilan. Semua negeri tersebut dijangka akan diperintah oleh PR apabila selesai pilihanraya umum ke 13, hakikat ini akan menjadi kenyataan sekiranya pemimpim PR tidak membangkitkan isu-siu yang boleh merosakkan kesepakatan sebelum pilihanraya umum. Impian rakyat Malaysia akan menjadi debu ditiup angin sekiranya pemimpin DAP terus mahu menguji 'setia kawan' dikalangan rakan-rakan parti lain dalam PR semata-mata mahu menonjolkan kehebatan untuk memperjuangkan hak-hak ugama lain. Bimbang nanti rakyat akan merasa muak terhadap PR kerana masih bercakaran dalam isu yang tidak mustahak. Isu mengunakan tulisan perkataan Allah dalam bibble kristian tidak sepatutnya dibinacang, kerana sejak zaman berzaman rakyat berbilang ugama di Malaysia hidup aman damai dan tidak pernah berlaku pemusuhan. Untuk apa perkataan Allah hendak dimasukkan dalam bibble, Betul seperti kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, God diganti dengan Tuhan. Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() DAP harus membantu PAS diwaktu parti itu diserang secara fitnah terutamanya terhadap Tuan Guru YAB Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam banyak hal termasuk masaalah air, projek ladang rakyat, lebuhraya rakyat, stadium bukit merbau. Walaupun isu tersebut adalah rekaan 'menghasut' oleh UMNO tapi ianya dijadikan isu untuk mereka pada pilihanraya umum ke 13. Adalah tidak cerdik kepada DAP diwaktu Kerajaan BN sedang mengumumkan pemberian 'bantuan memikat undi' sebanyak RM500.00 setiap keluarga yang berpindah kerana banjir, DAP pula lontarkan isu yang tidak boleh PAS tumpu kepada khidmat bagi menyelamat mangsa banjir. Kini PAS terpaksa menjelajah untuk medamaikan pengikutnya supaya tidak bertindak balas terhadap kenyataan DAP itu. Kecekapan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil mesyuarat dikalangan pemimpin tertinggi PR bagi membincang isu yang telah dianggap selesai dulu tapi dibangkitkan semula oleh DAP adalah diharap dapat membuahkan hasil sepertimana cita-cita rakyat Malaysia hari ini iaitu mahu melihat sebuah kerajaan PR akan ujud selepas pilihanraya. Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() DAP, PAS dan PKR seharusnya bercakap dan terus bercakap secara senada dalam apa isu yang menyentuh kemungkaran UMNO/BN supaya rakyat yang sudah lama memberi sokongan kepada PR untuk menjadi Kerajaan tidak akan merasa muak dan duga dengan perilaku yang kadang-kadang tidak senonah dari kalangan pemimpin PR. |
You are subscribed to email updates from yang ku dengar dan ku lihat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |