Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

DIMENSI

$
0
0

DIMENSI


Omegay: Penduduk bimbang pengganas rancang bakar kampung...kiwak punye pengganas!! >:[

Posted: 04 Mar 2013 09:30 PM PST


PENDUDUK Kampung Seri Jaya bergegas meninggalkan 
rumah selepas mendengar kampung mereka akan dibakar pengganas Sultan Sulu semalam.


SEMPORNA - Tragedi berdarah yang mengorbankan enam anggota polis di Kampung Seri Jaya, Simunul di sini menakutkan penduduk kampung selepas mereka mendengar khabar angin kumpulan pengganas itu merancang membakar kampung mereka.
Seorang penduduk, Nazmah Datugis, 40, berkata, sejak tercetus khabar angin itu, dia dan ahli keluarga membuat keputusan meninggalkan kampung itu buat sementara kerana bimbang dengan khabar angin tersebut.
"Kami terpaksa meninggalkan rumah kerana kumpulan tersebut tidak berhati perut dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh," kata Nazmah yang sedang berkemas untuk meninggalkan kampungnya semalam.
Wandi Ipong, 52, pula berkata, khabar angin sejak kelmarin itu membuatkan dia dan penduduk kampung berasa tidak selamat walaupun menyedari pihak polis memberi jaminan keadaan di kampung tersebut masih terkawal.
"Kami dan beberapa penduduk tidak sanggup menanggung risiko untuk terus tinggal di sini," kata Wandi.
Tambah Wandi lagi, dia dan keluarga akan berpindah buat sementara waktu ke rumah kenalannya di kampung berhampiran dan hanya akan pulang semula selepas keadaan benar-benar aman.
Sementara itu, Ketua Kampung Seri Jaya, Panglima Ramlee Saraman berkata, beliau tidak dapat menghalang tindakan beberapa penduduk yang ingin berpindah ke tempat lain.
"Saya sudah menasihati semua penduduk supaya bertenang namun ada sebahagian penduduk tetap mahu pindah," kata Ramlee.
Sementara itu, tinjauan di pekan Semporna mendapati walaupun keadaan tenang namun penduduknya hidup dalam keadaan berjaga-jaga.
Beberapa kedai dilihat hanya membuka separuh premis untuk urusan perniagaan.
Selain itu, difahamkan, sebahagian nelayan turut enggan turun ke laut kerana bimbang dengan kejadian berdarah yang merebak ke sini.
Seorang nelayan, Ibrahim Jailani, 40, berkata, nelayan-nelayan terutamanya dari Kampung Seri Jaya mengambil keputusan untuk tidak menangkap ikan sejak Sabtu lalu.
"Jika esok keadaan lebih tenang, baru nelayan bercadang turun ke laut. Hasil tangkapan ikan merupakan sumber pendapatan penduduk di sini," katanya ketika ditemui semalam.
Bagi Abdullah Sapayani, 55, pula, walaupun tiada serangan terbaharu di pekan ini namun penduduk masih berada dalam ketakutan.
"Tindakan polis menyerbu dan menembak balas tindakan kumpulan pengganas yang membunuh anggota polis merupakan tindakan tepat," kata Abdullah.
Seorang suri rumah, Norpaidah Samat, 40, berkata, sejak tinggal di sini pada tahun 1970, ini merupakan insiden berdarah pertama yang dilaluinya.
Sejak tercetus pergolakan itu, Norpaidah berkata, dia sekeluarga terpaksa menggunakan tilam dan kusyen tempat duduk untuk diletakkan di dinding rumah sebagai benteng.
"Saya takut. Anak-anak saya juga ramai yang masih kecil," katanya.
p/s: mungkin anuwar tengah senyum kambeng siap tepuk tangan kat rumah...harkkk ptuihh!!!

Omegay: Anuwar saman nak tutup kebenaran >:D

Posted: 04 Mar 2013 04:25 PM PST


Utusan terima surat tuntutan saman Anwar

KUALA LUMPUR 4 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan surat tuntutan terhadap Utusan Melayu (M) Bhd., berhubung dakwaan yang mengaitkan beliau dalam kejadian pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.

Surat tuntutan itu diserahkan melalui firma guaman, Tetuan Daim & Gamany yang antara lain berkisar tentang laporan muka hadapan Utusan Malaysia bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan? dan kenyataan di muka surat 10 bertajuk 'Tiga kumpulan jadi dalang'.

Menurut surat tuntutan itu, laporan-laporan berkenaan yang disiarkan pada 2 Mac lalu didakwa tidak benar, berniat jahat dan memfitnah anak guamnya.

Surat tuntutan yang ditulis oleh peguam Latheefa Koya itu menuntut Utusan Melayu menarik semula dakwaan tersebut dan memohon maaf kepada Anwar yang perlu disiarkan di muka depan akhbar berkenaan. - Utusan Malaysiaku sayang

persoalan pokok kepada tindakan anuwar yang menyaman pihak yang tak sepatutnya di saman dan pihak yang patut di saman..berita luar seperti news inquirer, reuter dan agensi perisikan filipina telah mendedahkan akan adanya keterlibatan anuwar dalam isu pencerobohan di lahad datu.

kenape anuwar bersungguh2 plak menyaman TV3 dan utusan sedangkan kedua2nya hanya memetik laporan dari sumber2 tersebut!. adakah kerana anuwar sebenarnya lebih mempercayai kredibiliti TV3 dan Utusan daripada mempercayai laporan luar walhal selama ini merekalah yang sering menuduh media arus perdana sebagai penipu. jentera propa mereka plak sedaya upaya menyalahkan kerajaan dengan pelbagai alasan bodoh ketika ramai wira negara terkorban di medan tempur klik sini & sini

najib telah mengarahkan siasatan segera di jalankan mengenainya. kini anuwar bagaikan tersepit dek kerana isu ini menjadi duri dalam daging agenda sebenar pkr. anuwar tau bahwa jika terbukti benar dia bakal menerima padah yang amat berat. klik sini & sini

p/s: cita2 nak jadi pm tapi takut hadapi kebenaran...cuma tau buat kebathilan..ini kali lahh anuwar kena check mate >:]...opss klu tiang 'lampu' chua nak tengok sandiwara putus kepale..komen ler lagi pasal mati katak. huhuhu 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>