BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Baru tingkatan satu dah berani ugut sebar video lucah rakan perempuan
- (Foto) Penyerang Bola Sepak Negara, Rozaimi Parah, Langgar Pokok
- Gigit zakar perogol sampai putus
- Guru Bahasa Inggeris hamil selepas setubuh dengan pelajar sendiri
- Tunjuk zakar, ramas payudara atas motorsikal
- Taktik Sewa Dua Bilik Untuk Berasmara, Gagal
- Pakaian tradisional Iban 'setengah bogel, tidak tutup aurat' - Teresa Kok
Baru tingkatan satu dah berani ugut sebar video lucah rakan perempuan Posted: 06 Jul 2015 08:05 AM PDT KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan setelah dikatakan mengugut untuk menyebar gambar dan video lucah seorang remaja perempuan yang seusia dengannya di laman sosial. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata pelajar lelaki itu ditahan pada pukul 6.35 petang semalam susulan laporan polis yang dibuat remaja perempuan berkenaan pada Jumaat lepas. Beliau berkata remaja perempuan itu yang merupakan pelajar tingkatan satu sebuah sekolah swasta di Kelana Jaya, Petaling Jaya telah berkenalan dengan remaja lelaki itu melalui laman sosial WeChat sejak Mac lepas. "Sejak itu mangsa sering berhubung melalui WeChat dan WhatsApp dengan suspek. Pada Mei lepas, suspek dikatakan memaksa pengadu (mangsa) untuk menghantar gambar lucah kepadanya. "Pada pertengahan Jun lepas, suspek sekali lagi memaksa pengadu menghantar video dengan berkelakuan lucah. Suspek mengugut akan menyebarkan gambar dan video (yang dihantar sebelum ini) ke laman sosial apabila pengadu tidak lagi menghubungi dan melayannya selepas peristiwa itu," katanya dalam kenyataan hari ini. Azmi berkata oleh kerana bimbangkan keselamatannya, pelajar perempuan itu telah membuat laporan polis. Bertindak dari laporan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, katanya dan menambah suspek direman selama tiga hari. Turut dirampas dua telefon bimbit dan sebuah komputer riba. - Bernama | ||
(Foto) Penyerang Bola Sepak Negara, Rozaimi Parah, Langgar Pokok Posted: 06 Jul 2015 01:43 AM PDT | ||
Gigit zakar perogol sampai putus Posted: 06 Jul 2015 01:19 AM PDT
Penyerang itu mula mengoyakkan pakaian gadis itu selepas mangsa enggan mengadakan seks dengannya. Selepas gagal melepaskan diri, gadis itu bertindak nekad menggigit hujung kemaluan lelaki itu hingga putus. Seorang saksi berkata: "Gadis itu meluru keluar dari rumah rakannya dengan menjerit 'perogol, perogol, perogol.' "Pakaiannya koyak rabak dan ada kesan darah padanya. Kemudian lelaki itu pula keluar menjerit 'tolong, tolong, tolong.' "Dia juga berlumuran darah. Ketika itu baru kami sedar gadis itu menggigit kemaluan lelaki itu." Penyerang dilapor berguling di atas tanah kerana menahan sakit sebelum dia dihantar ke hospital. Dia bernasib baik kerana doktor berjaya menyambung semula kemaluannya. "Dia masih di hospital. Mungkin selama beberapa minggu lagi," kata jurucakap hospital.- Agensi | ||
Guru Bahasa Inggeris hamil selepas setubuh dengan pelajar sendiri Posted: 05 Jul 2015 10:03 PM PDT FLORIDA: Akibat gagal melawan nafsu, seorang guru wanita yang mengajar subjek bahasa Inggeris dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun kerana mengadakan hubungan seks dengan tiga pelajarnya. Menurut laporan berita Metro.uk, suspek, Jennifer Fichter, 30, dikatakan melakukan hubungan intim bersama pelajarnya berusia 17 tahun berulang kali. Malah, lebih mengejutkan apabila Fichter turut disahkan hamil hasil hubungan seks bersama salah seorang pelajar terbabit. Dia digambarkan sebagai 'pemangsa' di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara. Ketika perbicaraan, Ficther tidak dapat menahan emosi sehingga menangis sebelum dijatuhkan hukuman. "Saya tidak suka perkara ini kerana ia satu jenayah yang mementingkan diri sendiri. Saya tidak memikirkan tentang kamu semua. "Saya berharap bahawa saya dapat kembalikan masa dan memperbetulkan apa yang telah dilakukan," katanya. Mahkamah di Florida memberitahu bahawa hubungan tersebut dianggap sebagai 'hubungan romantik' berlaku antara tahun 2011 dan 2014. Pihak pendakwaraya yang dipanggil turut memaklumkan bahawa Fichter akan dilayan sama seperti hukuman yang dikenakan terhadap seorang guru lelaki, Difahamkan, Fichter bertemu dengan remaja terbabit sebelum membawa mereka ke rumahnya untuk mengadakan hubungan seks. - mD | ||
Tunjuk zakar, ramas payudara atas motorsikal Posted: 05 Jul 2015 07:01 PM PDT
Dalam kejadian jam 11.44 pagi itu, suspek yang menaiki motosikal duduk di sebelah mangsa sebelum membuka zip seluar sambil menunjukkan kemaluannya. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sariff berkata, wanita yang berusia 29 tahun itu cuba melarikan diri namun suspek terlebih dulu memegang payudara mangsa. "Mangsa dikejar suspek menyebabkan dia menjerit meminta tolong daripada seorang rakan yang kebetulan berada di situ. "Suspek bagaimanapun melarikan diri, namun terlanggar motosikal lain dan terjatuh. Dia melepaskan diri dengan meninggalkan motosikalnya di situ," katanya. Beliau berkata, ketika kejadian itu, ada dua lagi wanita yang terkejut dengan tindakan suspek dan melarikan diri. "Susulan kejadian itu, mangsa mengambil kunci motosikal suspek dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju. "Pemeriksaan lanjut mendapati motosikal itu dimiliki seorang wanita yang mendakwa kenderaan itu digunakan pekerjanya," katanya. Menurutnya, polis menjalankan siasatan kes kejadian mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan. | ||
Taktik Sewa Dua Bilik Untuk Berasmara, Gagal Posted: 05 Jul 2015 06:41 PM PDT
Namun, helah pasangan berusia 19 tahun itu terbongkar apabila bilik yang digunakan mereka untuk berasmara diserbu sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, awal pagi semalam. Ketika serbuan jam 1 pagi itu, remaja lelaki terbabit memberikan alasan kononnya terpaksa menyewa bilik motel berkenaan kerana pasangannya tidak sempat masuk ke asrama disebabkan pintu masuk IPTA sudah ditutup. Pemuda dari Sungai Petani itu mendakwa tidak melakukan apa-apa dengan pasangannya, sebaliknya hanya duduk berdua sementara menunggu waktu bersahur, namun keadaannya yang hanya memakai tuala ketika diserbu menimbulkan syak anggota penguat kuasa. Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata ketika diserbu, pelajar wanita terbabit berpakaian lengkap. "Sebaik pintu bilik yang diketuk dibuka, seorang pemuda kelihatan terkejut mendapati kehadiran pihak berkuasa, namun membenarkan anggota bertugas masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan. "Kami menemui seorang gadis dalam ketakutan dan ketika ditanya mengenai hubungan mereka, masing-masing gagal menunjukkan sebarang bukti status mereka sebagai pasangan suami isteri atau mahram yang sah. "Hasil maklumat, kami dapati mereka mulanya menyewa dua bilik berasingan kira-kira jam 10 malam dipercayai sebagai taktik mengaburi pihak berkuasa, sebelum pemuda itu menyelinap ke bilik pasangannya," katanya. Radzi berkata, pasangan itu dipercayai sudah lama berkenalan kerana masing-masing berasal dari Sungai Petani tetapi mereka kerap bertemu di sini, sejak pelajar perempuan itu melanjutkan pelajaran ke IPTA. "Kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Jitra untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan kedua-dua mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya. - Berita Harian | ||
Pakaian tradisional Iban 'setengah bogel, tidak tutup aurat' - Teresa Kok Posted: 05 Jul 2015 05:41 PM PDT Teresa Kok cuba merendahkan IQ nya yang sedia rendah apabila memilih untuk bersuara berkenaan dress code di premis-premis kerajaan. Beliau dilihat bergambar dengan beberapa orang lelaki yang berpakaian tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Beliau menulis: Bila saya masuk ke church of Divine Mercy di Shah Alam untuk menghadiri sambutan Gawai dan Kaamatan, saya memang tertarik dengan kostum lelaki Iban yang merupakan setengah bogel ataupun "tidak tutup aurat" ini. Netizen berpendapat Teresa Kok adalah jelmaan Ahmad Maslan versi perempuan yang sangat kurang ajar dan bodoh. Malah ada segelintir menafikan pakaian tersebut dipakai seharian oleh masyarakat Iban sekarang. Ianya hanya dipakai pada majlis tertentu sahaja. Bila saya masuk ke church of Divine Mercy di Shah Alam untuk menghadiri sambutan Gawai dan Kaamatan, saya memang... |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |