Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Isteri dalam pantang enggan layan, suami liwat bayi 23 hari

Posted: 04 Jul 2015 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.

Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

"Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

"Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik," katanya.

Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.

"Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang," katanya lagi.

Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.

Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.

Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

'I cannot tahan', lelaki pancut air mani dalam minuman akhirnya ditahan

Posted: 04 Jul 2015 01:05 AM PDT

IBARAT sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, aksi seorang lelaki melakukan onani serta memancutkan air maninya ke dalam botol minuman seorang pekerja wanita di sebuah hotel telah ditangkap oleh ahli Community Policing (CP).

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki tersebut membuat perkara terkutuk itu telah menjadi viral di laman sosial dan dia berjaya ditahan di luar sebuah restoran di mana kebetulan dia bekerja sebagai tukang masak di situ.

Memetik laporan akhbar The Star, tangkapan yang diketuai oleh pengasas CP Malaysia, Kuan Chee Heng berlaku di Bandar Tasik Puchong, Selangor kira-kira jam 11 malam pada Jumaat.

"Siapa tahu sekiranya terdapat ramuan tidak sepatutnya yang pernah dia masukkan sendiri ke dalam masakannya selama ini," kata Chee Heng.

Lelaki berusia 29 tahun itu didakwa telah melakukan onani di sebuah lobi hotel di Puchong pada 22 April lalu dan dia dilihat memancutkan air maninya ke dalam botol minuman seorang wanita yang bekerja di situ sebelum meninggalkan hotel tersebut.

Wanita malang yang mendapati ada rasa 'pelik' dalam minumannya itu telah bertindak memeriksa video daripada rakaman CCTV di hotelnya.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad mengesahkan bahawa wanita tersebut kemudian telah membuat laporan polis selepas kejadian itu.
wm1

Kuan Chee Heng bersama suspek yang didakwa telah memancutkan air maninya ke dalam botol air seorang pekerja wanita di sebuah hotel di Puchong.

Chee Heng dalam pada itu juga memberitahu lelaki yang belum berkahwin itu pernah ditahan sebanyak dua kali sebelum ini kerana mengintai wanita di dalam tandas di Dang Wangi dan The Curve.

Apabila ditanya mengapa dia lakukan perkara itu, lelaki tersebut hanya berkata 'I cannot tahan' dan dia kini dibawa ke Balai Polis Puchong Jaya untuk disoal siasat dengan lebih lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Pelakon cantik Sari Yanti ditahan polis

Posted: 03 Jul 2015 11:31 PM PDT

Berpunca daripada salah faham dengan pihak berkuasa di China, Sari Yanti telah ditahan ketika menjalani penggambaran drama Mencari Mubarakh di Turpan, Xinjang, China pada Jun tahun lepas.

Sari Yanti dan kru ditahan sewaktu mereka menjalani penggambaran di tanah perkuburan kerana didakwa menceroboh kawasan tersebut dan mereka telah dibawa menaiki trak polis.

"Kalau ditahan, saya seorang sahaja perempuan. Saya dah suruh adik bersiap sedia untuk hubungi pejabat kedutaan kalau saya kena tahan. Alhamdulillah, semua itu hanya salah faham dan akhirnya kami dilepaskan dan meneruskan penggambaran," katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Selain itu, tambah pelakin ini, dia juga telah dimasukkan ke hospital tempatan di sana kerana demam panas kerana cuaca yang agak panas iaitu sekitar 45 darjah celcius ditambah lagi dengan keadaan berdebu di kawasan padang pasir.

"Cuaca di sana memang panas. Bila malam dingin sangat. Saya dan Shah Jaszle dimasukkan ke hospital kerana demam panas, gara-gara kami keletihan kerana perjalanan yang jauh. Sempat jugalah air dimasukkan ke dalam badan kami"

"Biarpun saya alami pelbagai dugaan tetapi saya suka tengok suasana di sana. Dapat lihat pokok anggur sepanjang jalan dan satu lagi masyarakat di sana suka makan tembikai. Sewaktu penggambaran, orang di sana macam biasa saja dengan aktiviti mereka," katanya. (rtky/s)

Dipenjara kerana rogol isteri

Posted: 03 Jul 2015 10:01 PM PDT

Bali: Seorang lelaki dihukum penjara lima bulan oleh mahkamah di sini selepas didapati bersalah merogol isterinya.

Barisan hakim diketuai Achmad Peten Sili menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh, Tohari, 57, bersalah merogol isterinya, Siti Fatimah yang sakit.

Menurut kertas pertuduhan, Tohari mengajak Siti Fatimah melakukan hubungan seks, tetapi wanita itu menolak dengan alasan sakit.

Kerana berang, Tohari merogol isterinya di ruang tamu rumah mereka.

Tohari juga menekup mulut isterinya selepas wanita itu menjerit meminta tolong.

Selepas merogol isterinya, Tohari keluar rumah dan membiarkan wanita itu terbaring di lantai.

Jiran Siti Fatimah yang terdengar jeritan mangsa kemudian datang membantu wanita itu dan membuat laporan polis. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62019#sthash.PmEQTBtV.dpuf

'Terpaksa Kahwin'– Lelaki Yang Dilabelkan Sebagai Suami Curang Ini Menjelaskan Keadaan Sebenar

Posted: 03 Jul 2015 09:31 PM PDT

Semalam cerita ni viral satu Malaysia dengan kes pasangan suami isteri yang perkahwinan bertahan selama 6 minggu sahaja. Ramai yang simpati dengan nasib yang terpaksa ditanggung perempuan malang ni. Iya lah, siapa yang tak panas bila baca luahan hati seorang isteri yang ditipu suaminya sendiri.
Walaubagaimana pun, ramai juga yang ingin tahu kenapa si suami sanggup buat macam tu kat isteri dia. Tak adil pula dengar dari pihak isteri je kan? Haa kalau korang nak tahu sebab apa? Ini respon si bekas suami kenapa dia sanggup buat macam tu kat isterinya. Hmm.. Korang baca dan nilah lah sendiri ye..

"I made a sin. I admit my doing is wrong but…."

Screen Shot 2015-07-04 at 4.05.34 AM
Screen Shot 2015-07-04 at 3.37.59 AM
Screen Shot 2015-07-04 at 4.08.00 AM

"You wanted that wedding."

Screen Shot 2015-07-04 at 4.09.23 AM
Screen Shot 2015-07-04 at 4.08.10 AM

"We ALL have cheating partners ALL AROUND THE WORLD…"

hidayat
Screen Shot 2015-07-04 at 3.40.21 AM

"Then, why would you still marry her?"

Screen Shot 2015-07-04 at 4.14.59 AM
Seorang individu bertanya di ruangan komen instagram lelaki ini kenapa masih ingin berkahwin walaupun banyak benda yang tak serasi denga bekas isterinya itu..
Screen Shot 2015-07-04 at 3.40.34 AM
Anda sudah pun baca penjelasan dari kedua-dua pihak. Kami pun tak berani nak komen panjang. Anda nilah lah sendiri.
Sumber: Instagram hidayatkamarr


Awie tumbuk Rozana bertubi-tubi selepas beli barang mewah

Posted: 03 Jul 2015 09:01 PM PDT

Ampang: Isteri penyanyi rock Awie, Rozana Misbun mengaku ada menggunakan wang simpanan milik suaminya itu untuk membeli barangan mewah, termasuk beg dan kasut ketika penyanyi itu memintanya mengeluarkan wang RM250,000 daripada akaun banknya.

Pengakuan berkenaan dibuat wanita berusia 37 tahun itu pada 2 Jun tahun lalu iaitu pada hari kejadian Awie didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadapnya di rumah sewa mereka di Taman Ukay Bestari, di sini, tahun lalu.

Rozana berkata, ketika kejadian di bilik pembantu rumah itu, Awie memintanya mengeluarkan wang berkenaan daripada Alliance Bank miliknya untuk digunakan bagi perniagaan barunya, namun dia menjawab tiada jumlah wang sebanyak itu seperti diminta.

"Awie kemudian terus menumbuk saya bertubi-tubi tanpa mendengar apa-apa penjelasan," katanya.

Rozana juga bersetuju untuk menjual semua barang yang dibeli bagi membayar balik wang berkenaan dalam tempoh dua minggu selepas kejadian dia didakwa dipukul Awie.

Katanya, sebelum ini, Awie memasukkan wang ke dalam akaun di atas namanya sejak beberapa tahun lalu disebabkan penyanyi itu diisytiharkan muflis dan ia wang hasil membuat persembahan.

"Wang simpanan itu untuk kegunaan Awie dan perbelanjaan keluarga kami," katanya.

Saksi keempat pendakwaan itu berkata demikian di sebalik tabir ketika menjawab soal balas peguam Hazman Harun dalam perbicaraan kes berkenaan.

Pada 4 Julai tahun lalu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana di Jalan 9 USB 5, Taman Ukay Bestari, jam 1.30 petang, 2 Jun tahun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rozana berkata, dia bagaimanapun, tidak mengetahui jumlah wang simpanan di dalam akaunnya itu dan hanya mengeluarkannya apabila Awie memintanya berbuat demikian.

Rozana memaklumkan mahkamah dia tahu ada RM30, 000 di dalam akaunnya dan kemudian hanya jumlah itu saja yang dikeluarkannya bersama Awie dan pemandu Mohd Khayrull Anuar Ahmad pada hari kejadian di Alliance Bank, Ampang.

Dalam prosiding itu juga, Rozana bersetuju dengan cadangan Hazman berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV) di bank itu, keadaaan dirinya seperti biasa tidak terbongkok-bongkok dan masih boleh berdiri tegak.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan dia pergi ke Cyberjaya dan Putrajaya bersama anak perempuannya, Puteri Aleefa Antasha dengan menaiki teksi bagi urusan penjualan beg berjenama mewah miliknya, dua hari selepas kejadian dia
didakwa dicederakan Awie.

Rozana juga tidak bersetuju dia bersama Puteri Aleefa kemudian ke Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk makan tengah hari bersama Ain Harun serta seorang lagi wanita.

Menjawab soalan Hazman mengenai beg dan kasut berjenama miliknya, Rozana tidak bersetuju dia mempunyai enam beg tangan mewah iaitu empat Chanel dan dua Louis Vuitton (LV), namun mengakui dia pernah memiliki barangan
berkenaan.

Selain itu, Rozana juga menafikan dia ada mencucuk botoks di wajahnya, namun mengakui cuma mencucuk vitamin C.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62065#sthash.sxONrQAM.dpuf

Tunjuk kemaluan dalam lif

Posted: 03 Jul 2015 08:33 PM PDT

Gambar hiasan
Tindakan seorang lelaki yang dipercayai gila seks dengan mengganggu dan menunjukkan kemaluannya terhadap seorang wanita dalam lif di sebuah pasar raya di Kemayan Square, di sini, kelmarin, mengundang padah apabila dia ditahan.

Kejadian berlaku jam 10 malam apabila suspek yang berusia 23 tahun dan mangsa yang juga pekerja salun kecantikan menaiki lif berkenaan.

Sumber berkata, sejurus melihat mangsa berseorangan dengannya dalam lif itu, suspek bertindak menunjukkan kemaluannya kepada wanita terbabit.

"Tidak cukup dengan itu, suspek cuba menggoda mangsa dengan kelakuan tidak senonoh. Perbuatan suspek berlarutan sekalipun lif sudah terbuka hingga disaksikan beberapa pengawal keselamatan.

"Berikutan itu, suspek ditahan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis," kata sumber itu.

Sumber itu menambah, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2, di sini, semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62063#sthash.8C78iC9B.dpuf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>