Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Video: Lepas Melancap, Pancut Air Mani Dalam Minuman Gadis

Posted: 03 Jul 2015 07:47 AM PDT

Apa yang dibuat lelaki ini sungguh mengejut dan amat menjijikkan!

Mana tidaknya, selamba melakukan onani di kawasan terbuka iaitu dalam ruang lobi sebuah hotel yang terletak di Puchong, Selangor tanpa segan silu.

Tidak berhenti setakat itu, lelaki gila seks ini bertindak semakin melampau apabila mula melepaskan air maninya dalam botol minuman milik seorang penyambut tetamu hotel selepas selesai melancap.

Difahamkan, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas penyambut tetamu yang merupakan seorang wanita merasa kelainan pada minumannya lantas memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan.

Rakaman CCTV itu kemudian dimuat naik dalam Facebook oleh seorang pengguna dengan nama akaun Kuan Chee Heng semalam.
Menurut tarikh video berkenaan, ia dirakam pada 22 April lalu namun baru menjadi viral di laman sosial.

Bagaimanapun, nama hotel tidak didedahkan.

– MYNEWSHUB.CC

Nasib cikgu sekolah menengah setubuh anak murid sendiri dua kali

Posted: 03 Jul 2015 12:31 AM PDT

Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang guru sekolah menengah terpaksa menyambut Aidilfitri dalam penjara selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhirnya atas sabitan dan hukuman penjara 10 tahun kerana merogol pelajarnya yang berusia 15 tahun.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel tiga anggota mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan ke atas Sallehhuddin Mohd Kassim, 34, yang dijatuhi Mahkamah Tinggi di Johor, kerana merogol pelajar itu.

"Selepas menimbangkan hujahan dan keterangan kes, kami berpendapat tiada sebab bagi mahkamah ini untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.

Rayuan perayu ditolak," kata Hakim Md Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.

Bagaimanapun, dalam keputusan sebulat suara itu, Hakim Md Raus membenarkan rayuan guru itu untuk mengetepikan hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhi Mahkamah Tinggi itu bagi pertuduhan pertama iaitu merogol pelajar sama yang ketika kejadian berumur 14 tahun.

Mahkamah Tinggi itu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 tahun dan dua sebatan terhadap guru itu selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol pelajar perempuan itu dan hukuman itu berjalan berasingan.

Sallehhuddin didakwa merogol remaja itu di rumahnya (Sallehhuddin) di Muar, Johor, pada 4 Mei 2011, pukul 12.30 tengah hari. Mengikut keterangan pelajar itu semasa perbicaraan kes itu, dia mengaku Sallehhuddin adalah "kekasih gelapnya" dan jika di luar sekolah guru itu hanya membahasakan dirinya "I dan You" sahaja.

Hakim Md Raus bertanya kepada peguam Andrew Lourdes yang mewakili guru itu, adakah pihak pembelaan mencabar keterangan itu dengan menyoal balas mangsa, Andrew menjawab "tidak, tetapi guru itu menafikan dia adalah kekasih gelap mangsa semasa memberi keterangan dalam pembelaannya,".

Keterangan juga menunjukkan pada hari kejadian guru itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak sedang cuti sakit manakala mangsa tidak hadir ke sekolah.

Mengikut fakta kes, guru itu telah menghantar pesanan di telefon mangsa dan memintanya supaya ponteng sekolah dan guru itu telah mengambil mangsa dan membawanya ke rumahnya dan dia telah dirogol di sebuah bilik di rumah itu.

Mangsa kemudiannya menceritakan kejadian rogol itu kepada kawan baiknya dan dia membuat laporan polis selepas peristiwa itu diketahui oleh ibunya. Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmed Fauzi mewakili pihak pendakwaan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65398

Gelar nenek rasis, Guan Eng diperintah bayar Jahara RM500,000

Posted: 03 Jul 2015 12:22 AM PDT

GEORGETOWN: Lim Guan Eng, hari ini diarah membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid kerana menggelar beliau sebagai 'nenek rasis'.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hasan, ketika membacakan keputusan juga mengarahkan Ketua Menteri itu membayar kos guaman sebanyak RM40,000 beserta faedah sebanyak lima peratus.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu turut diarah untuk menarik balik kenyataan terhadap Jahara, selain mengeluarkan injuksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara sebelum ini memfailkan saman terhadap beliau, selepas menggelarnya sebagai 'nenek rasis' dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Disember 2013 lalu.

Guan Eng menggunakan gelaran 'nenek rasis' itu apabila Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65367

Dakwaan Dana 1MDB Dipindah Ke Akaun PM Sabotaj Politik Dasyat - PMO

Posted: 03 Jul 2015 12:03 AM PDT

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa dana 1MDB dipindahkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'sabotaj politik', kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Artikel yang disiarkan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Jumaat mendakwa dana 1MDB mencecah AS$700 juta (RM2.63 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

"Walaupun perdana menteri berjaya memacu ekonomi negara terhadap halangan global seperti yang diiktiraf Fitch Ratings pada minggu ini, terdapat usaha individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi kita, mencemarkan nama baik kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri," menurut PMO dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa dokumen yang dibocorkan dan peras ugut berlaku untuk mengelirukan media dan rakyat.

"Oleh itu, pengamal media tidak harus menerima maklumat tersebut sebagai sesuatu yang betul melainkan jika disahkan pihak berkuasa berkenaan," katanya.

PMO turut menjelaskan bahawa 1MDB sudah menegaskan bahawa syarikat itu tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan lebih awal pada Jumaat.

Artis macho tempatan layan pondan di bulan Ramadhan?

Posted: 02 Jul 2015 11:31 PM PDT

Gambar hiasan
Artis ini pernah menyepi seketika daripada bidang seni tempatan dan baru-baru ini dia kembali menyemarakkan semula bidang seni tanah air.

Bukan sekadar tampil dengan imej yang bersih, artis ini juga khabarnya sudah bergelar ahli perniagaan berjaya.

Jika dulu dia memandu kereta tempatan tapi kini sudah mampu memiliki kereta mewah.
SS memang bangga apabila ada artis kita menceburi bidang perniagaan untuk jaminan masa depan. Apatah lagi artis itu sudah berkahwin dan perlu menyara anak yang masih kecil.

Maklumlah, bidang seni ada pasang surutnya. Namun, bukan cerita kejayaan perniagaannya yang SS nak cerita di sini sebaliknya cerita dia sukar untuk mengikis tabiat lamanya iaitu suka melayan golongan mak nyah untuk memuaskan nafsunya.

Mengucap panjang rakan SS bila dapat tahu cerita ini. Tak sangka artis 'macho' dan jantan macam dia turut bernafsu dengan golongan terbabit.

Ingatkan artis ini sudah lama berubah tapi rupa-rupanya dia tetap sukar untuk mengawal nafsunya sendiri.

Apapun, sempena Ramadan yang mulia ini, SS percaya masih belum terlambat untuk artis itu muhasabah diri dan bertaubat

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61850#sthash.WehOQHtR.dpuf

Pengemis langgan pelacur guna duit sedekah

Posted: 02 Jul 2015 09:01 PM PDT

PEGAWAI kebajikan mengira wang yang dirampas daripada Tiban (kanan).
Jakarta: Seorang lelaki berusia 70 tahun ditahan pegawai kebajikan di Jakarta kerana menggunakan wang hasil mengemis untuk melanggan pelacur.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Tiban itu ditahan di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan oleh sepasukan pegawai kebajikan, kelmarin.

Ketika ditahan Tiban membawa wang berjumlah Rp3.6 juta (RM1,019) yang diperoleh hasil daripada mengemis.

Ketua Jabatan Kebajikan Jakarta Selatan Kismoyohadi berkata, lelaki itu yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai keluarga sering dilihat meminta sedekah di Kebayoran Lama.

"Sudah dua kali Tiban ditahan kerana melanggan pelacur di kawasan itu.

"Tiban mengaku menggunakan wang hasil meminta sedekah itu untuk membeli keperluan diri dan untuk memenuhi nafsunya," katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61720#sthash.ukvNnO2Q.dpuf

Tandas stesen tv popular negara jadi port skoden wanita kencing

Posted: 02 Jul 2015 07:28 PM PDT

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan sebuah syarikat televisyen dikesan mempunyai hobi jijik iaitu gemar menyimpan puluhan gambar wanita yang sedang kencing di tandas.

Suspek berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan telefon pintar untuk merakam curi gambar mangsa di dalam tandas sebelum dipindahkan ke dalam tablet miliknya.

Tabiat tidak senonoh lelaki itu dipercayai dilakukan sejak beberapa tahun lalu terbongkar selepas salah seorang mangsa menyedari tindakan suspek merakam gambarnya Isnin lalu.

Difahamkan mangsa berusia 20-an berada di dalam tandas di sebuah stesen televisyen di sini.

Sumber berkata, suspek panik dan melarikan diri sejurus mangsa menjerit meminta tolong.

"Polis mengenal pasti identiti suspek berdasarkan rakaman CCTV. Tangkapan akan dilakukan dalam tempoh masa terdekat," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

- Harian Metro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>