Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Kaunter tiket pelepas nafsu janda

Posted: 02 Jul 2015 07:01 AM PDT

PASANGAN kerap berada dalam kaunter hingga menimbulkan syak.
Jitra: Sebuah kaunter tiket bas ekspres yang bertutup sejak awal pagi semalam membongkar kegiatan maksiat dilakukan seorang anggota tentera bersama pasangannya sebelum dicekup berkhalwat, semalam.

Mereka dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di kaunter bas Bandar Darulaman, di sini, ketika tidur dalam kaunter terbabit jam 1.30 petang.

Difahamkan, kaunter itu dipercayai beroperasi pada jam 4 petang setiap hari dan kesempatan itu digunakan pasangan terbabit berdua-duaan untuk mengelak dikesan orang ramai.

Anggota tentera terbabit yang bertugas di sebuah kem di negeri ini dikatakan kerap datang ke situ dan mengambil kesempatan pada waktu awal pagi untuk masuk bersama pasangannya yang juga kerani di kaunter terbabit.

Dia yang berusia 27 tahun dan berasal dari Sabah itu dikatakan sudah beristeri dan mempunyai tiga anak manakala wanita terbabit yang juga penduduk tempatan mempunyai dua anak, tetapi menjanda selepas kematian suaminya.

Ketua Operasi PADKP Muhammad Ihsanuddin Mohd Azhar berkata, berdasarkan maklumat diterima, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan di kaunter tiket bas terbabit.

Beliau berkata, setibanya di situ, didapati pintu di bahagian hadapan dan belakang kaunter itu tertutup dan mengesyaki sesuatu mencurigakan menyebabkan anggotanya mengetuk pintu berkali-kali.

"Kita dapati kaunter tiket bas itu berkembar dengan satu lagi kaunter syarikat bas sama, tetapi satu lagi premis beroperasi seperti biasa.

"Selepas pintu diketuk hampir lima minit, seorang wanita yang berkemeja-T dan berkain batik membuka pintu dalam keadaan terpinga-pinga melihat kehadiran anggota kami.

"Hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki berseluar panjang dan berkemeja-T sedang duduk atas tilam dipercayai kedua-duanya baru bangun tidur," katanya di sini, semalam.

Muhammad Ihsanuddin berkata, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan turut memberi alasan datang ke situ untuk berbincang soal perkahwinan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya menerima maklumat pasangan itu kerap berada dalam kaunter itu sebelum ini sehingga menimbulkan syak.

"Mereka dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan tangkapan sebelum ke pejabat agama daerah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8430#sthash.LgjoGq06.dpuf

Habuan 9 janda muda...

Posted: 02 Jul 2015 01:01 AM PDT


ANTARA wanita yang didenda oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana bekerja sebagai GRO.
Kuala Lumpur: "Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari rezeki halal."

Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam.

Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu.

"Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti," kata Abd Walid lagi.

Mereka terbabit ialah Erni Juita Ismail, 47; Siti Farahdilla Azua Kasim, 26; Rita Yakir, 29; Rabihah Ahmad, 37; Nor Azilah Isa, 38; Eparizan Abdullah, 30; Noriza Mohd Nor, 35; Zaiton Zainal, 42, dan Rosnita Mawardi, 35.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Habuan9janda/Article#sthash.WMHMxeZ1.dpuf

Masak sambil melancap, gila!

Posted: 02 Jul 2015 12:01 AM PDT

BOSTON – Patutlah pizza yang dibeli oleh seorang remaja sedap, rupa-rupanya ada resepi khas ketika memasaknya iaitu sambil masak sambil tangan dimasukkan ke dalam seluar untuk beronani.

Itu yang dilalui seorang gadis yang kemudiannya memuat naik gambar yang dirakamkan itu ke dalam media sosial.

Menurut Sandy Breitlinger, anaknya dan rakan sedang beratur untuk mendapatkan pizza apabila ternampak pekerja restoran makanan segera itu memasukkan tangan dalam seluar.

"Anak saya kemudian merakamkan gambar itu dan memanggil pengurus restoran makanan segera itu untuk memaklumkan kepadanya. Dia kemudiannya bercakap dengan lelaki itu.

"Kami tidak makan pizza itu dan kami berdoa dia tidak membuat pizza untuk orang lain kerana jelas dia langsung tidak membasuh tangan,'' katanya.

Selepas dimuat naik di internet, salah seorang rakan Sandy memaklumkan dia juga telah membeli pizza di situ beberapa hari lalu.

Rakannya itu bagaimanapun berharap agar pizza yang dimakannya itu tidak mengandungi bahan misteri. – MYNEWSHUB.CC

‘Isteri saya curang’

Posted: 01 Jul 2015 11:05 PM PDT

SYAIFUL dijatuhi hukuman denda RM4,500 selepas didapati bersalah.
Kuantan: "Dia curang," kata seorang lelaki memberi keterangan ketika perbicaraan anak lelakinya yang dituduh mencedera, mengugut serta merosakkan kereta isteri keduanya (ibu tiri tertuduh) kepada Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Lelaki berkenaan yang tampil selepas diminta mahkamah memberi keterangan berkata, anaknya, Muhammad Syaiful Fakhri M Sidi, 22, bertindak demikian kerana mendakwa isteri keduanya itu curang.

Majistret Jessica Daimis kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap Muhammad Syaiful Fakhri dari Ajil, Terengganu, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada ibu tirinya yang berusia 35 tahun di tepi Kolej Kejururawatan Hospital Tengku Ampuan Afzan pada jam 6.20 pagi, 23 Februari lalu, memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, dia dituduh mengugut mangsa menggunakan sebatan rotan manakala pertuduhan ketiga, didakwa menyebabkan kemek di bahagian hadapan bonet kereta PROTON Gen-2 milik mangsa menggunakan rotan.

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/2014022602013920140226020139/Article#sthash.Lawd3vIp.dpuf

Tiba giliran Mufti Perak jadi 'luahan sinis' Azwan Ali

Posted: 01 Jul 2015 09:46 PM PDT


Sudah sedia maklum mulutnya memang tiada insurans. Namun begitu, Azwan Ali masih tetap bertegas dan menyindir pihak ketiga yang cuba memorakperandakan isu maki hamun sebuah kedai stik tempoh hari.

Kali ini tiba giliran Mufti Perak, Tan Sri Harussani menjadi luahan laser beliau.

Sungguhpun begitu, Azwan Ali cuba mengawal kata-kata nistanya untuk dihamun mufti tersebut, mungkit takut agaknya.

Azwan menulis:

JUTAAN TERIMA KASIH MUFTI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN ! SEMPAT TEGUR 1001 CERITA PANASS TRULY DIVA AA ! SIKIT TAK LUAK AFTER ALL TERUJA SEORANG ULAMAK PUNYA GIGIH AMBIL KISAH AZWAN ALI ! HEBAT NYA PENANGAN NAMA BESAR AZWAN ALI ! KO MAMPOOOO ? FATWA? HUKUM? SEMUA DAH ADA DALAM GENGGAMAN HIDUP AZWAN ALI ! SAH SAH ARWAH ABAH AKU USTAZ! #SOx3 ? CUMA AZWAN ALI HANYA HAMBA NYA IF EVEN KO DI LUAR SANA MEROYAN ? #MENYALAK MENCEMAR BUSUK NYA AZWAN ALI ? MACAM LA AKU NI TAK TAHU HUKUM HAKAM ? #yBOTHERx3 ! GO AHEAD ! BUT REMEMBER DOA HAMBA NYA YANG TERANIAYA ! KO CARILAH MUFTI BESAR ARAB SAUDI PULAK ? BUT ITS OK ! TERIMA KASIH ATAS TEGURAN ! TAPI INGAT SEMUA ? ATAS DUNIA KO BOLEH BUAT APA SAJA UNTUK BERKUBUR NYA NAMA BESAR AZWAN ALI ? AKHIRAT AZAB KO AMAT LAH PEDIH ! TUHAN MAHA MENGETAHUI SIAPA BENAR SIAPA SALAH ! KEBENARAN MUNGKIN TIDAK DI DUNIA ? PASTI DI AKHIRAT ! NAWAITU KO LEBIH PENTING TIKA MEMPORAK PERANDA KES INI ! #NAHUzuBILLAHminZALIK READ ON


Naik ghairah dan terangsang lihat coli, seluar dalam tersidai di ampaian

Posted: 01 Jul 2015 07:17 PM PDT

ANTARA pakaian dalam wanita yang dicuri seorang lelaki sejak tiga tahun lalu ditemui di pangsapuri.
Georgetown: Kemaruk dengan pakaian dalam wanita, seorang lelaki 'mengumpul' lebih 1,000 coli dan seluar dalam yang dicurinya sejak tiga tahun lalu di sebuah pangsapuri di Gelugor, di sini.

Bagaimanapun, hobi pelik lelaki terbabit berakhir awal pagi kelmarin apabila seorang penduduk ternampak perbuatan lelaki itu yang sedang mengambil pakaian dalam milik penghuni pangsapuri berkenaan.

Beberapa penduduk kemudian mengekori lelaki itu sebelum menemui enam kotak mengandungi pakaian dalam pelbagai saiz dan warna yang disorokkan dalam rumah lelaki terbabit.

Menurut sumber, perbuatan lelaki itu disedari kira-kita jam 1 pagi, malah kehilangan pakaian dalam terbabit memang menjadi satu misteri buat penduduk di situ sejak tiga tahun lalu.

"Lelaki terbabit masih bujang dan tinggal di pangsapuri berkenaan seorang diri, malah maklumat yang diperoleh mendapati lelaki itu seorang pendiam, namun tidak pernah mengganggu penghuni lain.

"Malah, jiran juga mendakwa lelaki itu lebih banyak berkurung dalam rumah dan penemuan ribuan pakaian dalam yang dicuri serta disorok dalam rumahnya memberikan kejutan kerana tidak menyangka dia sanggup melakukan perbuatan itu," katanya.

Sumber berkata, lelaki berkenaan mencuri semua pakaian dalam itu mungkin untuk memuaskan nafsunya selain dikatakan mudah ghairah dan terangsang apabila melihat pakaian dalam yang dijemur penduduk.

"Siasatan awal mendapati, dia kerap mencuri pakaian dalam wanita ketika awal pagi kerana penduduk tidur ketika itu.

"Lelaki itu mengaku mencuri pakaian dalam penduduk pangsapuri itu secara purata sehelai sehari dan melakukan perbuatan itu hampir setiap hari sejak tiga tahun lalu," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61549#sthash.6Gc8YZPz.dpuf

(Video) Datuk Bandar menikah dengan buaya

Posted: 01 Jul 2015 06:40 PM PDT

SAN PEDRO HUAMELULA: Seorang Datuk Bandar di San Pedro Huamelula, Mexico mengahwini seekor buaya betina pada Selasa demi meneruskan satu upacara tradisi negeri itu

Upacara itu dipercayai akan membawa 'tuah' kepada komuniti nelayan setempat.
Buaya betina itu yang dinamakan Maria Isabel dikenakan pakaian berwarna putih seperti pengantin dan kemudiannya dibaptiskan sebelum Datuk Bandar Joel Vazquez Rojaz melafazkan ikrar perkahwinan.

Nelayan percaya buaya tersebut adalah seorang puteri dan perkahwinan itu bakal membawa lebih banyak hasil laut di Lautan Pasifik.

Dalam majlis tersebut, buaya itu dirujuk sebagai 'isteri' Datuk Bandar.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>